Sabtu, November 10, 2012

Cuti Sekolah!

Charlies Angels. Tom Bosley yang ambil gambar!

Amboi lama jugak aku tak update blog aku. Tiba-tiba aku jadi busy tak tentu hala. Dah hampir 45 tahun tak pernahnya aku busy lagu ni! Tiap-tiap hari hujan lebat. Letih aku. Nasib baik aku tak memandu. Kalau tidak, tambah banyaklah dosa aku sebab akan terkeluar perkataan-perkataan yang kurang enak! Selama beberapa minggu aku berhibernasi ni, selain daripada sibuk ditempat kerja, aku juga menyibukkan diri dengan aktiviti sekolah anak aku yakni Victoria Institution. Anak aku berada didalam kumpulan "projek bolasepak bawah 14 tahun" dan aku sekarang sedang menguruskan pemergian depa ke Bali untuk perlawanan persahabatan antarabangsa depa. Idea untuk membawa pasukan bolasepak ini ke Bali bermula apabila aku selalu berulang-alik kesana tahun lalu. Hotel yang aku duduk berhadapan dengan padang bolasepak di Ubud yang dipanggil "lapangan". Setiap pagi dan petang ada saja budak-budak dok main bola kat situ. Kadang-kadang ada pelancong asing yang main sama-sama dengan anak-anak muda tempatan kat situ. Aku bersembang dengan sorang pengusaha hotel disana apakah Ubud ada pasukan bolasepak yang baik? Beliau kata ada dan beliau sebenarnya merupakan jurulatih kepada pasukan Ubud merangkap pengurus pasukan. Kebetulan sewaktu kali terakhir aku kesana, sepupu beliau datang dan diperkenalkan pulak kepada aku. Sepupu beliau ni pulak merupakan AJK tertinggi Tim Sepakbola Bali merangkap AJK Sepakbola Indonesia. Waaaa.....ini dah bagus! Aku mulakan cadangan mengadakan perlawanan persahabatan dan aku ajak pemain Bali ke KL. Katanya kekurangan dana. Tapi dijemputnya team KL pulak ke Bali. Makanya dari situlah segala-galanya bermula....dan sekarang ni aku dah masuk gear 4 yakni peringkat akhir untuk membawa pemain bolasepak Victoria Institution bawah 14 tahun ke Bali untuk 3 perlawanan persahabatan antarabangsa pada 7, 8 dan 9hb Disember nanti. Kalau program pertama aku ini berjaya, ini akan membuka jalan kepada banyak lagi kejohanan antarabangsa yang boleh dianjurkan. Doakan kejayaan kami disana ya....errr, by the way, semua buat sendiri ni!

Duduk paling kiri!

Bila anak-anak relax tak baca buku dan abang usung baju dan segala macam balik kerumah dari asrama, barulah aku terperasan yang cuti sekolah dah pun bermula. Masa aku kecik macam depa dulu, inilah saat yang aku paling tunggu-tungu. Cuti hujung tahun dan naik kelas baru tahun yang akan datangnya. Errr, selain daripada tu mestilah "PESTA PULAU PINANG" yang memang ditunggu-tunggu! Hahahahahaha...allaaaahhh bukannya ada apapun....tapi kemeriahan dan betapa ramainya orang membuatkan aku tak sabar-sabar nak ke Pesta. Last-last bila dihitung balik, mahu sampai 7-8 kali aku ke PESTA! Hahahahahaha...
Depa kata gambar Yuya seiras dengan budak hemmsemm dalam gambar awal tadi?
Bila aku dah mula panjang kaki berjalan, musim cuti sekolahlah merupakan saat yang aku tunggu-tunggu. Macam-macam plan dah ada kat kepala otak. Pi tengok wayang lah....pi mandi laut lah....balik kampung di aloq setaq lah...pergh.....penuh schedule aku. Masa "prep" malam pun kepala otak asyik ingat ke lain....dah dok terbayang naik keretapi. Turun kat butterworth. Makan kat Hameediyah...then bila sekarang ni aku tengok anak-anak aku melepek kat depan tv main game sewaktu cuti sekolah ni, aku terpikir.....seronok ka cuti sekolah depa ni? Tak teringin ka nak panjat pokok ka....main "police and thief" ka.....mandi sungai ka.....kayuh basikal satu kampung ka...main gasing ka...hmmmm, bagi aku, "fun" cuti sekolah tu dah tak ada lagi la ni! Sedih jugak tengok anak-anak aku.....
Le Cucur, KLCC

