Khamis, Mei 16, 2013

Anak Bapak! (MStar Online-15/5/13)

Rabu Mei 15, 2013
Victoria Institution Wakili Malaysia Ke Final Serantau MUPC

Pasukan Victoria Institution merai kejayaan selepas dinobatkan juara MUPC peringkat kebangsaan Sabtu lalu.

PETALING JAYA: Victoria Institution (VI Kuala Lumpur) bakal mewakili Malaysia ke perlawanan Akhir Serantau Piala Manchester United (MUPC) selepas menjuarai perlawanan akhir peringkat kebangsaan menewaskan sekolah Menengah Kampung Chengal A secara agregat 4-3.
Jurulatih VI, Azlan Hussain berkata, kejayaan pasukan itu adalah hasil kerja keras semua pemainnya.
"Mereka teruja dengan kejayaan baru-baru ini. Begitu juga dengan ibu bapa mereka.
"Pun begitu, menjelang perlawanan peringkat serantau ini, kami akan meneruskan latihan seperti biasa selepas mereka tamat peperiksaan nanti.
"Saya akan cuba memperbaiki kelemahan yang ada, lebih-lebih lagi di bahagian serangan," jelas Azhar,36,.
Azhar berkata, ini merupakan kali kedua pasukannya mara ke final dan berharap tuah akan memihak kepada pasukannya untuk terus beraksi di Pertandingan Akhir Dunia MUPC pada Ogos ini.
"Sudah pasti kami memang berharap untuk ke Old Trafford.
"Namun saya pasti saingan dari pasukan serantau agak sengit walaupun saya tidak pasti corak permainan mereka.
"Apa yang pasti kami akan cuba melakukan yang terbaik membawa nama Malaysia," tambahnya.
Sementara itu, aksi Peringkat Serantau MUPC akan berlangsung pada 10-14 Jun ini di Pulau Pinang.
Malaysia bakal bertemu dengan wakil dari Thailand, Singapura, Indonesia dan Singapura.
Tahun lalu menyaksikan wakil dari Thailand meraih gelaran juara sebelum beraksi ke MUPC Akhir Dunia.
MUPC bermula di United Kingdom sebagai satu pertandingan serantau sejak tahun 1993.
Namun selepas beberapa tahun, kelab Bola Sepak Manchester United serta Nike mula bergandingan bahu pada tahun 2003 bagi mengembangkan lagi bakat-bakat muda di seluruh dunia.
Bagi edisi tahun ini, lebih 9,000 pasukan dari 40 negara bakal bertanding merebut tempat ke aksi final dunia 2013.

6 ulasan:

azieazah berkata...

Tahniah Abang!! proud of you!

Uncle berkata...

Salam Azieazah.

Saya mewakili abang mengucapkan berbanyak2 terimakasih!

ummi_khalish berkata...

assalamualaikum..mabruk alaik buat abg dan uncle...alhamdulillah...:-)

Uncle berkata...

Salam to you ummi_khalish

Terimakasih tak terhingga kepada ummi. Uncle doakan semoga Ummi sekeluarga sentiasa dipelihara Allah....

Al-Manar berkata...

Itulah kelebihan sekolah VI, jaguh dalam pelabagai kegiatan, bolasepak, pencaragam peringkat dunia selain dari dalam mata pelajaran. Syabas anak yang berkebolehan itu. Saya tumpang berbangga kerana empat cucu saya murid sekolah itu.

Uncle berkata...

Salam to you Pak Cik.

Memang budak2 VI berkebolehan. Ditambah pulak dgn guru2 yang sangat berdedikasi. Yang lebih membanggakan ialah, Pengetua akan sentiasa turun ke padang melihat perlawanan bolasepak dan ibubapa pula sentiasa juga berada dipadang walaupun hanya untuk melihat latihan anak-anak.....termasuklah saya. Dan ya, saya tahu bahawa cucu2 pakcik juga disana cuma masih belom berkesempatan bertemu. Anak saya bernama Arman Azumi (dipanggil Arman ataupun Jepun)dan di Tingkatan 3 Biru.

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...