Isnin, April 17, 2017

Cikgu Amir dan Speedy Bilis..

Marina Ayumi bangga! 
Assalamualaikum sekali lagi adik-beradik yang sangat aku sayangi.. Selalu sangat aku bercerita pasal Azumi dan Yuya sewaktu mereka aktif bersukan disekolah dulu. Kali ni aku nak cerita pasal Marina pulak. Hahahahahahaha....Tahun lalu Marina bagitahu aku yang dia nak main hoki. Aku ikut saja sebab abang-abangnya dulu pun aktif bersukan sampai merata ceruk aku ikut. Aku bawak (orang kedah kata, 'mott') naik moto ke Pertama Kompleks untuk cari kayu hoki. Yang basic saja...taklah advance..beli kayu dapat bola pree! Lepas beli kayu hoki, aku bawak dia pi minum kat kedai dibawah. Sambil minum sambil belek kayu hoki. Mata Marina bersinar. Hidungnya kembang kuncup. Di masukkan dalam sarung. Lepas 30 saat dibuka balik dan dibelek lagi kayu hoki tu...Hidungnya kembang kuncup kembali!

Setiap minggu Cikgu Amir akan mengaturkan perlawanan persahabatan di padang hoki samada UM ataupun UIA untuk para pemain dapat sesuaikan diri dengan keadaan padang yang licin dan bersaiz pertandingan sebenar. Cikgu Amir akan hantar message siang dan malam memberitahu mengenai kesemua program Speedy Bilis. Cikgu Amir aturkan makan dan minum. Cikgu Amir aturkan transport untuk bawak budak-budak ni kemana-mana. Cikgu Amir sediakan makanan dan minuman. Cikgu Amir hantarkan anak-anak sampai ke pagar rumah dan talipon ibubapa. Cikgu Amir mohon maaf pada ibubapa sebab latihannya keras sewaktu dipadang. Cikgu Amir mohon maaf dulu kepada ibubapa bila nak mintak ibubapa tolong bawak kereta untuk sama-sama konvoi ke sesuatu perlawanan kerana keretanya hanya muat 3 orang dan duit kurang untuk sewa bas. Kami ibubapa amat memahami dan kami sebagai ibubapa berjanji untuk melakukan apa saja bagi membantu Cikgu Amir dan pihak sekolah serta para pemain untuk maju lagi didalam permainan hoki dan pelajaran mereka. 



Aku rasa ramai lagi cikgu-cikgu diluar sana yang bertungkus-lumus didalam melaksanakan tanggungjawab mulia mereka ini, cuma ianya amat jarang diwar-warkan. Jika kita lihat jadual mengajar mereka, aku pasti kita akan kagum dengan mereka. Pada yang bersekolah pagi, lepas subuh dah bersiap untuk ke tempat kerja. Masuk kelas, menghadapi kerenah para pelajar, mesyuarat, arahan dari pejabat daerah, kpi setiap guru, siapkan program pembelajaran, petangnya ada program ko-ko, lepas tu ada lagi. Cuti sekolah cikgu-cikgu masih sibuk dengan pelbagai program lain. Waaahhhh, aku sangat hormat dengan penjawat awam ini. Mulia sangat. Maka dengan itu kami beberapa para ibubapa dalam kumpulan kecil hoki ni sempat bersembang tadi sambil merangka beberapa program persendirian bagi membantu Cikgu Amir yang super-duper dan awesome tu dengan niat untuk meringankan bebanan beliau. Aku harap ianya akan membantu Cikgu Amir. Yeayyyyy kami bersemangat demi Speedy Bilis! Kepada Persatuan Hoki Negeri dan Kebangsaan, tunggulah kemunculan Speedy Bilis dibawah kelolaan jurulatih Cikgu Amir. Mereka bakal menggegarkan arena hoki negara tak lama lagi...hahahahahahahahaha.....

6 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Persepakatan yang baik pasti memberikan hasil yang baik... :)

Semoga Marina dan pasukannya akan terus berjaya dibawah bimbingan Cikgu Amir dan sokongan ibubapa.

Tanpa Nama berkata...

caiyukkk Speedy Bilis!

-Seri Kandi Tanah Jauhar

Uncle berkata...

Kakcik Nur.

InsyAllah. Seronok bekerjasama macam ni. Btw, setakat ni saya belum menyumbang apa-apa lagi waima kederat sekalipun tapi lepas ni insyAllah....

Uncle berkata...

SKTJ.

Yeayy...yeayyy...go Speedy Bilis go!

makchaq berkata...

Makchaq pun suka kalau anak2 minat nak bersukan.. memang bg sokongan padu..

Semoga Marina & Speedy Bilis berjaya jadi juara..

Uncle berkata...

Terimakasih Makchaq.....

Yang tak beropa nak berkenan bila depa balik rumah....letih semacam...makan kemana, homework kemana....hahahahahahahaha...

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...