Sabtu, Ogos 30, 2014

3 Is Enough!


Hampir 2 minggu aku tak berkesempatan mencuri waktu untuk memuat naikkan entry yang baru. Tiba-tiba menjadi sibuk tak tentu hala. Minggu depan, anak-anak akan menduduki peperiksaan. Ada antaranya sibuk berlatih untuk perarakan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka dan ada yang sibuk menyanyi disekolah bagi pertandingan lagu-lagu patriotik yang telah berlangsung semalam. Untuk lagu-lagu patriotik, Marina dengan bangganya bagitahu aku yang kelas dia dapat nombor 8. Aku tanya, berapa kelas yang bertanding? Dia jawab 8!!!!! Homework kemana, revision kemana....Marina dah menguap sakan bila aku suruh dia baca buku pukul 8 malam disebelah aku....tapi bila waktu mengulangkaji pelajaran dah habis, cepat-cepat dia mintak permission nak guna i-pod Yuya nak tengok program kanak-kanak di youtube. Itu yang buat Yuya marah setiap kali dia balik di hujung minggu sebab banyak games kanak-kanak perempuan yang di download Marina! Yuya 'hangin' satu badan...Tapi angin Yuya tak lama sebab Marina akan datang 'mengendeng' lagi. Akhir sekali kedua-dua depa akan bergelak sakan...
 
 
 
 
Minggu lepas sewaktu Marina balik dari sekolah, tiba-tiba dia datang duduk sebelah aku. Aku hairan sebab selalunya bila balik sekolah, dia akan lari bermain kat depan dengan kawan-kawan sebaya. Tapi kali ini tidak. Aku suruh mandi dan tukar baju, dia mandi dan tukar baju. Aku ajak makan malam sama-sama (btw, waktu makan malam kami ialah pada pukul 7), dia duduk sebelah aku dan makan malam sama-sama. Aku angkat pinggan pergi ke dapur lepas makan, dia pun angkat pinggan pergi ke dapur lepas makan. Ehh, lain macam nih...aku buat-buat tak tahu sambil menonton berita di tv3. Marina datang duduk disebelah aku sambil bertanya, "Papa...malam ni tak baca buku boleh tak? Homework dah habis kat sekolah tadi...". Aku tanya kenapa tak nak baca buku? Dia kata dia nak ajak aku ke pasar malam nak cari doll ELSA dari cerita Frozen. Marina merengek....aku cair.....Aku bawak Marina naik moto ke pasar malam. 8 kali aku pergi-balik...pergi-balik di pasar malam mencari tapi tak jumpa jugak....sampaikan kakak "Bakso Goyang Lidah" pon heran tengok aku! Aku tahu Marina sedih. Aku ajak dia ke Spectrum. Dia senyum. Aku pecut ke Bandar Baru Ampang pulak. Naik sampai ke tingkat atas tapi masih tak jumpa. Ada...tapi itu bukan yang Marina mahu.
Muka Marina nampak kecewa. Aku jadi sayu....aku cakap, elok kita ke pasar malam yang satu lagi di kawasan tu jugak. Marina senyum. Aku ke pasar malam di BBA tapi malam tu tak ada pulak pasar malam! Marina kecewa lagi. Aku cuit pipi dia dan cakap, "let's go to ampang point'. Marina senyum panjang. Sampai saja di AP, kami terus ke tingkat atas yang ada banyak kiosk menjual barang-barang termasuklah mainan kanak-kanak. Ada....30 minit Marina tenggelam punca tak tahu mana nak pilih. Last sekali dengan agak sedih sebab Elsa tak ada, Marina ambil Anna. Salesgirl tu cakap RM48...makkk aiii...mahalnya! Lepas tawar-menawar harga turun menjadi RM40. Aku cakap yang RM40 tu masih mahal. Mata Marina berair. Aku sedih. Diseluknya tangan kanan kedalam poket seluar dan dikeluarkan segumpal duit-duit kertas. Duit balance raya dan juga duit sekolah yang disimpan berminggu-mingu lamanya. Ada RM45.70 dan Marina bayar sendiri. Dalam mengatur tapak kembali ke moto yang aku letakkan di depan Starbucks, aku sekali lagi menjadi sayu. Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku ajak Marina minum dulu di kedai mamak yang baru dibuka ditepi kawasan rumah aku. Anna dibukanya dari kotak dan diletakkan di kerusi sebelah kerusinya. Marina happy dapat beli Anna dengan duitnya sendiri....sambil menyedut tey, timbul sedikit rasa bangga di hati aku....pandai dia simpan duit....semoga habit sebegitu akan terikut sampai ke dewasa nanti!
 
