Sabtu, November 26, 2016

Sdara 85 ke Selatan Day 2



Sarapan di lokasi rahsia.


Dah agak lama jugak aku tak bercerita disini. Secara lahiriah aku nampak seperti tak busy....tapi percayalah...(pada yang kurang percaya...hahahahaha) aku memang busy. Paginya selesaikan apa-apa yang patut manakala petangnya pula aku dah mula bertemu dengan supplier dan ramai/banyak untuk berkolaborasi dengan pelbagai pihak pada tahun 2018 nanti. Jauh lagi? Bagi sesetengah orang ya..perjalanan masih jauh. Tapi bagi aku tidak. Ni dah nak masuk hujung tahun. Semuanya perlukan perancangan yang amat teliti. Kerja nak bukak tempat baru ni bukan boleh dibuat 2-3 bulan sebelumnya! As a matter of fact, 'mock' sales kit aku dah pun siap! Hahahahahahaha.....Tu lah sebabnya blog ni agak terbengkalai sikit.
Kembali kepada cerita kami ke JB. Di hari ke dua sewaktu kami di JB, kami dah berpakat malam sebelumnya untuk keluar ke gerai berdekatan untuk bersarapan pagi. Pukul 8 pagi kami dah dok berkumpul di lobi sebelum jalan beramai-ramai ke gerai berdekatan. Aku rasa malam tadi dah makan dengan cukup banyak tetapi oleh kerana kami duduk bersama sekali lagi macam zaman dulu-dulu, selera makan kami meningkat dengan mendadak. Kalau tengok sorang-sorang makan, memang mengerikan. Ada yang boleh makan roti canai  sampai 4 keping sekali hadap! First time aku jumpa. Bila aku tanya, dia jawab, "selera bertambah bila duduk dengan adik-beradik macam tahun 81!". Aku terkedu menelan air liur dengan perasaan terharu!


Rahmat for lunch


Lepas sarapan, kami balik ke bilik untuk bersiap. Tepat pukul 10.30 pagi, kami mula bergerak. Bergerak ke destinasi baru. Satu lagi tempat makan untuk makan tengahari. La....bukan tadi baru habis breakfast ke? Aku tambah ngeri....Sekali ni perjalanan agak jauh. Tapi pemanduan amat santai dengan beberapa biji kereta berkonvoi ke destinasi yang aku sendiri tak pasti. Yang aku tahu, tempat makan tu namanya Rahmat dan dari situ boleh nampak feri ke Batam. Jangan tanya aku banyak soalan. Aku pon menumpang kereta si Nyamuk!

Tak sampai 5 minit duduk, makanan dan minuman dah dihidangkan. Restoran nya ialah pelantar diatas laut. Boleh nampak negara seberang yang kalau berenang lebih kurang 30 minit boleh sampai. Feri juga banyak yang lalu-lalang disitu. Sarapan pagi yang banyak tak membuatkan kami lesu bila mengadap udang, ketam, siakap (rasanya ikan lain) didepan mata. Bila makan dimeja panjang, kenangan kami makan didewan makan sekolah dulu kembali bermain di fikiran masing-masing. Demang merupakan ketua dewan makan waktu itu. bila masuk dewan makan, harus tertib. Ambil makanan dan duduk dimeja masing-masing. Demang akan membacakan doa. Lepas doa baru mula makan.  Justeru itu, di Rahmat pun perkara sama berlaku. Doa dibacakan dan kami mengaminkannya beramai-ramai. Nostalgia lagi! 

Puteri Harbour for tea


Lepas lunch kami berangkat ke salah sebuah masjid berdekatan yang disebelahnya ada taman dan kolam ikan yang besar. Jangan tanya aku lokasinya dimana. Aku kagum melihat kipas dengan bilah besar. Patutlah sejuk! Yang juga menarik perhatian aku ialah sewaktu nak mengambil wuduk, ditepinya ada sebuah peti ais berpintukan cermin sama seperti di restoran mamak. Didalamnya ada tapai dan air mineral memenuhi ruangan setiap shelves. Aku cari tempat untuk membayar ataupun kotak untuk dimasukkan wang. Tak ada....Di pintu peti ais tersebut ada sebuah nota yang dilekatkan. Nota itu bertulis, menjemput tetamu rumah Allah untuk makan dan minum seadanya. Apa yang ada didalam peti ais tersebut ialah sedekah daripada masyarakat setempat. Aku pasti setiap hari ada yang bersedekah disitu. Aku kagum.....idea bernas dan niat yang amat murni!

Lepas solat dan makan tapai serta minum air mineral, kami bergerak lagi ke satu destinasi yang aku tak tahu dimana. Tapi namanya Puteri Harbour. Cantik kawasannya. Ramai pelancong disitu. Rupanya "Hello Kitty" pon ada kat situ.Pemandangan amat mengagumkan. Kami naik ke tingkat atas yang bersebelahan dengan salah sebuah hotel. Ada bar, lounge, swimming pool dan observation deck. Kami duduk di lounge sambil memesan minuman. Bersembang sakan sampai tak ingat dunia. Lounge menjadi kecoh hanya dengan kami. Mat salleh yang tengan mandi pon heran! Hahahahahahaha....Hampir satu jam setengah kami disitu dan kami harus bergerak ke destinasi lain. Dalam perjalanan pulang ke hotel, ada message masuk ke dalam group whatsapp kami bertanya samada kami nak berhenti makan goreng pisang cheese! Pergh, penyamun ni semua memang gila! Kami meneruskan perjalanan ke Pine Studio (betul ke nama ni?) tapi malangnya ia ditutup kerana ada penggambaran. Kami hanya berfoto diluar sebagai 'syarat' yang kami dah sampai!

