Rabu, April 26, 2017

Nak pesan sikit...

it's a long road...
Assalamualaikum aku ucapkan kepada adik-adik yang membaca tulisan-tulisan aku dan juga kepada kakak-kakak dan abang-abang yang membaca ataupun hanya singgah transit sebentar sebelum ke destinasi lain.... Dah lama aku tak bagi nasihat kepada adik-adik pembaca. Jadi hari ni bila sekejap panas dan sekejap hujan, aku secara tiba-tiba teringat nak tinggalkan pesan sikit kepada adik-adik aku.

Adik-adik sekelian. Usaha keras dan disiplin yang tinggi ialah kunci kejayaan. Jika adik-adik 'tersadung' akar yang menjalar sewaktu sedang santai berjalan, jangan cepat melatah. Duduklah sebentar. Pegang luka di lutut itu. Rasakan kesakitannya. Fikirkan kenapa adik-adik tak sedar yang ada akar besar menjalar dibawah. Fikirkan betapa sakitnya apabila lutut adik-adik terluka. Ambillah sedikit masa. Fikir dengan lebih dalam dari kebiasaan. Jikalau adik-adik berjalan dengan berhati-hati, kaki adik-adik pasti  tidak akan tersangkut diakar pokok. Jika adik-adik berjalan sambil sesekali melihat ke bawah, adik-adik pasti tidak akan luka dilutut. Jika adik-adik membuat sedikit 'homework' sebelum cuba jalan menyeberangi denai, adik-adik pasti akan dapat sampai ke destinasi tanpa sebarang kesulitan. Faham maksud yang tersirat?

Aku dah pencen kerja hotel kerana dah tak ada post lagi untuk aku. Sebabnya, aku dah rasa semua post yang ada. Dari paling bawah hinggalah yang paling atas. Lepas daripada itu, dah tak ada apa lagi yang nak aku kejar. Semuanya selesai di posisi tersebut. Semuanya dah aku nikmati. Pernah aku bercerita dulu bahawa niat aku ialah untuk mencapai posisi yang paling tinggi dan seterusnya pencen selepas beberapa waktu menjawat posisi tersebut dan itulah yang aku lakukan. Walaubagaimanapun, seperti yang aku tulis perihal diri aku disebelah kanan muka blog ini, rezeki aku dibidang ini masih ada. Alhamdulillah. Selain daripada sibuk dengan pembinaan sebuah hotel butik kecil di KL, aku juga dilantik menjadi perunding untuk sebuah hotel berjenama antarabangsa yang bakal didirikan di utara tanahair.  Kedua-dua projek ini sedang berjalan serentak kini. Apakah aku 'happy' dengan apa yang aku lakukan sekarang? Sudah pasti. Ini ialah kerana bidang ini ialah 'passion' aku. Jika aku tak buat kerja ni, aku tak tahu kerja apalagi yang akan aku buat....Pernahkah aku jatuh dulu? Sudah pasti....banyak kali...apakah aku mengambil masa yang lama untuk duduk sebelum bangun dan kemudiannya berlari? Tidak. Aku hanya duduk sebentar. Aku analisa kejatuhan tersebut. Aku buat perancangan baru. Aku bangun semula. Aku bertatih. Aku langkah kaki aku satu persatu. Aku pastikan yang aku tak ulangi kesalahan sebelum itu. Aku ikut aturan dan jadual yang aku dah sediakan. Aku lebih berdisiplin. Aku lebih berhati-hati.

Adik-adik yang aku hormati dan sayangi. Jika adik-adik minat dengan sesuatu perkara, laksanakanlah tanggungjawab adik-adik dengan jujur dan amanah. Kerjalah dengan bersungguh-sungguh. Belajar dan terus belajar bidang yang adik-adik minati itu tanpa jemu. Seringlah bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman. Jangan malu. Setelah adik-adik mahir, bantulah para pekerja baru. Apabila adik-adik membantu mereka, ingatan adik-adik terhadap perkara yang diajar tadi juga akan bertambah mantap. Ini juga yang sering aku bagitahu kepada anak-anak aku. Jangan kedekut ilmu. Berkongsilah pengetahuan yang ada.....insyAllah adik-adik akan lebih disayangi nanti. 

