Sabtu, Mei 23, 2015

35 Years of Brotherhood! (SDARA85)

Sekali lagi sdara batch 85 bertemu. Tapi kali ini diatas puncak bukit Fraser. Berbulan jugak kami berbincang. Asalnya nak ke JB menaiki keretapi bagi memperingati zaman-zaman "konsesi KTM" untuk balik kampung tetapi malangnya masalah logistik membataskan idea tersebut. Perbincangan dilakukan segera selepas idea ke JB dibubarkan. IQ yang kerap mengunjungi tempat-tempat rekreasi dan pelancongan mencadangkan agar kali ini pertemuan diadakan di FH. Not a bad idea. It was a brilliant idea, in fact! Aku sendiri tak pernah ke sana dan aku rasa ramai juga selama ini hanya mendengar cerita perihal mat salleh yang bernama Henry Gurney mati dibunuh disitu. Satu tarikh dicadangkan untuk beberapa orang diantara kami pergi ke FH bertujuan untuk "recce" tempat serta berbincang dengan pengurus resort bertanyakan package-package menarik yang disediakan. Bersarapan di rumah IQ, aku, kusya, lan hassan dan ketat berangkat ke sana melalui gombak. Jalan bengkang-bengkok tapi panorama sangat menarik. Ada empangan, ada hutan lipur, ada sungai dan ada juga air terjun sebelum sampai ke destinasi. Udara nyaman. Tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Kata orang kampung, "just nice...". Pertemuan dengan pengurus resort berjalan lancar dan kami dibawa untuk melihat persekitaran. Bilik, dewan besar untuk dijadikan surau sementara, tempat makan, padang golf, parking dan lain-lain lagi. Kemudahannya ok. Kami tak memerlukan kelengkapan serta kemudahanan yang luxury kerana idea pokoknya ialah bertemu dengan rakan-rakan yang kami kenali 35 tahun dulu (form 1 tahun 1981), bersembang, bersembang dan terus bersembang sampai ke dini hari...
Pertemuan pertama..



Pelbagai persiapan dilakukan. Kusya melancarkan video-video pendek sebagai "teaser" yang membakar semangat untuk rakan-rakan lain turut serta. Gambar-gambar lama dijadikan umpan. Lagu-lagu nostalgia bagi kami pada zaman itu dijadikan pemikat. Rakan-rakan mula menjadi gusar. Leading to the event, setiap malam kami berhubung melalui whatsapp bercerita kisah-kisah lama, menghantar lagu-lagu lama dengan harapan akan ada penambahan peserta nanti. Rencananya kami hanya mensasarkan seramai 40 orang sahaja. Tetapi disaat-saat akhir kami berjaya mengumpulkan hampir 60 rakan-rakan yang sanggup menangguhkan segala perancangan penting lain hanya semata-mata untuk bersama-sama rakan lain. Aku terharu bilamana rakan-rakan sejauh Abu Dhabi (Mat Jeng) sanggup pulang ke tanahair semata-mata untuk meraikan 30 tahun ulangtahun kami meninggalkan bangku sekolah menengah. Dari Pulau Perhentian (Rodney the Stuntman) dan Kota Bharu (ramai giler!), dari Johor Bahru (giler ramai!) dan segenap pelosok negara. Semua bersemangat untuk kembali menjadi 17 tahun! Ada yang baru balik dari thailand nak ke singapore untuk mesyuarat penting sanggup divert half way untuk ke fh (Joe Labu). Ada yang tak ada booking dan tak ada cerita tiba-tiba muncul sewaktu welcome lunch! (Wak Beng, Siput, Halim). Mat Lani pula sampai pada pukul 11.30 malam hanya setelah mesyuarat penting selesai. Kelibat yang dah 30 tahun aku tak pernah tengok seperti Alan Bay, Banjo dan beberapa orang lagi juga tersenyum simpul ketika pertama kali bersua di Mimi Strawberry Restaurant bersebelahan dengan clock tower. Aku dulu yang merupakan salah sorang diantara yang paling besar kini merasakan diri seperti salah seorang yang paling kecil, comel dan mongel!


