Rabu, April 27, 2016

Kesihatan

Chelayer dan aku. Tak ada kena mengena dengan cerita..

Assalamualaikum wbt adik-adik sekelian dan pembaca yang budiman. Sekarang ni cuaca sungguh tidak menentu...Siangnya panas angkara musibah El Nino tetapi petangnya guruh berdentum-dentam menggegarkan suasana. Sesekali aku terkejut...hilang ngantuk sekejap!

Pagi semalam tak seperti biasa, aku bersemangat dan telah terjaga sekitar jam 5.30 pagi. Perlahan-lahan aku keluar rumah dan berjaya menghantar Yuya sebelum pukul 6.30 pagi. Oleh kerana waktu terlalu awal dan aku sedang bersemangat, aku teruskan perjalanan aku menuju ke gym. Bertukar pakaian dan terus meregangkan otot sebelum memulakan program senaman dengan "treadmill" selama 20 minit. Selepas panas, aku beralih untuk melakukan abs crunch. 300 reps dipecahkan kepada 6 sets. Nampaknya banyak tetapi tidak untuk yang berusia seperti aku bilamana metabolism rate sudah semakin perlahan dan pengumpulan lemak senang berlaku. Kebiasaannya aku buat 500reps dengan 50 setiap set. Hasilnya selepas 4 tahun, hahahahahah masih tak kemana! Target aku 1000 reps sehari!

Aku beralih untuk melakukan "bench press". Sedang melakukan bench press, datang seorang wanita berusia, menegur aku. Katanya dah lama tak jumpa aku...mana pergi, tanyanya...Aku jawab yang aku sering datang selepas waktu kerja dan bukan sebaliknya kini. Beliau mengangguk tanda faham. Itu geng "yoga" aku.....Hahahahahaha. Di awal pagi selain daripada yang ke gym sebelum masuk kerja, juga merupakan waktu yang paling baik untuk warga emas untuk exercise sebelum cucu bangun tidur ataupun selepas hantar cucu ke sekolah. Hahahahahaha...Aku masih belum sampai ke kategori tersebut ya!

Kenapa aku dah 4 tahun pergi ke gym/beriadah? Ini aku lakukan kerana sedar bahawa kesihatan amatlah penting. Arwah bapak meninggal pada usia 64 tahun. Sangat muda bagi aku. Arwah mama pada usia 74 tahun. Juga agak muda. Masyarakat kita tidak sedar bahawa kesihatan diri amat penting. Apabila kita mencecah usia 55 tahun ataupun selepas bersara, fikiran kita sentiasa berkata yang kita sudah tua. Begitu juga dengan mulut kita yang sering mengucapkan perkara yang sama kepada rakan-rakan apabila bertemu. Pantang terlupa sikit, akan timbullah ayat, "Tua-tua ni mana nak ingat lagi...". In fact ada yang baru mencecah 50 tahun sudah bercakap seolah-olah beliau telah berusia 70-an...Apabila kita telah sedar yang usia semakin meningkat, apa yang kita harus lakukan? Stop, pause and think....lihat semula apa yang kita makan...makanan merupakan salah satu punca kenapa kita mendapat begitu banyak penyakit. Of course keturunan juga memainkan peranan "nakal". Aku juga sering terlupa dan amat berselera sekali makan apabila bersama rakan-rakan. Tetapi bila balik ke rumah, mulalah teringat semula dan agak sesal dengan nafsu makan yang payah dibendung!

Semalam aku diambil darah untuk ujian kesihatan terutamanya kolesterol. Berita baik aku terima dihampir tengah malam. Dr Azwan mengirimkan snapshot keputusan ujian darah aku dengan message yang berbunyi "All good! Improved tremendously!". Kiraan kolesterol yang difotokan dihantar kepada aku tetapi seperti biasa, aku tak faham. Hahahahahahaa....selepas workout, aku menghantar message kepada beliau..."Tak paham...tolong explain.." Tengahari aku mendapat message dari Dr Azwan mengatakan bahawa kolesterol aku telah menurun dengan kadar yang baik walaupun dosage yang diberikan amatlah minima. Pesanannya kepada aku, "continue with the minimal dosage, eat well and exercise regularly!" Nah....tu yang aku semangat ke gym pagi tu! Hahahahahahaha....

