Ahad, Mei 03, 2015

Mak Siah

 
 
Terimakasih aku nak ucapkan kepada para pembaca yang telah berhubung dengan aku secara personal bertanyakan perihal interview kerja yang mereka akan hadapi, bertanyakan berkenaan business catering yang akan mereka ceburi dan ada juga yang bertanyakan perihal peluang pekerjaan di bidang perhotelan. Silalah berhubung selalu agar ia membantu memudahkan apa saja yang pembaca nak tahu mengenai bidang hospitaliti ini. Aku akan membantu yang termampu, insyAllah.
 
Lorong Fajar, Jalan Day, Alor Setar.
 
Aku ada sorang kawan baik nama Munir. Pak si Munir ni arwah Ustad Talib.  Arwah Ustad Talib dok mengajar aku matapelajaran Ugama Islam semasa aku di Sekolah Rendah Iskandar tahun 1980 dulu. Cara penyampaiannya yang bersahaja dan sangat understanding membuatkan kami amat senang dengan Ustad Talib. Ustad Talib merupakan seorang yang senang didampingi. Disekolah, di jalanan kalau terserempak, mahupun apabila beliau mengajar kami cara-cara bermain bolasepak. Dari Ustad Talib aku mula kenal anaknya yang bernama Munir ni tadi. Rumah aku di berek Penjara Jalan Day manakala Munir di Lorong Fajar. Kalau aku tak kayuh basikal ke rumah dia, dia akan kayuh basikal ke rumah aku. Kalau aku tak ada seharian kat rumah, maksudnya seharianlah aku dok ada kat rumah Munir. Begitulah juga dengan Munir ni. Memang rapat sungguh. Mak Munir nama Makcik Norsiah. Kami panggil Mak Siah. Amat dikenali dikawasan itu sebagai "old time caterer". Makanan yang dimasaknya sedap. Bila hujung minggu, aku akan ke rumah Munir. Dari pagi sampailah ke petang. Kami duduk kat dalam bilik dan bersembang, bersembang dan bersembang. Sedar-sedar dah waktu untuk makan tengahari. Bila waktu makan, aku akan masuk kedapur Mak Siah, ambik pinggan, sendukkan nasi, bukak periuk, ceduk gulai daging dengan ubi kentang, tuang kicap sikit, bancuh air sirap segelas, duduk atas anak tangga kayu ke dapur dan makan dengan lahap. Kalau tak cukup aku bukak periuk lagi dan senduk sampai 2-3 round! Bila Mak Siah masuk dapur dia akan tanya, "Hang dah makan ka..." aku akan jawap, "Dah Makcik...tambah 3 kali...!" dengan muka tak malu! Mak Siah masuk ke dapur dan terus buat kerja dia. Kadang-kadang Mak Siah akan berpaling ke arah aku dan bagitahu..."Shah, tulong Makcik pi kedai beli ubi mengala sat....nak masak, ni nanti orang nak mai ambik...". Aku dengan rela hati bingkas bangun, capai basikal dan kayuh sederas mungkin ke kedai untuk beli "ubi mengala" 2-3 kilo. Bila balik, aku serah pada Mak Siah, dan dia dengan cepatnya membasuh dan mengupas kulit, kemudianya memotong ubi tadi mengikut apa yang nak dimasaknya. Mak Siah memang hebat...aku memang suka masakan Mak Siah. Nampak bersahaja sewaktu memasak tetapi semuanya menjadi. Rumah Mak Siah sentiasa penuh dengan orang yang datang tolong Mak Siah memasak ataupun yang datang mengambil makanan dari rumah Mak Siah. Aku tak boleh nak  tolong hantar sebab aku hanya boleh kayuh basikal. Baru berusia 12 tahun waktu itu..Aku enjoy berada dirumah tu. Mak Siah ada 6 orang anak. Abang Mat Noor, Kak Chak, Kak Chik, Munir, Talha dan Nuha. Semuanya aku kenal tapi aku agak jarang ataupun kurang berjumpa dengan Abang Mat Noor sebab waktu aku ligat dok kayuh basikal kot Jalan Day, Abang Mat Noor dok belajar di Amerika! Kak Chak nak ambil SPM kalau tak salah aku dan Kak Chik nak ambil SRP. Aku dan Munir masih horey-horey tak ingat dunia manakala Talha dan Nuha masih sangat kecil.
 
