Selasa, Disember 14, 2010

Bangkok Part 3, the final countdown!

(finally, di lcct)

(asia's biggest loser yang kalah during the first week!)

(masih di bangkok airport...dok cari padthai!)

(suvarnabhumi airport...macam klia lah)

(aduh....ada jugak!)

Beberapa hari berada kat Bangkok, mengharungi traffic jam dan mengharungi makanan yang maha hebat dan maha menggemukkan, di topped up dengan massage yang super-duper tip-top, bersama-sama dengan keluarga pulak, what else can I say? That was the best trip yang aku pernah buat dalam tempoh beberapa tahun ni. Seriously...it was worth....the kids enjoyed the trip and aunty was grinning from ear to ear....bukan pasal kami banyak shopping (memang tak shopping pun!) but the time that we managed to squeeze and spent together was really awesome. Ditambah pulak dengan kehadiran abang kat tengah padang main bola bagai nak gila sampai nangis-nangis dan bengkak-bengkak serta lebam-lebam sana-sini, it's the quality time spent! Oops terlupa nak bagi credit kat aunty Pam sama yang sentiasa ada bersama-sama kami diwaktu makan dan massage...heh3...That's what friends are for....(amboi macam lagu lah pulak!).

Abang macam biasa, sangat busy dengan bola, almost every week dan every weekend mesti ada tournament yang disertai. Balik dari Bangkok sebenarnya abang dah missed 2 centralise training. One is for Sekolah Sukan Bandar Penawar dan satu lagi pulak aku sendiri pun dah lupa untuk sekolah mana sebab banyak sangat. Pemilihan untuk ke Sekolah Bandar Penawar dilakukan sewaktu abang dan rakan-rakan yang lain sedang berjuang di Bangkok. Bila balik, aku cuba talipon dan bertanya kot-kot masih ada next selection tapi katanya dah terlepas.....hmm rasa macam unfair though!

Masa aku kat Bangkok dan tengok standard pemain-pemain antarabangsa yang lain, aku heran. Heran sebab skill dan fitness kita yang lebih baik daripada depa yang ada walaupun tournament ni taklah besar mana. Cuma ada 12 pasukan dalam setiap age group tapi aku rasa depa ni lah jugak yang akan kita lihat berlegar-legar nanti dimajalah-majalah bola yang dok ada samada di malaysia mahupun di asia. Depa ni lah jugak yang akan mengejutkan kita dengan breakthrough bermain di EPL, Bundesliga mahukan J-League ataupun bagi rakan-rakan abang, pasti ada yang akan sampai ke M-League....itu aku pasti. Yang buatkan aku pasti tu sebab aku tengok mak-bapak players ni semua sentiasa ada kat padang setiap minggu! Menyokong bakat anak-anak dan berkongsi minat untuk sama-sama memajukan sukan bolasepak. Tapi kat mana silapnya, bila dah sampai ke peringkat remaja, depa dah sampai "plateau" dan kurang menyerlah lagi.

Minggu lepas sewaktu tournament di Cheras, aku sempat bersembang dengan salah sorang bapak yang anaknya bermain di luar negara sekarang. Katanya negara kita ada menghantar 2-3 orang lagi pemain hebat untuk beraksi disana. Tapi kat mana silapnya pemain-pemain ni? Skill lebih kurang sama....physical mungkin kurang tapi apa kurangnya Messi? Aku tanya kat bapak ni yang aku akan panggil dengan nama Mr X. Mr X kata, ada 2 pemain yang dihantar ke negara eropah selepas anak dia. Tapi depa tak lama kat sana. Aku tanya lagi, pasal apa? Mr X kata, first, budak-budak ni tak bercampur dengan pemain-pemain antarabangsa yang lain. Laa....awat jadi lagu tu? Mr X kata depa akan berkumpul sesama sendiri, bersembang sesama sendiri, bergelak sesama sendiri, makan sesama sendiri dan tidur pun satu bilik.....Laa...awat jadi lagu tu? Lepas tu Mr X sambung lagi....makan pun tak sama sebab katanya tak sama macam kat malaysia.....jadi depa pi cari ada satu keluarga malaysia dan makan kat rumah kawan tu selalu.....dapatlah merasa nasi lemak....mee kari....dll! Laa...awat jadi lagu tu? Apa lagi? Mr X cakap, kalau pi kat bilik salah sorang pemain tu, penuh dengan pre-paid card sebab rindu kat kampung...Alamak...awat jadi lagu tu? My point here is, kalau nak berjaya, kena lah tukar mind set....peringatan ni khas aku tujukan kat abang yang aku tahu takkan baca blog aku ni...tapi sekurang-kurangnya bila dia dah berumur 30 tahun dan aku dah berumur 60 tahun, bila depa terjumpa blog aku ni, abang ataupun yuya ataupun marina akan mengangguk dan teringat apa yang aku tulis ni....

Eh, tersasar pulak cerita aku...sebenarnya tak banyak beza kat siam ni. Kalau sapa-sapa risau pasal makanan halal, aku nasihatkan janganlah risau sangat....berlambak-lambak makanan halal kat bangkok ni. Bukak mulut dan tanya saja...mesti depa tunjuk kat kita. Tanyalah sapa-sapa pun....silap-silap depa cakap melayu lagi....macam ada sekali aku kat lobby hotel. Aku ada sikit masalah. Tiba-tiba Mat datang dan introducekan diri dia kat aku....dia kata nama dia Mat, boleh cakap melayu dan dia islam....hmmm habis cerita...Mat ni lah yang jadi tempat rujukan tambahan aku!

All in all, kami sekeluarga memang memerlukan family trip yang macam ni...er...in fact aku tengah dok plan satu lagi la ni...heh3...kat mana aku dok plan, tak bolehlah nak cakap...mungkin jadi taupun mungkin tak....kita tengok sajalah nanti...apa-apapun, malaysia mesti kalahkan vietnam!

8 ulasan:

PINATBATE berkata...

Salam uncle,Seronokkan kalau family kita happy selalu..semuga Abang terus maju..

Uncle berkata...

Serinik sungguh wahai Pinat. Bila lah dapat lagi macam ni....

catz berkata...

salam,

bila dah pi trip satu family and seronok sure u will become more excited to plan next trip.normally gitu...sure akan plan ke trip lain pulak kan.
seronok kan pi BKK.
:)

Uncle berkata...

Salam Catz.
Yes...absolutely! Tapi kena tengok budget jugak....supaya tak terbabas!

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam uncle,

memang sangat seronok jika dapat bercuti-cuti dengan famili kann...:))

Uncle berkata...

Salam KN.
Kalaulah dapat selalu macam ni...heh3...tapi KN pun apa kurangnya!!!

rezeki berkata...

salam uncle

lps ni sure trip balik kg , nippon hehe

teringin nak ke nippon DIY, tapi visa semua nak kena uruskan, tu yg malas hehe

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Memang ada keinginan nak ke sana jugak nanti, insyAllah...you should go there especially during Spring. Memang cantik dan hebat! Go during the 3rd week of March and 1st week of April. You have my number.......can contact me for other arrangement.

Jam tangan

Sejak kecil saya dah mula memakai jam. Jam tangan merupakan 'hadiah' bersunat kami..haha..waktu itu jam saya ada lampu. Bila tekan...