Sabtu, Mei 03, 2014

Hujan rintik-rintik..

 
Hujan rintik-rintik
pagi hingga ke petang
masuk dalam semak
aku malas....tak mahu pulang!
 
 
 
Hujan rintik-rintik
pelangi tampak berbelang
aku tangkap belalang
simpan dalam balang!
 
 
 
Hujan rintik-rintik
jalan basah lecah
mama mula membebel
aku buat tak kesah!
 
 
 
 
Hujan rintik-rintik
kelkatu mula terbang
seluk tangan dalam kocek
duit mama dah hilang!
 


 
Hujan rintik-rintik
longlai langkah pulang
rotan ditangan kiri
tangan kanan mama dah dipinggang!
 


6 ulasan:

mokja berkata...

Portobello road..teringat Edinburgh.
tapi dah berkurun masa berlalu,itulah satu satunya peluang dapat rasa sejuk ke tulang hitam.Teringin nak pi balik.

Uncle berkata...

Salam mokjadeandell.
Saya menyusuri jalan yang sama. Musim spring beberapa ketika lalu. Dok mencari kedai makan melayu yang katanya bagus tapi tak berjumpa...dek terlalu dingin tanpa pakaian sempurna, kaki saya laju kencari kedai kopi panas....insyallah lain waktu saya cari makcik femes tu...teringin nak makan nasi lemak panaih dan kopi o hangat di portobello....la ni ada sorang kawan blogger saya tengah bermastautin disana....sikit luaq dari kota landen...sedang menyajikan makanan melayu...

Kakzakie Purvit berkata...

Hujan rintik-rintik
langkah menyusur jalan
semuanya nampak cantik
terpahat dlm kenangan

Hujan rintik-rintik
cari secawan kopi
kepala tak berlapik
menggigil berhari-hari

Uncle berkata...

Kkakzakie memang hebat.....bahaya kalau bersambung...tak kan habis sampai bila2...

JunAina berkata...

Macam mana nak jawab saya tak pandai berpantun...

Uncle berkata...

Salam Jun Aina.
Ulasan disini sudah cukup sebagai pengganti pantun! Thanks for reading..

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...