Duduk di rumah Mak Siah telah membuka mata aku untuk terlibat dengan bidang food and beverage ini. Melihatkan ketangkasan Mak Siah mengusahakan business cateringnya, melihatkan kehebatan Mak Siah memasak didapur, melihatkan kelembutan Mak Siah melayan tetamu, aku jadi berminat. Setelah aku berada di bangku sekolah menengah dan apabila pulang bercuti, selain daripada rumah aku, rumah Mak Siah lah yang akan jadi rumah yang aku cari. Aku masuk dapur, selongkar periuk, senduk nasi, cari gulai daging dengan ubi mengala, duduk ditangga kayu tepi dapur dan makan. Munir sama naik dengan aku. Banyak yang akan kami bualkan. Makan, minum, mengekek gelak....makan, minum, mengekek gelak....Lepas makan, kami cuci pinggan dan duduk bersembang lagi. Aku pun heran apa yang kami dok bersembang sampai berejam-jam satu hari. Balik rumah cuma sebelum waktu maghrib. Oh ya, topik utama cerita kami sewaktu remaja mestilah banyak berkisar kepada "marka". Hahahahahaha...Sekali-sekala terdengar suara Mak Siah, "Shah...hang tulong pi kedai sat..." "Beli apa Makcik?". "Hang pi beli santan sat.....duit ambik kat bawah talipon ataih tv tu...". Aku bingkas bangun, capai basikal mana yang ada, kayuh cepat kekedai dan beli santan. Lepas serahkan santan pada Mak Siah, aku sambung bersembang dengan Munir di bilik...sejam lepas tu aku dah mula bau masakan. Aku ke dapur tanya Mak Siah masak apa.....Mak Siah cakap, "Makcik buat buboq pulut itam....tu Makcik dah buboh ataih meja...kopi pon ada...hangpa pi makan buboq hangat-hangat tu!" Mak Siah memang special. Mak Siah dah aku anggap macam mak aku sendiri. In fact kadang-kadang bila aku balik bercuti, aku habiskan waktu lebih dirumah Mak Siah daripada rumah aku sendiri.
 
Petang-petang kalau aku tak ke rumah Mak Siah, aku dan Munir akan main rollerskate ataupun skateboard kat kawasan rekreasi berdekatan yang jaraknya hanya beberapa meter sahaja dari Berek Penjara Alor Setar. Kalau dah tak tahu apa nak buat, kami akan kayuh basikal satu pekan Alor Setar tanpa hala tuju. Bila penat kayuh basikal, kami berhenti tepi jalan dan minum sirap. Kalau ada duit lebih dalam poket, kami berhenti kedai apek beli jeruk ceremai dan sambung kayuh basikal! Tepi stadium darulaman ada sebuah taman. Situ pun kami selalu melepak sambil main buaian. Memang "free" sungguh.....tak ingat dunia waktu tu. Petang pulak kami main bola di padang kecil di Taman Uda. Begitulah aktiviti aku apabila di Alor Setar dan ketika pulang bercuti sewaktu musim cuti sekolah.
 
Ada sekali aku pulang ke Alor Setar dan ke rumah Mak Siah. Aku cari Mak Siah tak jumpa. Depan tak ada, atas rumah tak ada, dapur pon tak ada....rupa-rupanya Mak Siah tengah kyusyuk menonton cerita Korea di bilik bawah! Hahahahahahaha...very cute...Mak Siah siap boleh bagitahu lagi character yang ada dalam drama korea tu! Hebat Mak Siah. Aku pernah hantar makanan ke Wisma Negeri apabila aku bercuti dan Mak Siah selalu cater untuk mereka. Mak Siah sangat baik, pemurah, kaya senyuman dan sudah tentu budi bahasa dan kesemua nilai-nilai itulah yang diterap kepada kesemua anak-anaknya!
 
