Sabtu, Jun 15, 2013

Penang

Mahkamah Tinggi

Aku ke Pulau Pinang untuk menyokong dan memberi semangat kepada anak aku yang bermain bola disana. Anak-anak bertolak ke PP sebelah pagi, aku bertolak ke PP sebelah malam. Pada petang Isnin yang lalu, aku dapat sms dari MAS mengatakan bahawa flight aku dipercepatkan sebanyak 20 minit. Alhamdulillah kata aku dalam hati sebab selalunya flight ni 'delay' dan bukannya dipercepatkan waktu penerbangannya. Selepas selesai function pada petang harinya, aku bergegas pulang sebelum ke KLIA. Cadangannya aku sepatutnya berada di KLIA pada pukul 8.30 malam dan penerbangan pada 9.30 malam. Just nice fikir aku. Satu jam saja, cukuplah untuk aku check-in, perlahan-lahan jalan ke departure gate dan mungkin juga sempat tengok perfume kat 'duty free' zone....Aku ambil beg, galas laptop dan berjalan ke check in counter. Bagi kad pengenalan dan MAS associate kat kaunter tu tanya aku, "Encik ada padat sms dari MAS?". Aku kata "ada...flight dipercepatkan 30 minit dari jadual..". "Eh, ada lagi sms lepas tu Encik..." Aku dah rasa tak sedap...dan dah mula boleh mengagak. "Jadi, pukul berapa flight saya?". "Katanya, "kalau ikutkan, flight ke Penang akan berlepas pada pukul 11.45 malam!" Pergh......power gila! 3 jam whhooooo....3 jam.......kalau naik bas dah sampai Taiping!

E&O

Berlepas seperti yang dinyatakan, yakni 11.45 malam. Aku menguap....penumpang depan aku menguap....dan aku pasti 'drebar' kapalterbang pun menguap jugak macam kami! Kalau naik bas ataupun kapalterbang, aku akan minta seat di 'aisle' sebab aku nak lunjur kan kaki. Lega rasa dan kali ni aku diberikan ruang yang agak baik tapi yang tak baiknya ialah seat aku bersebelahan dengan 'pintu kecemasan'....makanya kerusi aku tak boleh nak diturunkan. Jadi, tegaklah aku sepanjang perjalanan ke Penang selama 50 minit...nasib baik cuma 50 minit...Sesampainya aku di lapanganterbang, anak menakan aku dah tunggu. Kesian sebab dia menunggu dari jam 12 malam. Keluar dari airport dah pun pukul 12. 30 malam. Since aku kat Penang, selera makan dan minum bertambah-tambah. Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami sempat singgah di Khaleel 24 jam di Gurney Drive. Tak makan pun...cuma minum teyy tarik segelas. Sampai rumah dah hampir pukul 2. Aku kena bangun awal pulak pagi nanti. Selalunya selepas subuh, aku dah jadi malas nak tidur balik. Pusing dalam rumah dari depan ke belakang sebanyak 23 kali, tengok jam, dah hampir pukul 8 dan aku harus ke USM menonton perlawanan bolasepak!

What a steamy name!

Satu perkara yang aku sangat susah hati kalau nak ke PP ni ialah pasal makanan. 24 jam makan dan makan. Cakap saja apa nak makan, semuanya sangat menyelerakan! Dari nasi kandaq, ke pasembor, ke mee goreng, ke laksa, ke cendol, ke cucoq udang dll. Pening aku nak menahan nafsu! Nafsu lain masih boleh aku bendong tapi nafsu makanan di PP ni memang sungguh payah!

Comel

Tidak banyak perubahan ketara yang aku lihat di PP ni. Padang Brown tempat makan satay 35 tahun dulu masih daif. Food Court di Esplanade juga sangat daif. Pasar Chowrasta masih kotor seperti dulu. Yang tambah meriah ialah dari Padang Kota Baru @ Gurney Drive menghala ke Batu Feringgi. Kondominium mewah dengan jogging track ditepi jalanraya mengindahkan lagi kawasan elit yang sudah cukup indah. Oleh kerana tujuan aku ke PP kali ini ialah untuk menyokong pasukan abang yang bertanding, maka waktu santai aku agak terhad. Pagi dan petang aku berada di padang memberi sokongan. Cuma breakfast dan dinner saja aku sempat merayau!

