Isnin, September 15, 2014

Kawan sedunia!

Aku bernasib baik sebab mungkin dari kecik hidup aku berpindah randah membuatkan aku mempunyai ramai kawan bukan sahaja didalam bahkan diluar negara jugak. Bersekolah rendah di Penang, Melaka dan Kedah menemukan aku dengan pelbagai jenis manusia pelbagai bangsa dan pelbagai ragam! Aku masih berhubung dengan mereka sehingga kini. Samada aku mencari kawan-kawan ataupun kawan-kawan mencari aku!

Penang.

Kawan baik aku namanya Anuar Rawi. Kini di Petronas KLCC kalau tak pindah tempat lain. Dengan AR ni lah aku dok bermain kejar-kejar, kayuh basikal, perang-perang, main hujan, panjat bukit botak, kutip duit raya, main bunga api dan macam-macam lagi...AR baik sebab dia selalu ajak aku ke rumah dia. Hahahahaha.....kakak-kakak dia pon comeyy...hahahahahaha...duduk selang 2 rumah dari rumah aku sebelum dia berpindah ke Sungai Petani. Aku hilang kawan....

Melaka

Azli Omar ni memang fower. Budak Telok Mas. Pandai sungguh dia belajar dan aku seringkali kalah dengan dia didalam peperiksaan. Melanjutkan pelajaran ke Maktab Tentera Diraja dan kini menjadi doktor. Kami didalam satu kelas di Sekolah Banda Hilir. Pergi ke pusat tuition yang sama. Mendapat keputusan 5A juga sama sewaktu darjah 5 tahun 79 dulu. Baik sungguh budak ni....

Kedah

Munir ni aku kenal dari tahun 1980 sebab dia baik dan anak ustad. Best friend ni sampai ke la ni kami masih berhubung lagi. Kini menetap di Kulim dan jika beliau datang ke KL, kami akan berjumpa di kawasan sekitar Pandan. Rambut lebih putih dari aku dan kurang hemsem dari aku....dulu masa sekolah, marrka cukup minat kat dia...jadi selalunya kalau dia tak "ngam" dia akan rekomen kat aku....hampeh punya kawan!
 
Bila masuk sekolah menengah, aku merayap lagi. 5 tahun di Negeri Sembilan dan 2 tahun di Pulau Pinang.

Negeri Sembilan

Oleh kerana aku disini selama 5 tahun, makanya kami semua menjadi best friends forever. Sampai ke la ni kami masih berhubung dan almost setiap hari kami berkomunikasi. Ini lah kawan-kawan yang sentiasa ada disisi disaat susah dan senang. Bukan mudah nak dapat kawan-kawan lagu ni. In fact bersama senior dan junior juga kami bergabung. Seakan-akan sebuah keluarga besar! Nak cabut gigi ada doktor, nak naik kapalterbang ada pilot, nak beli rumah ada lawyer, nak cuci darah ada lagi kawan, nak pergi bank lagilah ramai! Hahahahaha....perjumpaan demi perjumpaan kami adakan hampir saban bulan! In fact semalam aku sempat bertemu rakan aku yang aku kenali sejak dari tahun 1981. Orang Gomeh, Negeri Sembilan. Menetap di Dengkil kini dan mempunyai 3 orang anak. Sempat kami keluar makan bersama semalam. Terimakasih POP kerana sudi meluangkan masa untuk bertemu. InsyAllah lusa pula aku akan bertemu dengan rakan aku sorang lagi yang berasal dari Johor. Alhamdulillah rezeki yang Allah bagi kepada aku untuk mempunyai kawan-kawan yang ramai!

Penang

Aku kembali ke Penang untuk belajar di Tingkatan 6. Oleh kerana aku bersekolah di sekolah cina, maka diwaktu itu ramai kawan-kawan aku berbangsa cina. Seronok berkawan dengan mereka sebab budaya mereka sedikit berbeza. Walaupun kami berlainan bangsa, tetapi aku masih dianggap sebahagian dari mereka. Sering datang ke rumah aku makan laksa yang arwah mama buat dan aku juga sering dibawa mereka ke apa juga majlis yang diadakan termasuklah "hungry ghost!".

Trengganu

Aku masuk ITM disini dan banyak bermain rugby untuk pasukan ITM Vulture. Bertambah ramai kawan aku bila masuk sini. Tak kira lah lelaki ataupun perempuan. Seronok di Dungun sebab persekitarannya yang masih ke desaan. Makanannya juga menarik perhatian aku terutamanya nasi dagang yang dijual dimerata-rata tempat!
 
