Isnin, Julai 10, 2017

Surfing

Yuya  

Aku tak sangka yang anak-anak aku amat selesa bermain surfing. Hanya beberapa minit berlatih, mereka telah dibawa ke laut dan mula melakukan aktiviti yang diajar sebentar tadi. Dengan jarak beberapa meter, 2 orang jurulatih yang menjaga mereka amat serious memerhatikan pergerakan serta memberikan arahan-arahan keras agar bangun, balance, bend their knees dan banyak lagi. Sungguh professional jurulatih mereka. Mata mereka liar memerhatikan pergerakan anak-anak aku. Apabila jatuh, mereka suruh bangun dan kembali menunggu ombak seterusnya.
Abang  
Kali ini aku hanya duduk ditepi pantai memerhatikan gelagat mereka. Aku tahu jika aku yang masuk dan belajar surf, mungkin 2-3 hari aku tak akan bangun. Sakit seluruh badan. Aku nampak yang mereka ni amat natural. Mungkin kerana mereka telah biasa dan boleh berenang sejak kecil membuatkan mereka amat santai aku lihat. The difficult part aku rasa ialah nak balancekan badan diatas papan surfing tersebut. Walaubagaimanapun, untuk bangun dan balance diatasnya, jurulatih-jurulatih professional dari Odysseys Surf School telah pun ajar. Kaki mana harus berada didepan, kaki mana harus berada di belakang, bagaimana nak bengkokkan kaki. Mana posisi tangan nak didepangkan, semuanya diajar satu persatu. Jika tak faham, akan diulang semula sekali lagi.
Yuya lagi
Aku masih lagi bercadang untuk ke Bali. Jika tak tahun ini mungkin tahun depan. Aku takkan surfing. Aku cuma nak sewa scooter dan kali ini mungkin buat round island tour selama beberapa hari...hahahahahaha. Ada yang nak ikut? Hahahahahahaha......

2 ulasan:

NEKCIK berkata...

salam Uncle..lama x menyembang..nekcik rasa macam dah komen kat entry yang lepas tu tapi xde lah pulak...holiday sakkan ye Uncle..yezza uncle setelah penat bekerja kena take time off..rehatkan minda and enjoy the fun of family bonding!!

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Nekcik.

Saya yang tak perasan dah ada komen. Bila tengok kat 'awaiting moderation' barulah saya perasan! Hahahahahahahahaha...terlebih lemang la punya pasal!

Yes sekarang tengah bertungkus-lumus dengan 1-2 projek yang harus diselesaikan sebelum satu lagi rencana pada hujung september nant. Hahahahahaha...

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...