Sabtu, Disember 21, 2013

Panic!


Mak-pak

Pukul 10 pagi aku dah terpacak kat sekolah anak aku yakni VI. Mak dan pak yang lain masih ramai yang belum sampai. Semuanya sibuk sebab hari keputusan keluar jatuh pada hari bekerja. Perlahan-lahan aku parking motor cabuk aku kat tepi office jurulatih bolasepak kat tepi padang berdekatan dengan pavilion sekolah. Bawah pokok. Teduh sikit motor aku. Kereta mak bapak mula berderu-deru masuk. Macam-macam jenis aku tengok. Kejap audi merah...kejap audi putih...ada yang datang dengan driver....dalam hati aku berkata, amboih, hebat mak-bapak depa! Berapa ratus ribulah harga kereta tu semua....pasti banyak gaji depa sampai dapat beli kereta semewah itu. Motor aku yang harga RM7,000 (waktu tu) pun tercungap-cungap aku nak bayar. Instalment sampai 2 tahun! Hahahahahaha.....Kelebihan motor aku, senang nak pergi marrket...traffic jam free...dan parking pon free...hahahahaha (aku gelakkan depa) tapi aku tahu bila turun hujan, depa pulak ambik kesempatan untuk gelakkan aku! Takpa...adatlah tu...janji aku happy sebab aku "hutang free!".
 
Pemain-pemain bolasepak bawah 15 semuanya berkumpul diluar dewan ramai-ramai. Kami mak-bapak pemain bolasepak pun serupa. Bila semuanya dah masuk dewan, barulah aku langkah kaki masuk dewan sambil menggalas beg merah yang aku pinjam dari Yuya 6 bulan sudah! Perasaan bercampur-baur. Sama macam waktu aku pergi mengambil keputusan Yuya dulu. Mengambil keputusan peperiksaan anak-anak adalah sesuatu yang sangat penting bagi aku. Walau sesibuk mana sekalipun, aku akan cuba mencuri waktu untuk bersama-sama anak-anak berkongsi kegembiraan ataupun kesedihan sewaktu mengambil keputusan. Aku tawakkal dan berkata pada diri sendiri, apapun keputusan anak-anak, aku harus terima. Aku dah berpesan dulu pada anak-anak semua, keputusan yang akan diterima melambangkan apakah pengorbanan kita ikhlas ataupun tidak. Sewaktu didalam kelas apakah kita benar-benar faham ataupun tidak. Apakah kita telah menipu kepada ibubapa masing-masing dan juga guru-guru masing-masing ataupun tidak. Aku tidak pernah mengajar anak-anak aku menipu. Jadi apa juga keputusan yang bakal mereka terima adalah penghasilan daripada setiap keringat, usaha dan juga doa mereka. Jika keputusan tidak baik maksudnya itulah sahaja usaha yang telah mereka laksanakan. Jika keputusan mereka baik, itu jugalah merupakan keputusan yang menunjukkan bahawa mereka benar-benar belajar, mendengar nasihat dll! 'Results don't lie'....seperti juga kata-kata 'figures don't lie!'

Anak-anak

Para pelajar mula masuk ke dalam dewan dan berkumpul dibahagian belakang. Wah...dah besar panjang semuanya. Ada juga yang tak tinggi ke atas tetapi melebar ke tepi....sama lah seperti masa depan mereka. Tak akan ada yang sama! Diwajah para pelajar ini aku nampak harapan yang sangat besar. Merekalah bakal memegang tampuk teraju negara suatu hari nanti.Tiba-tiba timbul perasaan bangga didalam hati aku. Abang berdiri depan mengikut kelas masing-masing. Cikgu Farah sudah mula mengambil tempat diatas pentas dan mula memberikan kata-kata aluan kepada kesemua muka-muka cemas...Keputusan peringkat negeri diumumkan diikuti oleh keputusan setiap matapelajaran. Ada peningkatan dan penurunan didalam setiap matapelajaran yang diumumkan berbanding dengan tahun yang lalu! Pelajar-pelajar bertambah cemas. Kalau tak salah pendengaran aku ada lebih daripada 40 orang pelajar yang mendapat keputusan A didalam kesemua matapelajaran. Nama-nama yang mencapai keputusan 8A diumumkan satu persatu. Berpeluk sakan mereka anak-beranak kegembiraan. Alhamdulillah. Pelajar-pelajar lain pula diarahkan untuk mengambil keputusan masing-masing mengikut kelas. Abang dihadapan sekali. Mungkin kerana namanya bermula dari huruf A. Aku turut serta kedepan menanti dalam debaran. Cikgu kelas tersenyum sewaktu memberikan abang kertas keputusan PMR. Cikgu mengucapkan tahniah. Mata aku terbeliak melihat tulisan-tulisan halus yang payah aku nak baca. Abang mendapat 6A didalam kesemua matapelajaran teras manakala B didalam 2 matapelajaran yang tertera dikertas. Aku mengucap panjang. Bersyukur. Aku tahu abang telah belajar bersungguh-sungguh walaupun sibuk dengan latihan dan perlawanan bolasepak yang hanya berakhir 2 bulan sebelum peperiksaan....Alhamdulillah. Kami berpelukan dan aku mengucapkan tahniah kepada abang. Abang tersenyum panjang. Puas! Lega! Bercampur-baur..