Apabila sudah bekerja aku kembali mengatur tapak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Menimba pengalaman selain mencari rezeki yang halal.

Jepun

Aku dihantar untuk bekerja. Masa banyak dihabiskan untuk bekerja tetapi waktu santai, aku pergunakan dengan sebaik mungkin. Bergerak dari satu bandar ke bandar yang lain membuatkan hari cuti aku begitu padat. Pengangkutan awam yang sangat reliable menyenangkan aku ke mana-mana. Cuaca dan makanan juga menarik minat aku untuk tinggal lebih lama disini. Cuba menguasai bahasa dengan secepat mungkin supaya aku tak ketinggalan. InsyAllah dalam waktu terdekat aku akan kesana untuk bertemu rakan-rakan. Sedang mencari masa dan cuaca yang sesuai untuk aku berada disana selama beberapa hari. Minggu lepas aku dihubungi oleh seseorang yang menyatakan bahawa beliau sedang menunggu aku disana....yes brada...will let you know on the latest development!
 
Switzerland
 
Disini merupakan tempat yang menemukan aku dengan ramai kawan dari seluruh dunia. Campak lah dimana-mana pun, insyAllah akan ada yang datang dari sekolah yang sama. Finland ada, Tunisia ada, South Africa ada malah dari Maldive pun ada! Baru sebentar tadi aku mendapat message dari rakan aku di Bali mengatakan bahawa "Ice" baru saja berpindah dan kini bertugas di Grand Hyatt Nusa Dua di Bali....horr liaoo...aku ada reason nak kesana lagi!
 
Mekah
 
Sewaktu aku bertugas disini, tak ramai rakan aku dari bangsa Arab. Bukannya apa, aku rasa macam "tak ngam" berkawan dengan depa. Apabila lama duduk dan bersembang dengan depa, timbul satu perasaan lain macam...perasaan yang tak dapat aku nak huraikan apa dan kenapa. Kebanyakkan yang aku kenal samada penipu ataupun nak mencari kesempatan. Tapi ada sorang budak arab yang aku agak rapat. Budak ni sebenarnya budak "badwi". Kecil saja orangnya. Sangat menghormati orang lain, berfikiran dewasa dan sangat lurus serta baik. Jokes selamba beliau amat mencuit hati aku. Maaf aku terlupa namanya. Beliau bertugas sebagai cashier. Ini lah sorang-sorangnya yang aku boleh percaya dari segi disiplin dan ketepatan waktu. Sangat mengambil berat perihal rakan-rakan yang lain. Pernah beberapa kali beliau mengajak aku ke rumahnya. Masyallah...sangat besar hati dengan tetamu yang hadir. Benar-benar terasa "hospitalitynya". Apabila keadaan menjadi sibuk, beliau bersama-sama akan mengembeling tenaga. Bukan seorang yang sentiasa hilang seperti rakan-rakan arab yang lain.
Ini budak "badu" yang akan ceritakan!
 
Alhamdulillah. Aku sangat bersyukur kerana kemana saja aku pergi, aku sentiasa dilayan dengan baik. Aku selalu berpesan kepada anak-anak aku, berkawanlah dengan baik. Mereka kini diasrama dan kehidupan diasrama merupakan sebuah kehidupan yang sangat menarik. Banyak yang boleh dipelajari apabila menginap diasrama. Pelbagai ragam yang akan kita temui. Yang baik dijadikan panduan manakala yang tidak baik pula dijadikan tauladan agar perkara tidak baik itu tidak berulang. Disiplin harus dijaga. Apabila disiplin serta ketetapan waktu terbela, perlahan-lahanlah racuni fikiran rakan-rakan agar mereka juga mendapat hikmah daripadanya. Aku juga selalu berpesan kepada anak-anak agar belajar dengan bersungguh-sungguh. Tidak ada apa yang dapat aku berikan kepada mereka kecuali pelajaran. Jika kita mempunyai kelebihan didalam apa-apa juga pelajaran, janganlah bersikap sombong atau lokek dengan ilmu pengetahuan...ajarlah rakan-rakan dan berkongsi dengan mereka agar mereka juga beroleh kejayaan. Jangan irihati...jangan sombong dan jangan dengki dengan kelebihan orang lain. Selalulah bersyukur....insyAllah kemana saja kita pergi, kita akan sentiasa dilindungiNya dan insyAllah akan mendapat rakan-rakan yang sentiasa akan menceriakan kita dan membantu sewaktu kesusahan!
 
Ok people, have a nice day and "Selamat Hari Malaysia!"
 


Tiada ulasan:

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...