Ahad, Februari 22, 2015

4 Musim panas...


Musim panas di Kuala Lumpur

Sejak kebelakangan ni cuaca sangat panas. Kita selalu mengeluh dan aku tidak terkecuali. Hujan aku mengeluh...panas aku mengeluh...tapi bila difikirkan balik, aku bersyukur. On a positive note, pakaian cepat kering dan berendam di kolam yang cuma sebesar sekangkang kera sedikit sebanyak membantu mengurangkan rasa panas selain daripada manfaat beriadah bersama keluarga. Tapi dengan cuaca yang sebegini, aku seringkali rasa tak sedap badan. Paksa diri untuk minum air sekurang-kurangnya 2 liter satu hari! Mak aii...seriously aku tak pernah minum air sebanyak itu sehari tapi kini routine harian aku apabila sampai ke pejabat ialah membeli air mineral 1.5 liter dari kedai mamak kat bawah sebelum naik ke atas. Aku akan pastikan yang aku harus menghabiskan sebotol tu sebelum aku pulang ke rumah dan selebihnya untuk menggenapkan 2 liter, aku minum saja dirumah. Pergh...kalau tidak engine aku memang "over heating".

Musim panas di Mekah

Memanglah KSA sentiasa panas tetapi panas yang paling ekstrem pernah aku rasa ialah pada tahun 2008 sewaktu aku berada di Mekah. Memang waktu itu musim panas. Azan berkumandang menandakan waktu Zohor telahpun masuk. Oleh kerana bulan Julai panas sedang memuncak, aku bercadang memakai kemeja lengan pendek untuk bertugas dan terus ke masjidil haram untuk menunaikan solat berjemaah. Lengan pendek lebih selesa. Turun dari hotel berjalan menuju ke masjid yang jaraknya hanya 20 meter dengan panas terik dan kering membuatkan kulit aku rasa seperti terbakar! Balik semula ke funduk Al Safwah, aku lihat lengan aku berbirat! Wahh...memang panas. Bila aku check temperature, rupanya pada waktu itu cuaca telahpun mencecah 58C! MasyAllah punyalah panas...itulah cuaca panas yang paling ekstrem pernah aku rasa. Macamanalah pulak cuaca ditengah padang pasir gamaknya!

Musim panas di Geneva

Aku bertugas disalah sebuah hotel ditengah-tengah bandaraya yang juga merupakan laluan trem. Aku suka kawasan ini kerana hotelnya terletak betul-betul ditengah shopping area. Jalan kaki sikit aku dah sampai ke H&M, masuk lorong yang jalannya diturap dengan cobble stone, aku dah sampai ke old town of Geneva. Jarak hotel aku cuma beberapa ratus meter dari tasik yang sangat terkenal yang dipanggil Lac Leman. Sewaktu musim panas, bot-bot akan penuh dengan pelancong dari dalam dan luar negara. Aku juga jika tidak bekerja akan melepak di tepi tasik ini sambil minum kopi take away, sandwich sambil membaca sebuah novel dan akan terus berada disitu berjam-jam. Ada pancutan air tinggi menjadi mercu tanda disitu yang dipanggil didalam bahasa Peranchis sebagai Jet d'eau. Yang menyeronokkan pada musim panas ini ialah sewaktu musim panas, matahari akan lambat terbenam. Kadang-kadang hingga pukul 10 malam barulah matahari mula turun. Kami yang tak bekerja sewaktu petangnya akan beramai-ramai bermain bolasepak. Ada dari Greece, ada dari Brazil, ada dari Turki, ada dari Perancis dan aku lah sorang dari Malaysia yang akan bermain bolasepak tak ingat dunia hinggalah matahari terbenam pada pukul 10 malam!