Mak Siah merupakan salah sorang diantara yang pertama membuka mata aku didalam bidang ini. Banyak nilai-nilai murni aku dapat bila membantu Mak Siah. Mak Siah tak pernah berkira dengan aku bila tiba soal makan dan minum. Mak Siah juga selalu bagi nasihat kat aku dengan cara yang paling sopan bila ada perkara yang tak berapa nak kena dimata Mak Siah. Mak Siah percayakan aku untuk membeli ubi mengala, santan dan lain-lain. Mak Siah sentiasa bekerja kuat tanpa mengira waktu dan kadang-kala aku terfikir yang waktu tidur aku jauh melebihi waktu tidur Mak Siah!
 
Pengajaran daripada Mak Siah:
  • bekerja bersungguh-sungguh pada setiap masa
  • berdisiplin
  • bersopan-santun
  • jimat-cermat
  • laksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah walau sekecil mana tugasan tersebut
  • tidak mudah melenting dan sentiasa memberi nasihat
  • delegate tugasan sama-rata
 
Kali terakhir aku berjumpa dengan Mak Siah ialah beberapa bulan yang lalu di Hospital Pakar Damansara bilamana arwah Ustad Talib dimasukkan apabila tenat. Kesemua anak-anak, menantu, cucu berkumpul disitu dan itulah kali terakhir aku bersalam dengan Mak Siah. Raut wajah Mak Siah telah dimamah usia tetapi suara, seyuman dan nasihat Mak Siah tetap seperti dulu. Tetap sama seperti 35 tahun dulu! Aku pasti bahawa masakan Mak Siah juga pasti sesedap tahun 1980 dulu! Aku mengambil kesempatan ini mendoakan kesihatan Mak Siah dan kesemua ahli keluarga Mak Siah agar sentiasa baik. InsyAllah.. 
 
jantung hati....merah ang-ang!

16 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

InsyaAllah, Mak Siah akan terus dikurniakan kesihatan yang baik hingga ke hujung usia. Pasti semua yang menyayangi beliau akan mendoakan yang baik-baik buatnya.

Sebut tentang Mak siah, teringat pada ibu mertua kakcik yang juga kakcik sebut 'Mak Siah' bila hendak merujuk kepada dirinya walaupun kakcik memanggilnya 'mak'. Siang tadi baru sahaja kakcik bertemu dengannya yang tidak begitu sihat di Teluk Intan sana...

Uncle berkata...

Salam Kakcik terimakasih saya ucapkan kepada Kakcik kerana masih meluangkan masa membaca walaupun sibuk di Teluk Intan, Harapan saya agar Mak Siah Kakcik kembali sihat...insyallah...

Omong Mak Long..... berkata...

Mak Long doakan agar kesihatan Mak Siah sihat dalam meniti hari-hari tuanya. Banyak jasa Mak Siah ya Uncle kepada orang-orang di sekeliling beliau termasuk Uncle sendiri.

Zaman kanak-kanak memang zaman yang paling seronok tidak tahu risau apa pun. Janji perut kenyang, mesti dengar cakap orang tua-tua kalau tak nak kena marah!

Uncle berkata...

Salam Mak Long.
Memang banyak yang saya belajar dari Mak Siah. Entrepreneurshipnya sangat hebat. Mak Siah tak perlu membuat "marketing" kerana orang di situ dah kenal sangat dengan Mak Siah. Memang tak menang tangan...
Yes Mak Long, zaman kanak-kanak...saya bernasib baik kerana arwah bapak banyak kali di transfer maklumlah bekerja dengan Jabatan Penjara Malaysia! Bila banyak transfer, saya dapat ramai kawan dan Munir ni kawan sejak darjah 6 tahun 1980 dan in fact setiap subuh sekarang beliau akan menghantar sedikit hadis sebagai renungan bersama...alhamdulillah...

Tanpa Nama berkata...

