Ahad, Mei 25, 2014

Fine Dining di Melia Hotel

Beberapa kali aku telah bercerita mengenai pengalaman aku belajar di Institut Hotelier Cesar Ritz
(Le Bouveret Campus, Le Bouveret, 1897 Switzerland, Phone: +41 24 482 8282, Fax: +41 24 482 8899) dulu dan aku tak pernahnya berasa jemu untuk bercerita dan terus bercerita mengenai sekolah perhotelan ini yang sehingga kini masih terunggul sebagai salah satu sekolah perhotelan terbaik di Switzerland mahupun di dunia. Nama Cesar Ritz diambil sempena nama seorang pakar perhotelan Eropah yang sama-sama bertungkus-lumus dengan Chef Escoffier membawa era baru "Fine Dining" ke mata dunia di kurun ke 19 dulu. Satu persatu hotel dibuka mereka. Titik peluh mereka ternyata berbaloi apabila banyak hotel-hotel Ritz dibuka diseluruh dunia!


Sewaktu belajar selama beberapa tahun disana, aku bernasib baik kerana mendapat tunjuk ajar yang sangat hebat daripada pensyarah-pensyarah terunggul Eropah seperti Harold Fracheboud, Luc Hegetsweiler, Michael Sweet, Chef Max Houser, Chef Alain dan ramai lagi yang sangat dedikasi dan tak pernah mengenal penat apalagi jemu menitipkan ilmu-ilmu perhotelan kepada aku. Aku terus menulis dan terus menulis apa juga ilmu yang aku dapat didalam kelas. Tidak cukup dengan itu, aku akan berjumpa mereka secara peribadi samada dipejabat mahupun di luar waktu pembelajaran hanya semata-mata untuk mencungkil rahsia-rahsia service dan Fine Dining yang bagi aku amat unik dan tak semua orang tahu! Keakraban aku dengan Harold Fracheboud banyak membantu. Aku sering ke rumah beliau. Bertemu isteri beliau dari Mexico dan belajar dari kedua-duanya peradaban serta cara makan yang betul. Semuanya aku tulis dan buat nota untuk kegunaan aku di kemudian hari. Aku pernah mengikat perut mengumpul wang untuk bersama-sama Harold untuk mengembara ke Peranchis, masuk ke kampung-kampung terutamanya wilayah Champagne, tinggal bersama masyarakat Peranchis dan belajar selok-belok Fine Dining dengan mereka. Fine Dining mempunyai "art" yang tersendiri. Ramai yang mengambil remeh dan apabila mereka dijemput menghadiri majlis-majlis "high profile" sebegini diluar negara, mereka akan berasa malu dan seterusnya melakukan beberapa kesalahan-kesalahan adab sewaktu makan. Mereka lupa bahawa kad jemputan sangat penting. Mereka tidak ambil peduli RSVP yang tertulis "respondez s'il vous plait" atau didalam bahasa mudah kita disebut, "sila jawab".


Masyarakat juga tidak ambil peduli dengan cara pemakaian yang betul. Ramai antara kita tidak tahu apakah acara "black tie" dan mereka juga tidak pernah tahu bahawa selain daripada acara black tie, ada satu lagi acara yang sangat berprestij yang dipanggil "white tie". Cara pemakaian bagi kedua-dua acara ini hampir sama cuma warna yang akan membezakannya. Aku selalu mencadangkan agar masyarakat yang sering menghadiri majlis-majlis rasmi mempunyai sekurang-kurangnya 2 'suit' dan sepasang black tie costume. Ini sangat penting. Beberapa perkara remeh juga selalu aku ceritakan. Mereka masih menggunakan talipon bimbit sewaktu dimeja makan. Membaca teks, membalas teks dan kadang-kala membuat panggilan. Ini sangatlah mengecewakan aku. Ini tidak sepatutnya berlaku dimajlis-majlis yang berprofil tinggi apatah lagi jika acara tersebut dihadiri oleh menteri-menteri mahupun pembesar-pembesar negara.
 
