Sabtu, September 27, 2014

Pasemborr daa...

Tajuk kali ni dah jadi pasemborr...bukan pasai apa, tapi disebabkan cerita pada kali ini ada beberapa. Jadi aku rasa, tajuk yang paling sesuai ialah "Pasemborrr". Semua ada.....tokua (tauhu) ada, cucoq ada, togeyy ada, timun ada, sengkuang ada...kuah taroh ataih..Pergh...memang kelas kalau pekena dengan chendoyy...
 
 
Mario Cozzi from Argentina and me.

Tetamu ini datang dari Argentina. Baik orangnya. Masih muda dan bekerja sebagai pakar audit bertauliah. Dia tinggal di tempat aku selama beberapa hari. Kali pertama Mario sampai, beliau sudahpun merasa selesa dengan persekitaran dan layanan mesra daripada salah seorang associates yang ada disini. Ambiance yang terasa seperti dirumah membuatkan Mario terus menghantar message kepada ibunya di Argentina untuk segera datang bercuti dan tinggal bersama kami di Kuala Lumpur. Mario memberitahu selalunya beliau akan dihantar ke negara-negara latin amerika untuk membuat audit tetapi dia hairan kenapa kali ini diarahkan untuk datang ke Malaysia kerana Malaysia bukanlah kawasannya. Tapi yang aku pasti, jika tidak ada apa-apa yang mustahak, sudah tentu Mario tidak diarahkan untuk kesini. Aku tidak mahu bertanya lanjut mengenai syarikat yang harus diauditnya. Yang pasti, syarikat yang harus diauditnya secara tergempar itu berada berhampiran dengan sebuah pusat membeli-belah di Bangsar! Ooppss....
 
Mario memberitahu aku bahawa tidak ada teksi yang mahu mengambilnya setiap pagi jam 8.45 dari JDR ke pejabatnya. Aku cadangkan Mario berjalan sahaja tetapi Mario enggan kerana nanti belakang bajunya basah berpeluh dan beliau harus menghadiri beberapa mesyuarat penting katanya. Aku talipon teksi, semuanya memberi alasan tidak ada teksi pada waktu itu sedangkan aku tahu mereka tidak mahu mengambil Mario kerana jaraknya ke pejabat terlalu dekat....Mario resah diantara menunggu teksi dengan berjalan kaki. Perlahan-lahan aku mengambil helmet extra di store dan aku hulurkan pada Mario sambil bertanya samada beliau mahu dihantarkan dengan moto cabuk aku. Nak menghantar Mario dengan kereta, aku tak mampu. Hanya dengan moto cabuk saja aku terdaya. Janji, aku ikhlas..tanpa membuang masa Mario terus memakai helmet dan celapak dibelakang aku...seronok Mario naik moto. Sejuk katanya...cepat pun cepat! 3 minit saja dah sampai di pejabat beliau!

Marina=sirap limau=Marina

Tidak ada sesiapa dirumah. Abang dan Yuya diasrama. Aunty balik kampong. Jadi siangnya Marina akan tinggal dengan Wiwit dan malamnya aku ada. Marina sampai rumah sekitar 6.46 petang. Mandi dan bersalin pakaian, kami berdua akan makan malam pada pukul 7 atau lebih sedikit....homework ataupun revision akan kami lakukan bersama pada pukul 8 malam selama sejam. Aku juga belikan novel kanak-kanak kepada Marina. Untuk menambahkan minat dan supaya Marina tidak mengantuk, aku akan baca satu mukasurat dan Marina akan baca satu mukasurat yang lain. Begitulah yang kami lakukan sebanyak beberapa chapter. Kami akan gelak bersama jika ada cerita yang lucu. Apabila ada perenggan atau perkataan yang Marina tak faham, aku boleh terus betulkan..Ini membuatkan kami lebih akrab. Setelah selesai membaca buku cerita ataupun mengulangkaji pelajaran, aku akan mengajak Marina berjalan disekitar rumah. Ada 2 sebab kenapa aku nak berjalan malam-malam. Pertama sebab aku suka bersembang dengan Marina sebab Marina bertambah petah kini. Keduanya sebab aku makan terlalu banyak jadi dengan cara berjalan, aku harap dapatlah membakar sedikit kalori....hahahahahaha.....selalunya kami akan menyusur di tepi-tepi deretan rumah kedai dan pengakhirannya akan sampai di kedai mamak. Bila sampai dikedai mamak, Marina kembali lapar. Jadi Marina akan makan roti pisang cicah susu pekat sambil minum sirap limau manakala aku cuma minum segelas nescafe panas ataupun teh panas. Melayan Marina makan sangat menyeronokkan aku. Marina petah bercerita. Macam-macam boleh diceritakan pada aku. Dari cerita kucing jatuh dari tingkat 3 hinggalah kepada cerita ada hantu ditandas sekolahnya....semua dicampur adukkan bersama sampai aku sendiri confuse dengan cerita Marina!

Kumpul duit sendiri RM30 untuk kasut ni..

