Selasa, September 24, 2013

Kaki wayang

Good try KRU!

Beberapa hari yang sudah aku berkesempatan membawa anak-anak aku menonton wayang sekali lagi. Aku suka aktiviti sebegini kerana selepas menonton masing-masing akan bercerita semula dan sekali-sekala aku akan menyampuk juga. Rancak bercerita sampai tak sedar yang kami telahpun sampai ke rumah! Hahahahahaha.....itulah yang seronoknya lepas menonton wayang ni. Yang jadi tak seronoknya bila kami 5 anak-beranak terpaksa membayar hampir RM100 semata-mata nak tengok cerita kartun si Minion tu yang ditayangkan secara 3D! Mak aiii.....boleh makan hampir seminggu kalau aku ke pasar! Cerita Vikingdom boleh dibanggakan jika kita tidak membandingkan dengan cerita-cerita dari Hollywood yang menelan belanja berpuluh kali ganda. Tahniah kepada KRU Studios yang telah membawa dunia perfileman kita ke alaf baru. Dari zaman 'zam-zam alakazam' kepada satu dimensi pembuka mata! Masa aku kecik dulu, aku selalu dibawa arwah bapak menonton cerita-cerita SINBAD. Pengembaraan seorang budak lelaki dari Baghdad (kalau tak salah aku) ke segenap pelosok dunia. Menaiki kapal layar (memang pakai layar!) dan bertemu dan berlawan dengan gergasi-gergasi yang sangat keras dan terbatas pergerakannya! Aku tak berganjak dan akan terus bersila diatas kerusi kayu ditahun 1970-an dulu. Arwah bapak akan mencanang tentang cerita tersebut seminggu sebelum kami menonton dan setiap hari dan malam aku akan bertanya kepada arwah mama (arwah bapak bertugas di Pulau Jerejak dan pulang hanya sekali--sekala) sampai arwah mama naik lemas! Perangai tersebut aku terbawa-bawa sampailah aku mempunyai 3 orang anak. Kini aku pula mencanangkan kepada anak-anak seminggu sebelum menonton hanya semata-mata untuk "create excitement" pada mereka....

Can't wait!

Banyak sudah cerita-cerita baru yang telah kami tonton. Kebiasaannya sebulan sekali kami akan pergi menonton. Cerita yang kami tonton berselang-seli. Kalau bulan lepas aku menonton cerita yang abang ataupun Yuya suka tengok, bulan berikutnya aku akan menonton cerita-cerita katun pulak. Ini untuk memberi laluan kepada Marina yang selalu mencebik bila aku sentiasa menonton cerita yang agak 'dewasa'. Jika tidak pun, aku akan membawa abang dan Yuya senyap-senyap selepas Marina tidur....hahahahahaha! Aku ingat lagi sewaktu aku kecil dulu didalam lingkungan umur 7 tahun, abang sulung aku berjanji akan membawa aku menonton cerita katun jika aku mendapat nombor 3 dan kebawah didalam peperiksaan akhir tahun. Oleh kerana teringin nak tengok wayang, aku belajar bersungguh-sungguh semata-mata untuk menonton wayang! Apabila keputusan peperiksaan dikeluarkan, aku mendapat tempat ke-2 keseluruhan darjah 1 pada tahun 1975 (sekolah francis light di pulau pinang) dan layak untuk mendapat tiket untuk menonton wayang daripada abang sulung aku. Abang sulung aku bersekolah di tingkatan 2 kalau tak salah aku pada waktu itu. Duit sekolahnya setiap hari dikumpulkan untuk membeli tiket wayang untuk aku! Sebelum menonton, abang membawa aku ke kedai ais kerim dan disitulah kali pertama aku makan "banana split sundae!". Ada 3 perisa yakni chocolate, strawberry dan vanilla. Ditepinya ada pisang dan diatasnya ada chocolate, strawberry dan pineapple topping dan diletakkan biskut dan buah cheri. Di 'sprinkle' kan pulak dengan chocolate rice. Wah...hebat! Bila aku bekerja di kedai ais kerim di Swensens Damansara, aku pulak yang buat "Banana Split" untuk tetamu dan setiap kali aku buat, aku akan teringatkan pengalaman indah bersama abang sulung aku! Lepas makan, kami naik bas menuju ke pekan dan menonton "ARISTOCATS". Hahahahahaha...hebat. Aku bercerita kepada arwah bapak (bila dia balik bercuti) dan arwah mama setiap malam selama sebulan!

Arnie is still going strong!

Arnie ni merupakan seorang pelakon yang hebat. Aku mengikuti cerita-cerita "TERMINATOR" lakonan beliau. Seronok menonton sebab aku tahu yang Arnie akan belasah orang! Sama dengan SLY! Dari mula sampai habis asyik belasah orang! Teringat aku pada cerita "Conan The Destroyer" dan "Conan The Barbarian". Aku sanggup naik bas dari seremban ke kl dan terus ke panggung rex pada waktu itu semata-mata nak menonton Arnie. Hahahahahahaha...Susuk tubuh badannya yang sasa membuatkan aku jugak teringin nak jadi macam tu. 2 hari aku angkat batu dan lepas tu aku dah tak larat sebab berat sangat! Harapan nak dapat badan Arnie terus musnah....Aku tak berapa nak ingat samada Arnie pernah melakonkan atau berlakon dalam cerita kekeluargaan dan baik-baik. Yang aku tahu semuanya cerita belasah orang!