Assalam Uncle,

Untung Uncle masa kecik dijamu hasil tangan Mak Siah.
Now, Munir jamu pula dgn santapan rohaniah setiap pagi..

Tapi bab gulai daging tu buat saya meleleh ayaq lioq.
A day after, klu cicah dgn roti Benggali, adoi Marvellous!
Nak try org Jepun punya gulai Ok ke?!

ha..ha

Charlie

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Abang Charlie.
Alhamdulillah...macam tu kalau berkawan. Setiap kali kalau Munir datang ke KL pasti dia akan talipon saya dan kalau berkesempatan kami akan bertemu sambil "mengutuk" antara satu sama lain! Hahahahahaha, Allah maha kuasa, semalam Munir talipon saya dan bagi saya bercakap dengan Mak Siah! Mak Siah suruh saya pi rumah bila balik ke Aloq Setaq...Mak Siah nak jamu makan roti jala dengan gulai dagin ubi mengala! Hahahahahahah...Rezeki Allah sentiasa tak terduga!

Azian Elias berkata...

salam kenal..

alhamdulilah dapat jumpa Mak Siah.. ini org kata pahala berkekalan ni..

iryanty ahamad berkata...

asalamualaikum uncle.... :-)) semoga mak siah
diberi kesihatan yang baik2....perancangan Allah itu memang indah kan..
kirim salam kat mak siah..

Ibu n Abah berkata...

Seronok kan uncle waktu kecil dulu sudah ada hubungan yg kita rapat dan manja bagai keluarga sendiri.
Tp kan...
Kenapa munir jarang disuruh pi kedai?
Kikikikikikiki
Saja laaa nak ngusik uncle.
Semuga mak siah berada dlm keadaan sihat walafiat walau berapapun usianya sekarang.
Alhamdulillah mak siah masih ada lg utk uncle tumpang2 bermanja.

Kakzakie berkata...

Indah menggamit kenangan itu uncle. Ternyata Mak Siah pun dah anggap uncle macam anak sendiri sampai boleh suruh uncle ambil duit bawah tv utk beli apa yg dia nak..

Mesti dia pun gembira melihat uncle berjaya kini. Moga Mak Siah terus diberi kesihatan terbaik.

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Azian.
Terimakasih kerana memaca dan meninggalkan sedikit pesan disini. Keep on reading!

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Iryanty.
Alhamdulillah Mak Siah sihat tapi kata Munir pendengaran sedikit kurang kini. Sama-samalah kita doakan agar Mak Siah diberikan kesihatan yang baik!

Uncle berkata...

Ibu n Abah
Memang sangat lama..maklumlah sejak tahun 1980 lagi! Mak Siah duduk di rumah yang sama di Lorong Fajar 4! Baru-baru ni lepas saya bagitahu Munir yang saya menulis sedikit cerita pasal Mak Siah, Munir lantas membacakan cerita saya kepada Mak Siah di KULIM dan terus menalipon saya. Saya sempat bercakap dengan Munir dan semestinya Mak Siah. Suara Mak Siah seperti dulu...ceria!

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
Banyak lagi cerita yang boleh saya ceritakan tapi untuk masa ini biarlah sampai disini dulu. In fact sewaktu saya di Mekah saya ada membuat cerita pasal Munir ni...rambut dia pun putih macam saya....Saya pun tak tahu sebab apa rambut kami berdua putih berkilat! Hahahahahaha...

Sham berkata...

Salam uncle...

Mak sedara sy,sy panggil mak ngah siah...kebetulan kot dia mmg pandai masak gak...kira makanan no 2 yg sy plg suka makan...no 1 of cozla masakan mak sendiri...ngeee

Uncle berkata...

Terimakasih Sham kerana singgah sekejap di blog uncle. Uncle rasa memang nama Mak Siah ni memang dikurniakan Allah dengan kelebihan memasak kot.....special sungguh!

Jam tangan

Sejak kecil saya dah mula memakai jam. Jam tangan merupakan 'hadiah' bersunat kami..haha..waktu itu jam saya ada lampu. Bila tekan...