Ahad, November 30, 2014

Pak Su Ramli

 
3 hari 2 malam aku sibuk di Kampung Bujang, Merbuk, Kedah. Ini kali pertama aku ke sana walaupun aku sendiri pernah menetap dan bersekolah di Alor Setar sekitar tahun 1979 dulu. Arwah bapak dan arwah mama memang orang sana, makanya adik-beradik seperti makcik, pakcik dan sepupu aku memang ramai disebelah Alor Setar. Kesempatan yang diberikan kepada aku kali ini tidak aku lepaskan. Sewaktu kursus yang aku jalankan berlangsung, aku diberitahu bahawa disalah sebuah kampung berdekatan, ada seorang pakcik yang dipanggil Paksu Ramli dan isteri berumur 74 tahun mengusahakan sebuah pusat tuisyen secara percuma dikawasan rumah mereka yang terletak ditepi sebatang sungai disebelah depannya manakala bendang di sebelah tepinya. Paksu Ramli ialah seorang bekas Pendaftar di USM, Pulau Pinang. Kembali pulang ke kampung halaman dan melakukan kerja-kerja kebajikan membantu anak-anak kampung dari keluarga miskin. Bermula dengan kumpulan yang kecil, kesungguhan Paksu Ramli menjadi buah mulut masyarakat setempat. Aku bernasib baik kerana sewaktu sampai dihalaman rumah beliau, Paksu Ramli baru sahaja selesai melakukan aktiviti pagi. Berkain pelikat tetapi tidak berbaju. Selesa, katanya perlahan kepada aku. Paksu Ramli bertanya apakah tujuan aku dan rombongan bertemu beliau. Setelah aku diperkenalkan, Paksu Ramli memohon izin untuk masuk kedalam untuk memakai baju. Sementara menunggu Paksu Ramli, aku berjalan sekitar kawasan rumah beliau. Masyallah...dengan pokok besar yang rendang, persekitaran yang amat bersih, aku berasa sangat tenang. Duduk disebuah kerusi di bawah pokok manggis aku hampir terlena mendengar kicauan burung yang penuh hinggap di ranting-ranting pokok di sekeliling rumah. Ada beberapa pondok didirikan dan sebuah yang mengadap kesawah padi dijadikan sebagai surau lelaki dan wanita. Ada beberapa orang pelajar yang menginap di teratak Paksu Ramli sepanjang tempoh peperiksaan SPM berjalan. Tuition kepada anak-anak ini diberikan secara percuma pada waktu yang telah ditetapkan, siang mahupun malam. Ibubapa memberikan kepercayaan penuh kepada Paksu Ramli dan Maksu untuk menjaga anak-anak mereka seperti cucu-cucu Paksu Ramli dan Maksu sendiri. Aku kagum. Sewaktu aku sampai aku lihat anak-anak ini sedang membersihkan kawasan persekitaran. Menyapu sampah dan mengumpulkan daun-daun kering untuk dibakar. Tidak nampak stress diwajah mereka. Yang aku nampak hanyalah wajah keriangan anak-anak berusia 17 tahun berada diteratak Paksu Ramli. Cantik, manis segak dan bersopan. Paksu Ramli menerapkan kesemua nilai-nilai positif kedalam jiwa dan fikiran "pelajar-pelajar sementara" beliau.

 
Aku rasa aku boleh menetap lama jika diberikan kesempatan. Menurut kata Paksu Ramli, beliau melakukan semua kerja-kerja kebajikan ini kerana Allah. Ilmu yang kita ada tidak luak jika diperturunkan kepada anak-bangsa. Jiwa Melayunya sangat kental. Setiap tutur-katanya banyak menginsafkan aku. Beliau juga berpesan agar alam sekitar dipelihara sentiasa. Paksu Ramli merupakan seorang yang pakar didalam bidang Matematik dan Bahasa Inggeris maka oleh itu, 2 matapelajaran ini diberikan penekanan lebih oleh Paksu Ramli kepada anak-anak didiknya. Menurut kata Paksu Ramli, anak-anak kampung yang berasal daripada keluarga susah ini kebanyakannya merupakan pelajar-pelajar yang gagal didalam kedua-dua matapelajaran itu. Oleh kerana mereka sering mengunjungi teratak Paksu Ramli tak kira siang mahupun malam dan kadang-kadang bermalam disana, alhamdulillah, keputusan pelajaran mereka meningkat dengan mendadak. Telah ramai pelajar-pelajar Paksu Ramli yang telah menjejakkan kaki di menara gading. Anak-anak yang dahulunya tidak berminat untuk belajar kini telah mendapat keputusan cemerlang dan sewaktu cuti mereka akan kembali ke teratak usang ini dan membantu Paksu Ramli. Kepuasan jelas terbayang diwajah Paksu Ramli tatkala beliau bercerita mengenai anak-anak muridnya. Saya melihat raut wajahnya lebih kepada seorang datuk penyayang yang ingin melihat cucu-cucunya berjaya...