Berpeluk sakan dan hampir menitiskan airmata setiap kali wajah baru muncul sewaktu welcome lunch diadakan. Bingit telinga. Mimi Strawberry Restaurant terpaksa ditutup kepada pengunjung-pengunjung lain semata-mata untuk menempatkan kami sahaja. Cerita hanya berkisar kepada zaman remaja selama 5 tahun di seremban. Untuk menempatkan rakan-rakan dibilik twin sharing sahaja memerlukan konsentrasi yang bukan sedikit. Terimakasih pada Ketat dan Lan yang bertungkus-lumus memadankan setiap adik-beradik yang menyatakan persetujuan untuk hadir. Aku ditempatkan dibilik sama dengan Ketat, assistant troop leader scout aku dulu. Hebat Ketat ni....Bila aku tengok-tengok balik rakan sebilik yang ditempatkan, aku ketawa sorang. Memang kena! Pukul 3 petang merupakan waktu check in. Ramai yang check in pantas dan turun semula ke lobby untuk bertemu dengan yang lain. Penuh satu lobby hanya dengan kami. Tabiat lama yang susah nak dibuang ialah duduk bertenggek ditangga walaupun lobby penuh dengan kerusi empuk. Bertenggek kat tangga tu merupakan satu favourite pastime bila nak pergi ke dewan ataupun balik dari dewan makan serta pada malam sabtu dan malam ahad. Atas tembok apatah lagi.....Ada yang lebar, ada yang tinggi, ada yang bulat dan ada jugak yang leper. Aku tak keseorangan kerana Nurul Halim menemani aku dengan berambut putih juga! That's what friends are for!
Telematch diadakan pada pukul 5 petang. Kami dibahagikan kepada 4 "rumah sukan" yakni Bendahara, Syahbandar, Temenggong dan Laksamana. 6 acara dijalankan dan hanya dipenuhi dengan gelak ketawa yang lantas mengingatkan aku kezaman awal remaja sewaktu berumur 13 tahun dengan mereka dulu. Telematch sebegini hanyalah untuk mengeratkan lagi silatulrahim kami. Kalaulah associates ataupun anak-anak dan sorang dah bermenantu (Xay...you are included!) kami melihat gelagat kami pada waktu itu, aku pasti ramai yang akan menggeleng-gelengkan kepala! Di penghujungnya kami basah kuyup setelah masing-masing mula membaling bom air kepada satu sama lain!
Pulang ke bilik masing-masing dengan pakaian yang basah kuyup dan senyum melebar sampai ke telinga. Jalan beriringan. Domang, Abul, Katun, Amiri, Pop, Jawer, Apam, Kudo, Katak dan ramai lagi ternyata telah berjaya di transformedkan ke alam remaja...! Mandi dan bersiap untuk sembahyang Maghrib berjemaah. Berbondong-bondong turun kedewan besar apabila tiba waktunya. Pada yang sampai awal, melihat mereka membentangkan sejadah membuat saf mengingatkan kami semua kepada situasi yang sama pada tahun 1981 apabila setiap kelas tingkatan satu mengambil giliran setiap minggu membentangkan tikar dan sejadah sebanyak dua kali yakni khamis malam jumaat dan untuk bersembahyang jumaat di dewan besar. Prof Ipeng mengetuai sembahyang Maghrib/Isyak berjemaah diikuti dengan tahlil dan doa selamat. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Dulu kami dikejar merata ceruk oleh warden hanya semata-mata untuk turun ke surau berjemaah dan ada juga yang sanggup bersembunyi didalam locker sampai terlelap, tetapi kali ini semuanya turun tepat pada waktu yang ditetapkan. Mata aku masuk habuk melihatkan rakan-rakan, seorang demi seorang masuk ke dewan untuk menunaikan solat secara berjemaah. Selesai solat, ramai yang bergegas pulang ke bilik untuk menukar pakaian dan terus ke al fresco cafe di tingkat bawah dimana akan berlangsungnya makan malam dan acara-acara lain. Jawer menjadi emcee. Jawer yang menjadi emcee berjaya mengawal suasana rakus rakan-rakan sebaya dengan joke selambanya. Ucapan aku yang disangkakan pendek rupa-rupanya menjangkaui 11 minit. Jika tidak dijeling oleh rakan-rakan dimeja berdekatan dengan pandangan lapar, mahu aku berucap sampai 2 jam setengah! Paling panjang aku bercakap memberi latihan kepada students dan lecturers hospitality ialah 16 jam yakni 8 jam sehari....makanya 11 minit setengah tu terasa macam baru nak bagi salam! Ada 6 pertunjukkan slides diadakan dan setiap satu mengundang tepukan gemuruh serta siulan nakal. Foto-foto lama ditayangkan balik. Ada yang berbaju senteng, berseluar senteng, bertie senteng dengan pose-pose maut. Chelayer dan Chico dengan pose breakdance dengan signature pantsnya kotak-kotak merah. Alan Bay yang mengambil foto siap berkasut tetapi di shower cubicle! Katak bertenggek kat atas meja. Joe Labu dengan rambut tegak memandang kosong disebelah Judd dan banyak lagi foto-foto yang menarik perhatian kami. Tetamu lain yang berada di dalam restaurant juga tertanya-tanya apa yang sedang berlaku dan apabila aku toleh ke belakang, aku lihat tetamu lain juga dah mula masuk dan berada bersama kami menonton slides yang disediakan oleh Kusya! Riuh-rendah sampailah pukul 11 sebelum sesi makan malam berakhir. Beberapa minit sebelum berakhirnya makan malam, kami dikejutkan dengan dentuman bunga api yang maha hebat abad ini. 84 das kesemuanya. Aku ingatkan 30 das, tapi half way aku dah lost count! Diberitakan keesokan paginya bahawa hanya 84 das yang available di kedai walaupun kami batch 85! Hahahahahahahaha.....memang giler budak-budak tu.....Guys,  the 3 of you are bloody awesome....(you know who you are!). Malam masih muda, ini disusuli dengan kami yang mula membentuk kumpulan-kumpulan kecil bersembang sampai hampir ke jam 2 pagi!
Pagi ahad bermula dengan sembahyang subuh berjemaah dengan di imamkan oleh Judd si taiko besar Paroi Jaya! Ini diikuti pula oleh tazkirah yang banyak memberikan kami kesedaran mengenai "halatuju kehidupan". Tazkirah tambah menarik bilamana sessi ini dibuka kepada beberapa rakan yang lain. Paling membuka mata ialah apabila Aini memulakan ayat. Mata terpaku kepada beliau. Cerita-ceritanya memukau hingga tidak ada yang berkelip. Tinggi betul ilmu Aini! Menarik sungguh perjalanan hidupnya membuatkan kami tumpang merasa bangga dengan kejayaan beliau. Berpeluk lagi kami semua selepas tazkirah. Inilah pelajar-pelajar yang pada tahun 1981 apabila berlangsungnya tazkirah selepas subuh, hampir kesemuanya akan tertidur. Pada tahun 1985 pula pelajar-pelajar inilah juga yang harus dikejutkan berpuluh kali hanya untuk mendengar tazkirah selepas solat subuh. Tapi kini pada tahun 2015, mereka tak payah dikejutkan. Jam biologi masing-masing telah menggerakkan minda kami untuk bangun bersembahyang jemaah bersama rakan-rakan lama, lantas duduk buat seketika mendengar tazkirah pagi. MasyAllah, peralihan minda dari zaman remaja kepada zaman dewasa dan kini mengharungi zaman matang! Walaubagaimanapun, cerita-cerita Aini masih lagi bermain di otak kami dan menjadi topik hangat perbincangan sehinggalah ke hari ini didalam group whatsapp kami. Kami masih terpegun dengan kehebatan ilmu yang Aini ada!