 
Alhamdulillah sekali lagi aku diberikan rezeki oleh Allah swt untuk memberi ceramah kepada para pegawai yang akan bertugas diluar negara. Senarai nama telah aku dapat seminggu sebelum ceramah untuk aku membuat sedikit 'homework' untuk mengetahui siapakah yang akan menghadiri ceramah aku nanti. Aku sedikit kaget apabila terlihat beberapa Brigedier General dari Mindef juga akan turut serta selain beberapa pegawai atasan kedutaan. Total keseluruhan berjumlah hampir 90 orang kesemuanya. Aku menarik nafas panjang di pejabat. Tahu yang aku mampu melakukannya cuma sedikit 'nervous' apabila melihat senarai nama! Menu juga aku dapat seminggu sebelum acara. Ini penting untuk aku membuat persediaan sewaktu di hotel nanti. Tepat pada waktu yang diberikan, aku sampai dua jam lebih awal untuk memastikan setting semuanya baik. Berjumpa dengan Liza, Sales Manager dan juga Headwaiter Azhar di Melia Hotel untuk mengetahui serba-sedikit set-up yang disediakan dan jika aku ada apa-apa perubahan yang harus dilakukan.disaat-saat akhir. Alhamdulillah...3 jam yang diberikan telah berjaya aku laksanakan dengan sebaik mungkin. Selesai tepat pada waktu 5.30 petang sama seperti yang tertera diluar ballroom. Setelah selesai, ada beberapa orang pegawai menghampiri aku dan memberitahu yang mereka akan ke Paris selama beberapa tahun. Aku mengucapkan tahniah dan ada aku beritahu beberapa nama penting yang juga merupakan rakan-rakan aku yang kini berada di Paris. Semoga ini sedikit-sebanyak dapat membantu mereka nanti disana!
 
Segala tunjuk ajar daripada tenaga pengajar aku di luar negara dulu serta pengalaman aku merantau ke pelbagai negara untuk mencari rezeki telah banyak mengajar aku selok-belok perhotelan. Alhamdulillah sedikit-sebanyak dapat aku curahkan kepada yang memerlukan. Aku berasa terhutang budi kepada semua yang telah aku temui dan segala tunjur ajar yang aku terima daripada mereka dulu. Jika tidak kerana mereka masakan aku berada disini. Pada waktu ini di Barcelona sedang berlangsung reunion rakan-rakan aku di Switzerland dulu. Teman aku Lilian dari Ipoh yang kini menetap di Germany juga sedang berada disana. Hasrat hati ini bersama-sama mereka tetapi memandangkan jarak yang sangat jauh serta tugasan yang tak pernah reda, aku terpaksa lupakan buat sementara waktu. Kemungkinan besar tahun depan akan diadakan di Bangkok jika tidak Jakarta seperti yang diberikan kepada aku minggu lalu! Have a pleasant week ahead people!
 
 
 

8 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

Aduhai uncle..
Akak mmg memerlukan kursus fine dining ni
Selalu dpt jemputan ke majlis yg bertaraf fine dining
Kalau akak org perseorangan nak belajar katmana ya?
Boleh uncle beri pencerahan?
Ribuan terima kaseh akak ucapkan..

Uncle berkata...

Salam Ibu n Abah.
Tak menjadi masalah kak. Boleh buat private tutorial...hahahahaha....if not you can always forward your questions to ali.shahrir@gmail.com and we can go from there. The best is still to meet up. Maybe akak boleh panggil a few of your friends. Ala...macam tupperware party lah....lupa ka!!!!!

mokja berkata...

nak cerita sikit.
sekali tu pi jamuan kat istana.
bila start makan,bunyi sudu dengan garpu belanggaq pinggan punya lah kuat....bergema dewan makan.

Uncle berkata...

Salam Mokjadeandell.
Perkara sebegitu haruslah diminimalkan. Jika makan secara 'viking' meja panjang, dan apabila Yang Maha Mulia Tuanku meletakkan cutleries sebagai tanda habis makan, kita juga harus melakukan perkara yang sama. Maka oleh itu, perbualan dan gosip dimeja makan haruslah di'pace'kan dengan betul. 3 important things that u never discuss at a dining table will be sex, politics and religion! Itu topik taboo!

Tanpa Nama berkata...

Uncle,

Klu xbleh talk about Sex, Politics, and Religions memang parah
dan jadi bisu. Tinggal Sports je...
tp klu dapat Kaki yg kenal Lomu, Wilkinson, Tiger Wood,
Suarez, Messi Ok.

Saya cuti ingat nk singgah JDR
tp ada kawan sakit hilang gigi kita tunggu dulu sampai emosi stabil..
he..he nyamuk berdesing tepi telinga pun dah darurat besar!

Charlie

Uncle berkata...

Salam Abang Charlie.
Itu lah topik2 yang tak dibenarkan....topik pasal rugby pulak memang digalakkan...hahahahahaha...btw, Johnny Wilkinson is retiring soon!

Abang Charlie kalau nak singgah, habaq mai....sebelah kanan gusi yang bengkak...sebelah kiri buleh bersembang lagi walaupun senget...kalau nak mai, habaq, saya prepare mee rebuih! Hahahahahaha.....without the Fine Dining etiquette...macamana nak makan mee rebuih gaya FD???

Tanpa Nama berkata...

salam uncle,

alamak..saya da terlanggar peraturan..tercerita pasal politik... saya setuju kalau uncle buat kelas..memang saya akan join

-faradia-

Uncle berkata...

Salam Faradia.
InsyAllah kelas2 Uncle akan mula menjalar ke Universiti2 yang ada pengkhususan dibidang Hospitality....tapi kalau setakat rakan2 bloggers, apa salahnya...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...