 
Usaha Paksu Ramli telah mendapat liputan yang meluas didalam media cetak dan elektronik tidak berapa lama dahulu walaupun beliau sendiri lebih bersikap "low profile". Banyak syarikat antarabangsa yang telah datang melawat Paksu Ramli dan mendengar serta belajar mengenai pengurusan tempat ini dan bagaimana Paksu Ramli telah berjaya mendidik anak-anak bangsa yang tidak berkemampuan secara percuma. Niat murni Paksu sangat dihargai oleh masyarakat setempat, ibubapa dan juga sekolah-sekolah yang ada dikawasan sekitar Merbok. Apa yang Paksu Ramli lakukan bagi saya amatlah hebat. Didalam diam beliau melaksanakan tugas. Didalam diam beliau memberikan kembali kepada masyarakat apa yang telah diterimanya selama berpuluh-puluh tahun dahulu. Didalam diam beliau kembali berkhidmat kepada penduduk tempatan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

 
Saya amat bernasib baik. Paksu Ramli tidak termasuk didalam itinerari saya sepanjang berada di Merbok. Berlaku secara tiba-tiba tanpa disedari apabila saya mencadangkan agar dilaksanakan satu program pelancongan kampong melewati pelancong asing dimana para penduduk tempatan yang terdiri daripada pesara-pesara guru Bahasa Melayu diberikan kesempatan untuk mengajar Bahasa Melayu kepada pelancong asing daripada luar negara didalam tempoh inap desa mereka. Belajar Bahasa Melayu, belajar budaya Melayu, belajar tentang kehidupan masyarakat Melayu dsbnya didalam "program inap desa". Mendengar cadangan saya, salah seorang peserta memberitahu bahawa ada seorang pesara berumur 74 tahun melakukan perkara yang sama tetapi mengajar matapelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris secara percuma. Bertitik-tolak daripada situlah pertemuan kami diatur. Semuanya berlaku secara spontan. Tidak dirancang terlebih dahulu dan Paksu Ramli juga tidak tahu akan kedatangan kami. Maka oleh itu sewaktu kami sampai, beliau hanya berkain pelikat dan tidak berbaju......Aku amat bersyukur diberikan kesempatan singkat untuk duduk bersembang dengan Paksu Ramli. Pengalaman luasnya merantau ke luar negara telah banyak membuka mata beliau untuk lebih bersyukur dilahirkan dinegara ini. Sangat down to earth...berpijak dibumi nyata, sanggup berkongsi pengalaman hidup beliau dengan aku walaupun kesempatan yang ada hanyalah selama 30 minit, bersemangat berbakti kepada anak bangsa di kampung walaupun aku tahu yang beliau mampu hidup lebih mewah dibandar-bandar besar tanpa perlu memikirkan apa-apa. Tetapi itu bukanlah Paksu Ramli....Aku doakan Paksu Ramli diberikan kesihatan yang baik, murah rezeki dan panjang umur......aku bersyukur dapat bertemu dengan beliau...alhamdulillah...

10 ulasan:

Al-Manar berkata...

Uncle,

This is a god-sent posting and I am very thankful to you.

Almost twenty years ago I read in a local paper about Paksu who had started what I had been doing. Seeing the common interest we had I managed to find a way of communicating with him. Then it ended and I thought he had stopped running his classes. From time to time I have been wondering, not knowing how I could still contact him. He is slightly younger than me.

And suddenly your posting!!!

I will be sending you an email on this subject.

Salaam to you

Kakcik Nur berkata...

Semoga kehidupan Paksu Ramli dan keluarganya sentiada dipermudahkan oleh Allah SWT...

Uncle berkata...

Salam Pakcik Hassan (Al Manar).
Saya telahpun menghantar message kepada Pakcik dan saya akan berusaha untuk menghubungkan semula Pakcik Hassan dengan Paksu Ramli melalui kenalan yang saya ada kini di Merbok, Kedah! InsyAllah

Uncle berkata...

Salam Kakcik Nur, saya juga mendoakan perkara yang sama kepada Paksu dan Maksu. Mendidik anak bangsa tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Sangat suci niat mereka!

JunAina berkata...

Permata yang bersinar di dalam beribu permata yang ada. Moga Allah s.w.t sentiasa memberikan kesihatan yang baik buat Pak Su Ramli suami isteri dan moga akan ada pewaris yang akan mewarisi apa yang telah dibangunkan.

Uncle berkata...

Salam JunAina.

Paksu merupakan permata...saya juga mendoakan perkara yang sama kepada mereka berdoa Paksu dan Maksu!

Ibu n Abah berkata...

ALHAMDULILLAH
ALLAHUAKBAR
sangat terharu dan berbangga akak mengetahui kisah kemurnian hati Pak Su Ramli. ALHAMDULILLAH
Hanya ALLAH sahaja yg memberikan ganjaran kepada beliau.

Uncle berkata...

Salam Ibu n Abah.

Saya bertemu Paksu Ramli secara kebetulan.....Jika Ibu n Abah melihat komen pertama yang masuk kesini, sila klik 'icon' nya. Ia berkenaan dengan usaha yang sama dilaksanakan oleh Pakcik Hassan....blognya dipanggil Al Manar....jiwa mereka, Paksu dan Pakcik Hassan sangat "indah"....saya telah bertemu Paksu dan saya akan cuba mencari waktu untuk bertemu Pakcik Hassan, yakni pengusaha Al Manar yang saya amat kagumi...saya sentiasa ternanti-nanti entri baru daripada Al Manar yang membawa sejuta pengajaran dan keinsafan kepada saya!

Lynn Munir berkata...

Subhanallah,banyaknya pahala amal dan jariahnya. Cemburu saya.Moga dipermudahkan urusan kehidupan Pak Su di dunia dan akhirat. Amiinn.

Uncle berkata...

Lynn Munir.

Bertemu Paksu Ramli telah banyak mengajar saya erti kehidupan...beliau "memberi" apa yang telah beliau "terima" sebelum ini. Anak-anaknya berjaya, anak-anak muridnya kembali membantu Paksu Ramli...kehidupan mereka berdua amat simple dan alhamdulillah kesihatan mereka juga baik...

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...