Sabtu, Januari 18, 2014

Buah hati..

Kyushuk

Hari Khamis lepas Marina merengek-rengek mengajak aku sekali lagi ke sungai. Katanya nak mandi sungai. Aku lantas mencongak apakah dalam tempoh hujung minggu yang panjang itu jadual aku lapang ataupun tidak. Nampak gayanya ok tetapi in between seperti hari Sabtu, ada majlis ditempat aku manakala hari minggu pula ada mesyuarat yang hanya akan bermula pada pukul 3 petang. Aku mengangguk tanda setuju pada Marina dengan syarat mesti pulang ke rumah sebelum 12 tengahari kerana harus menunaikan sembahyang Jumaat selepas itu. Marina melonjak gembira..Marina tidur awal sebab tak sabar nak ke sungai keesokan harinya...

Buku baru beli..

Aku tanya Marina nak pergi sungai mana. Dia kata Sungai Gabai tak ada pondok ditepi sungai. Oleh itu dia lebih suka pergi ke Sungai Pangsun kerana pondok-pondok disitu hanya terletak ditepi sungai! Aku mengangguk lagi dan Marina mula bercerita tentang sungai Pangsun yang telah kami sekeluarga lawati sebulan-dua yang lalu. Esok pagi pukul 7, Marina dah bangun. Kami bersiap dan bertolak pukul 8 pagi. Dalam perjalanan, Marina bagitahu yang dia lapar. Kami berhenti sebentar di sebuah pekan kecil berhampiran Dusun Tua. Aku suka pergi ke kedai-kedai berlainan sewaktu ke sana. Nampak ramai tetamu sedang menjamu selera. Aku mencari sebuah meja yang sesuai dan terus duduk. Pesan makanan, pesan minuman dan tunggu. Lama jugak nak siap sebab pakcik yang buat roti canai tu sangat sentimental didalam pergerakan menebar roti! Tetapi hasilnya, alhamdulillah tidak menghampakan kami.

Budak-budak nakal..

Selepas makan kami kembali bergerak ke Pangsun. Sampai ditepi pondok tepi sungai, kami parkirkan kereta dan keluar ke sungai. Mencari pondok yang sesuai amat mudah kerana masih belum ada orang lain yang sampai kecuali kami! Menghamparkan tikar didalam pondok dan meletakkan semua barang-barang. Marina tak menunggu lama. Terus meluru keluar dan bermain air digigi sungai. Yuya menyusul. Abang ligat dengan smsnya. Aku biarkan mereka dengan dunia mereka sendiri sambil sekali-sekala menjeling agar tidak terlepas pandang. Cuaca masih redup. Aku mengambil novel yang baru dibeli, membawa secangkir kopi panas dan merendamkan kaki kesungai sambil membaca. Alhamdulillah tenang...

Masih jernih..

Air jernih mengalir laju tetapi tidak sampai ke tahap merbahaya. Keluarga lain mula sampai dan dalam sekelip mata hampir kesemua pondok-pondok yang ada habis disewakan! Dalam hati terdetik, bagus juga business ini. Setiap pondok dikenakan kadar sewaan sebanyak RM20 manakala tempat meletak kereta di tepi jalan utama dikenakan caj sebanyak RM2. Tidak ada had waktu! Riuh-rendah dengan hilai-tawa anak-anak. Aku bertambah ralit!


Alam semulajadi yang menakjubkan!

Pukul 11.30 pagi Marina mengingatkan aku yang waktu untuk pulang telahpun tiba. Kami kembali berkemas dan mengumpulkan sampah-sarap yang bertaburan walaupun pada hakikatnya bukan sampah kami. Itu telah menjadi kebiasaan kemana-mana sahaja kami pergi waima padang bola sekalipun! Perjalanan pulang hanya mengambil masa 30 minit ke rumah. Cuaca masih baik. Marina langsung tidak menunjukkan sebarang rasa keletihan. Dimana datangnya tenaga Marina masih menjadi misteri bagi aku. Petangnya Marina keluar lagi bermain dengan kawan. Dania mengajak Marina swimming dan dia pantas pulang kerumah dan meminta izin aku. Walaupun aku tak mengizinkan, Marina akan terus mendesak. Untuk memendekkan cerita aku angguk setuju. Sepantas kilat Marina bersalin pakaian dan berlari beriringan dengan Dania dan Sarah Nor menuju ke kolam renang! Aku senyum. Puas!