Sampai di hotel, berehat sebentar, mandi dan bersalin pakaian. Tepat pukul 7.30 kami bergerak sekali lagi ke rumah salah seorang rakan kami si Ad yang menyediakan bbq dinner! Ini trip gila.....Kami semua terpegun dengan menu yang dihidangkan malam tu. Tak ada nasi. Yang ada ialah ubi kayu rebus, sambal, ayam dan ikan bbq. Mak aiii.....pengsan aku. Kami memang dah lama tak makan ubi kayu. Aku berani kata yang sebahagian kami dah agak bertahun tak makan macam tu! Walaupun perut masih kenyang, malam tu kami makan macam seharian berpuasa! Semuanya sedap. Kopi O pon sedap sampai tambah berjag-jag!

BBQ dinner

Aku rasa neighbour kawan aku tu mesti bertanya pada diri sendiri, bilalah budak-budak ni semua nak bersurai? Punyalah bising nak mampus! Hahahahahahaha......Aku rasa dalam pukul 10 malam kami dah memohon izin untuk bergerak pulang ke hotel. Bahaya duduk lama-lama takut bersambung dikedai kopi berdekatan pulak! Dengan rasa berat hati dan perut yang amat berat, kami memohon izin dari tuan rumah untuk beransur. Bersalam bagaikan tak jumpa esoknya.....ada yang berpeluk sampai 2-3 kali! Hahahahahahaha.......Perjalanan pulang mengambil masa selama 30 minit. Sampai dihotel sempat lagi bersembang di lobby. Cerita lagi. Woit, bukan sepanjang hari dah duduk bercerita ke? Dari satu cerita ke satu cerita yang lain. Tak kering gusi kami ketawa. Bila dah tak boleh ketawa, kami tahu yang kami harus balik ke bilik dan tidur...hahahahahahahahaha.......penyamun betul budak-budak ni....

Ok semua, aku sambung lagi nanti mingu depan bercerita tentang hari terakhir kami di JB. Sekarang aku nak bersiap sedia untuk ke Bangi dulu sebab ada pertandingan Futsal Sdara 2016 yang bakal berlangsung sebentar lagi. Batch 85 dah dimasukkan ke dalam group "LEJEN". Hahahahahahahaha.....

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jgn lupa Tempe goreng kat rumah Ad... panas2 lagi

Kakcik Nur berkata...

Ya Allah...membaca sahaja pun boleh turut merasakan kemeriahan dan keeratan persaudaraan yang terjalin antara kalian... Anugerah yang tak semua orang merasainya...

Uncle berkata...

Alamak, macamana aku boleh tertinggal tempe super-duper tu? Perkara yg mencuit hati disitu ialah apabila anak bongsa si Ad datang bagitahu dia, "Ayah, kaki kena exhaust moto....." tapi muka selamba macam kena besi sejuk! Hahahaha.....

Uncle berkata...

Benar Kakcik. In fact pagi tadi ada perlawanan futsal antara batch di Bangi dan 3 orang penyamun turun dari Jb! Tq Chico, Aidi and Fuad. You guys are awesome!

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

hahahahhahaha.. kelakar baca kisah penyamun2 ni... (jangan marah uncle)

Omong Mak Long..... berkata...

Assalam Uncle,

Wah beraya makan besar sakan ek! Terasa kembali muda bila bersama-sama rakan sekolah bila bertemu kembali. Mak Long orang Johor pun lum pernah pergi di hujung Johor. Masa kecik2 dulu kami adik beradik sering sarap ubi rebus cecah sambal belacan atau sambal tumis. Alaa rindulah.. esok mesti nak ke pasar beli ubi kayu. Di US ada jual ubi kayu tau, Uncle.

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Mak Long. Teringin saya nak tahu macamana rupanya ubi kayu yg dijual di amerikahh tu.....apakah masih berkulit? Apakah dah dipotong /sliced cantik? Bagaimanakah packagingnya dan berapa harganya? Curious gila! Hahahaha.....

Uncle berkata...

SKTJ.

Uncle takkan habis bercerita pasal "penyamun-penyamun" tu semua. In fact this Saturday pon kami akan ada majlis makan malam penghujung tahun dan akan saya cerita kelak bila ada waktu terluang! Hahahahahahahahaha.....

Zakie Purvit berkata...

Restoran Rahmat tu di Pasir Putih Pasir Gudang uncle. Memang atas laut sama macam di Senibong tmpt makan seafood.

Sendat perut 'budak-budak' sesekali jumpa. Macam tahun 80an dulu baliklah jadinya. Syok betul kakak baca😃

Rugby dan pengajarannya.

Pasukan Alumni Sdar Lions Cerita 1. Aku memang sejak dari dulu lagi amat berminat dengan permainan rugby. Tatkala aku menjejakkan k...