Sabtu, Mac 28, 2015

Pengalaman 3

Seperti yang pernah aku katakan dulu, cerita aku tak pernahnya mengikut sequence. Kebiasaannya tunggang-langgang mengikut apa yang aku teringat. Hahahahahaha...makanya, ia seakan-akan jigsaw puzzle yang berkeping-keping. Bila dah disusun semua, baru lah nampak elok...Anyway, pada adik-adik yang belajar dan ingin bekerja dihotel, silalah ambil panduan. Kebanyakan buku-buku di Universiti ataupun mana-mana buku berkenaan dengan Hotel Management akan hanya bercerita tentang Management yakni lebih kepada administration dan lain-lain. Jarang aku jumpa buku-buku ditulis dan dikarang merangkumi operasi. Makanya cerita-cerita pengalaman aku adalah berdasarkan kepada "operational view in running and operating a Hotel!" Pergh...dah boleh karang buku nih! Hahahahaha....Adik-adik yang Uncle kasihi sekelian, pengalaman Uncle banyak. Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk juga dijadikan teladan agar adik-adik tidak mengulanginya...alhamdulillah pada 8hb  April nanti bertempat di Berjaya Times Square, Uncle sekali lagi dipanggil untuk menyampaikan ceramah tertutup kepada pegawai-pegawai kerajaan yang bakal ditugaskan keluar negara samada untuk bertugas di kedutaan, matrade dan lain-lain agensi mengenai "Fine Dining Theory, Reception and Official Entertaining".

Madinah, 2007

Ini kali pertama aku menjejakkan kaki di bumi Saudi Arabia. Beberapa minggu pertama aku ditempatkan disebuah apartment di Jeddah. Tempatnya menarik kerana betul-betul bersebelahan dengan Panda yang dibuka 24 jam kalau tak salah aku. Ditepinya ada Mc Donalds. Apabila aku keluar dari apartment aku, melangkah 10 tapak, aku sudah sampai ke masjid. Kedudukannya betul-betul disebelah kiri apabila aku keluar apartment. Memang mudah. Di Jeddah aku bekerja di satu pejabat dengan tuanpunya hotel yang akan kami buka nanti. In fact apartment aku disatu blok dengan apartmentnya. Maka, setiap hari Sheikh Mohammed lah yang akan menjemput, memandu aku ke pejabat dan balik ke apartment. Dia jugalah yang bayar gaji aku! Jangan terpedaya kerana Sheikh Mohammed fasih berbahasa Indonesia. Tersilap kata, buruk padahnya! Sewaktu di Jeddah, setiap hari aku sibuk. Sibuk kerana SM tidak menepati waktu. Janji nak ke pejabat pukul 8.30 pagi, dia talipon aku suruh siap pukul 10. Siap pukul 10, dia ambil aku pukul 11.30! Sampai pejabat pukul 12.00. Tinggallah lebih kurang 1 jam sebelum masuk waktu zohor. Lepas sembahyang zohor kami makan tengahari. Lepas makan tengahari kami balik ke apartment kerana SM nak tidur! Aku yang tak biasa begitu menjadi sangat resah kerana banyak follow-up yang nak kena buat. Jadi follow up aku banyak dilakukan dari apartment. Lepas asar kami akan ke pejabat semula. 1-2 jam dipejabat, dah masuk maghrib. Berhenti sembahyang diikuti oleh makan malam. Lepas makan malam, tutup lampu balik apartment! Wow....berbeza sungguh budaya kerja mereka. Lebih kepada tak kerja daripada kerja...
 