Anak dan pak

Ada yang meraikan kejayaan tetapi ada juga yang nampak kecewa dengan keputusan yang mereka dapat. Itu lumrah. Setiap tahun dan setiap zaman perkara sama akan berulang-ulang. Aku juga tak terkecuali. Sewaktu disekolah rendah keputusan peperiksaan aku sangatlah baik. Didalam kelas sentiasa berada didalam lingkungan 3 teratas. Melangkah ke sekolah menengah, aku mula lalai dengan lebih banyak bermain daripada mengulangkaji pelajaran. SRP, aku hanya mendapat 15 aggregat. Aggregate yang sangat lemah bagi standard SBP walhal rakan-rakan aku yang lain hampir kesemuanya mendapat aggregate dibawah 10! 2 tahun berselang aku menduduki peperiksaan SPM. Masih lagi ligat bermain bolasepak dan ragbi dan aku mendapat 35 aggregate dan jatuh ke pangkat 3. Berselang lagi 2 tahun aku menduduki peperiksaan STPM pula dan hanya mendapat 2 Prinsipal. Aku kecewa. Tetapi kekecewaan aku telah menzahirkan 'semangat juang' yang tinggi. Malu untuk bersemuka dengan rakan-rakan seusia yang bakal pulang ke tanahair selepas melanjutkan pelajaran ke luar negara! Aku berusaha keras. Siang kerja dan malamnya aku mengambil kelas tambahan. Aku berjaya lulus Bahasa Perancis setelah 2 tahun berhempas pulas di Alliance Francaise. Setiap usaha keras dengan niat yang baik sentiasa dijanjikan dengan ganjaran yang setimpal. Alhamdulillah aku diterima masuk ke ITM dan seterusnya melanjutkan pelajaran di luar negara....

Dunia pekerjaan pula tidak menjanjikan bulan dan bintang jika kita tidak berusaha bersungguh-sungguh. Ada yang mempunyai kelulusan yang hebat tetapi tidak berpuas hati dengan apa yang mereka lakukan. Alhamdulillah, bidang perhotelan mengalir pekat didalam darah aku. Dulu, kini dan selamanya....Apa yang aku cuba sampaikan disini ialah, keputusan peperiksaan disekolah tidak menjanjikan masa depan yang gemilang. Keputusan yang baik hanya menjadi landasan untuk mempercepatkan proses mengejar apa yang kita mahu. Samada kita akan berjaya ataupun tidak, itu perkara yang kita sendiri tak dapat tentukan. Nah, kepada anak-anak yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan UPSR dan PMR, jangan berterusan kecewa. Perasaan kecewa itu harus ditukarkan dengan semangat juang untuk bersaing kembali dengan rakan-rakan yang lain. Percayalah....jika ada  dua calon yang aku temubual untuk mendapatkan hanya satu jawatan di hotel aku akan memilih seseorang yang mempunyai semangat juang tinggi daripada seseorang yang hanya mempunyai kelulusan yang tinggi! (pendapat ini hanyalah pendapat persendirian dan tidak mewakili syarikat-syarikat yang pernah aku bertugas!)