Besok aku kerja jugak walaupun hari minggu. Jadi maksudnya, minggu ni terus-terusan kerja tanpa henti. Semangat-semangat.....masa MUDA ni lah nak kerja betul-betul....nanti umur 65 aku nak pencen. Jalan-jalan sikit...(kalau larat jalan...). Ni pun masa nak sujud lutut dah "berdetup-detap" bunyi....risau jugak aku. Dok kata nak jumpa doktor sampai ke hari ni tak pergi jugak lagi! Cerita pasal doktor ni, semalam aku ada talipon si Singh sorang ni. Jeff Singh si doktor gigi di segambut. Kawan lama aku satu kelas dulu. Mana nak cari tempat buat "braces" kat abang? Dia cadangkan kawan dia kat ampang. Tanya harga, dr woon cakap RM8,000. That's a standard price! Mak aiiiii...mana aku nak pi cekau duit tu? Belum masuk gigi yang akan dicabut lagi...ishhh...ishhh...ishhh.....ni tengah dok pikir macamana nak buat ni....janji aku pada abang, waktu cuti sekolah ni lah! Hahahahaha....padan muka aku!

13 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

salam uncle...
lama tak dengar kisah uncle...
ohya.. jgn lupa bg alamat office, bila2 akak ke Bangsar, akak singgah...
Sungguh! Yuya photostat Uncle...

Kakcik Seroja berkata...

Rawatan gigi tak pernahnya murah. Tu sebab Dr Gigi boleh kaya raya, kot. :)

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.

alamat saya senang sangat2....no 102 Jalan Maarof. Mailah singgah....tapi talipon dulu naaaa...takot takdak....maklumlah, buat2 busy! Hahahahaha....Yuya sama muka dengan saya? Padanlah saya nampak muda!!!

Uncle berkata...

Salam Kakcik.
Ni dok garu kepala lagi ni! Ish...payah lagu ni....ingat minggu depan kena start "basking" kat depan ampang point

PINATBATE berkata...

Salam uncle..
Yeahh!! cuti sekolah!

Tanpa Nama berkata...

salam pak cik,,

lama tak melawat blog pak cik almaklumlah buat2 busy mcm pak cik juga leee,, kalau pasai team bola yg akan ke bali insyaallah,,,akan ada peningkatan,,,,pasai cuti sekolah pula,,,sy pun sempat bercuti di alor setar minggu lepas,,sekali lintas tempat yg selalu pak cik pusing dua tiga kali dulu dgn gherek ( bulatan teluk wanjah) sudah berubah daaaaa,, ada fly over pulakk,,,peace sentia nampak muda hehehe

awang

Uncle berkata...

Pinat.

Yeah...mak-pak tak cuti!

Uncle berkata...

Salam Awang.

Kalau rondabot tu dah ada flyover, mungkin Uncle akan sesat nanti...hahahahaha....maklumlah dulu tak dak lagi....yang ada cuma "Pancutan DiRaja!".....

Carrie-Ma berkata...

Salam uncle,

Lama tak tinggal jejak hehe
Memang! Yuya sebiji macam muka uncle.
Ok, tu je nak cakap. Selamat bekerja :)

Yours truly berkata...

assalam Uncle

Betul la budak2 now cuti sekolah dok depan TV je.. kita tengok pun bosan..huhuhu..

Uncle berkata...

Salam Carrie Ma.
Nasib baik ikut muka Uncle....kalau ikut muka orang lain??????

Uncle berkata...

Salam Yours Truly.
Semalam Yuya main "monkey bar", slipped and fell. Tangan kiri patah di 2 tempat....sekarang masih warded!

Yours truly berkata...

assalam uncle..

oh ye ker?? kesiannya.. get well soon and take care ya..

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...