Kami membuat beberapa trip dari Jeddah ke Madinah. Hotel di Madinah pada waktu itu tinggal 20 peratus untuk siap. Maknanya, di Lobby penuh dengan kotak-kotak tiles yang belum dipasang, kotak-kotak besar yang belum dibuka dan lain-lain lagi. Serabut kalau kali pertama melihat..Beberapa bulan sebelum hotel dibuka (walaupun tak siap) aku berpindah ke Madinah. Apartment berhampiran dengan Oberoi Hotel. Sewaktu ke hotel, aku akan masuk ke Masjid Nabawi dari pintu sebelah Oberoi dan keluar di pintu hujung sana. Balik pulak aku masuk dari pintu sana, sembahyang Maghrib di Masjid Nabawi, duduk sekejap sambil mengenang nasib, sambung sembahyang Isyak, berjalan perlahan balik ke apartment. Sampai di apartment aku terus masuk ke bilik. Tak keluar-keluar. Bukannya apa, dalam bilik bersendirian aku boleh plan apa yang akan aku buat keesokan harinya. Banyak berfikir tentang operationsnya nanti. Banyak berfikir tentang "what if nya". Otak aku sentiasa berfikir apakah yang akan jadi bila jemaah mula membanjiri hotel sedangkan bilik ataupun hotel masih belum siap lagi! Aku jadi ngeri!

Sewaktu di Madinah, aku memegang 2 portfolio. Sebagai Director of Food and Beverage dan juga sebagai Executive Housekeeper! Pengalaman aku mencuci toilet dan mengemas bilik di Shangri La banyak membantu aku. Adik-adik sekelian, itulah kepentingannya bermula dari bawah. Uncle dah pesan hari tu...jangan malu walaupun ada kelulusan ijazah...itu semua pengalaman untuk adik-adik melonjak keperingkat yang lebih tinggi! Bayangkan adik-adik, jika Uncle tidak bekerja mencuci toilet ditahun 80an dulu, apakah Uncle dapat menjalankan tugas sebagai Executive Housekeeper dengan berkesan?  Ok, Executive Housekeeper mempunyai tugas yang lebih mencabar lagi. Besar tanggungjawabnya. Tetapi tidakkah EH juga perlu tahu selok belok mencuci tandas? Now adik-adik, it comes in "handy!"

Kami ada 600 bilik kesemuanya. Bilik masih lagi kosong dan yang ada hanyalah dinding! Kami masih menunggu shipment mattress, divan dan headboard dari Malaysia! Johor to be exact. Bilik-bilik ini nampak saja senang tetapi harus dibuat configuration supaya ada yang King bed, Queen bed, twin, triple dan quad untuk para jemaah...aku hirup kopi arab di gerai tepi jalan sambil berfikir...memohon doa selepas solat agar dipermudahkan kerja-kerja aku. Selang beberapa hari sewaktu aku ke tempat kerja, aku lihat ada hampir 10 treler panjang sedang parking didepan hotel. Ada yang berlabel tilam, ada yang berlabel perabut dan lain-lain lagi. Wah....pengsan aku...staff masih tak ada! Yang ada cuma aku, boss aku, Chief Engineer aku dan Financial Controller. Semua pandang kat aku. Aku terkebil-kebil....Cepat-cepat aku cari owner bagitahu yang aku perlukan sekurang-kurangnya 60 pekerja segera. Dia senyum dan suruh orang lain cari. Selang 30 minit sampai 2 lori yang penuh dengan pekerja bangladesh, myanmar, pakistan dll yang diambil dari tepi jalan. Pengsan aku. Aku suruh depa berkumpul depan aku. Aku tanya, siapa boleh cakap inggeris? 2 orang angkat tangan....aku tanya siapa pernah kerja hotel? 1 orang angkat tangan. Aku mula berpeluh...Aku asingkan depa kepada beberapa kumpulan. Aku agihkan tugas mengikut kumpulan. Ada kumpulan turunkan tilam dari lori bawa ke lobby. Ada kumpulan susun tilam ikut configuration yang aku buat ikut floor. Ada kumpulan yang masukkan tilam kedalam lift untuk dihantar ke floor dll. Kami bekerja dari jam 9 pagi sampai jam 1 pagi. Baru selesai bab tilam. Belum yang lain lagi! Waktu tu aku cuma ada 2 minggu untuk menghabiskan kesemua 600 bilik!

