Khamis, Jun 09, 2011

Holiday for them....

Aku dah tahu yang aku akan ke Bali lagi pada tarikh tertentu dan alhamdulillah, coincide pulak dengan cuti sekolah anak-anak aku. Aku plan dengan aunty supaya dia jugak berkesempatan untuk ke sana sama aku. Aku tahu yang aunty jugak memerlukan break. She deserved a very good break! Kami duduk bersembang sampai ke malam almost everyday untuk plan trip ni supaya anak-anak aku pun dapat manfaat sama. Last sekali kami pergi bercuti dah pun genap 6 bulan tak salah aku. Waktu tu kami ke Bangkok tengok abang lawan bola. Kami horey-horey tapi abang tak boleh keluar dari camp...kesian...

Aku tanya Yuya, mana dia nak pergi cuti kali ni...Yuya cakap, "Renaissance...". Alamak kesiannya...sebab sepanjang 10 tahun aku kerja kat situ, tak pernah sekali pun aku bawak depa menginap kat situ! Aku dengan aunty diam sebab kami tahu yang depa akan bercuti lebih jauh dari tu....

(bilik mandi untuk kami ber-5...)

Sehari sebelum bertolak, anak-anak aku dah sibuk mengemas barang sendiri. Depa tarik baju tu, depa tarik seluar ni, banyak yang kami gelengkan kepala....marina cebik mulut kat aku sebab dia nak usung 8 anak patung dia...katanya nanti sapa nak jaga? Aku cakap nanti kalau usung semua anak-anak patung dia, sapa nak bayar harga tiket? Marina angguk-angguk dan simpan balik kat bilik Wiwit. Cheetah yang paling dia sayang dia bawak jugak!

Kami bertolak sama ke airport tapi naik pesawat lain-lain sebab aku kesana atas tiket lain....takpalah, beza cuma sejam antara depa dengan aku dan aku pesan suruh tunggu di Black Canyon Cafe kat luar Ngurah Rai. Dalam pada tu aku masih tak sedap hati sebab naik pesawat berasingan! Naluri bapak....hahahahahah!

(yuya dan marina..lepak di pool..)

Sampai disana queuenya agak panjang di immigresen. Lepas semuanya selesai, aku terus ke cafe yang dijanjikan. Semuanya tengah menunggu aku. Kami terus dibawak ke hotel penginapan di Nusa Dua. Registration was very smooth. Went up to the room yang berada betul-betul kat atas lounge. Was great with pool view dan kedengaran air laut. Marina lompat, Yuya lompat, Abang lompat, Aunty dan aku pun lompat sama! Hahahahahah!

(aku jumpa budak ni kat beach..)

Sampai bilik pun dah pukul 4 petang. Kami terus keluar pukul 5 petang. Pak Agung dah tunggu nak bawak kami jalan-jalan dan dinner di Jimbaran. Pukul 6 kami dah tunggu makanan di restoran tepi laut yang meletup satu masa dulu tu. Ini kali ke 3 aku disitu. Kali pertama untuk keluarga aku. Marina dengan Yuya sampai terlena tunggu makanan yang sungguh lama....sampai 1.5 jam barulah sampai. Yuya nak makan ketam. Abang nak makan sotong. Marina nak makan shell fish. Aunty nak makan ikan. Aku pulak pening! Hahahahahah

(mencuba black and white)

Satu peristiwa yang maha hebat tiba-tiba berlaku kat aku di tepi pantai Jimbaran tu! Sedang aku dok melangut tengok orang lain yang dok makan sedangkan kami tak makan, tiba-tiba lalu satu kelibat kat depan aku. Kelibat yang sangat familiar. Kelibat yang sama-sama bertungkus-lumus kerja dengan aku tahun 1993 dulu di Hilton. Gaya yang sama, muka yang sama, senyum yang sama, bahkan semuanya sama! Aku bangun dan tegur dia...aku panggil "Michael...Michael..." Dia toleh tengok aku dengan muka berkerut. "This is Shahrir, Hilton.....1993...". Dia menjerit terkejut sambil bersalam dengan aku. Baru dia ingat! Nama dia Micheal Luible. Dari Suisse. Boss aku dulu. Dia kata ingatan aku kuat. Aku introducekan pada family aku. Micheal Luible sekarang dah menetap di Bali dan merupakan seorang MD untuk sebuah company besar disini. Maksuknya sekarang ada 2 orang boss lama aku yang sama-sama dengan aku disini. Satu lagi Leon Dolle. Big man now in Bali......seronok aku dan tak sangka aku akan dapat jumpa ML kat Jimbaran! Tapi sayang aku lupa nak ambik gambar...sigh!

( baru sejam sampai bali, jari dah melentik!

Pemandangan dari beach menghala ke laut memang cantik. Waktu tu air dah nak surut masa kami sempat turun sekejap ke beach untuk tengok pemandangan. Menarik dan sangat mengasyikkan. Lepak di sun lounger kat beach aku mula terasa macam orang kaya...hahahahahah! Lama aku tak rasa macam tu...hahahhahah! Ramai orang melepak kat beach sambil menunggu sun set. Aku pun sama jugak. Dok tunggu jugak...macamlah tak pernah tengok...hahahahah!

8 ulasan:

PINATBATE berkata...

Assalamualaikum Uncle,
best bawa anak-anak bercuti kan uncle..anak seronok,mak bapak laagiii seronok..

Carrie-Ma berkata...

salam,

selamat bercuti buat uncle sekeluarga. seronok kan dapat holiday jauh2 tgk tempat org.

Uncle berkata...

Salam Pinat.
Memang seronok dan nikmat dunia bila dapat bawak keluarga sama-sama bercuti walaupun Uncle sebenarnya kerja!

Uncle berkata...

Salam CM.
The kids sangat seronok dan kelmarin masa dalam perjalanan nak ke airport, depa tak mahu balik! So now I have to plan for the return trip!!!!! Adooiiiyai...

taj berkata...

Salam Uncle....

bestnyer holiday wif famili kan...
hope enjoy gilers ye...hehe

amboi si marina, bukan jari je melentik,,,badan pun dah pandai melentik...itulah anak dara sunti...comeyy

Uncle berkata...

Salam Taj.

seronok sangat holiday dengan family...Masa ni lah depa nak ikut kita lagi...nanti dah besar panjang, semua dah ikut hala sendiri...

Uncle pun terkejut tengok jari Marina...aik, macamana boleh jadi lagu tu? Automatic melentik! Hahahahahah

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Hi uncle,

have a nice time....:)

Uncle berkata...

Salam KN.
Thanks and will do!

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...