Tepat jam 7.30 pagi, kami terus turun untuk bersarapan pagi. Makanannya enak. Ambiancenya menarik dengan cuaca yang nyaman. Terasa seperti bersarapan di Rue de la Terrasiere, Geneva sewaktu musim bunga! Amat romantik. Yang tak romantiknya apabila melihat muka rakan-rakan. Lamunan terus terhenti! Usai makan pagi, kami segera ke sign board hotel di jalan masuk untuk sesi bergambar secara kumpulan. Alhamdulillah semuanya berlangsung tepat pada waktu yang ditetapkan. Kesedihan mula bersarang apabila seorang dua diantara kami terpaksa pulang dahulu. Aktiviti "remaja matang" tidak habis disitu. IQ (nama betul Iqmal), telah menyediakan satu lagi cabaran. Cabaran ini ialah seperti treasure hunt tetapi tidak ada treasure. Ada hunt tetapi tidak perlu terburu-buru. 3 kilometer kami berjalan mengelilingi golf course sungguh tidak terasa kerana tidak ada time limit. Berjalan pulak dengan rakan-rakan 30 tahun dulu...berhenti di setiap check point yang ditetapkan untuk bergambar mengikut arahan. Malangnya gambar-gambar tersebut tak dapat aku uploadkan disini kerana ianya bakal menimbulkan "huru-hara" di seluruh negara selama 3 hari 3 malam!

Setelah penat berhorey-horey, kami pulang ke bilik masing-masing dan bersiap untuk check out dan makan tengahari. Seorang demi seorang mula meninggalkan hotel. Sekali lagi kami berpelukan dan berjanji akan bertemu sekerap mungkin. Langit mula kelam....hujan mula turun. Masyallah...kebetulan pulak bila semua budak-budak start kereta dan bergerak perlahan..... Kami (aku, jawer dan ketat) yang tumpang kereta Iq mula bergerak setelah kereta terakhir meninggalkan hotel di Fraser's Hill.

