Ahad, Mac 08, 2015

Seri - a special tribute.


Aku telah mengenali Seri hampir 25 tahun yakni bersamaan dengan suku abad! Berusia sekitar awal 20-an dan kali pertama berada di Malaysia pada waktu itu. Bekerja dengan kakak sulung aku dan dianggap seperti ahli keluarga sendiri. Sudah pastilah ada "ups and downs" nya tetapi itu tidak mengeruhkan hubungan diantara kakak aku sekeluarga dengan beliau. Malah kami juga merasa selesa dengan kehadiran Seri. Seorang yang sangat rajin dan juga tidak banyak bercakap, Berjaya menyesuaikan diri hanya setelah beberapa hari bekerja. Menjaga 3 orang anak-anak kakak aku sejak kecil tanpa menimbulkan sebarang kerenah. Dari tak tahu memasak hinggalah menjadi seorang yang pakar dalam menyediakan apa juga masakan yang anak-anak kakak aku suka. Aku rasa jarang ada sesiapa yang mampu bekerja dengan satu majikan selama hampir 25 tahun. Seri berjaya menidakkan tanggapan sesetengah orang yang "skeptical" dengan kehadiran mereka yang datang bekerja disini. Diterima dan dijaga baik oleh kakak aku membuatkan kami selalu bertanya kepada Seri apakah beliau mempunyai saudara-mara yang ingin bekerja disini. Alhamdulillah, beliau merekomenkan Wiwit untuk bekerja dengan aku dan kini Wiwit telah menghampiri tahun ke 6 nya dengan aku.

Oleh kerana Seri menjaga anak-anak kakak aku sejak mereka kecil lagi, maka hubungan mereka dengan Seri sangatlah akrab. Jika kakak aku sibuk, Serilah yang bertanggungjawab menjaga makan-pakai mereka. Memastikan yang kesemuanya disediakan dan Seri juga yang akan menjadi sibuk tatkala anak-anak kakak aku sakit. Apabila anak sulung kakak aku melangsungkan perkahwinan, Seri merupakan salah seorang yang aku lihat sangat gembira pada mulanya dan menjadi sangat sedih kemudiannya. Apabila kakak aku mendapat cucu pertama, Seri diibaratkan sebagai "the right hand person". Sibuk bertugas dan pada masa yang sama memastikan keperluan lain-lainnya terjaga. Cucu-cucu kakak aku sudah menjadi seperti cucu-cucunya juga. Terutama sekali Izat yang sangat manja dan rapat dengan Seri. Apabila anak sulung kakak aku bertugas di Colombo, Sri Lanka (kini telah menjangkau berbelas tahun beliau bermastautin disana.) Seri juga ikut serta untuk menjaga Izat. Daripada tidak tahu berbahasa inggeris sehinggalah beliau mahir berkomunikasi didalam bahasa itu setelah bertugas menjaga Izat serta Kayla yang bersekolah disana selama beberapa tahun.

Setelah cucu-cucu kakak aku (seperti juga cucu-cucunya) besar, Seri kembali ke Kuala Lumpur untuk bersama-sama dengan kakak aku. Semalam aku mendapat message daripada kakak aku mengatakan yang Seri sakit setelah terjatuh. Aku anggap beliau hanya sakit biasa. Pagi ini sewaktu aku menghubungi kakak aku, dengan nada sedih aku dikhabarkan bahawa terdapat sedikit pendarahan di kepala Seri dan CT scan harus dilakukan segera. Seri dimasukkan disalah sebuah hospital dan kini berada di unit kecemasan dan diletakkan dibawah "observation". Aku bergegas melawat Seri siang tadi. Hanya seorang dibenarkan masuk selama 10 minit untuk bertemu beliau. Aku meminta jasa baik pengawal untuk membenarkan aku membawa masuk Wiwit yang juga merupakan sepupunya. Wiwit sedih dan menangis dan aku menjadi sebak. Aku panjatkan doa agar Seri sembuh dengan cepat dan kembali ceria seperti sediakala.....seperti yang aku katakan tadi, 25 tahun bukanlah satu jangka masa yang singkat!

Wiwit melawat Seri

20 ulasan:

My Life berkata...

dear uncle..

mudahan seri sembuh dengan cepat...

Kakcik Nur berkata...

Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan segera buat Seri dan dijauhkan dari segala kemudaratan. Aamiin..

Tidak mudah mendapatkan pembantu sebaik dan sesetia Seri....

iryanty ahamad berkata...

mudah mudahan seri cepat sembuh dan ceria seperti sediakala...

Uncle berkata...

Salam My Life.

Saya sekeluarga sentiasa mendoakan agar beliau sihat seperti biasa dan tidak ada komplikasi.

Uncle berkata...

Kakcik Nur.

