(memang nak kena belasah budak Burma sorang ni!)
(macam nilah muka dia bila dok bersoal-jawab dengan polis sebelum lari..)
(kerja kuat budak ni)
(pokok ni pun aku snap, macam pokok Sg Buloh!)
(menu Ramadan aku)
Aku ada cerita kat Samir yang aku nak buat umrah dalam bulan Ramadan. Dia kata ok, tak ada masalah. Kalau boleh, pergilah dengan dia sekali. Aku cakap, hang kerja...lagipun teksi berlambak-lambak kat tepi hotel ni. Samir kata, "Don't worry Mister, I change my shift and I want to follow you. I just bought a new car and want to show you!". Aku pun set la semalam, hari Selasa nak buat umrah sebab occupancy under control. Janji nak pergi pukul 11 lepas aku clear buffet iftar dan balik ngam-ngam untuk check sahur pulak. Tapi aku ada guest dari Indonesia yang aku terpaksa entertain yakni Pak Agus Sofyan dari ESQ Indonesia,(IQ dengan Dada mesti kenal ni, oppsss...we even called Judd last night and it was already 5am Malaysian time!)Tepat pukul 12 malam aku talipon Samir bagitahu yang aku dah selesai dengan guest dan ready nak buat umrah. Aku balik bilik, mandi, tukar ihram segala. Aku tanya kat Samir, kereta dia kat mana? Samir jawab ada kat bawah. Sampai kat bawah, aku tanya Samir, kereta dia kat mana? Samir jawab kat hujung jalan. Sampai kat hujung jalan, aku tanya Samir, kereta dia kat mana? Samir jawab ada kat atas bukit. Sampai kat atas bukit, aku tanya Samir "woi...kereta kat mana?" Samir tengok muka aku, dia jawab, "polis dah tarik!" Adohai...budak Burma ni...
Samir lari balik hotel ambik duit sebabkami tak bawak apa-apa pun sebab kononnya nak buat umrah. Aku pun meloponglah tunggu dia kat tepi traffic light. Sekejap Samir pun sampai. Kami terus naik teksi. Aku mati-mati ingat budak Burma ni nak pergi Tanaim. Rupa-rupanya dia suruh teksi tu pi cari kereta dia yang kena tarik dengan polis. 3 kawasan padang pasir kami cari, masyAllah habis satu Mekah kami ronda cari Honda Accord dia yang dah ala-ala kereta Starsky and Hutch tu! Lega bila dah jumpa. Masa naik kereta S&H tu, enjin pulak tak boleh nak start...Battery dah kong pulak. Samir adjust sana, adjust sini, baru boleh start. Kena pau SR50 untuk keluarkan kereta dari kawasan polis! Laju Samir bawak pergi Tanaim sebab aku nak kejar masa untuk Sahur pulak nanti. Sampai kat Tanaim, tingkap belah Samir tak boleh dinaikkan. Kami tawakkal je lah...Lepas sembahyang, kami patah balik pergi kat kereta. Jolok punya jolok, kunci kereta pulak tak boleh masuk! La...haru-biru ni...tapi budak Burma ni kan Mc Gyver, dia pulas sana, pulas sini, cabut bateri, pasang balik, ulang sebanyak 76 kali, baru kereta boleh start....oooo macam ni ka orang curi kereta tak payah pakai kunci! Heh3...aku lega...Samir pun lega...Samir bawak kereta punyalah laju, ala-ala S&H nak pergi tangkap Huggy Bear! Cilok sana-cilok sini, habis traffic light kami redah. Pusing aja kiri, polis dah tunggu! Polis tanya nak pi mana? Samir jawab, kalau dah pakai ihram tak kan nak pi shopping! Polis dah naik angin, Samir pecut kereta...aku duduk sebelah jadi kecut! Tengah dok lari, enjin pulak dah jadi panas..temperature naik mencanak. But kereta dah berasap! Kelam-kabut kami cari stesen minyak. Bukan nak tuang minyak, tapi kami bijak sikit semalam, kami tuang air...Ok temperature dah turun sikit. kami pecut lagi.
Dah dekat nak sampai Haram, aku tanya si Samir, Hang nak parking kereta kat mana? Dia jawab kat depan kedai atas bukit tadi, "Same place, Mister!". Heh3...aku gelak mengekek-ngekek dengar dia jawab. Tengok sajalah muka dia yang tak makan saman tu! Aku rasa malam tadi pergi umrah dah jadi macam satu adventure pulak untuk kami...apa jadi dengan kereta Samir? Aku dah malas nak tanya. Entah-entah kena tarik lagi dengan polis kot...dalam pada tu, Samir tanya kat aku, "Mister, we go Taif for relax after Ramadan, I take you in my carrr" Huh? Muka aku blurr!