Madinah dah mula dingin. Selepas subuh aku sekali lagi terkebil-kebil cuba membuat percaturan agar kesemua 600 bilik dapat disiapkan dalam tempoh 2 minggu dengan para pekerja yang sentiasa bertukar setiap hari. Apabila pekerja bertukar setiap hari maknanya aku harus mengajar perkara yang sama setiap hari! Pengsan! Aku tabahkan hati, berfikiran positif dan berdoa agar semuanya lancar. Siang malam aku bekerja bersama pekerja baru setiap hari dan akhirnya lobby kami bersih daripada beratus-ratus tilam...Mengikut configuration, semua tilam dimasukkan kedalam bilik yang telah ditetapkan. Yang ini berjalan pantas. Atau aku yang tak sedar bahawa kami bekerja tanpa henti sebanyak 18 jam sehari. Berhenti untuk ke Masjid Nabawi dan kembali ke hotel untuk menghabiskan sisa-sisa kerja. Seperti yang aku katakan, aku tak suka delay hingga keesokan harinya. Apa yang aku rancangkan, harus tamat, harus diselesaikan pada hari itu juga. Aku bekerja sekurang-kurangnya 16 jam sehari tanpa cuti mingguan. Akhirnya semua tilam dan bantal berjaya dimasukkan kedalam bilik. Head board dan almari telahpun disiapkan sebelum tilam dan divan masuk. Pada masa yang sama, toilet juga telah mula beroperasi. Yakni air sejuk dan panas telahpun siap. Barangan electrical semuanya dah dipasang. Curtain, sampai seminggu sebelum opening. Masalah aku sekarang ialah linen kerana shipment belum masuk. Sudah sampai di pelabuhan jeddah tetapi belum mendapat "clearance" dari kastam! Setiap kali aku ajukan soalan kepada owner, jawapannya pasti, "mafii musyhkilah ya akhi..." Linen merangkumi bedsheet, duvet cover, pillowcase, bath towel, hand towel dan juga face towel! Semuanya masih di pelabuhan di Jeddah dan aku nak mula beroperasi seminggu lagi. Aku confident yang aku akan dapat barangan tu semua pada saat-saat akhir. Aku memohon agar pekerja aku semuanya on standby 3 hari sebelum tetamu pertama sampai dari Mekah selepas musim haji. Tepat seperti jangkaan, aku dapat linen aku 5 hari sebelum pembukaan. Kalut kami buat inventory dan labelkan setiap linen yang masuk. Immediately kami hantar linen-linen tadi ke laundry dan harus dapat semula dalam tempoh 48 jam. Kami berdoa dan menunggu dengan sabar. Diwaktu yang sama, kami siapkan bahagian-bahagian lain di hotel terutamanya bilik-bilik. Memastikan yang tandas berfungsi sepenuhnya, lampu-lampu serta penghawa dingin beroperasi, peralatan-peralatan kecil lain dipastikan agar tersusun rapi dibilik. Front Desk sibuk. Aku yang juga bertugas sebagai Dir of Food and Beverage agak kurang sibuk kali ini dengan persiapan makan-minum jemaah yang akan sampai kerana pada musim pertama pembukaan, kami menggunakan khidmat caterer luar. Jadi tugas aku sedikit mudah dan aku hanya berhubung dengan Catering Manager dari syarikat berkenaan sahaja. Oleh itu, aku concentrate lebih kepada bilik-bilik tetamu.
 
