Sabtu, Mac 20, 2010

Lawatan

(abang dengan marina dok srrooot...srrrooot air kat oriental village)

(cantiknya....)

(lagi satu pemandangan ngeri dari gondola aku)

(kalau sorang, memang sah aku tak sanggup naik!)

(highly reccommended!)

(dari cable car)

(aku tengah control gayat!)

(pun muka gayat macam aku jugak!)

(2 gadis pingitan kat pantai kok)

(abang tengah kumpul siput)

Keluarga aku datang melawat aku kat Langkawi sempena cuti sekolah la ni. Aku happy. Aku pergi ambil depa kat airport pukul 9 malam lepas aunty talipon yang depa dah sampai. Ala...susah-susah saja datang dari jauh! Cuma satu jam perjalanan dari KL. Bayangkan kalau kat KL satu jam tu cuma dari Ampang Point ke rumah aku kat Taman Cahaya kalau berlaku hujan lebat! Sekarang ni satu jam dah boleh datang dari KL ke Langkawi....pergh...hebat!

Semalam aku sempat bawak depa ke Pantai Kok. Bila sampai kat Pantai Kok, aku tersedar yang handphone aku tertinggal kat hotel. Aku tinggalkan depa kat beach, aku pecut kereta balik hotel semata-mata nak ambik balik handphone aku. Bayangkan penangan handphone la ni! Err, btw, ni lah satu-satunya handphone aku yang dah banyak berjasa walaupun kedai talipon cuma sanggup nak bayar aku RM20 kalau aku nak trade-in! Aku rasa lagi 3 bulan boleh masuk museum kot handphone aku ni. Abang ngeri tengok hp aku. Heh3...

Sampai balik kat beach, aku tengok depa dok pegang sorang satu plastic bag. Depa dok kutip siput rupanya! Ish....siput babi kat rumah sorang pun tak mahu kutip! Aku ajak depa pergi tempat lain pulak. Semua salin baju dan terjun masuk dalam kereta. Alamak, aku lupa nak cakap suruh cuci kaki dulu.....nampak gaya esok lusa kena hantar cuci lah kereta ni....aku pecut lalu kat Burau Bay. Masa aku lalu kat depan BB, aku teringatkan kawan lama aku si Iskandar yang dah ada kat BB sama lama dengan hotel tu jugak. Petang tu aku ada talipon si Iskandar ni. In fact dalam entry-entry aku yang terdahulu pun aku ada tulis pasal Iskandar ni. Bagus sungguh budak ni. Sama-sama menyamun dengan aku dulu masa kat Hilton. Sama-sama kerja sebagai waiter atau dalam bahasa melayu, depa panggil pramusaji. Mana depa dapat pramusaji, aku pun tak tahu! Kami berjanji yang kami akan berjumpa lagi bersembang sampai pagi over a cup of coffee! Dan tak lupa masing-masing akan jumpa dalam perlawanan bola yang kami akan organise sama-sama nanti. Macam tahun 91 dulu masa kami main satu team kat Padang A&W PJ dan in fact abang pun main bola kat padang yang sama untuk Piala Sultan Ahmad Shah! What a coincidence....

Lepas lalu kat BB, aku cilok ke Cable Car. Kononnya saja nak check price...tapi bila sampai kat situ, kami teringin nak naik pulak. Kami sampai pukul 6.50pm dan last gondola akan naik tepat pukul 7 petang. Aku beli tiket. Kena RM60! Masa nak naik, Marina pulak nak pergi toilet....tinggallah 5 minit lagi. Duit dah bayar, orang jaga gondola dah dok menguap sakan! Marina dengan aunty berlari sakan keluar dari toilet. Kami naik gondola yang last dan depa pesan kat kami yang kami tak boleh turun kat mana-mana station. Kami kena duduk diam-diam dalam gondola, naik, turun dan jangan lupa doa! Heh3...Aku sebenarnya tak berapa gemar naik tempat tinggi ni. Tak confident pun ada jugak...bila tengok gondola tu Made in Suisse, aku lega sikit. Tapi bila gondola bergoyang kuat, aku pun baca doa kuat jugak! Pengalaman naik bukit ni memang menarik. Sama macam aku naik nak main ski dengan si Rio dari Indonesia dulu. Masa tu Sami ada kat Saas Fe dan kami pergi sana pun nak melawat Sami sama. Depa ni pun aku ada cerita dulu. In fact gambar Sami pun aku ada masukkan. Sami dah jadi GM kat Dubai la ni. Rio pulak, mungkin masih kat Jakarta Hilton lagi...