Itu saja yang aku nak pesan kepada adik-adik.............hahahahahahahahahahahahahahahahahahaha...
 

8 ulasan:

NEKCIK berkata...

tahniah dan syabas Uncle kerana mendapat sepenuh kepercayaan untuk menguruskn projek bertaraf internasional...alhamdulilah..takpe Uncle..ilmu yang ada dimenafaatkan ..itu kan jariah nanti..he..he..nekcik pun dapat jugak kan sebab nama saya jariah!!!

Azian Elias berkata...

nice sharing uncle.

mana ada orang terus senang dalam hidup kan.
mungkin anak2 orang kaya raya kot.
keluar2 je dah rasa senang..

Uncle berkata...

Nekcik.

Terimakasih Nekcik. InsyAllah saya akan laksanakan tugas dan amanah yang diserahkan kepada saya dengan baik. Ini merupakan satu lagi tambahan kepada cv saya. Lepas ni kalau Nekcik nak mintak tolong saya bukak hotel untuk Nekcik, tolonglah bagitahu ya. Hahahahahahahah..

Uncle berkata...

Azian Elias.

Terimakasih.

Bukan senang nak senang. Saya didalam bidang ini baru menghampiri 30 tahun. Bidang yang sama...day in day out. Sebab tu saya ada bagitahu jika ada adik-adik yang berminat, saya sedia membantu. Boleh pm saya, boleh email saya. Kalau nak jumpa saya pon boleh. Saya sedia membantu.

Normala Saad berkata...

Mmm...bagus dan baiknya hati uncle. Eloklah sharing ilmu yang ada. Sama2 dapat manafaat. Rugi kalau banyak ilmu tapi simpan sampai mati. Terkenang masa kerja waktu muda2 dulu. Pernah kena bila masuk ja sapa tak nak ajar sebab berpegang ' aku masuk dulu tak dak sapa ajar pun..' atau takut nanti kita terlebih pandai dari depa. Saya pula suka ajar budak2 baru bukan apa nanti nak cuti kan senang ada orang ganti. Tak perlu risau...

Uncle berkata...

Thank you Normala Saad.

Nikmat dunia bagi saya ialah apabila saya dapat membantu seseorang....indah rasanya....sama seperti sesetengah ingredients yang kita gunakan sewaktu memasak....it's the after taste that makes the food wonderful...the tastes that lingers in your mouth....you know what I mean...

And yes, it's true..kalau orang yang kita ajar dah pandai, kita senang nak ambil cuti...dan jangan lupa, kita juga senang dapat promotion sebab dah ada orang yang mampu mengambil alih tempat kita!

Ibu n Abah berkata...

Seronok baca kisah marina dan team speedy bilis.
Marina untung sebab ibu bapa turutsama menemani team berlawan. Kami dulu sendiri pergi... hanya cikgu dan teman sekolah meneman bila ada perlawanan.
Kisah uncle dgn hotel mmg dah sampai masa utk dibukukan.
Dah lengkap.....
Kalau akak muda 40tahun boleh akak cuba bidang perhotelan.

Uncle berkata...

Terimakasih Ibu N Abah kerana suka membaca tulisan-tulisan saya.Alhamdulillah rezeki saya masih ada walau didalam suasana yang tak menentu ini. InsyAllah saya bakal menyiapkan buku mengenai kerjaya saya dibidang perhotelan dan bagaimana nak menguruskan hotel dengan efektif. Tetapi setelah saya pencen...haha..

Batch 85' berbuka puasa!

Hampir 35 orang juga dapat dikumpulkan untuk berbuka puasa malam tadi di RHR Uniten, Bangi. Ambiance yang menarik di tepi tasik, seleks...