Ahad, Mei 20, 2012

Horey-horey day!

Marina and Sarah. Her best friend!

Semalam aku sibuk sikit sebab ada wedding kat tempat aku. Selain dari wedding, Abang ada lawan bola pertandingan 1MCC (Cardif City, kalau tak silap aku) main kat RRI Sungai Buloh. Yuya ada training bola di Cheras dan Marina pulak nak horey-horey dengan Sarah kat Bangsar manakala AW sibuk nak masak bagi kami makan! Apa aku buat? Pagi pukul 6.30 aku dah bangun. Kejutkan Abang dan Yuya...jerit sikit suruh depa bangun mandi dan siap nak ke padang bola...7.00am aku dah gerak menghala ke RRI. Sampai sana pukul 7.45am. Pesan agar Abang memberi 100% pada perlawanan bola dia, aku bergegas pulak ke Cheras nak hantar Yuya yang training mula jam 8.30am. Marina ikut aku dan sepanjang jalan dia dok pot-pet...pot-pet...aku tak tahu Marina ni ikut siapa...ikut aku atau ikut AW....(blurr...)

Hasil kerja tangan Marina yang iras-iras Van Gogh!

Sampai ke padang bola hantar Yuya, ngam-ngam players baru nak nyanyi lagu Negaraku. Aku pun sempat berdiri dan nyanyi sama-sama....Marina tak berkelip mata dia. Total players and parents adalah dalam lingkungan 200 orang semuanya! Lepas nyanyi Negaraku, aku terus pulang ke rumah sebab Marina nak mandi dan bersiap untuk ke Bangsar sekejap.  Aunty terpaksa duduk rumah sebab dia tengah "bersilat" kat dapur dok prepare kurma ayam untuk Yuya dan daging masak hitam untuk Abang. Untuk aku hari ni AW masakkan aku kari kepala ikan kurau! Makk aiii...tersandaq ni! Hahahahaa...Pukul 10.30am aku berlari ambil Yuya dari latihan bola pulak. Lepas Marina mandi dan AW buatkan tocang untuk Marina yang nakkan tocang yang sama macam Sarah, aku bawakkan baju untuk Marina dalam beg menuju ke Hotel untuk melihat dan pastikan wedding kat tempat aku yang seramai 400 orang berlangsung dengan jayanya seperti event-event sebelum ni...Melihatkan partner in crime aku dalam keadaan tenang, aku jadi tenang....PIC aku ni dah lama kerja dengan aku. Total selama 10 tahun kami berkerja ditempat yang sama. Aku tak payah lagi bagitahu dia apa yang aku nak dan setiap kali aku lakukan sesuatu, dia akan lakukan perkara yang lain...endingnya, kerja kami siap pada waktu yang ditetapkan dan tetamu-tetamu kami semua puas hati...alhamdulillah...

BFF....

Selepas pastikan yang semuanya berjalan lancar, aku tinggalkan hotel sekejap dan memandu laju ke RRI Sungai Buloh untuk tengok Abang yang lawan bola dengan MPPJ U14. Depa menang 3-2 manakala diwaktu paginya depa kalahkan satu lagi pasukan dengan jaringan 2-0. Well done YFA-CIMB! Lepas bola, aku berpatah balik ke Hotel. Tetamu dah mula bergerak keluar dan diwaktu yang sama, group Jepun yang tinggal di Hotel terpaksa aku layan. Berjumpa dan bersembang dengan depa sekejap, aku offerkan perkhidmatan apa-apa saja yang diperlukan. Kami bersembang sama-sama sambil minum kopi. 20 minit bersembang dengan tetamu-tetamu Jepun aku, aku rasa puas. Ini penting untuk business aku. Hubungan dengan tetamu dan keselesaan depa adalah keutamaan aku. Pengalaman depa tinggal di Hotel ni sangat berharga. It has to be an unforgettable and memorable good experience untuk depa. Surprisingly aku jugak dapat satu room booking dari kawan lama aku yang sama-sama main rugby untuk Penang tahun 86 dulu yang kini merupakan pakar IT yang hebat. Err, kawan-kawan jugak...tapi payment tetap macam biasa....Ini lah satu-satunya masalah orang kita...Kalau depa tengok kawan depa buat business, bukannya nak tolong, malah pelingkup lagi ada...kalau pi makan, kalau tak dapat makan pree, depa mintak discount! Mana business nak maju kalau lagu ni....sepatutnya, kalau tengok kawan buat business, bayarlah macam biasa....baru lah muka tak malu kalau nak pi kali ke dua!

