Selasa, September 08, 2009

17th Day Posa

(aku nak buat macam nilah kat pintu bilik aku!)

(terpacak dessert aku)

(traditional fool@ful container)

(cold cut biasa2 ja)

(entrance aku)

Seronok membaca komen-komen didalam blog aku. Jadi kepada sesiapa yang sekarang ni menjadi silent reader, tolonglah serlahkan diri anda sebab aku nak kenal dengan semuanya. Bak kata orang, "the more the merrier". Walaupun kita tak pernah kenal sebelum ni, tetapi melalui blog lah kita rasa yang kita ni dah lama sangat kenal. Contohnya Kak Nab, Ms Legolas, KOG, Taj, Pinat, Uncle Pet dan ramai lagi yang aku tak sempat nak type. Maafkan aku kalau nama tak tersebut. Aku sayang semua! Ala-ala lagu penyanyi dari Sarawak tu! Jadi kepada semua, aku nak ucapkan jutaan terimakasih kerana membaca dan berikanlah komen-komen bernas anda. Again from the bottom of my heart. San kyu...san kyu....

Tadi aku bagi ikan bilis kat Dollah Dapur suruh dia goreng dan campurkan kacang. Kasi pedas sikit dan kasi kering, nanti aku nak makan dengan nasi putih panas-panas...alamak ni yang malas nak cerita ni, tiba-tiba lapar lagi! Selain dari tu, kopi aik cheong tu ada lagi. So...just nice untuk aku.

Nyamuk baru lepas talipon aku bagitahu yang dia dah start cuti raya! Woi, Nyem, kau biar betul ni...sekarang Nyem ada kat Madinah selama beberapa hari sebelum datang ke Mekah sampailah 1st Syawal. Nak beraya kat Mekah katanya. Pergh...meriah betul Nyem ni...kelas...memang macam orang kaya! Nyem nanti kau jangan lupa belanja aku teh tarik dengan mee rebus kat D'Saji nanti...

Pagi tadi sahur aku ada kat kedai kopi sampai dekat pukul 4 pagi. Mak aiii...lama tu! Ramai pulak jemaah pagi tadi. Dari Indonesia pun ramai. Begitu jugak dari Morocco dll. Boleh dikatakan sekarang ni dah jadi meriah. Cuma meriam buluh tak ada!

Masa aku kat sekolah dulu kalau tak silap aku, prep petang dibatalkan sebab bulan puasa (correct me if i'm wrong) kalau tak pun, aku yang tak pergi prep petang tak? Heh3...maklumlah bulan posa...Melepek kami budak-budak tunggu waktu nak bukak posa. Letih dia mak...aiii....macam tak makan seminggu! Lepas bukak posa, kami pergi sembahyang ramai-ramai. Seronok sungguh rasanya. Lepas tu terawikh pulak ramai-ramai. Malam ada prep, tapi sekejap. Lepas tu budak-budak sambung belajar sampai sahur tapi aku sambung tidur sampai pagi! "Selamat Berpuasa!"

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

biar xknal pn tp mcm dh knl lama kn..
thnx a lot uncle..
slamat brposa..!!

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam uncle,

selamat berpuasa!

Uncle berkata...

Dear UP.
Tak kenal maka tak kenal! Nak kenal jugak!

Uncle berkata...

Dear KN.
Same to you...mesti rindukan anak-anak kan? Macam sayalah jugak!

Laalaa berkata...

dah lama jadi silent reader, jarang nak tinggal pesan. Sebab suka membaca jer..

Lagik satu, semua gambar makanan uncle buat saya sentiasa lapau... huhuhu..

Selamat Berpuasa Uncle.

Laalaa berkata...

test..test. dah 2 kali komen tak kuar jugak.. sebab tu, suka jadi silent reader.

Uncle berkata...

Hello2...identify yourself...hello2...hey good to know you. Kan senang macam ni....keep on reading! Ada banyak lagi gambau!

