Affordable rate!
Hampir 20 tahun dulu aku pernah ke Brickfields berurut dengan tukang urut buta. Aku ke tempat yang sama kali ni. Tapi di massage center yang nampak dari luar lebih ceria dengan bangunan dicat warna hijau terang! Aku disambut baik oleh bossnya yang bernama See Kok Chuan. Orang Selangor katanya dan fasih berbahasa Melayu. Kami bersembang sebentar sebelum aku diajak ke dapur untuk sama-sama minum kopi dengan Ah Chuan. Tukang urut aku dalam perjalanan katanya! 20 minit kemudian, tukang urut aku sampai. Ah Chuan kata, kalau tukang urut tu tak buta, dalam masa 2 minit dah sampai! Kami masuk ke bilik nombor 2. Dia perkenalkan dirinya sebagai Uncle Sam berusia 62 tahun dan buta sejak lahir. Isterinya juga buta tapi bernasib baik kerana anak-anaknya tidak! Sambil berurut sambil bersembang. Banyak yang kami bualkan tentang falsafah hidup kami yang ternyata sedikit sebanyak ada titik persamaannya.
Uncle Sam (Saya Anak Malaysia katanya) berasal dari Simpang Kangkung di Alor Setar. Seorang yang ceria dan sangat positif. Katanya kenapa harus susah hati dengan keadaan diri yang buta? Itu tidak membantu dan akan memendekkan umurnya! Uncle Sam pernah bekerja di HSBC di Jalan Burmah, Penang semasa mudanya sebagai operator. Sebelah malamnya mengambil upah mengurut. Uncle Sam happy dengan kehidupannya. Tidak mengejar harta dan segala kebendaan yang selalunya membuatkan manusia bertambah tamak. Aku teruja dengan cerita-ceritanya. Bahasa Inggerisnya sangat baik. Begitu juga dengan Bahasa Melayunya. Aku yang sakit-sakit badan tiba-tiba hilang sakit. Kami berbual rancak. Aku dengar dengan teliti setiap butir dan patah perkataannya yang sungguh berfalsafah....
Titik persamaan yang ada pada kami aku rasa ialah, 'live life to the fullest!'. Uncle Sam bercerita yang dia ada didatangi seorang towkay besar yang mahu mengurut. Ada bodyguard yang akan check tempat urut tu sebelum Uncle Sam dibenarkan mengurut. Tapi apabila towkay tu masuk dan berbaring diatas katil urut, Uncle Sam lah akan menjadi 'taiko tai'. Seperti kebiasaannya, Uncle Sam akan mula bersembang. Katanya dia peduli apa dengan siapa yang dia urut sebab dia bukannya nampak orang tu! Aku mengekek geli hati! Dalam dok berurut, towkay tadi mula membuka cerita. Katanya lebih baik jadi Uncle Sam daripada menjadi towkay sepertinya. Uncle Sam tidak ada musuh. Towkay besar ramai musuh yang menunggu. Uncle Sam boleh hidup dengan tenang dan pergi kemana-mana saja yang Uncle Sam mahukan sedangkan Towkay besar tidak! Towkay besar sentiasa hidup dalam berjaga-jaga.....Itu lah yang diceritakan Uncle Sam pada aku. Aku mendengar sampai melopong mulut aku. Nasib baik Uncle Sam tak nampak!
Tapi ada sesuatu yang diceritakan oleh Uncle Sam dan membuatkan bergenang air mata aku......Uncle Sam berkata yang selama perkahwinannya yang sudah mencapai berpuluh tahun itu, tidak pernah sekali pun dia membawa isterinya pergi melancung. Akhirnya setelah 16 tahun terakhir ini Uncle Sam bekerja mengurut siang dan malam, barulah hatinya puas kerana telah berjaya mengumpulkan wang untuk menaiki bas ekspres membawa isteri tercintanya ke Hatyai, Thailand pada hujung bulan September nanti.......hati, jiwa dan perasaan aku rabak............dalam diam aku mengesat air mata......dan sekali lagi, nasib baik Uncle Sam tak nampak!!!!
|
12 ulasan:
speechless...setiap kita ada bahagian memasing..samaada yg cukup sifat atau tidak..samada yg kaya atau miskin..yg penting kita bersyukur..
Assalamualaikum Uncle,
Sepanjang di Tanah Malaya.. ada jugak saya berhajat nak pi berurut.
Tapi satu pun x kesampaian..
Mcm2 yg nampak, mcm2 yg nak dicuba.. tapi apakan daya.. semua x sempat dicuba.
Salam Nyanyisunyi.
Terimakasih kerana membaca coretan Uncle. Ini pertama kali nampaknya NS masuk ke sini. Alhamdulillah. Rajin2 masuk dan komen!
Ya, seperti yang NS nyatakan, setiap orang ada bahagiannya masing2. Diurut Uncle Sam dan mendengar celotehnya yang menghiburkan membuatkan Uncle tambah bersyukur!
Salam to you SAR.
Ini juga kali pertama Uncle melihat nama ini tercatat. Terimakasih dan masuklah selalu....
Sekali-sekala harus juga memanjakan diri. Uncle berurut kerana bekerja selama 2 minggu tanpa rehat. Selain daripada sakit2 badan disebabkan Uncle selalu ke gym untuk menambahkan kesihatan yang baik. Satu jam bersama Uncle Sam terasa seperti 5 minit.
Banyak tempat2 berurut 'bersih' yang boleh SAR pergi. Terpulang kepada berapa SAR sanggup bayar. Kalau di Thai Odyssey harganya RM88 untuk satu jam berbanding tukang urut buta yang charge cuma RM45 sejam. Ada juga tukang urut buta wanita yang mampu mengurut SAR. Jadi jangan risau!
Salam uncle
Lepas urut, terasa segar badan
Depa urut pakai minyak ka atau losyen?
Salam Rezeki.
Untuk saya, Uncle Sam pakai minyak yang menyerap ke dalam kulit selepas diurut selama sejam. Tak perlu mandi dan tidak melekit serta berminyak lepas tu...
Salam...kita seusia..
Sy dh lama xurut, selalu gi perling mall kedai org thai yg urut..
Salam Rita.
Alhamdulillah.....kalau seusia maksudnya kita masih muda dan perlulah menjaga kesihatan selalu! Hahahahahaha....saya juga selalu pergi ke thai massage tetapi sekarang beralih ke orang buta pula dengan niat ingin membantu menjana pendapatan mereka! Terimakasih kerana menghantar komen disini. Saya sangat menghargainya! Masuk dan komenlah selalu!
Salam Pak cik
teruskan niat murni pakcik tu,,,,sambil saya membaca dapat juga pengajaran dari penceritaan uncle Sam tu,
awang
Salam Awang.
Kadang2 bila Uncle rasa kekurangan ataupun dalam keadaan sedih, Uncle akan teringatkan Uncle Sam. Apakah kita mampu bersyukur seperti Uncle Sam?
Ahhhhhhhhhhhhhhh sedih pulak di pagi hari ini pasal citer Uncle Sam, kalau dekat boleh gak contribute skit pada dia pergi holiday with his wife.
Psstt Uncle tak pergi lagi ke?
Salam NR.
Belum buat masa ni...badan masih belum sakit sangat....tapi will definitely look for Uncle Sam again!
Catat Ulasan