Matt Damon and Jodie Foster!

Aku memang minat dengan 2 orang pelakon tersohor ni. Matt Damon dengan lakonan yang mantap didalam cerita "Good Will Hunting" bersama Ben Affleck manakala Jodie Foster pula aku minat sejak beliau sebagai pelakon kanak-kanak lagi. Kedua-dua mereka mempunyai 'chemistry' yang sangat baik sehingga aku selalu tak sedar yang cerita dah pun habis! Malangnya cerita terbaru Matt Damon yang berjudul 'Elysium' ini tak dapat aku tonton lagi sebab dikategorikan sebagai 18. Ini bermakna aku tak boleh nak bawa anak-anak. Pergh gila aku jadinya kalau menonton sorang-sorang tanpa anak-anak! Kalau anak-anak ada, boleh jugak depa tolong kejutkan aku bila aku tertidur...hahahahahaha...
 
Cerita melayu awal yang aku tonton di panggung wayang ialah "Ceritaku Ceritamu" di panggung Cathay, Alor Setar. Sekarang panggung tu pun dah tak ada. Aku kayuh basikal dari Jalan Day sekarang dipanggil Jalan Sultanah sorang-sorang. Ikat basikal di tiang lampu dan pesan kat orang yang jual kacang kat depan tu tolong tengokkan basikal aku. Ogy Ahmad Daud masih kanak-kanak. Pelakon lain ialah Sarimah. Aku balik rumah dan ceritakan pada arwah mama. Malam tu jugak kami menonton sekali lagi! Lagu yang Ogy nyanyi sampai sekarang aku ingat!
 
Sewaktu aku di Melaka aku selalu menonton di panggung wayang tepi sungai. Sekarang dah jadi warehouse kalau tak salah aku. Filem yang aku tonton kat situ ialah siri Panglima Badul. Masa tu Badul tengah top...ada lah geng-geng dia berlakon macam AR Jaafar dll. Manakala nak mengarah ke Little India di Melaka pulak, dulu ada satu panggung wayang kat situ dan sekarang mungkin dah kena roboh. Aku dapat tiket free di sekolah sempena "Hari Pahlawan" dan aku tengok cerita "Pendekar" arahan dan lakonan Deddy M Borhan keluaran Sabah Film! Hahahahahahaha.......
 
Seronok menonton wayang ni. Pelbagai perubahan telah berlaku. Dari wayang Filem Negara Malaysia yang pacak kat tengah padang dan berhenti bila reel pertama habis hinggalah kepada tiket yang aku kena bayar sampai RM20 sorang! Tapi anak menakan aku kata, itu tak mahal sebab katanya ada lagi tiket wayang yang lagi mahal! makkk aiii....pun ada! Awat, depa bagi bantai dengan selimut ka apa?

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam uncle,

masa kecik dulu filem pertama ayah bawa g tengok kat cathay..citer kekasih awal & akhir..jamal abdillah belakon... skang da jadi pusat perabot....pas2 tengok Sembilu.....hehehehe..masa tue xsilap fara baru 9 tahun kot...

-faradia-

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Fara.

Are you referring to Melaka? Sedih Uncle tgk panggung wayang tu jadi kedai perabot.....

faradia berkata...

salam uncle,

melaka la..mana lagi..tanah tumpah darahku..heheheh...oh tau xpe uncle..setiap kali lalu mesti ingat...alih2 jadi kedai perabot...ada satu lagi dekat2 dengan hospital putra...rex ape tah..parents yg ckp...dulu kat situ famos..pun da jadi bangunan tinggal...

Uncle berkata...

Walaikumsalam Fara.

Uncle dah lupa location REX tapi mungkin menghala ke Little India....kalau betul, itulah panggung wayang yang Uncle tonton cerita PENDEKAR keluaran Sabah Film arahan dan lakonan Deddy M Borhan! Dapat tiket free sempena Hari Pahlawan! Hahahahahaa.....btw, di Melaka Fara area mana?

faradia berkata...

salam uncle,

fara duduk bukit rambai...kampung belah mak tangga batu...belah ayah pekan tanjung kling...sekolah kat STPM durian daun.....heheheehehe..uncle nak tanya tukang urut yg kat briekfield tue kat mana...macam mana nk pergi?ada signboard ke?terima kasih

Uncle berkata...

Salam Fara.

Sekolah kat STPM? Uncle pernah ada kawan di STPM dulu. Once upon a time! Fara nak datang mengurut sampai ke KL kenapa? Anyway, this is the address: Perkhidmatan Urut Orang Buta, Blind Master Massage Center, 17A, Jalan Tun Sambanthan 4, Off Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 KL. Operation hours 9am-8.30pm. Berdekatan dengan YMCA. Hope that helps!

Uncle berkata...

Sorry Fara.
Uncle lupa nak bagi nombor talipon. Here it goes....03-2273 0188 dan 0189.

faradia berkata...

salam uncle,


fara da keje kat shah alam...ni untuk kawan..dia selalu mengadu sakit badan...kawan kat STPM?..jeng2...scandal lama ek...hahahahaa....ops..terlepas...gurau2....hehhe

Uncle berkata...

Salam Fara.

Let me know if you happen to be in Bangsar area. STPM? Hahahahahaha that's more than 30 years ago! Fara pon belum lahir lagi kot! Hahahahahaha.....

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...