 
Old abandon building

Dalam sedikit waktu yang terluang itu aku sempat lari ke Brown Garden sebentar untuk melihat rumah arwah mama dan bapak. Banyak yang perlu dibuat. Beberapa ketika berada dirumah itu mengimbau kembali kenangan-kenangan aku sewaktu berumur 6 tahun dahulu. Terbayang di fikiran arwah mama sibuk memasak untuk kami 6 beradik dan arwah bapak dok baca suratkhabar kat buaian di depan rumah apabila beliau bercuti dari bertugas di Pulau Jerejak! Semuanya masih segar dalam ingatan walaupun sudah 39 tahun berlalu!

3rd best in SEA!

Sewaktu di PP juga aku berkesempatan berhubung dengan 2 orang kawan lama sewaktu aku kecil tetapi malangnya mereka berdua sangat sibuk dengan tugasan dan keluarga masing-masing. Tak mengapa kerana talipon masih ada sebagai penghubung silatulrahim. Sewaktu aku lalu di Jelutong, aku teringatkan kawan aku yang bernama Charles Chan. Sewaktu aku lalu di Weld Quay, aku teringatkan kawan berbangsa Tionghua bernama Keat. Sewaktu lalu di Air Hitam teringat si gadis manis bernama Christine. Bila lalu di tepi Masjid Negeri, teringatkan Gwendoline. Lalu pulak kat Bukit Dumbar, teringatkan Lee Kuan Yew. Ini semua kawan-kawan aku yang pernah bersama-sama aku belajar di Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Chung Ling selama 2 tahun di tahiun 86 dan 87. To all my friends wherever you are, I am taking this opportunity to wish all of you the very best of health!

4 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum Uncle,

Pi PP mmg best.. paling best bab makan la. Actually, kami anak-beranak kalau pi memana pun.. first question.. NAK MAKAN KAT MANE? Tu sbb kita org x blh klik ngan geng kaki jalan yg mkn setakat snek & cekelat during bfast or lunch or even dinner.

Anyway.. mabrook. Third best in SEA.. w'pun saya x faham menda but since still within top 3.. kira sangattttt bagus la tu kan.

Ari ni kami nak balik Tanah Malaya. Wohooo!!! Jgn sampai baju raya x muat saja nanti.. sudahlah..

P/s;
Wishlist mkn2 panjang berjela ni.. tu belum dicampur wishlist anak2 lagi.

Uncle berkata...

Salam SAR.

Please avoid Penang for God sake!You kena lari ataih treadmill selama 2 jam setengah dgn kelajuan 7 pada skala meter hanya untuk membakar sepinggan 'mee PATA' di Esplanade....3 jam suku untuk membakar sepinggan nasi kandaq Hameediyah di Campbell Street dan 4 jam tanpa henti kalau pi makan sotong kangkong dengan FAMOUS cendoi di Penang Road dan 48 minit non stop kalau makan ais kacang di Swatow Lane! Haiyooooo......but at the end of the day, memang 'berbaloi'...wink! hahahahahahah

Ibu n Abah berkata...

Uncle...
Bukit Dumbar?
rumah pertama yg kami sewa sewaktu mula-mula pindah di Pulau Pinang adalah di Bukit Dumbar.
LKY pun pernah tinggal situ?
- akak tahu namanya sama dengan bekas PM singapura... tapi glamer meh...

Uncle berkata...

Salam Ibu n Abah.
Yes LKY pernah tinggal disana dulu. Beliau merupakan temas sekelas saya di tingkatan 6 bawah dan atas di Sekolah Menengah Chung Ling tahun 86 dan 87. Sama-sama tak pernah baca buku.....dia dengan partynya hampir setiap malam dan memperagakan kereta bapa nya manakala saya terlalu sibuk dengan latihan rugby untuk pasukan PP di padang PFS setiap petang dan menjadi terlalu mengantuk malamnya. Hahahahahaha...last sekali saya dengar yang LKY menjadi GM di Kelab Golf di Rawang.....

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...