Sabtu, April 12, 2014

Fine Dining

Peserta wanita..

Minggu lepas tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu panggilan talipon daripada seseorang yang aku tak kenali. Beliau memperkenalkan diri. Dahi aku berkerut cuba mengingati. Akhirnya beliau memberitahu yang kami pernah bertemu disalah satu acara yang telah dianjurkan. Aku lagi confuse! Namun begitu, wajah beliau masih tak dapat aku cam! Ini lah masalah aku lately. Cepat lupa....keluar rumah pakai helmet tak bawak kunci motor.....bawak kunci motor, tertinggal helmet kat rumah.....mobile tertinggal lah....dompet tertinggal lah....aku cuba memperbaiki dengan membuat checklist otak bilamana aku nak keluar rumah. Setakat ni alhamdulillah walaupun kadangkala letih jugak nak mencongak satu persatu! Lama jugak kami berbincang di talipon. Beliau bertanyakan samada aku masih memberikan ceramah mengenai topik yang aku gemari yakni "Fine Dining" dan aku mengatakan 'ya' dengan cepat! Topik Fine Dining adalah satu topik yang sangat dekat dengan hati aku. Ini adalah kerana topik ini merupakan topik utama yang aku perlu pelajari sewaktu di suisse dulu. Belajar dan melakukannya secara practical dibawah kendalian pensyarah yang berwibawa bernama Horst Antosch. Beliau banyak mengajar aku erti FD yang sebenarnya. Bagaimana cara duduk, makan, minum, menuang, berbual, dan semua topik yang berkaitan. Waktu terluang, aku akan bertemu dengan beliau dibilik pensyarah dan kami akan terus berdebat sehingga aku mendapat jawapan yang aku mahu. Banyak waktu yang aku luangkan bersama beliau. Sewaktu beliau meninggalkan suisse untuk mengajar disalah sebuah cawangan sekolah kami di washington, secara diam beliau telah menulis surat kepada Paul Walls yakni Director disekolah perhotelan Cesar Ritz agar mengambil aku sebagai tenaga pengajar.

Kesemua peserta yang menunggu giliran 'posting'

Aku dijadualkan untuk memberi ceramah kepada pegawai-pegawai terpilih yang akan berangkat ke luar negara dalam waktu terdekat. Tepat jam 2.30 petang ceramah aku bermula. Aku diberikan selama 3 jam untuk berceramah. 3 jam bagi aku adalah amat singkat. Banyak yang perlu aku kembangkan. History of Fine Dining perlu diterangkan sedikit. Sesuatu perkara yang dilakukan ada sejarah dan ceritanya tersendiri. Aku rasa semua itu penting agar pendengar tahu apakah sebab sesuatu perkara itu berlaku atau dilakukan! Ini semua aku belajar sewaktu disana dulu. Apabila aku disajikan dengan cheese GRUYERE, aku akan terhenti sebentar, mengelamun seketika mengingati tempat proses dan membuat cheese yang berada di suisse yang telah aku kunjungi dulu. Semuanya masih bermain dimata. Bercerita mengenai ladang anggur juga mengingatkan bagaimana aku menenggek dibelakang lori diawal pagi menyusuri lorong-lorong kecil di ladang anggur di France lalu memetik buah-buah anggur yang kemudiannya akan dikumpulkan. Semuanya sekali lagi masih bermain dimata aku. Kebanyakan tenaga pengajar tidak mempunyai pengalaman sebegitu. Kebanyakkannya hanya bermodalkan pengetahuan yang mereka belajar dan lihat di TV ataupun video sedangkan aku tidak. Aku bernasib baik kerana pernah berada disana dan melakukannya sendiri. Makanya segala pengetahuan dan pengalaman yang ada pada aku akan aku curahkan semuanya. Aku juga mengalu-alukan peserta untuk bertanya apa juga soalan dan pastinya aku akan menjawap setiap soalan dengan sebaik mungkin.
 

Meja tuan penceramah..