Pak dan anak

Aku akan sentiasa memberikan pelajaran yang terbaik untuk anak-anak aku walaupun aku sendiri tidak mempunyai sebarang simpanan dan walaupun aku hanya bermotor cabuk. Aku tidak mampu memberikan kemewahan wang ringgit sewenang-wenangnya kerana bagi aku ini akan melalaikan mereka. Cukuplah dengan pendidikan dunia serta akhirat yang maksima. Aku mahu anak-anak aku sedar bahawa rewards dari segi wang ringgit akan datang secara semulajadi dengan kerja keras dan usaha yang berterusan tanpa mengenal jemu. Have a nice weekend people!

14 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah
Tahniah buat Uncle sekeluarga dan abang. Dlm pd sibuk dgn bola sepak akademik juga cemerlang....
Syukur Alhamdulillah.

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.

Ini hanyalah permulaan kepada perjalanan yang lebih panjang!

Carrie-Ma2 berkata...

Uncle,

Tahniah buat abang & yuya atas keputusan tersebut. Tahniah juga buat uncle&auntie kerana berjaya mendidik mereka dengan baik. Semoga kejayaan terus mengiringi kehidupan anak2 uncle&auntie.

Uncle berkata...

Salam Karima.
Terimakasih diatas ucapan yang ikhlas itu...semua ibubapa mahukan anak-anak mereka berjaya...saya tidak terkecuali cuma pendekatan masing2 adalah berbeza.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah buat abg shahrir dan keluarga dalam membentuk dan menyokong arman sehingga memperolehi keputusan yang sya rasa terbaik buat seorg pemain bolasepak....perlu diingatkan kepada arman ini merupakan pusingan pertama di alam persekolahan dimana pusingan ke dua nanti banyak cabaran dan dugaan yg perlu ditempuhi dan dengan harapan agar arman boleh mengatasi sehingga melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi...sekali lagi tahniah buat arman dan keluarga...coach lan

Uncle berkata...

Salam Coach.

Terimakasih kerana memberi nasihat yang sangat berguna. Memang benar bahawa ini hanyalah 'hurdle' yang pertama. Perkara yang sama saya titipkan diminda Arman agar dia tidak mudah leka dengan sekelumit kejayaan yang baru diterima! Walaubagaimanapun, saya amat terhutang budi kepada Coaches yang ada terutamanya Coach Lan yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat yang berguna didalam dan luar padang. Terimakasih sekali lagi!

Kakcik Seroja berkata...

Tahniah Abang dan ibuayah Abang juga.

Masih jauh perjalanan yang bakal Abang tempuh. Semoga tidak banyak onak duri yang Abang hadapi nanti. InsyaAllah.

Uncle berkata...

Salam Kakcik.
Terimakasih diatas kata-kata nasihat Kakcik. Memang perjalanan masih jauh!

rezeki berkata...

Salam uncle

tahniah, perjuangan masih panjang, moga terus berjaya dalam dunia bola sepak dan dunia pelajaran

Insyallah

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Terimakasih....InsyAllah....tugas saya hanya memantau dan memastikan anak-anak berada dilandasan yang betul...

Al-Manar berkata...

6A 2B memberi gamabaran harapan tinggi dimasa depan. Kalau sudah 8A ada kala membawa kesan tidak baik kerana trerlampaun dipuji menjadikan kemegahan yang munkin menuruunkan daya usaha. Saya langsung tak menduduki SRP - masih diberi Tuhan umur yang sudah lebih dengan hidup Aman dan damai.

Uncle berkata...

Salam Pakcik Al Manar.

Terimakasih diatas nasihat Pakcik. Pengalaman Pakcik tidak ada tolok bandingnya. Article AL MANAR dan usaha suci Pakcik selama ini sudah saya baca didalam sebuah suratkhabar berbahasa inggeris beberapa minggu yang lalu.....sampaikan salam saya kepada Makcik!

Unknown berkata...

Yaa Sahabat...Saya suka ulasan yang terakhir,"Tetapi kekecewaan aku telah menzahirkan 'semangat juang' yang tinggi." Semangat yang amat patut dicontohi oleh semua orang.

Uncle berkata...

Terimakasih Munir MD Nor.. Kita pernah kerja sekali dulu rasanya..

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...