Naik atas 25 minit. Turun pulak 12 minit. Tapi aku rasa masa naik tu macam 2 jam dan turun pun sama....kecut habis aku. Marina tengok aku sambil sengih-sengih! Mahu kena piat telinga nanti budak ni!

Lepas habis semua, kami balik ke hotel dan makan pizza kat tepi laut. Amboi seronok rasa kalau depa ada selalu kat sini dengan aku. In fact sekolah pun aku dah tanya. Kot-kot depa nak duduk dengan aku kat sini. Katanya no problem. Manakala aunty pulak, hmmm, mungkin aku ubah satu office dia mai sini kot. Senang sikit aku. Balik bilik, aku ingatkan depa dah ngantuk sebab dalam kereta tadi dah tergolek-golek....sampai-sampai bilik, mata depa semua celik. Kecoh nak mampus....alahai...aku nak kerja la esok.......

14 ulasan:

uncle pet..!! berkata...

lompat atas katil suma lompat.. ahiksss..

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

dear uncle,

seronok yer bila dapat bersama-sama famili!

Uncle berkata...

Dear UP.
Memang dah nak roboh bilik ni!

Uncle berkata...

Dear KN.
Bahagia sungguh rasanya bila semua ada sama-sama! Best moment of my life!

rezeki berkata...

salam uncle

seronok lah depa dapat jumpa ngan paknya dan horey2 hehe

kebetulan cuti sekolahkan

anak2 dan mak anak gumbira dan tentunya uncle yg paling gumbira hehe

kalau uncle gumbira sebut horey hehe

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Macam ni lah nikmat bila berkeluarga. Sekali-sekala dilawati, rasa macam dunia ni ana yang punya. Pagi tadi pergi "Mangrove Tour" dan malam ni baru balik dari chinese dinner. Naik sekilo! Takpa...esok depa balik, berat pun turunlah balik!

PINATBATE berkata...

amboi..seronoknya Uncle..!!
horeyy!!
la ni depa dah balik jangan dok pulun teriak naa...;DD

catz berkata...

Salam,

best ah dah keje kat Malaysia family buleh visit anytime. uncle nak balik pun anytime.
marina tetap comel mcm emaknya.
:).
by the, i'm going to langkawi soon with my frens, kind of gathering.tgh fikir where to stay.
opinion plis.
:)

Tanpa Nama berkata...

uiks! pramusaji? ni pasai depa dok saji makanan kat tetamu kot? tapi pramugari mana datang pulak? dok gari sapa tu? ha..ha..

azieazah berkata...

Hehehehe.. seronok tumpang gumbira tengok UNCLE spend time dgn keluarga...

wahh semangat membara la balik kan? Macam motivasi plak...

Uncle berkata...

Dear Azieazah.
Memang Uncle seronok sangat bila depa ada sini....tapi semalam dah balik. Uncle dok sedih ni...depa pun sedih sama!

Ghaz berkata...

Uncle;

Where are you now????

Tak balik saudi lagi ker????


Apa cer????

Ghaz berkata...

Uncle;

Where are you now????

Tak balik saudi lagi ker????


Apa cer????

My Life berkata...

salam

dear uncle

tentu uncle merindu sekarang... hehheehe

r u busy?
jaga kesihatan baik2.. dapatkan rehat secukupnya

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...