Sabtu, Mac 13, 2010

Saturday

(ni gambar masa depa kat tokyo dulu dengan nenek..)

(depa selalu dok tanya kat aku, bila nak beli moto ni?)

(Peter Cech in the making..)

(masa depa pi lawan kat pahang, kalau tak silap aku)

(yuya bersemangat nak pakai baju scout...macam aku jugak tahun 77 dulu kat bandar hilir melaka)

Surprise! Aku ada kat KL la ni. Cuma beberapa hari sebab ada beberapa perkara yang aku nak kena buat. Termasuklah nak tengok sikit hal anak-anak yang lebih kurang sebulan setengah aku tak jengah! Kesian jugak kat depa.

Perjalanan menaiki kapalterbang dari Langkawi ke LCCT sangatlah mudah. Ticket ready dalam masa setengah jam. Yang penting, duit mesti ready...yang lain-lain tu pasti beres....Masa aku naik Air Asia, aku tengok, mak aii...ramainya budak sekolah naik kapalterbang! Maklumlah la ni musim cuti sekolah selama seminggu. Lagipun cuti depa memang dah tetap sejak awal. Tak macam kita yang selalunya tak dapat dirancang! Tiket dah murah kalau beli 3 bulan lebih awal. Good for them. Flight was very smooth and it was on time. Dari berlepas sampailah arrival. Semuanya tepat waktu. Aku kagum sungguh dengan Datuk Seri TF.

Aku sangat kagum dengan DSTF ni. Dari orang yang didalam bidang muzik, sampailah menjadi tokay kapalterbang. Aku berbangga bila dapat berjumpa dengan DSTF di Parlimen, suatu hari dulu. Macam aku cerita dulu, aku dijemput untuk ke Parlimen. Aku tak tahu pasal apa tapi bila aku sampai rupa-rupanya depa jemput aku untuk datang tengok pelancaran F1 dan sidang akhbar disana. Masa tu lah aku berjumpa bertentang mata dengan DSTF. Kami sempat ber shake hand dan aku sempat bersembang sikit dengan DSTF. Bila balik, aku cerita kat aunty. Dia terkejut beruk dan sudah tentulah jealous dengan aku. Heh3...

Ni bukannya apa, saja aku nak cakap sikit pasal DSTF ni. Ni salah satu daripada bintang di negara kita yang tengah bersinar. Yang ni aku nak adik-adik jadikan tauladan. Bukan senang nak senang. Dia dah bersusah-payah nak dapatkan apa yang dia dapat la ni. Jadi kita hendaklah melihat dari segi positif. Apa yang tak elok tu janganlah ikut. Kalau nampak yang dia tu berusaha gigih, adik-adik ikutlah....kalau nampak dia tak pernah mengaku kalah, adik-adik ikutlah....kalau adik-adik nampak yang tak elok, adik-adik ambillah jugak tapi jadikan sempadan supaya adik-adik tak buat kesalahan yang serupa! Be smart!

Anak-anak seronok tengok aku. Marina tak berkelip-kelip mata! Depa sanggup datang jemput aku kat terminal walaupun aku bagitahu tak payah sebab aku dah besar dan tahu balik sendiri...heh3...mungkin depa takut aku tak tahu naik teksi kot! Heh3...seronok tengok muka depa. Seronok tengok keletah depa. Tak habis-habis depa dok cerita aktiviti sekolah dan bola kat aku. Marina pun sama naik dok cerita pasal sekolah dia walaupun dia masih belum bersekolah! Apalah yang dok dalam kepala otak dia!

Abang sibuk dok tunjuk but bola, baju, seluar, stokin semuanya adidas sponsor dari cimb. Pergh...lawa gila....aku dulu tak pakai pun adidas...paling dekat yang aku dapat cuma sadida! Heh3...Yuya pun sama naik. Dok bagitahu yang glove dia koyaklah macam-macam lagi. Aku cakap yang koyaklah Peter Cech suka.....Yuya diam terus! Balik rumah, masa tengok tv, ada pulak Peter Cech keluar dalam iklan adidas kat tv...aku tengok yuya....yuya tengok aku....kami senyum saja...heh3...Marina pulak tak habis-habis posing depan tv. Tangan kilas kiri lah, kilas kananlah....isyhhh manalah budak ni belajar! Mak dia kot....aku dan aunty sama-sama setuju yang Marina ni akan jadi tinggi lampai. Hopefully! Jangan jadi macam aku yang kembang setaman ni sudahlah!

Tadi aku ada dapat message dari penyamun aku kat saudi. Chef Adil dok bertanya bila aku nak pi sana lagi. Katanya depa missed aku. Heh3...baru depa tahu bila aku tak dak.....tapi entah-entah depa pun drama kot....ala...penyamun.....macam-macam cerita boleh buat. Tapi frankly speaking, CA ni memang bagus sangat. Muda, creative dan senang diajak berbincang.