Kepada adik-beradik aku, Noneng, Ketat, Marley, Dino, Iq, Kepong, AJ, Lan, Gilos, Ma'e, Banjo, Anje, Pop, Naha, Gapo, Bob, Ayam, Amiri, Kudo, Reza Pahlavi, Leman, Masron, Payau, Mat Jeng, Nikky, Halim, Pisang, Haq, Lani, Aidi, Jawer, Joe Haswell, Chico, Apam, Doyan, Cheng, JR, Katon, Chelayer, Kusya, Kucing, Min, Domang, Judd, Abul, Add, Betuk, Long, Alan Bay, Mat Bo, Aini, Rodney, Kiss serta yang tak masuk gambar ialah Katak, Sipot, Joe Labu, Wak B dan lain-lain yang tak dapat datang, thank you guys for the memories!




































16 ulasan:

Kusha berkata...

Well said uncle!....terharu. Reunion FH terbaik, tahun depan kita rancang yang lebih baik.

Unknown berkata...

Spirit of brotherhood, bravo sdara 815!!

iryantyismail berkata...

asalamualaikum uncle :-))

:'-C sayu pulak baca entri kali nie..sambil baca yan teringat zaman sekolah
...sweet 17 :-))

chelayer berkata...

Bila terkenang masa lalu rasa terharu..segalanya tetap dlm kenangan..tiba di persimpangan jalan terpisah jauh..semuanya abadi dlm kenangan...syukur alhamdullilah setelah.30 thn dapat jua bersua muka dan saling bertanya khabar.Insya Allah melewati usia sebegini kita kukuhkan ukhwah antara kita sehingga ke akhir hayat...mato den pun dah masuk habuk...huhuhu

Omong Mak Long..... berkata...

Wah meriah yer Uncle sekali sekala dapat pertemuan macam itu. Tapi yang tak syoknya pat bila hendak berpisah dengan kawan-kawan tu banyak sangat mata kena masuk habok! Bila baca cerita Uncle ni mengimbar kembali hari-hari persekolahan yang mirip persamaan dengan Mak Long dulu. Setiap kawan ada nama gelaran melucukan diberi oleh sesuatu berlaku atau kerana karekternya hahahaha. Masa balik Malaysia baru-baru ni pun dapat buat perjumpaan mini..seronok giler...

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah
Rancangan perjumpaan berlansung dgn sangat meriah...
Seronok baca...
Alhamdulillah.

Uncle berkata...

Thank you Kusya.
Kalau kau tak ada, teruk kami nak pikirkan tee, videos etc...thank you very much for your assistance thus far and yes...let's plan for next year!

Uncle berkata...

Mhd Nizam Osman,
Penuh golf course tu dengan korang...kalau korang tak ada memang lenganglah golf course tu...thanks for beeing there brada!

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Iryanty.
Sentiasalah berhubung dengan mereka...banyak kisah yang boleh dikongsi bersama nanti!

Uncle berkata...

Chelayer the Slayer.
Memang sungguh cepat masa berlalu. Kita dua dah kenal dari sekolah rendah lagi makanya dah menghampiri 40 tahun! That's a long time mann....anak-anak pon dah mula nak masuk "U" macam zaman kita dulu...hahahahahahh

Uncle berkata...

Salam Omong Mak Long.
Saya pasti sekolah Mak Long tu pon sama dengan saya juga. STF is a premier school and still is...ada jugak kawan-kawan saya dari sana bermodalkan bertukar2 kertas soalan ramalan dulu! Daripada situ ada juga beberapa rakan saya yang berakhir dengan perkahwinan. Hahahahahaha...masa sungguh cepat berlalu!

Uncle berkata...

Ibu n Abah.
Kami mengambil masa beberapa bulan untuk merancang. Agak payah kerana masing-masing dengan komitmen tersendiri tetapi akhirnya, alhamdulillah kami berjaya juga!

Damiamikhaila berkata...

bestttt...

Uncle berkata...

Damiamikhaila areesyasofea....assalamualaikum wbt.

Terimakasih dan bacalah lagi...

Kakzakie Purvit berkata...

Terkekek sendiri kakak baca bila uncle kata ada yg bulat, lebar, tinggi dan leper tu. Rambut putih sebab banyak fikir no hal punya lagi best jadi penyuluh di dalam kubur tu jgn main-main..

Lelaki main baling-baling bom air ok uncle kalau makcik-makcik mahu haru dibuatnya:)

Apa pun kakak dpt rasa enjoynya pertemuan itu.

Uncle berkata...

Terimakasih kakzakie. Sekarang kami tengah plan nak buka puasa bersama, then lepas puasa akan ada futsal dan seterusnya satu small trip ke perhentian sebelum menutup tahun 2015 dengan makan malam..

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...