Ahad, Jun 02, 2013

Pilah Delphia!

Station keretapi seremban

Dalam perjalanan aku ke jb tempohari diatas urusan penting, aku sempat melencong ke Pilah. Transit kat station keretapi seremban buat beberapa saat. Pandangan dah banyak berubah, Gerai makan yang selalu aku melepak sebelum balik ke Penang dari tahun 81 sampai tahun 85 dulu telah diubahsuai sesuai dengan keadaan semasa dalam memberikan keselesaan kepada para tetamu. Aku cuma mampu menjengah dari pintu keretapi yang terbuka saja.

Padang sekolah TMS

Kawan aku si KUDO tolong bawakkan aku ke tempat-tempat yang menjadi nostalgia bagi kami sewaktu bersekolah dulu. Ini lah merupakan padang rugby yang menjadi igauan kami waktu tu sampai sekarang sebab kami ke padang tu untuk perlawanan separuh akhir MSSNS B18 dengan langkah yang sangat konfiden untuk menang besar menentang sekolah TBS. Even orang kampung kat area tu pun bagitahu yang kami akan menang besar dengan TBS tahun 1985 tu. Tapi entah macamana, kami kalah tipis dengan satu 'try' kalau tak silap aku. Menangis kami sewaktu naik bas balik ke sekolah sebab memang kami semua konfiden yang kami akan menang besar dan bergerak ke perlawanan akhir peringkat NS!


Ladang terung dan jagung

Manakala ini pulak merupakan ladang jagung beliau yang diusahakan sama dengan seorang lagi rakan kami dari sekolah yang sama. Ini hanyalah 20 ekar daripada berpuluh-puluh ekar tanah yang sedang diusahakan mereka....Kudo ni belajar sampai kat australia manakala rakan sorang lagi, Ying pulak belajar kat usa dulu. Selepas berpuluh tahun bekerja keras dipejabat demi kareer masing-masing akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berbakti kepada tanah....'back to the basics'. Alhamdulillah usaha mereka tidak sia-sia kerana telah mula menampakkan hasil! Well done guys!

Kacang botol

Manakala disepanjang pagar yang merentang, kacang botol tumbuh meliar. Idea yang sungguh segar kerana tumbuhan menjalar ini hanya memerlukan cahaya matahari dan juga hujan yang sentiasa membasahi bumi Pilah Delphia! Tak memerlukan perhatian rapi seperti jagung....kata KUDO dengan panjang lebar!

Di belakang ladang

Sewaktu aku dari belakang hutan kat belakang ladang berjalan menuju ke bangsal mesyuarat mereka, ada sebatang anak sungai sedang mengalir. Air tak berapa jernih tapi 3 anak-anak ini begitu senang berhibur disitu. Bagi kanak-kanak ini, tidak ada apa yang boleh merencatkan keseronokkan mereka bermain air di situ. Pemandangan ini mengingatkan aku kepada zaman kanak-kanak. Walaupun berumur sekitar 9-10 tahun, tapi terjun 'tiruk' dalam keadaan bogel adalah perkara biasa....indahnya zaman kanak-kanak di kampung!

Rakan sekolah dari tahun 81-85 (form 1 sampai form 5)

Inilah rakan-rakan aku yang sudah berjaya didalam bidang masing-masing tetapi mengambil pusingan 360 darjah, balik ke kampung dan berbakti pada tanah. Aku salute kepada rakan-rakan aku ni. Berdiri ditengah ialah KUDO budak Pilah dan paling kanan ialah YING juga warga Pilah original.....aku tak pernah tahu yang didalam hati kecil mereka berdua pernah terdetik yang mereka akan pulang bertani dan memajukan pertanian di Pilah. Mendengar cerita mereka berjaga sampai pukul 3 pagi menembak babi hutan, aku jadi geli hati tapi aku tahu rakan-rakan aku ni semua memang nekad dan berhati waja. KUDO dulu yang sering sakit-sakit dan masuk ke hospital kini nampak lebih ceria dan bertenaga duduk bersembang dengan aku di bangsal ladang. Perubahan suasana yang tidak stress dan tidak tertekan dengan traffic jam membuatkan rakan aku ni lebih bersemangat. Alhamdulillah. Allah bless!

