Ahad, Mac 20, 2016

Hari minggu..


Cuti sekolah dah pun menghampiri ke penghujungnya. Aku tak kemana-mana memandangkan Abang bekerja. Kurang selesa bercuti aku rasa jika salah seorangnya tidak ikut bersama. Tapi oleh kerana tak kemana-mana, kesian pulak aku dengan Yuya dan Marina. Semalam aku mengambil kesempatan untuk membawa mereka ke IOI Mall di Putrajaya. Marina nak main ice skating, katanya. Merayu Yuya agak mengikut, Yuya akur. Aku suka pergi awal kerana tak mahu terperangkap didalam kesesakan lalu-lintas. Jam 9 kami dah keluar. Satu lagi sebab kenapa aku suka keluar awal ialah kerana aku amat tidak mahir mencari arah. Apalagi jika nak ke Putrajaya. Salah masuk jalan, mau terbabas aku ke Morib!

Elok sampai awal kerana parkingnya masih kosong. Membiarkan anak-anak masuk ke gelanggang luncur ais, aku terus berjalan mencari keperluan. Satu kedai ke satu kedai. Aku tahu apa yang aku nak, jadi aku tak membuang masa meninjau sana-sini dan sememangnya aku tak suka merayau tak tahu apa nak cari kerana bagi aku itu membuang masa. 

Dapat seluar sehelai dan baju sehelai, aku lega. Kembali menuju ke gelanggang luncur ais, dari jauh aku mencari Yuya dan Marina. Kedua-duanya aku nampak meluncur laju. Ok, aku tinggalkan mereka dan mencari restaurant yang aku boleh duduk minum kopi, breakfast dan membaca. Selepas 3 jam mereka bermain, Yuya menalipon memberitahu yang mereka dah tak larat. Kami mencari makan tengahari kerana Marina dah lapar sangat. Balik ke rumah, aku terlentang dan terus terlelap sekejap!



Pagi minggunya pula selepas pulang dari satu tugasan sosial, aku terus bersiap untuk membawa kedua-duanya ke Muzium Negara. Satu tempat yang tiap-tiap hari aku lalu tetapi tak singgah! Kali terakhir aku ke MN ialah lebih 5 tahun yang lalu. Sewaktu Marina masih bayi dan Yuya masih membuat muka kelakar ketika difoto!

Masih menarik perhatian aku terutamanya apabila membaca cerita dan melihat foto-foto sir henry gurney. Nama beliau mengingatkan aku kepada Sekolah Henry Gurney, Telok Mas di Melaka. Tempat arwah Bapak aku bertugas selepas ditukarkan dari Pulau Jerejak circa 1977-1980 dulu! Orang tak ramai kerana mungkin tiada pamiran toyol!

Ada satu pamiran yang amat menarik perhatian aku disalah sebuah galerinya yakni pamiran bertajuk "Czech Castles". Aku sangat berminat dengan negara ini kerana pemandangannya yang indah serta rekaan binaan zaman medievalnya, amat menarik perhatian aku. Jika aku berkesempatan kesana, pastinya aku akan menghabiskan waktu selama 2 minggu untuk melawat satu per satu bandar-bandar yang terdapat disana. Selain mengunjungi muzium, aku dah pasti akan mencari kedai-kedai kopi kecil untuk aku bersarapan sambil membaca novel!

Sewaktu kami mula mengatur langkah untuk pulang, aku terlihat satu susuk sederhana sedang berjualan kacang ditepi kaunter tiket. Raut wajahnya sama dan aku masih ingatkan beliau walaupun kali terakhir aku mengunjungi Muzium Negara ialah pada tahun 2009 kalau tak salah aku. Aku berhenti dihadapan beliau dan bertanya khabar. Beliau seronok bercerita. Ada 3 orang anak, dah berjualan dilokasi yang sama sejak 24 tahun yang lalu. Kesemua anak-anaknya telahpun berkahwin dan kini beliau dikurniakan beberapa orang cucu. Suaminya yang merupakan pesara KTM kini bertindak menjaga 2-3 orang cucu-cucu mereka apabila anak-menantu keluar bekerja. Leka mendengar cerita beliau, aku bingkas bangun dan membeli 4 bungkus kacang dan air mineral walaupun kami tak lapar dan dahaga. Terpancar cahaya keikhlasan sewaktu berbicara dengan beliau. Sampai bilakah beliau akan mempunyai tenaga untuk berjualan, hanya masa yang akan menentukan.....Balik ke rumah, aku terlentang dan terus terlelap sekejap!


10 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Kakcik belum pernah sampai ke IOI Mall Putrajaya itu dan sudah berabad rasanya tidak menjejakkan kaki ke Muzium Negara...

Bagi seorang ibu (dan bapa juga) yang waras dan 'mampu', rasa tanggungjawab terhadap anak-anak takkan pernah habis selagi hayat dikandung badan. Itulah yang dipikul oleh Achi itu. Walaupun dia rasa 'biasa' berjualan kacang sejak 24 tahun lalu, tapi mesti rasa tanggungjawab terhadap keluarga lebih membenani jiwanya...

Uncle berkata...

Kakcik, tu lah first time saya sampai ke IOI Mall tu. Makk aiii...panjang jugak dari hujung ke hujung. Good retail shops ada kat situ! Kedai-kedai makan pon not bad.....bagi saya berbaloi pergi ke situ. Macam one stop center....

Achi dah terbiasa bekerja. Kalau tak bekerja kemungkinan besar beliau akan jatuh sakit...

NEKCIK berkata...

Nekcik pun tak jalan jalan mana pun..bila dengar sana sini jam..lepas cuti baru rasa nak balik kampong

JunAina berkata...

IOI City Mall kalau weekend pergi lewat sikit nak parking pun susah.

Uncle berkata...

Nekcik.

Saya kalau ikutkan tak pergi mana pon ok, apalagi dengan cuaca macam ni. Tapi kesiankan anak-anak, saya gagahkan jugak. And the thing is, both places masih di KL....

Uncle berkata...

JunAina.

Saya sampai 9.30am dan park betul-betul tepi pintu masuk ke elevator tapi hari tu elevator rosak pulak...hahahahahaha...waktu pergi cuma ambil masa dalam 25 minit. Tapi bila balik pukul 2, nak sampai rumah di Ampang mengambil masa hampir 2 jam!

Ibu n Abah berkata...

Uncle
Bestkan bila kita berkunjung semula kesatu tempat, bertemi dengan wajah yg familiar....
Berbual bagai dah kenal lama.....

Fida Z Ein berkata...

Assalamualaikum Uncle...

Singgah sebentar yer... saya dah lama tak ke IOI Mall...adalah dalam 8 tahun dah...rasa nak pi semula...

P/S : suka kacang campur....

Uncle berkata...

Ibu n Abah.

Benar. Saya pun tak sangka akan bertemu semula dengan wanita penjual kacang tersebut kerana ingatkan beliau hanya "seasonal". Tapi bila terserempak sekali lagi di spot yang sama, confirmed lah orang yang sama.

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Fida Z Ein.

Itulah kali pertama Uncle ke sana. Hahahahaha...menggagau juga cari jalan tapi rupanya tak sampai 30 minit dari rumah kalau tak sesak. Waktu balik it took us about 1.5 hours!!!

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...