2 orang kakak aku sudah mencapai usia 60 tahun. Malahan yang sulung telahpun didalam lingkungan pertengahan 60-an. Walaubagaimanapun, jika dilihat kepada strength yang ada pada mereka, kita juga akan terkejut. Mereka masih lagi giat berpesatuan dan bersukan. Setiap minggu mereka bermain badminton dengan rakan-rakan seusia. Jika dilihat kepada raut wajah mereka, senang-senang orang akan fikir usia mereka diawal 50-an! Kenapa jadi begitu? Btw, mereka juga sudah bercucu...seringkali aku ajukan soalan sebagai panduan untuk diri aku sendiri. Aku bertanya bagaimana mereka mampu mempunyai kudrat sebegitu dan sentiasa bersemangat setiap hari? Jawapan mereka sangat mudah..."it's all in your mind!". Jadi kesimpulannya, setiap kita mempunyai pilihan.....pilihannya ialah samada mahu 'positif' atau 'negatif'....stop, pause and think....have a great day people!

6 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Assalamu'alaikum...

Kakcik tahu bahawa senaman itu perlu untuk kesihatan, tapi entah kenapa kakcik sangatlah tidak bersemangat untuk melakukan... :(

Adakah Dr Azwan itu dari Hospital Al Islam? :)

Dua tiga hari kebelakangan ini kakcik asyik batuk-batuk dengan tekak rasa perit dan dada sempit. Minggu lepas jumpa doktor (di sebuah klinik yang kakcik belum pernah pergi), dia naikkan dos ubat darah tinggi untuk kakcik telan dari 5mg ke 10mg...

Kakzakie Purvit berkata...

Salute kakak dengan unlce yg consistant buat exercise. Kakak tak mampu dan tak rajin. Hujung minggu aje kakak boleh buat. Hari kerja memang tak buat. Itu yg kolesterol ketawa besar:)

Kalau ikut genetik kakak ada dua. Ikut allahyarhamah mak kakak usia 60 dah meninggal dunia. Tapi ikut bapak kakak alhamdulillah sekarang dah 87 masih sihat boleh makan angin lagi. Tapi sekarang sedang kena serang gatal kulit (sudah beransur sembuhlah).

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Kakcik.

Saya dulu juga amat payah untuk melakukan senaman apatah lagi setelah bekerja. Rasanya 24 jam tu tidak cukup sehari. Berat saya melambung ke 95kg. Cepat letih, selalu sakit kepala dan asyik mengantuk. Setelah lama, saya rasa saya perlu lakukan sesuatu untuk "menyelamatkan diri". Maka dengan itu, bermulalah senaman saya...

Dr Azwan bukan dari Hospital Al Islam. Beliau masih muda, mampu menjawab setiap soalan saya dengan amat baik sekali dan khidmatnya sangat baik..

Batuk dan tekak perit tu saya rasa disebabkan oleh faktor cuaca jugak kot...Cuba kakcik minum air banyak-banyak. Saya cuba minum 3 liter sehari yakni 2 liter siang dan satu liter malam...manakala untuk darah tinggi, cuba Kakcik kurangkan makan diluar (tapau) kerana masakan mereka kita tak tahu kandungannya dan kita tak boleh kontrol. Kalau di gerai mamak kita sering cakap "Teh kurang manis" tapi di kedai makan tak pernah pulak kita kata, "Rendang kurang santan..." Hahahahahahaha...Pengambilan garam juga harus dikurangkan...hahahahahah cerita macam doktor! Hahahahahahaha saya sendiri dok makan ubat!

Uncle berkata...

Kakzakie Purvit.

Saya exercise ni bermula dengan "paksaan". Dari situ ia bertukar menjadi "kebiasaan" dan kini alhamdulillah menjadi "kemestian". Duduk tak senang kalau tak buat exercise yang cukup. Challengenya ialah samada nak buat diawal pagi (lepas subuh) atau lewat petang (lepas kerja).

Try la kak...ajak 1-2 geng horey-horey tu gi kayuh basikal ka...ataupun masuk kelas menari i.e.zumba ka...jimba ka...hahahahahaha...youll feel the difference. Lebih energetic!

- pakar senaman (yang dok makan glucosamine untuk sakit lutut!)

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah
Cantik nukilan uncle dlm entry ni
Akak perasan macam dituju utk akak.
Masuk 50 mmg akak dah terasa tua.
Padahal tidak.
Semuanya dlm minda sahaja.
Kena ubah.
Kena exercise regularly.

In syaa ALLAH
Semangat baca kakak uncle umur 60 masih kuat cergas.

Thank u uncle.
I believe i can.....

Uncle berkata...

Ibu N Abah.

Ramai diantara kita yang sebegitu. Jangan terpedaya...kita lebih baik dari itu...mailah kita sama-sama pi exercise....muda lagi....baru nak 50... / baru masuk 50...hahahahahaha..peringatan untuk saya tu...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...