Isnin, Disember 08, 2014

Merbuk

 
Aku masih lagi teringatkan Kampung Bujang di Merbuk, Kedah. Kali pertama aku kesana. Menaiki pesawat Firefly dari Subang yang tertangguh beberapa jam merimaskan aku. Walaubagaimanapun setelah menaiki, aku rasa lebih selesa daripada AA cuma saiz pesawatnya sahaja yang comel...aku mendarat di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang. Dari sana aku menaiki kereta menuju ke Sungai Petani. Tidak pernah memasuki SP apabila ke Alor Setar dan kini apabila diberitahu yang aku akan menginap di SP, wahh, tak sabar rasanya! Walaupun sampai hampir tengah malam, tetapi melihatkan pembangunan pesat yang sedang berlaku di SP, aku berasa sungguh kagum. Semua prasarana lengkap. Kedai-kedai baru tersusun. Projek perumahan pula galak diusahakan...designnya sangat cantik dan harga pula masih berpatutan jika dibandingkan dengan Kuala Lumpur...Hebat!
 
Esoknya dalam perjalanan aku ke Kampung Bujang, aku melintasi Sungai Merbok. Lebar dan cantik. Memberhentikan kereta disitu, aku terkejut apabila menyedari kebanyakkan kawasan disitu diletakkan tanda kuning sebagai kawasan larangan. Peniaga telah tiada. Kawasan tetap bersih walaupun jangkaan aku mungkin telah beberapa bulan ditutup! Kenapa ditutup? Mungkin ada pihak yang mampu menjawab nanti...
 
 
Satu lagi kawasan yang menarik perhatian aku ialah air terjun disini. Sangat bersih kawasan persekitarannya. Mungkin kerana ia berada didalam pagar kawasan Lembah Bujang. Aku tak berapa pasti tapi itulah...duduk diatas bangku dibawah rimbunan pokok tua membuatkan mata aku cepat jadi layu. Jika tidak kerana beberapa tugas yang harus aku selesaikan, aku rasa mahu aku lelapkan mata selama beberapa jam disitu. Batu-batunya licin. Maka orang yang berkelah harus berhati-hati. Banyak papan-papan tanda amaran diletakkan disitu. Pelajar-pelajar sekolah juga memenuhi kawasan air terjun. Makcik dan pakcik berposing sakan. Apabila tersenyum, gigi dah tak ada...hahahahaha....Ada satu muzium yang bagi pendapat aku sangat baik. Gambar-gambar dan artifak-artifak Lembah Bujang yang ditemui banyak dipemamerkan dan kesemuanya membawa cerita tersendiri. Perlahan aku membaca satu-persatu. Sangat informative. Aku sendiri tak pernah tahu yang Lembah Bujang sehebat ini..

 
Para pelancong tak berapa ramai yang ada walaupun didalam musim cuti sekolah. Sayang sekali. Aku rasa ini merupakan sejarah negara. Makanya sesuatu harus dilakukan segera sebelum ianya mati terbengkalai sebegitu sahaja. Promosi besar-besaran harus dilakukan. Papan-papan penerangan secara detail harus dinaikkkan. Tiba-tiba terlintas difikiran aku alangkah baiknya jika diadakan drama seperti light and sound penceritaan sejarah berkenaan Lembah Bujang disekitar kawasan tersebut sekurang-kurangnya sebulan sekali sebagai tanda tarikan pelancong ke kawasan tersebut? Kekerapannya boleh ditambah dari masa ke semasa bergantung kepada jumlah kedatangan pelancong. Selain daripada itu aku fikir nilai tambahnya ialah apabila pihak Lembah Bujang mengadakan "guided tour". Pastikan ada seseorang yang dapat memberikan penerangan dengan tepat kerana ramai para pelancong yang inginkan penerangan dan mereka sangat dahagakan penjelasan yang tepat! Aku tahu tulisan aku ini tak akan sampai kepada sesiapa di "atas" sana tetapi jika ada, aku berharap agar dapat dilakukan sesuatu.

 
Aku sangat berpuas hati dengan trip kali ini. Selain daripada semuanya berjalan lancar (kecuali flight delay sewaktu nak ke Penang) aku bersyukur kerana telah mendapat layanan dan kerjasama terbaik daripada pihak masyarakat disana. Di hari terakhir, aku dan beberapa rakan juga telah dijemput untuk sama-sama meraikan majlis perkahwinan anak kepada salah seorang penduduk Kampung Bujang yang tak kami kenali. Makanan dimasak oleh jiran-jiran di kampung tersebut. Tiada catering. Mencuci pinggan dilakukan juga oleh masyarakat setempat. Sungguh meriah suasana majlis perkahwinan itu. Jauh berbeza dengan apa yang berlaku dibandar-bandar. Setiap perjalanan yang aku lakukan, banyak membuka minda aku. Melihat tempat orang telah membuatkan aku berhenti untuk berfikir sejenak...banyak sebenarnya yang aku belum tahu! Have a great week ahead people!

4 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Memang banyak 'kawasan' dalam negara sendiri yang terlepas dari pandangan dan pengetahuan kita. Orang luar datang ke sini seperti kita ke tempat mereka, sedangkan sebagai penduduk tempatan mungkin kita tidak boleh menjawab bila ditanya tentang tempat berkenaan...

Uncle berkata...

Benar Kakcik. Saya sendiri pada suatu waktu dahulu pernah "termalu" apabila seorang kenalan dari luar negara bertanya bagaimana nak ke Batu Cave dari hotel beliau menginap. Akhirnya saya sendiri yang menjemput dan membawa beliau setelah melakukan "homework" sendiri...setelah itu barulah saya berani bercerita...

Tanpa Nama berkata...

Ni kampung saya sepanjang jalan naik ke Muzium Arkeologi.
Memang cantik ... tu baru di luar ... kat tengah2 hutan tu ada lagi banyak air terjun ... kebiasaan orang akan naik ke atas lagi ... kat luar tu kurang orang.

Uncle berkata...

Salam Tanpa Nama.

Sungguh menarik tetapi kurang diberikan perhatian oleh pihak pelancongan. Sesuatu harus dilakukan segera.

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...