Khamis, Mei 17, 2012

Yuya is 11...yeay...


Yuya and his presents

Hari Ahad lepas kami buatkan birthday celebration untuk Yuya walaupun tarikh sebenar ialah 2 hari selepas itu yakni 15hb Mei. Sengaja kami pilih tarikh tu sebab bersempena dengan "Hari Ibu" dan jatuh pada hari minggu. Jadi semua orang ada kat rumah! Yuya ada bagitahu kat kami dulu yang dia nakkan jam tangan baru swatch yang kami tengok kat KLCC. Itu saja permintaan dia. Aku kesian kat Yuya sebab selalu dia pakai seluar pendek bola dan beberapa helai lagi yang dahpun nak koyak kat punggung. Bukan senang nak carikan seluar untuk Yuya. Di bahagian kanak-kanak, aku tak jumpa sebab dia dah besar...manakala di bahagian dewasa pulak, saiz S pun terlalu besar untuk Yuya.. Dalam dok melilau cari, terjumpa pulak aku seluar bermuda yang aku rasa sesuai untuk Yuya. Aku belikan 2 helai. Satunya denim. Lepas beli, kami ke kedai hadiah untuk wrapping. Sementara depa dok balut, kami sempat minum sat kat KFC belakang tu walaupun sebelum tu kami dah minum kat Le Cucoq! Hahahahahaha....

Sorry gambar camerawoman tak ada!

Yuya cuma panggil 3 orang kawan dia. Kami tak larat nak masak. Jadi semuanya kami beli saja. Kek memang sah lah kami beli kat Baker's Cottage. KFC dan makan dengan nasi lemak bungkus yang kami dah pesan awal-awal lagi kat mak kepada kawan sekelas Yuya! Seminggu aku diet.....tapi hari ahad lepas, habis semua diet aku angkara nasi lemak dengan KFC! Ok takpa...lepaih ni aku diet balik...hahahahaha.....

Yuya and the gang..

Depa ni lah kawan Yuya yang dok kot nerai BV ni. Depa ni lah jugak geng terjun kolam dan depa ni lah jugak geng dok ronda dengan basikal....15 tahun lagi apalah yang akan jadi kat depa ni? Bila tengok balik gambar kat atas tu, baru aku terperasan yang Yuyalah budak yang paling kecik diantara depa berempat tu..


Kek pilih sendiri tu..

. Sengaja kami pilih hari tersebut sebab ianya jatuh pada hari Ahad dan juga untuk kami anak-beranak pakat 4 orang keluar dan beli bunga kat Aunty W. Diawal pagi Ahad, aku suruh Aunty berehat saja manakal aku bawak Abang, Yuya dan Marina keluar. Ketiga-tiga beranak dengan muka blurr baru bangun tidur tanpa berlengah ikut saja aku. Masa kat dalam kereta, depa tanya, "Papa nak bawak pi mana ni?" Masa tu baru aku jawab yang aku nak pergi beli bunga kat mama untuk "Hari Ibu". Aku tengok bersemangat muka depa...Aku terus menghala ke Bangsar dan ketempat selalu aku cari bunga untuk hotel...Ah Phang chief florist kat situ merupakan kawan lama aku masa di PJ Hilton dulu sekitar penghujung tahun 80-an. Bukan dia saja, semua florist kat situ dia usung dari PJ Hilton! Hahahahahaha.....kami sempat bersarapan kat Bangsar dan waktu bersarapan tu kami tulis dan sign kat dalam card ucapan untuk AW. Kami pakat ramai-ramai nak wish AW sewaktu kami sampai kat pintu rumah. 2 bouquet bunga rose kami beli. Satu warna biru yang aku dan Abang pilih manakala satu lagi warna pink yang Marina dan Yuya suka. Sesampainya kami kat rumah, AW buka pintu dan "surprise..."












9 ulasan:

kucingorengemok berkata...

eh saspen pulak rasa... macam 4 anak beranak yang surprisekan aunty, tapi boleh jadi jugak aunty yang surprisekan 4 orang itu. kita tunggu episod seterusnya! :)

Uncle berkata...

Alamak...kena sambung ka ni KOG ooiii...

Kakzakie Purvit berkata...

Betul uncle kena sambung kakak nak tahu apa reaksi mama mereka? Airmata atau surperise tak menjadi sebab mama mesti hairan mana semua ahli rumah menghilang tinggalkan dia sendirian di rumah...

Anyway happy belated birthday for Yuya...

Lady Windsor berkata...

Yuya, happy belated birthday..waaa rambut da tukar style laa...hikhikhik!

Uncle berkata...

Salam Kakzakie. Adoi...saya tengah dok raplah pikirkan apa sambungan cerita tu nanti...hahahahaha...ni KOG la punya pasai ni...

Uncle berkata...

Salam LW.

Yuya kata "thank you kak...". Uncle jadi blurr...aikk, kakak?

rezeki berkata...

salam uncle

mau kena sambung 14 episod lagi hehehe

happy birthday to yuya

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Adoii...tu yang tengah dok pikir ni.....

Lady Windsor berkata...

Salam uncle,
Owh tq Yuya...

Ahahahaha uncle saja buat2 blur le tewww..jangan jeleszz!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...