2 hari selepas itu, linen yang dihantar untuk dicuci mula dihantar semula ke hotel. Kali ini aku dah pecahkan para pekerja kepada 3 shift standard yakni 7-3, 3-11 dan 11-7 pagi. Depa dah start masuk shift dan aku dah assignedkan tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan dan dihabiskan. Esok paginya lepas subuh aku dah berjalan ke hotel. Early visit. Nak kasi surprise depa sikit. Semua berkelumbung kepala sambil dok buat kerja kerana cuaca musim sejuk di Madinah kadangkala boleh turun sehingga 10-12C!. 2 hari sebelum kami mula mendapat tetamu pertama yang datang dari Mekah, semuanya telah siap. Cuma tinggal sedikit touch up yang perlu dilakukan seperti marble polishing dilobby, letakkan carpet dibahagian tertentu hotel, susun kerusi dan meja di bahagian lobby, letakkan jambangan bunga, pastikan semua aircond berfungsi, pastikan tandas di public area bersih, pastikan hotel system yakni front office  dan lain-lain ok dan voila....tugas aku selesai buat sementara waktu. Tiba pada waktunya, jemaah mula bergerak masuk ke Madinah dan sampai dilobby. Para pekerja sedang sibuk menurunkan bagasi dari atas bumbung bas....aku? Aku sedang duduk minum kopi arab dari kedai berdekatan sambil memertikan dari sana. Aku tersenyum puas!
 
Pengajaran.
 
Seperti juga yang Uncle selalu katakan, adik-adik harus tahu basic. Asasnya mesti kukuh. Jika asas tidak kukuh, adik akan mudah menyerah kalah. Adik akan mudah goyang jika ditegur. Adik akan terus mengelak apabila melakukan kesalahan. Adik-adik jangan khuatir. Kesalahan itulah yang akan menguatkan adik-adik suatu hari nanti. Tanamkan azam. Kuatkan cita-cita. Setkan target dalam masa 5 tahun apa position yang akan adik-adik dapat? Dalam masa 10 tahun apakah position yang akan adik-adik pegang dan begitulah seterusnya. Uncle bermula susah. Uncle bekerja sebagai "bussboy" di Paya Serai Restaurant PJ Hilton selama 2 tahun dan bekerja sebagai junior waiter juga selama 2 tahun sebelum mula mengorak langkah. Semuanya telah Uncle ceritakan. Sewaktu Uncle bekerja sebagai Vogue Cafe Manager (10 tahun di sana sejak pembukaan 1996-2006), didalam appraisal Uncle, Director of Food and Beverage Uncle waktu itu ialah Marc Cosyns (kini bertugas sebagai GM di Marriott Sibu dan Mulu) pernah menulis....Mohd Shahrir Ali - BULLISH! 
 
 
Cerita lama di BH....rambut hitam lagi...

18 ulasan:

mokjadeandell berkata...

seronok baca pengalaman uncle .Alangkah baik kalau anak2 saya yg sedang menapak dlm kehidupan dan pekerjaan baca sama.Semoga jadi panduan kpd mereka.Dalam meniti kejayaan,kita jgn takut.Jgn ragu.Push on.Jgn mengalah.Masih terpahat dlm ingatan GB saya kata..diamond.
Diamond la sangat...hehe.

iryanty ahamad berkata...

cepat tindakan uncle...pengalaman mengajqr kita eerti khidupan...dari zero to hero

Tanpa Nama berkata...

Uncle,

Alhamdulillah, Arwah ibubapa Uncle pasti bangga dengan pencapaian Uncle mengharungi ranjau kehidupan. A lesser person would have given up and be contented as a bussboy for life.
A big kudo to you.
Anyway, being bullish is a plus in life, meaning you are a fighter with a positive attitude.
Still, be very careful Uncle.
Sometimes, the Matador wins and the beef is served, some unfortunate times the bull wins and the balls are served! Go ask the great Lao-Tzu!

Charlie

Kakcik Nur berkata...

Assalamu'alaikum Uncle...