Musim panas di Le Bouveret

Aku pernah bercerita dulu perihal karenah pelajar-pelajar Institut Hotelier Cesar Ritz sewaktu musim panas. Ramai pelajar-pelajar akan menunggu musim ini. Musim panas ialah musim pesta, musim hiburan, musim berparty dan sebagainya. Yang paling mengejutkan aku ialah para pelajar wanita sudah berpakat siap memakai bikini dibawah baju mereka. Bayangkan bila selesai saja kelas pada hari itu, kesemua pelajar wanita sekeliling aku seorang demi seorang akan menanggalkan pakaian didalam kelas, berjalan beramai-ramai melintas jalan seperti anak itik pulang petang dan terus terjun ke dalam tasik didepan sekolah. (adik-adik tolong jangan tiru aksi ini). Lac Leman yang aku cerita tadi merupakan sebuah tasik yang sangat besar merentasi beberapa kawasan termasuklah Geneva sehinggalah ke sekolah aku di daerah Valais di Switzerland. Weekend pada musim panas banyak kami habiskan dengan berbbq diantara blok penginapan kami. Ramai yang akan turun meraikan musim panas bersama-sama termasuklah pensyarah-pensyarah yang sangat sporting. Yang single akan datang dengan teman manakala yang dah berkeluarga akan datang dengan pasangan serta anak-anak mereka. Ada juga pensyarah yang mengusung atuk dan nenek mereka sekali datang bbq dengan kami. Waktu panas disini juga merupakan musim yang aku tunggu-tunggu. Tak larat musim sejuknya yang sangat panjang, musim panas selama 3 bulan pula disajikan dengan Montreaux Jazz Festival yang merupakan acara tahunan muzik jazz musim panas terhebat didunia. Banyak kumpulan-kumpulan jazz terbaik seluruh dunia seperti Johnny Cash, Marcus Miller dll akan berkumpul disini. Perjalanan dari penginapan aku di Le Bouveret untuk ke Montreaux hanyalah mengambil masa 20 minit sahaja berkereta...meriah memang meriah...

Aku tak dapat nak bayangkan jika aku bekerja menurap jalan ataupun sebagai nelayan ditengah-tengah laut. Jika panas yang sebegini pun aku dah tak tahan...bagaimanakah mereka ini yang terpaksa bertugas dibawah terik matahari di bulan Ramadhan? Respect aku pada mereka....Walaubagaimanapun aku bersyukur kerana pada musim panas aku masih lagi dapat duduk bawah kipas ataupun penghawa dingin dan bekerja pula didalam suasana hotel yang tenang dan bukannya ditengah jalan! Sangat bersyukur...alhamdulillah!





cari ilham untuk entry..

10 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Ini baru panas di dunia, kan?

Itu pun kita sudah rasa tak tertahan. Di rumah kakcik ni, dah macam di hotel pulak. Pendingin hawa terpasang hampir sepanjang masa... siapkan je lah duit untuk bayar bilnya...huhuhu...

Ibu n Abah berkata...

Wah!
Panasnya Mekah hinggah 58c...
Mau rasa garing kulit....

Apapun syukur, Malaysia belum sampai tahap itu...

Uncle takecare ya...
Jaga kesihatan...
Untung dpt minum sampai 2 liter sehari....

Omong Mak Long..... berkata...

Kali ini Mak Long berhati-hati hendak buat ulasan hihihi.. Panas di Malaysia panas lembab, kulit berpeluh dan melekit. Di Saudi panas kering seperti di tempat kami di Texas di bahagian tengah dan barat. Suhu mencecah hingga melebihi 115 degrees Feranheit.

Uncle berkata...

Salam Kakcik Nur.
Sama lah dengan saya dirumah. Ada juga permintaan anak-anak untuk saya pasang ac di ruang rehat, tempat enionton dan tempat terbongkang kami setiap malam. Saya jawab, saya akan pasang tetapi setelah semua anak-anak dah tak tinggal dirumah....Yuya marah!

Uncle berkata...

Salam Mak Long.

Banyak kematian dilapurkan apabila cuaca menjadi extreme sebegitu terutamanya warga emas. Saya juga tak berani nak keluar dan sentiasa memastikan yang saya minum air yang cukup. Semoga Mak Long dan Pak Long sihat sentiasa!

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah

Alhamdulillah masih dapat minum. Tapi bagaimana cara nak menjaga kesihatan jika kita tak boleh minum banyak ya disebabkan oleh masalah kesihatan dan water retention ya? Wahh, saya ingin tahu...please let me know..

azieazah berkata...

Bila panas di rumah saya terus rasa nak balik ofis saja!

Uncle berkata...

Salam Azieazah.

Saya pon lagu tu jugak! Hahahahahaha

iryanty ahamad berkata...

asalamualaikum uncle :-)) mmg panas cuaca sekarang nie..macam pesakit migrain seperti yan..boleh dikatakan hari2 pning kepala...pekena air tebu sedap juga nie...jom uncle..yan belanja.. :-))

Al-Manar berkata...

Minumlah banyak banyak biar buncit berut!

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...