15 ulasan:

dilabangiWORLD berkata...

uncle,
kecik kecik dulu kami urang pun suka pi pansun ni
sejuk ja...berpicnic memang best ooo Uncle
wah marina nak bernature di rimbunan pokok2 tu na

Kakcik Seroja berkata...

Tajuk kisah ini sepatutnya Marina Dan Keseronokannya Bermandi-manda....hehehe

Al-Manar berkata...

Itulah pahit manisnya sewaktu muda bersama anak2. Jangan buangkan peluang ini yang sekali seumur hidup - peluang bersuka suka dan mengeratkan kasih sayang sehungga diwasa

kakitravelkhairuddin.blogspot.com berkata...

seronoknya ye....

Uncle berkata...

Salam Dila.
Memang dia suka sangat ke sungai...Uncle tak lah pulak terasa nak mandi sebab tengok air aje dah nampak macam sejuk. Menggigil wooo!

Uncle berkata...

Salam Kakcik.
Lama saya pikir nak letak tajuk apa....tajuknya mestilah yang agak 'menangkap'supaya saya sendiri akan jadi suka baca cerita2 lama beberapa bulan kehadapan..

Uncle berkata...

Salam Pakcik Al Manar.
Itu yang cuba saya lakukan. Anak-anak cepat membesar...inilah masa yang perlu saya 'grab' untuk menikmati keindahan 'sekeluarga'. Setelah anak-anak membesar, mereka akan ada perancangan tersendiri....saya akan merindui saat itu semua....Makanya saya sangat tidak faham sesetengah ibubapa yang tidak gemar menghabiskan masa dengan anak-anak walaupun hanya menonton rancangan kegemaran di tv! Mereka membiarkan anak-anak bersendiri manakala mereka khayal dengan melayari internet!

Uncle berkata...

Salam MKL.
That's what I call, "The Magic of Togetherness"...

Ibu n Abah berkata...

Anak happy.. Ibubapa senyum puas...
Tiada yg lebih membahagiakan melihat anak happy....

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
Benar seperti yang dikatakan....namun begitu saat2 tersebut akan berlalu pantas dan bakal menjadi kenangan. Makanya saya sentiasa merakamkan didalam bentuk penceritaan didalam blog agar 30 tahun lagi saya masih mampu mengenangkannya..

BUNDA berkata...

Assalam..salam ukhwah....
Selamat berhujung minggu...

Dah lama tak ke pangsun ni...dulu masa anak2 kecik2 selalu jugak pergi kecongkak..pangsun dan gabai..

Nampaknyer airnya masih jernih yer?...
Alhamdulillah...itulah keindahan alam ciptasn Nya...

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Bunda.

Terimakasih kerana menjenguk saya. Sementara anak-anak masih mengekor, baik saya turuti kehendak anak-anak yang saya rasa masih berpatutan. Mereka akan membesar dengan cepat. Cukuplah bertahun2 saya merantau mencari rezeki meninggalkan anak-anak di tanahair. Saya ingin melihat mereka membesar depan saya!

Kakzakie Purvit berkata...

Manalah nak sama tenaga luarbiasa Marina dgn uncle. Kalau kakak lagilah dah hampir setengah hari main sungai pasti balik nak tak sabar cari bantal nak baring.

Marina punya stamina tak sama. Main sungai tak puas boleh sambung petang pergi swimming pulak ke swimming pool. Itulah dulu kita pun sama seharian main tak letih pun

Eleh... uncle tak kan tak ingat hihi..

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
La.....macamana saya boleh lupa zaman 'horey2' dulu ya...ish3x.....

JunAina berkata...

Mampukah kita menolak setiap keinginan anak2? Rasanya tidak...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...