Kakcik ada membuat sedikit catatan tentang Uncle di sini : http://kakciknurseroja.blogspot.com/2015/03/mari-berkenalan-dengan-hj-shahrir-ali.html

Mohon maaf sekiranya selepas catatan itu tersiar, Uncle menerima banyak komen/soalan/pertanyaan dari mereka yang 'ingin tahu' dan mungkin mengambil waktu Uncle untuk menjawabnya.

Niat kakcik, supaya anak kakcik juga dapat membaca catatan pengalaman Uncle sebelum dia memulakan langkah pertamanya dalam bidang seni kulinari. Sekarang dia baru masuk belajar dalam bidang itu di MSU, Shah Alam. Semoga sahaja dia akan meneruskan langkahnya tanpa goyah...

Uncle berkata...

Salam Mokjadeandell.
Terimakasih kerana seronok membaca kisah-kisah saya. Semoga menjadi panduan kepada adik-adik saya mahupun anak-anak saya walaupun bidang mungkin berbeza!

Uncle berkata...

Salam Iryanty.
Uncle suka membuat sesuatu daripada zero. Hasilnya nanti akan membuatkan Uncle berasa "puas" dan apabila dikenang kembali bakal menjadi pengkisahan yang berguna sebagai panduan kepada diri Uncle sendiri dan para pembaca!

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Abang Charlie.
Harapan saya juga begitu, agar arwah kedua ibubapa saya boleh berbangga dengan usaha anak bongsu mereka. Saya telah banyak menyusahkan mereka. Keputusan peperiksaan SPM dan STPM saya tidak membolehkan saya masuk ke Universiti walaupun datang dari sekolah yang baik. Tetapi alhamdulillah saya cepat sedar. Sejak saya berumur 20 tahun saya tidak meminta sedikit pun wang daripada mereka kerana ingin menunjukkan yang saya boleh berjaya. Saya masuk ke ITM dengan duit sendiri. Begitu juga apabila membeli moto C70 pertama saya. Begitu juga apabila saya berkahwin pada umur 29 tahun! Bukan ingin menunjuk tetapi ingin memberitahu mereka bahawa anak mereka yang sorang ni telah berjanji kepada diri sendiri yang beliau tidak akan menyusahkan sesiapa dari segi kewangan setelah kedua arwah ibubapa berhabis duit selama 20 tahun awal saya! Peringatan daripada abang Charlie mengenai matador tu adalah satu peringatan yang sangat berguna. Saya akan sentiasa berhati-hati. Terimakasih abang Charlie. Sampaikan salam saya kepada Kakak dan ahli keluarga yang lain!

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Kakcik.
Boleh saja jika ada yang berminat untuk bertanyakan mengenai "karier" yang saya sangat sayang ini. Memang tujuan saya untuk membantu adik-adik yang ingin bertapak didalam kerjaya professional ini. Harapan saya dan doa saya agar mereka tidak mudah putus asa dan sentiasa "hungry" kan kejayaan. Tiada sesiapa yang mampu mengubah hidup kita kecuali diri kita sendiri. Semoga pengalaman-pengalaman saya yang tidak seberapa ini dapat membantu adik-adik membina kerjaya. Bantuan lain saya tak reti tetapi untuk memberi tunjuk ajar insyAllah. Kakcik, no worries, mereka boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja!

norh berkata...

Tahniah uncle kena menyampaikan ceramah.. Will start another chapter in ur history..hehhe

Banyak kali kan uncle pesan kena mula dari bawah..norh pun setuju sangat uncle.. Tapi budak2 muda sekarang ni dah hilang semangat tu la uncle dari apa yg norh observed..semua nak spoon feed..kena pikir pulak mcm mana nak handle attitude depa..

Uncle still handsome walaupun rambut dah putih..hahahaha

Uncle berkata...