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Khamis, September 03, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
26 ulasan:
Dear Uncle,
Wow! KN dok imagine mcm drama kejar mengejar dgn polis gitu...ish ish ish uncle..krm slm kat samir tu!!
BTW...I like that plant!
salam,
mmg lawak n adventure betul cerita umrah di bulan ramadhan... leh wat cite drama lah...
auta jugak dak samir tu yek...muka comeyyy gak
salam uncle..
ha..ha..ha..lawak gilerr..nasib baik x patah semangat nak buat umrah..
waaa nak pegi taif jadi starsky & hutch... amacam? ada berani?
ahaksss.. sian uncle.. sbaq2..
Uncle,
Samir boleh beli kereta, uncle pun beli lah jugak kereta senang ckit nak buat umrah. Takpayah kena round satu mekah baru dapat pergi tanaim. Pastu kalau saya datang nanti boleh naik keta uncle ;) Kita round satu mekah... boleh?
Lepas ni Uncle pergi lah ESQ and join us as one of ESQ Alumni.
Anyway, the interesting and funny story. Post lah gambar kereta samir in your blog.
Selamat Berbuka.
hadoi!lawak betul cerita Samir ni..mengekek saya gelak!
hebat betul budak samdol sorang ni yer..muka dia tu memang muka tak makan saman..tersereghin jer...
Seumur hidup saya tak pernah buat macam ni KN ooiii, first time ni....pokok tu nampak cantik, kan?
Muka Samir memang macam tulah...kerja dok sengeh memanjang. Tu yang tak tahu dia sedih ka happy ka..tu pun ada hati nak kahwin tahun depan!
Memang kelakar...macam cerita "Crazy Boys" tahun 70-an...tapi umrah tetap umrah!
KOG.
Memang plan nak kesana sekali lagi. Huggy Bear dok tunggu tu!
Dear UP.
eh bila depa nak mai?
Dear DS.
Tak guna jugak ada kereta kalau 24 jam duduk dalam hotel..lagipun sini takdak parking macam kita...
Silap-silap join Saudi Chapter kot...depa nak buat umrah trip tu. Tu yang boleh jumpa kat sini. I think he knows both of you too. What a small world!
Hari tu pi umrah, so kamera tak bawak..maybe next time..
Dear Pinat.
Budak2 sini memang semua tak makan saman...kadang2 kita pun kecut kalau ikut depa!
itu dugaan buat uncle dan budak samir itu,,,(-_-)
insyallah depa p sbtu ni..
cdng nya nk p bkak posa sana..
da la dlm 3-4 org..
t sy hbaq sruh depa p cri uncle..
trimas bebyk uncle..
Memang dugaan pun...tapi seronok sebab adventure!
Boleh takde hal...mai lah...awai pun boleh, lambat pun boleh...
hahaha. pengalaman umrah yang mengerikan. ini kalo buat video clip utk umrah mesti best. hehehe. uncle dan samir antara pelakon utama. kakakaka..
uncle, nak tanya mengenai sewa dewan. dekat orchid punya hotel, ada tak hall atau dewan sedap-sedap utk kita buat kursus pada para peserta dalam lingkungan 20 orang? jika ada, berapakah charge dia, dan macam mana dengan pakej including makan,minum dan sebagainya. thank you. - selamat berpuasa.
nanti uncle organise...
hahahaaa...uncle your writing makes me laugh. You must be a humorous person, erm not a dictator-type of boss, I think.
Betul la Samir jenis tak makan saman...
I could have blown my top if I had been in your 'Indiana Jones adventure with Samir'. But you did not.
At least I am learning to see such situations at your perspective. Alhamdulillah.
Glad to stumble upon yr blog.
Keep blogging from Saudi!
Salam.
Rina.
Dear Rina.
Yes it's true. I always look at things from a different perspective. Make the best out of it. Selalu kita baca dari Mekah more on a serious note....heh3...keep on reading Rina. Tanpa pembaca, siapalah Uncle...terasa macam singer pulak!
pokok itu nama dia "yucca"..comel kan nama dia..hehe..uncle..sy tgh tensen di bulan posa, x dan nak terawih..melayan keja yg melambak..waaa..tensen! ni pun curik2 bc blog uncle..
Dear Siti Tanjong.
Sorry terlambat jawab, banyak dah terbabas entry, bila patah balik ternampak kat ST, tu yang jawab tu...kesian kat cheq!
Catat Ulasan