Dari kiri Nick, Cheng, Schenker, Kiss dan Judd |
Banyak sungguh cerita yang diutarakan. Kalau dulu kami bercerita perihal kehidupan disekolah, tapi kali ini aku agak "terkesima" bilamana topik perbualan berkisar kepada peperiksaan anak-anak seperti UPSR, PMR, SPM dan ada jugak antara kami yang anak-anak dah mula masuk ke Universiti! Pergh biar betul ni....patutlah budak-budak kat pool tu dok panggil aku "uncle!". Aku ingatkan budak-budak tu semua "old boys" tapi ternyata sangkaan aku meleset gila! Hahahahaha...
Mengadap nasi lemak bungkus |
Dalam pada dok bercerita perihal anak-anak, topik lain adalah seperti minat kami selepas "remaja" ni. Bercerita mengenai kereta, percutian bersama keluarga, konvoi motosikal berkuasa besar dan lain-lain lagi. Bila masuk bab "motor besar" ni aku punyalah berminat walaupun hakikatnya, motor aku taklah sebesar mana.....walaubagaimanapun aku masih berpegang pada kata-kata Henry Ward Beecher, "Ability To Convert Ideas To Things Is The Secret To Outward Success!"....nahhh......tepat sekali. Ideas aku banyak dan akan direalisasikan satu persatu....termasuklah idea macamana nak dapatkan TRIUMPH! Hahahahaha...
Memang budak2 nasi kawah! |
Rebung Restaurant menyediakan persekitaran yang santai. Set-up yang tidak berlebihan selain harga yang sangat berpatutan menyebabkan aku sesangat berminat untuk mengadakan perjumpaan kami disini. Prior to event aku tu, adalah 2 kali aku kesana cuma untuk melihat tempat. Besar dan mempunyai kemudahan seperti tandas serta surau lelaki dan wanita. Masalahnya cuma parkir. Jalanraya yang sempit menyebabkan banyak kereta "double park". Manakala aku pulak, biasalah.....ATAS DIVIDER! Hahahahahaha.....
Orang kuat Sime D |
Rumah Bendahara, aku lah kepala! |
Aku dilantik menjadi ketua Rumah Bendahara pada tahun 1985. Bernasib baik kerana Rumah Bendahara dapat menduduki blok yang baru siap. Bersebelahan dengan dewan makan dan dibawahnya ada bilik menonton. Puas menonton tv, kami berpaling kebelakang pulak dan seronok menonton budak-budak lain dok buat "breakdance". Masa tu breakdance tengah meletup! Cerita Flashdance pun baru keluar...hahahahaha......panggung wayang kat seremban masih seat kayu lagi...siap ada jual icecream kat dalam panggung! Fuyoo.....lipas dengan tikus pun kadang-kadang dok cuit kaki kita...hahahahahaha.....
Rakan-rakan yang "grad" awal! |
2-2 gambar diatas ni merupakan gambar rakan-rakan yang "horey-horey" masa kat sekolah dulu....Muka-muka ni semua kalau juniors tengok mesti kecut perut....lalu kat tepi semuanya tunduk kepala....kalau angkat kepala, siap kena jegil..."Apa stare-stare?"....hahahahahaha.....waktu tu, semuanya seronok. Especially bila dah jadi senior. Tapi la ni semuanya nak mengarah ke "senior citizen!" Addoooiiiii......
Dalam pada dok seronok bersembang, jam pun dah menunjukkan pukul 6 petang. Tanda berakhirnya waktu hi-tea yang kami tempah. Semua berjabat tangan dan memohon maaf apa-apa yang patut dan mula plan untuk program yang akan datang. Dalam salah satu posting aku di FB, aku ada bagitahu yang tahun depan aku dan Kudo dan Ketard dll akan organise bas rombongan ke Johor pulak untuk membalas budi baik depa yang selalu turun ke KL kalau ada apa-apa event yang batch 85' organise.....Kepada semua yang hadir, aku nak ucapkan berbanyak terimakasih dan pada yang tak dapat hadir, insyAllah kita akan adakan lagi tahun depan. Dalam salah satu gambar yang aku ambik di tangga sekolah sebelum kami bubar lepas SPM dulu, Singh ada tulis, "Cherish The Moment That We've Shared!". Yeah.....you're right bradda!
6 ulasan:
kat sekolah kami ada ayat tambahan, "apa stare², minat la tu.." keh keh
Kakak salute dgn group kawan-kawan uncle. Kelihatan terjal sikit masa sekolah apa lagi bila dah jadi senior tenung-tenung dari junior pun tak boleh ye hihi...
Haha... sekarang semua dah jadi senior juga sebab dah ada anak yg masuk U lagi. Rambut pun dah ada yg putih.
Seronok kakak baca.
dear uncle.
long time no see u.
seronok kan jumpa kawan2 lama..
Salam KOG.
Kat sekolah Uncle, ayat ke 2 tu tak boleh dilanjutkan....sebab kami sekolah lelaki! Hahahahahaha.....
Salam Kakzakie.
Walaupun dah nak masuk 45 semuanya, cerita2 kami masih seperti kami berumur 17 tahun! Hahahahaha...
Salam ML.
Pergh...memang betul lama tak jumpa! Yessss seronok sangat bila berjumpa kawan lama.....kadang2 2-3 jam tu rasanya terlalu pendek!
Catat Ulasan