Salam Norh.
Terimakasih kerana menurunkan sedikit komen disini. Seperti yang Uncle katakan, semuanya bergantung kepada diri sendiri. Jika ada kemahuan, kesungguhan, disiplin dan "hungry for knowledge" dia akan berusaha 100%. Jika tidak, walaupun didepan mata, depa tak "kerlin" langsong! Err, betoi ka "hemsemm?" hahahahahahaahah.....bersemboq kopi nih...

damiamikhaila areesyasofea berkata...

1

Uncle berkata...

Salam damiamikhaila.

?????

Kakzakie berkata...

Rasa kagum melihat mereka yg berjaya dari bawah sehingga berada di atas tak sama dengan mereka yg terus dpt menggenggam kedudukan tinggi.

Cara org yg berjaya dari bawah 'tackle' masalah dan pekerja juga tak sama dgn yg terus berjaya duduk di atas.

Lihat ajelah macamana uncle handle situasi hotel yg berkecamuk akhirnya boleh melihat dari jauh dgn minum kopi - lega kakak baca.

ps: kenapa uncle tak nak buat buku panduan. kakak rasa ramai student yg memerlukannya. buat pelan-pelan cari publisher.

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
25 tahun didalam bidang yang sama bukanlah satu jangkawaktu yang singkat. Pengalaman bekerja dari bawah banyak membantu saya selama ini. Mengendalikan VVIP bukannya sesuatu yang mudah. Dari menteri hingga ke Sultan serta Raja-Raja dan Yang Dipertuan Agung. Begitu juga dengan pembesar-pembesar negara lain. Kesemuanya mematangkan saya. Saya juga terpaksa menghadiri kelas "protokol" semata-mata untuk memastikan percakapan, kerja saya, tindakan saya semuanya betul. Saya juga menghadapi situasi "panic" apabila lampu terpadam sewaktu Condoleza Rice yakni 1st Secretary of United States sedang bermain piano disatu jamuan tertutup yang ekslusif di KL dan saya yang mengendalikan event tersebut. Bagaimana dengan securitynya dll. Again, kini saya boleh duduk minum kopi di kedai dipasar ampang dan tersenyum panjang mengingatkan semua itu. And about the book, I would love to publish one, oneday. Masalahnya, saya tak tahu mana nak start dan siapakah publishersnya...hahahahaha...thanks for the suggestion!

NEKCIK berkata...

Asalam Uncle..nekcik amat tersentuh dengan segala daya usaha uncle untuk membantu mereka di bidang kerjaya ini terutamanya anak nekcik walaupun uncle seorang yang berpangkat tinggi...muga Allah sentiasa membalas budi baik uncle..nekcik pun kena jugak menambah ilmu di bidang ini demi menyokong kerjaya anak...

NEKCIK berkata...

Terima kasih uncle ..keep on writing even through this blog!!!!

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Nekcik.
Bantuan saya hanya sekecil zarah. Tidak ada apa yang specialnya. Seperti yang saya katakan sebelum ini, beliau harus mempunyai cita-cita tinggi. Usaha. Stay Positive. Strive for excellence. InsyAllah akan berjaya. Satu lagi saya nak pesan, hati-hati bila berkawan. Kebanyakan staff saya dulu berpuas hati disatu tempat kerana rakan mereka ada disitu. Sekali lagi, berhati-hati. Jika mereka juga rakan yang positive, alhamdulillah. Jika tidak, mereka akan tertinggal disitu dan suatu hari nanti rakan-rakan akan meninggalkan mereka!

Uncle berkata...

Salam sekali lagi Nekcik.
Terimakasih kerana membaca dan insyAllah saya akan terus menulis kerana menulis ni hobi saya. Cuma cerita dan bahasa saya tunggang langgang. Oleh itu Cikgu Habibah tak pernahnya bagi markah tinggi pada saya. Selalunya cuma pass saja...50% ataupun 51%. Hahahahahaha....

Reunion

Awal 20an Tak putus-putus 'reunion' datang dan pergi. Seperti yang selalu berlaku, sewaktu aku lepas sekolah/universiti dulu, top...