Ada jugak aku dapat message dari beberapa lagi penyamun. Jadi kepada Komrad-komrad aku yang masih dok kat sana belajar macam Sarjan Asnawi, Koperal Rashid dan Sarjan Meja Lotfi, heh3....aku tunggu disini yea....hangpa toksah dok buat gila menyamun sana-sini. Nanti nama Ketua Penyamun akan rosak! Heh3...Pada yang akan habis belajar, jangan ikut si Sarjan Meja tu.....dia tu pemastautin tetap sana!

Macam biasa, esok hari ahad. Aktiviti biasa aku pagi ahad ni ialah, pi marrrket! Lepas tu pi breakfast, hantar abang lawan bola Piala Sultan Ahmad Shah kat Astaka PJ, nak lari pi tengok mama sat, nak tengok Lee Chong Wei, then Alice in Wonderland kalau sempat.....amboi, horey-horey sungguh walaupun 1-2 hari saja.....errr, moto aku, alhamdulillah sihat.....

12 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

Nice to home. Have a nice time.

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

salam bos,

saya sekarang pekerja part time di thts jeddah. jauh nun. pagi ke kerja dan pulang seawal 3.30 ptg. sampai kul 4.30 lebih kurang, kul 5 ke kelas sampai jam 8.30 malam. balik terus flat sampai subuh atau curi2 masa updet belog yang banyak sangat benda nak cerita. ada masa saya rasa sangat 'down'. rasa putus harap dan rasa letih sangat2. walaubagaimanapun, hasil ingatan saya pada bos penyamun, saya gagahkan diri ini juga, dan kuatkan semangat kerana saya percaya tiada pencapaian yang luarbiasa jika tiada usaha yang luarbiasa. terima kasih bos atas segala ingatan dan tunjuk ajar. aihh.. sibuk nampak sekarang nih, tak terupdet belog. wakakaa

salam hormat dari makkah.

lutfi lokman,
sarjan meja.

rezeki berkata...

salam uncle

semlm saya ada kat kl, spi2 terus kena nasi kandaq kat pelita, ingat nak ajak uncle sekali join, tapi pikir2 uncle dahlah sesekali balik KL, tentu masa dgn keluarga amat berharga sekali, jadi teh aia uncle saya dah minumkan hehehe

all the best uncle, kalau ada masa nti saya ke langkawi bila cuti2, kita boleh duk lepak

kucingorengemok berkata...

uncle duduk langkawi lagi busy dari duduk mekah ke? dapat update seminggu sekali je, heheh, moga² boleh bertambah slim :)

Uncle berkata...

Dear KN.
Lega dapat balik kl sat jengok anak-anak dan aunty.

Uncle berkata...

Salam Sarjan Meja

Setiap usaha gigih dan ikhlas pasti ada ganjarannya. InsyAllah. Sama-samalah kita berusaha bersungguh-sungguh. Sarjan jangan nakal-nakal...anak dah 2....kerja kuat2 untuk keluarga. Uncle pun tengah kerja kuat ni...

Kepala Sarjan Marjan!

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Nasib baik tak talipon semalam. Memang saya busy sungguh dengan aktiviti. Pagi pi marrrket, pukul 8.30am hantar abang lawan bola kat PJ. 11am pergi tengok mama. 1.30pm abang lawan lagi satu game. 3 balik dan ambik kasut kat GE Mall, 4.45pm tengok Alice In Wonderland, 8.30pm tengok badminton....10.30pm Chong Wei tengok saya! Heh3...

Uncle berkata...

Dear KOG.
Alahai....memang lain macam punya busy la.....tak ter update blog ni...seminggu sekali pun payah....tapi Uncle janji akan update jugak. Itu dah tanggungjawab!

Al-Manar berkata...

uncle
I never have a clear idea where you really are despite your claim that you are in the Middle East. You are not altogther with your family. It sounds tough and I can only hope all is well nontheless.

hazlan berkata...

uncle memang sebok kat langkawi sebab tengah melatih penyamun2 kat langkawi,,,,tapi ini agak kacau bila ketua penyamun ajak main bola,,, boleh ka main? hahaha kalau along tu rasa hebat laaa kalau uncle kena tengok skill dulu baru boleh sokong,,,hihihihih

Uncle berkata...

Dear Pakcik.
Yes I was 3 years in Saudi. Came back here after hajj season last year and now working in Langkawi. Sorry tak sempat nak update profile! Btw, I'm your silent reader....heh3...not silent anymore!

Uncle berkata...

Dear Lan.
Dulu pernah main sampai peringkat negeri tahun 1980....after almost 30 years, paham-pahamlah Lan.....ish...banyak sawang tu....jangan lupa pi sapu! Heh3...

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...