Aku disediakan segala kelengkapan yang diperlukan. Wah hebat.....dah agak lama aku tak berceramah. Kesempatan sesekali sebegini membuatkan aku sangat teruja. Walaupun dulu sering membuat perkara yang sama, perasaan nervous masih lagi bersarang. Ini adalah kerana rata-rata peserta adalah didalam lingkungan umur 35 tahun keatas dan merupakan pegawai-pegawai tinggi kerajaan! Aku gagahkan juga. Muka mesti confident.....nota diberikan. Penerangan diceritakan dan tibalah masa untuk practical pulak. Disinilah banyak kelemahan dan kesilapan akan berlaku. Bangun dari meja dan memberitahu ingin ke tandas juga merupakan satu kesalahan kecil. Salah menggunakan gelas dan cutleries juga begitu. Minum dengan cara yang betul juga aku terangkan satu persatu secara terperinci. Pengalaman aku sewaktu bertugas dan bertemu dengan pelbagai kerenah tetamu yang pelik juga aku ceritakan sehingga sesekali riuh dengan hilai tawa peserta. Aku bercerita pengalaman aku didalam penerbangan. Ada seorang passenger duduk disebelah aku sewaktu nak ke Dubai. Gayanya hebat. Memakai suit walaupun perjalanan agak jauh. Setelah pesawat agak stabil, beliau membuka laptop dan memulakan kerjanya. Pramugari datang bertanyakan minuman dan tanpa memandang wajah pramugari beliau memesan japanese tea. Japanese tea disajikan dengan cara paling sopan. Beliau menekan punat diatas kepala dan memanggil pramugari datang. Pramugari datang dengan muka senyum bertanya. Suara lelaki disebelah aku tinggi bertanyakan kenapa tidak disajikan gula? Aku diam sambil mendengar. Gula diberikan. Pramugari berlalu pergi. Sekali lagi lelaki disebelah aku menekan butang memanggil pramugari. Dengan suara marah beliau bertanya kenapa tak diberikan susu? Kali ini aku pula yang rasa meluat! Pramugari masih lagi tersenyum dan menjelaskan bahawa Japanese tea tidak diminum dengan gula ataupun susu....ia harus diambil begitu sahaja. Beliau terdiam mungkin malu. Mengucapkan terimakasih , berpaling ke arah aku dan menguntumkan senyuman....Aku juga senyum....bukan sahaja japanese tea tidak diambil dengan gula mahupun susu. Bahkan kesemua jenis herbal tea adalah sedemikian...

Mengingatkan aku sewaktu mengajar dulu..

Soalan daripada para peserta semuanya sangat menarik. Aku jawap dan kupas satu persatu. Tidak boleh hanya mengatakan "tidak'. Aku haruslah memastikan yang mereka tahu apakah sebabnya tidak diboleh melakukan sedemikian. Sebagai contohnya kebanyakan wanita akan melihat cermin kecil selepas makan dan ini dilakukan untuk melihat samada lipstick masih ok, ada makanan terlekat dicelah gigi dan sebagainya. Kesemua ini tidak boleh dilakukan dimeja makan. Harus meminta diri, pergi ke tandas berdekatan dan lakukanlah apa saja disana. In fact kita juga tidak dibenarkan meminta 'toothpick' dan mencungkil gigi dimeja makan. Ini sangat tidak 'sopan'. Banyak lagi perkara yang telah dibincangkan dan harapan aku agar para peserta akan mendapat sedikit pengetahuan dan lebih confident apabila menghadiri jamuan makan rasmi apabila berada diluar negara kelak! Have the best weekend ever people!

6 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

Akak mmg fail laaaa FD ni
Nak belajar laa uncle
Selalu juga gi Dinner
Ada yg FD...
Katmana kursus utk org perseorangan mcm akak yg tak bekerja ni?

Uncle berkata...

Salam Kak.
In your case, kindly send all your questions via email then i'll answer you one by one....not a problem at all....kalau nak organise di hotel, per person for a 4 course western menu is about RM150 (cheapest) dan itu belum fee saya lagi...hahahahahahaha....just email me at ali.shahrir@gmail.com

Kakzakie Purvit berkata...

... lalu secara tidak langsung kakak pun ikut belajar sama etika dari N3 ini. Thanks uncle:)

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.

Not a problem at all....in fact kalau ada rakan bloggers yang nak anjurkan kat rumah (tanpa makanan) juga saya tak keberatan untuk menghadirkan diri memberi penerangan setakat mampu....pree of chass.....hahahahahaha.....

mokja berkata...

teringat lecturer matsaleh tak bagi makan nasi dengan camca dan garpu.Kena guna garpu dan pisau.Dine like a lady katanya.Berterabur nasi.Susah juga FD ni no.

Uncle berkata...

Salam mokjadeandell.
Memang lagu tu pon....insyallah 22 hb nanti satu lagi sesi ceramah akan saya jalankan. Topik yang sama. Alhamdulillah...maksudnya ceramah saya hari tu berjaya jugaklah...pasai tu depa panggey lagi...kalau tidak pon mungkin fee saya murah kottt...hahahahahaha...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...