 
 
Malam tadi aku ajak Yuya dan Marina pergi minum. Kami cuma berjalan kaki sebab kononnya aku nak bakar calories...jaraknya cuma beberapa meter dari rumah. Sebelum sampai ke kedai, Yuya bagitahu yang seliparnya di asrama dah hilang...Kami melencong ke Speedmart. Marina pilihkan untuk Yuya. Aku senyum dan bayar, RM9.50! Marina pegang tangan aku sambil melintas jalan. Yuya dan Marina memesan minuman yang sama, sirap laichi. Duduk 20 minit selepas itu, aku mendapat panggilan daripada Azumi yang bertanya kami dimana? Aku bagitahu tetapi Azumi yang baru sampai dirumah terlalu letih untuk keluar sekali lagi ke kedai mamak. Dia cuma pesan, "sirap laichi!" Aikk....Azumi pun minum yang sama? Sekali lagi aku tersenyum....3-3 orang anak-anak aku minum minuman yang sama. Dan mungkin mereka tak mengetahui diantara satu sama lain. Cuma naluri kekeluargaan yang membuatkan mereka memesan air minuman yang sama....aku teringatkan uri mereka bertiga yang arwah mama tanam disebelah dinding rumah dihujung kepala aku....
 
Anak-anak semakin membesar. Perbelanjaan mereka juga tak pernah berkurang. Aku bercerita dengan seorang rakan yang pakar didalam pengurusan kewangan. Bercerita perihal anak-anak yang akan mula habis sekolah dan seterusnya ke peringkat Universiti dan seterusnya perbelanjaan untuk aku menghabiskan sisa-sisa tua sambil melayan cucu, insyAllah dan err....sedikit diperlukan untuk melancong! Aku bertanya berapakan jumlah wang yang aku perlukan untuk mereka bertiga dan setelah bersara nanti berapakah wang yang aku perlukan untuk menguruskan diri kami. Beliau menghitung dan mencongak. Kerut didahi beliau amat ketara. Terkumat-kamit mulutnya seperti membaca doa makan. Aku menunggu dengan penuh sabar....setelah lebih kurang 8-9 minit beliau mengira, beliau berpaling kearah aku...ditenungnya mata aku dengan tajam. Aku gelisah...beliau mula membuka mulut.....akhirnya terpacul, "Shahrir....dalam RM3 juta!!!!" Gaaaanngggggg........aku tampar dahi........

10 ulasan:

mokja berkata...

saya pula ada 4 anak kaki dua dan satu anak kaki empat yang sangat manja.Terimbau kenangan susah payah membesarkan depa masa kecik kecik dulu.Bila kita kaya jadi laungan mereka masa nak sesuatu.Satu supermarket dengar pula tu.
Mama, bila kita kaya kita beli ni ya..gelihati dok ingat balik.

Uncle berkata...

Salam Mokjadeandell...Saya baca pon dah gelihati apatah lagi waktu itu mereka masih kecil dan naive...saya juga akan bagitahu yang serupa pada anak-anak nanti...hahhahahahaha...Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 57!

rezeki berkata...

Salam Uncle

kos pendidikan anak2 semakin meningkat seiring juga kos sara hidup ketika ini, 5-10 tahun akan datang tak tau lah mcm mana

norh berkata...

Salam Kemerdekaan Uncle...

Takpa..InsyaAllah uncle akan dapat RM3 juta tu tanpa disedari..
norh doakan untuk uncle ni.. Aamiinnn :))

Lady Windsor berkata...

sat sat, tok sah dok buat tampar dahi, 3 juta tu tak banyak kalau nak dikira 10 tahun akan datang..hehe err ya kan?
cayalah uncle, rezeki itu ada untuk kita yang gigih mencarinya.. (ini kata2 utk saya sendiri, perlu 1 juta kot nak settle hutang rumah dan nak habiskan sisa usia termasuk melancong..hikhikhik)

Uncle berkata...

Salam Rezeki. Jumlah tersebut Setelah diambil Kira yang Uncle telah selesai semua hutang...bermula dari umur 55 selama 20 tahun.....hahahahahah

Uncle berkata...

Salam Norh. Uncle terkejut giler....tapi itu semua Setelah dicampur dengan semua simpanan yang Uncle ada walaupun simpanan Uncle hanya cukup untuk beli moto kapchai c70!

Uncle berkata...

Salam Lw. Betul tu.....Memang Tak Banyak. Itu semua telah diambil Kira kos rawatan di hospital. Tapi makk aii....sekali dengar Memang tampaq daiee.....tu dia aihh.......

Kakcik Seroja berkata...

Sebenarnya kita tak pernah sedar tentang entah berapa juta sudah kita 'laburkan' dari anak-anak lahir hingga ke saat ini...

Uncle berkata...

Salam Kakcik Nur.
Betul tu. Pada umur 55 atau 56 mengikut umur pencen yang lama, dan jika kita panjang umur dan sampai ke umur 75 atau 76 tahun, jika perbelanjaan sebulan menjangkau RM4200 sebulan X 12 bulan dan X 20 tahun, itu sudah melebihi sejuta....itu belum masuk perbelanjaan untuk anak-anak atau cucu-cucu. Perbelanjaan lain seperti penggunaan wang untuk kenunaikan haji di Mekah, perbelanjaan perkahwinan anak-anak...dan pelbagai bayaran lain termasuklah hospitalisation segala macam, rasanya pada masa itu nilai tersebut sudah tidak begitu tinggi lagi! Sangat mengerikan!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...