Uncle berkata...

Roger2....kan dah keluau tu.....janganlah jadi silent reader sebab nanti Uncle tak kenal!

DadaIQ berkata...

Uncle
Read your article in Berita Harian yesterday. Itu pun IQ yang terjumper. Wah, sekarang ni Uncle dah boleh buat columnlah di BH. Keep it up. Mana tau nanti boleh jadi columnist popular.

Selamat Berbuka. Hari ni plan nak buat daging bakar dengan ayam percik. Nak bagi semangat dekat Faiz sebab dia first day exam UPSR.

kucingorengemok berkata...

uncle tak mau perkenalkan main bunga api + mercun kat sana ke? hehe, kalau kena tangkap pesan kat samir suruh jamin, dia pandai sengih kat polis

taj berkata...

salam,

dah kenal tapi tak berapa nak kenal... cam tu ayat leh terima ke... tapi yg ptg cam dah kenal...hehhe(ayat apa daaa..)
nak kenal lagi tunggu tahun depan, taj buat umrah... insyaAllah...

Tanpa Nama berkata...

Salam Uncle saya juga silent reader selalu baca saja tak pernah komen..he..he



az(Shah Alam)

zainon berkata...

Salam,
Kak mmg 'silent reader' sbb x prasan blh komen dibwh ni.Tp kita dah 'friend' difb kan... Sronok baca kisah Sharir serta Azli jg.

pinatbate berkata...

uncle..
saya pening memikir gambar kunci pintu tu..apa benda yang disendal tu?
mata saya yg rabun puasa-puasa ni atau otak saya yg lambat pick up?
kelasss!!
pintu mcam pintu orang kaya kaya..haha!

Uncle berkata...

Dear DadaIQ.
Thanks for reading. Bacalah ulang-ulang kali...heh3...Mesti semangat si Faiz tu. Uncle dulu takde orang nak bagi semangat, patutlah memanjang dapat last...cuba tanya IQ!

Uncle berkata...

Dear KOG.
Heh3...memang depa bagi one way ticket nanti!

Uncle berkata...

Great...
let me know if you are coming...

Uncle berkata...

Dear Tanpa Nama.
Sedap nama tu...janganlah berdiam diri..komen je...share the experiences!

Uncle berkata...

Dear Kak Zainon.
Thanks for reading and keep on reading...terimaksih sekali lagi!

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Uncle pun tak sure jumpa kat mana pintu tu...kalau kat Penjara Alor Setar, rasanya besar lagi tu!

DadaIQ berkata...

Salam bro....
Amboi, dah pandai tulih article kat paper pulak dah, awat hang nak jadi mcm kak Enon pulak ka?? Tapi hang memang ada skill menulih...tapi kalau kenai, bila baca ingat expression muka...lagi kacau!! Anyway, take care and selamat berbuka dan bertarawikh.

zainon berkata...

Patutle masa p umrah awal Jun lalu,hari2 kami dok perati je kat Hotel AlSafwah.Mesti best dpt tengok Kaabah dr bilik.Masa 2,kak belum baca blog 'uncle815' lg.Klau tau,hari2 kami serbu.InsyaAllah,slps tgk menu Shahrir,MESTI kami tiba nti.

Uncle berkata...

Dear DadaIQ.
thanks for the kata-kata semangat. Aku bersemangat terus....memang suka menulis...sampai la ni Ustad Peroh dengan Bibah tak percaya..heh3...ooo kau baca sambil ingat expression muka aku yea...ingat tak kita isap rokok sama-sama kat toilet dulu....heh3...

Uncle berkata...

Kak Zainon.
Thanks for the comment. Keep it flowing! Memang syahdu dapat tengok kaabah. In fact like I mentioned earlier, even from my room you can see the kaabah and sa'e area. Shhhh...ni ada VIP in-house! Dah ajak depa minum kopi. Satgi lepas tarawikh depa join sekali...heh3...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...