Seri sudah seperti ahli keluarga kami sendiri. Bahkan di sekitar kawasan perumahan kakak saya, Seri murupakan "pusat sehenti" untuk para pembantu dikawasan itu yang memerlukan seorang kakak prihatin untuk mendengar masalah mereka. Malah perkhabarannya, ada juga rakan kakak-kakak saya yang telah dan akan melawat beliau di hospital. Begitulah "besar"nya Seri di mata dan hati kami.

Uncle berkata...

Salam Iryanty Ahmad.

Terimakasih diatas ucapan ikhlas dan doa. Saya dan keluarga juga berharap sedemikian. InsyAllah.

Ibu n Abah berkata...

Semuga Seri sihat spt biasa.
In syaa ALLAH. Pernah terjadi pd jiran akak. Sekarang dah sihat walafiat.
Mmg walau tanpa hubungan darah pun hubungan mesra dpt dijalin. Kurniaan rasa kasihsayang oleh ALLAH snw.

Uncle berkata...

Salam Ibu n Abah.

Terimakasih dan kami juga mendoakan agar beliau kembali sihat seperti sediakala.

Al-Manar berkata...

SAya pun ada pembantu yabg sudah lebih 20 tahun menjaga cucu. Kepada anak anak dia adalah sebagai ibu mereka. Selalu berfikir apa masa depan nya. Walaupun masih ada ibu dikampong empat orang yang dibesarkan dari hari lahir menguatkan hati terus bersama kami. Kebaikannya ialah tahap kemewahan hidup ibunya dengan bantuan bulanan dari Malaysia

Uncle berkata...

Salam Pakcik Al Manar.

Benar. Saya rasa kita bernasib baik dipertemukan dengan orang yang setia bekerja dengan kita. Saya rasa kebiasaannya berbalik kepada bagaimana majikan menjaga para pekerja dibawah kendaliannya..

rezeki berkata...

Salam Uncle

Insyallah, semoga doa2 kita diperkenankan dan dipermudahkan.

Lusa nak naik Gurun, tapi tak sempat nak jumpa dengan cik Awang kita kat THCC Alor Star. Lepas habis semua urusan kat sana , terus shoot balik KL.Tulat pg shoot balik selatan pula.

Lama rasanya kita tak duduk pekena teh tarik sama2 , insyallah satu hari yang indah nanti kalau uncle ada free, kita pekena teh tarik sambil borak2 hehehe

Uncle berkata...

Waalaikumsalam dan semoga dipermudahkan perjalanan. Kalau singgah kat TH tolong kirim salam kat Che Awang tu...hahahahaha

Kakzakie berkata...

Sungguh kakak jadi terharu nak mentitik airmata pulak. Kakak percaya keluarga uncle pun lebih-lebih lagi sayangnya atas kasih sayang yg dia berikan dan terima dari keluarga uncle..

Moga ada kesembuhan buat Seri..

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.

Alhamdulillah kata doktor bahawa Seri tak perlu dibedah tetapi disyorkan agar berehat dan tidak melakukan kerja lagi. Makanya dengan berat hati Kak Anne saya terpaksa melepaskan Seri pulang akhirnya esok....setelah 25 tahun berkhidmat! Mungkin ini masanya untuk berehat bersama keluarga dan cucunya...

Ghazali Aziz berkata...

Salam Uncle;

Semuga Seri cepat sembuh ....

Uncle;

Actually saya tak pernah miss your article ... saya ada linkkan your blog to my blog and my reading list !

Hehehehheheheheheee

Cuma tak komen jer !

:)

Terima kasih kerana masih ingatkan kat saya nih

:)

Uncle berkata...

Waalaikumsalam dan terimakasih Ghazaaz.
Lama sungguh tak jumpa...suddenly terjumpa kat Mak Long...alhamdulillah...kami semua juga mendoakan agar Seri segera sembuh. Keep in touch!

ummi_khalish berkata...

syafakillah seri..semoga sembuh kembali..

Uncle berkata...

Salam ummi_khalish.

alhamdulillah Seri telah selamat dihantar pulang kepangkuan keluarganya di Jakarta sebentar tadi. Kak Anne dan Kak Lit saya yang mengiringi beliau sampai ke sana untuk diserahkan kepada keluarga Seri sebelum mereka mengambil penerbangan kembali ke KL 3 jam selepas itu...

NEKCIK berkata...

salam uncle..first taim nekcik singgah sini melalui blog kakcik..nekcik hulurkan salam perkenalan...insyaallah akan nekcik jejaki selepas ini

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Nekcik. Terimakasih kerana mengunjungi blog saya. Semoga cerita-cerita dapat membantu....

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 10

(dipetik dari posting di fb saya) Alhamdulillah, dah hampir selesai dan kini sedang berada di lapangan terbang antarabangsa di Vientian...