Sewaktu aku membawa Marina ke Ampang Point tempohari, kami melalui sebuah kedai kasut. Marina menarik tangan aku untuk masuk ke dalam. Aku terpaksa mengekor kerana tangan kami tergenggam erat. Mata Marina tak berkelip-kelip bila terpandangkan kasut berwarna pink yang sangat diminati. Marina merayu tapi aku kata setiap kali kita nak membeli sesuatu, kita harus menyimpan duit. Jangan biasakan diri berhutang. Kalau tak mampu, jangan beli....lama-kelamaan keinginan nak memiliki sesuatu yang kita sendiri tak mampu itu akan lenyap dengan sendirinya. Marina mengangguk walaupun mungkin tak faham. Tangan aku masih digenggam erat. Aku beritahu Marina kita boleh masuk ke dalam kedai, lihat kasut yang kita suka, tanya berapa harga, cuba saiz yang sesuai dan kemudian keluar. Marina angguk tanda faham..Kami masuk kedai, bertanyakan harga, memilih warna yang sesuai dan mencuba. Mata Marina bersinar-sinar. Harganya RM29.90! Duit aku cukup tapi aku tak mahu membiasakan diri dengan membeli apa saja yang diingini anak-anak tanpa mereka berusaha sedikit pun. Dalam perjalanan pulang, aku beritahu Marina kalau kita simpan duit sekolah sebanyak RM3 sehari selama 10 hari, kita boleh datang lagi ke kedai itu dan terus beli. Sesampainya Marina dirumah, dicarinya tabung plastik botol dan dikeluarkan isinya. Ada RM18 terkumpul. 4 hari Marina membawa bekal ke sekolah. Bermakna 4 hari juga Marina menyimpan wang untuk mendapat RM12 untuk menggenapkan jumlah RM30. Marina bersungguh-sungguh. Setiap malam sebelum tidur dia akan bercerita dan berangan-angan. Setelah 4 hari mengumpul wang, Marina bertanya aku bila nak beli? Aku kata malam nanti lepas makan kita ke Ampang Point. Malam tu Marina makan dengan cepat, mandi dengan cepat, baca buku tanpa disuruh pada pukul 8 malam. Tepat jam 9 kami ke Ampang Point. Marina terus meluru ke kedai kasut dan mencuba. Marina keluarkan duit dari poket kecilnya dan diletakkan diatas meja cashier. Semuanya berkeronyok! Kakak cashier senyum. Marina senyum. Aku senyum. Aku syorkan Marina pakai terus. Dia angguk. Dimasukkan selipar kedalam beg dan dia terus memakai kasut baru. Kami ke sox world dan aku belikan stokin kecil supaya kakinya tidak melecet. Selepas itu Marina mengajak aku ke kedai buku ditingkat atas. Marina asyik membelek dan membaca buku dinasour. Oleh kerana Marina bersungguh-sungguh menyimpan wang untuk membeli kasut idaman, aku terdetik nak menghadiahkan Marina dengan buku yang dia tengah baca.....aku belikan buku dinasour tadi. Harganya RM39.90 yakni RM10 lebih mahal daripada kasut baru Marina. Kami pulang beriringan. Puas......

6 ulasan:

azieazah berkata...

Wahhh Marina dah besar. Dah ada taste memilih kasut. Cantik. Sesuai utk dia. Psti bermakna sbb guna duit sendiri.

Selingan: hmmm buku Dinasour RM39.90 tu mengingatkan saya kpd buku hasil layout saya yg kami terbitkan. Pun harga sama juga. Hmmm buku yg samakah itu? (CarltonKid Book dgn logo Orbit Buku..😨

Kakcik Seroja berkata...

Syukurlah Marina mahu mendengar kata hasil bimbingan mama dan papanya...sesetengah anak, kalau dia kata hendak, maknanya ibubapa kenalah belikan juga...

Ibu n Abah berkata...

Akak nak tulis sama komen dgn azie..
Kasut marina tu mmg lawa dan marina ada taste...

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Dan dia juga sangat petah bercakap. Seronok spending time together dan bersembang dengan Marina. Kadang-kadang cerita Marina memberi inspirasi kepada saya untuk menulis..Btw, buku tu is a different publisher...mungkin banyak syarikat berbeza mengeluarkan buku tersebut..saya akan check secara detail nanti!

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.

Marina senyum panjang bila saya tunjukkan komen tersebut semalam...terimakasih! Sekarang dia nak kumpulkan duit untuk jam swtch berharga RM130 pulak!!

Tanpa Nama berkata...

salam uncle,

hobi fara pun membaca...dulu dapat buku cerita time besday jer..sekarang da besar..pantang dengar pesta buku(walaupun sebenarnya BBW)..sure akan pergi juga..rambang mata jadinya..borong berplastik2...sampai kene tegur dengan budak rumah...selagi tak habis baca yang dalam plastik..tak boleh pergi lagi pesta buku...hehehehehe..

-faradia-

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...