10 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah
Rupanya stress dan kesibukan kota penyumbang penyakit..
Nak sehat balik kampong yg masih terpelihara suasananya....

Uncle berkata...

Salam Ibu n Abah.

Setakat ni bagi depa berdua memang ternyata banyak perubahan.....depa lebih sihat minda dan fizikal....alhamdulillah. Saya sebagai rakan tumpang gembira!

Shamsiah Abdul Rahman berkata...

Assalamualaikum Uncle,
Numpang banggo sey jadi org noghori.
Walaupun sey balik kg setahun sekali, banggo bilo ada suku sakat waghih sukses mcm ni.

P/s;
Mmg boto la kojo kek opis "stress"
Dok kg jugak yg paling best.

Uncle berkata...

Salam SAR aka waghih!
seronok bilo tahu ado lak waghih yang baco article uncle yang tak serupo orang nih! Uncle pon memang tumpang banggo gila nengok kawan2 eh dah berjayo.....suko boto Uncle....in fact last week pon Uncle ado poie lagi skali kek stesen ketapi tu makan bekpas dgn kudo si budak pilah dgn sorang lagi waghih senior dari Batu Kikir Jembatan Bosi.......makan roti Jompul...makkk aiii...sodap! Btw, sey sebonar eh orang Penang...tapi sekolah kek Somban tu, limo taon!

Kakzakie berkata...

Apa yg kakak nampak mereka punya wawasan kerana mereka petani yg punya ilmu tinggi uncle. Bukan petani macam bapak kakak. Kakak rasa kalau keliling pagar dgn kacang botol itu pun kalau dipasarkan di pasar-pasar malam dah mencecah ribuan ringgit sebab kacang botol berbuah tak berhenti. Pokok pun tak mudah mati itu yg kakak amat pasti (sebab kakak pun org kg).

Syabas kerana kawan uncle ini sangat berani dan kental dgn wawasan.

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
Diwaktu dulu teknologi dan kepakaran adalah berlainan. mereka juga pakar diwaktu itu. Sekarang dgn pelbagai pengetahuan dengan hanya satu 'click', semuanya bertambah mudah.

Bagaimanapun, rakan2 saya memang berhati waja. Sanggup meninggalkan dunia korporat hanya untuk bertani.....saya pernah terlihat salah sorang mengilek buku 'retire early' sewaktu saya berkesempatan bertemu mereka dipejabat mereka dulu!

Real Life in Malaysia berkata...

Salam,

oghang pilah delphia sini. Menumpang nostalgia ... lamo tak lalu kek TMS tu ... Salute to all oghang pilah and petani yang menghasilkan makanan untuk oghang bandar ... MasyaALLAH ... Allah SWT kurniakan mereka kejayaan :)

Al-Manar berkata...

Memang betul nostalgia bila bertemu kawan sekolah yang sudah membawa haluan masing masing.Sedih pula bila berbincang yang telah pergi dahulu.

Uncle berkata...

Salam Real Life in Malaysia.
Thanks for visiting. Jammed gila Pilah sekarang....dah rasa macam nak ke Subang Jaya...hahahahaha....tapi keramahan orang2 kampung disitu masih terasa....Hidup Pilah Delphia!

Uncle berkata...

Salam Al Manar.

Terimakasih Pakcik kerana membaca entry2 saya. Dalam tempoh beberapa minggu ni saya seronok membaca article di STAR newspaper tentang kerja2 murni Pakcik mendidik anak bangsa. Saya hormat dan kagum dengan semangat Pakcik. Jika saya mendapat 1% daripada semangat Pakcik pun lahamdulillah...saya bersyukur. Thanks again Pakcik for visiting...

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...