Marina's collection..

Marina suka melukis. Pengantin yang buat majlis perkahwinan bagi Marina "omiyage" dan Marina bawak balik sampai 5! Balik ke rumah, Marina mula melukis. Dia lukis dan bagi setiap sorang satu, termasuklah Kak Wiwit.....untuk aku, dia kata tak payah sebab aku ada masa wedding tu berlangsung...hahahahahaa. Dalam pukul 6 petang aku pun dah sengal badan dan balik ke Ampang. Sampai saja kat Ampang, aku call AW dan ajak keluar minum dulu sebelum balik kerumah....anak-anak semua menjerit, horey................Depa makan tandoori dan aku pulak, makan hati! Hahahahahaha....Sebelum balik kerumah, Abang bukak cerita yang kasut bola ADIDAS size 10 dia tu dah koyak-rabak! So kami singgah kat al-ikhsan sekejap tengok boots...tu...dia.....aaiiihhh...punyalah mahal...tambah mahal bila boots terkoyak ditengah bulan.....jiwa dan raga aku lagilah koyak-rabak!!!!

Wedding at my place yesterday.

Sesampainya kat rumah, jam dah menunjukkan pukul 8.30pm. Bola dah nak start 15 minit lagi. Laju aku masuk mandi dan bentang "toto" depan tv. Kopi secewen, tunggang-langgang kami bersorak...aku tak ada favourite team. Aku cuma nak tengok a good game saja....tapi bila aku tengok ic aku, alamak....nombor kat tengah tu 03 lah.......nasib baik TRW menang.....hahahahahahaa.....have a productive week ahead people!!!!!

14 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam uncle..

rinduuuu :)) lama KN tak tulis komen kat sini...bizi..but i always read your blog...

~sentiasa ceria bila baca catatan uncle...

Lady Windsor berkata...

Salam Uncle,
Alaaa koyak rabak untuk anak-anak tu kira membahagiakan tu..hehe..

Err musykil sket, betul kah no ic tengah tu 03? Ke dan dan tu juga bertukar jadi kosong tiga sbb TRW menang eh?

Ibu n Abah berkata...

Uncle...
seronok akak baca 'pemain bola handal' in the making...
semuga abang dan yuya akan mengharumkan nama Malaysia.
- nanti bolehlah akak berbangga bragging kata akak kenal ibu dan bapa kepada 2 pemain handal tersebut...

Uncle berkata...

Salam KN.
Thanks for still reading my blog. Memang lama sungguh tak dengar berita dari KN cuma sekali-sekala tersembul kat FB. Anyway, thankks for the comment and pray that your cucu is fine! Regards to Kuey san.

Uncle berkata...

Salam LW.
Part IC no 03 kat tengah2 tu...yes...uncle memang macam darrcha....born in kelantan,, darjah 1 dan 2 di Penang, 3,4,5 di melaka, 6 di alor setar, form 1-5 di seremban dan form 6 di penang! Darrcha kan?

Uncle berkata...

Salam Kak.
Yeah...saya pun bangga dan akan brag pasal kakak jugak...walaupun kita tak pernah jumpak! Hahahahaha...amazing isn't it?

Tanpa Nama berkata...

hebak ankel.. pi mai pi mai xrasa nk rebah lutut ka.. hahaha..

rezeki berkata...

salam uncle

saya tak sempat nak horey2 minggu ni hehehe

byk benda tak settel, minggu depan baru dapat horey2 rasanya

Lady Windsor berkata...

uikss...itu bukan darrcha dah tu, tapi dah macam bubur chacha la uncle..hebat! nasional habess!

Uncle berkata...

Salam Pet.
Rebah pun seronok tengok anak2 membesaq depan mata!

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Takpa....settlekan kerja dulu.....horey2 buleh tangguh! Hahahahaa...

Uncle berkata...

Salam LW, Darrcha ka buboq chacha ka...ok jangan carcha marrba sudahlah...

Kakzakie Purvit berkata...

Rabak tak rabak kena beli juga kasut utk Abang...Kakak masih ingat dulu uncle kata size kasut Abang macam org dewasa...

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
dah beli pun the very next day....adoi.....memang kaki dewasa pun walaupun umur baru 14!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...