Rabu, Februari 20, 2019

2019 yang indah (setakat ini)

Marina and I   


Alhamdulillah kini kita sudah menjejak kaki ke bulan Feb tahun 2019. Tanggal 9hb Feb yang lalu, umur saya meningkat lagi sebanyak setahun. Dengan bangganya saya kini berusia 51 tahun. Umur yang tak terlintas difikiran saya sewaktu dizaman kanak-kanak dulu. Dikala kecil, saya tak mampu nak membayangkan bagaimanakah keadaan saya tatkala umur menjengah ke usia 50. Terasa seperti orang tua-tua. Terasa seperti arwah bapak suatu masa dulu. Terasa seperti pakcik-pakcik dilorong kawasan perumahan saya yang hanya berkain pelikat dan berlenggeng memberikan makan ayam peliharaan ataupun menyapu dedaun mangga yang luruh kering. Hahahahahahaha......fast forward, saya kini sedang meniti usia tersebut!

Saya bersyukur, diumur sebegini, saya masih boleh bekerja dengan baik,  masih turun berlatih bermain bola lonjong saban minggu walaupun sekarang tidak lagi bermain full contact rugby tetapi sekurang-kurangnya saya masih mampu menjalani latihan intensif dari jam 9 pagi hingga ke jam 3 petang Sabtu lalu dan kembali menyarung boots keesokan harinya dan terus berlatih dari pukul 9 hingga ke pukul 12.30 tengahari. Saya bernasib baik kerana anak-anak  dah besar sekarang ini dengan mereka berumur 21, 18 dan 13. Saya juga amat bersyukur kerana masih mampu meneuskan hobi saya iaitu menjejalajah secara solo dengan menaiki keretapi bagi melaksanakan misi "Trans Java Solo Train Ride" saya tempohari.

Ada juga yang bertanya, apakah saya membelanjakan wang yang banyak setiap kali saya mengembara. Bagaimanakah saya merancang? Jawapan saya, saya tidak menggunakan wang yang banyak. Tetapi saya merancang dan berbelanja dengan berhemah. Bagaimana saya boleh berbuat sedemikian?

Setiap perjalanan solo saya, saya rancang diantara 6 hingga 12 bulan. Segala detail saya catatkan. Saya melancong bukan untuk shopping dan bukan juga untuk berpesta makan. Niat saya melancong selai daripada hobi ialah juga untuk melihat budaya asing. Untuk trip yang baru lalu, saya berkelana selama seminggu. Menaiki Malindo untuk pergi dan AA untuk pulang. Saya menginap di 4 tempat berbeza. Hari pertama saya menginap di rumah tumpangan yang berharga RM60. Minum teh botol yang dibeli dari gerai berhampiran. Tujuan saya melancong bukanlah untuk berpesta makan. Sepanjang seminggu saya disana, hanya sekali saya makan nasi padang. Itupun kerana hujan terlalu lebat dan saya tak boleh keluar kerana terlalu 'macet'. Itupun saya pesan nasi padang saya melalui GRAB FOOD! Nasi padang tersebut dan Sup Buntut Goreng merupakan makanan mewah saya. Minus my heavenly breakfast at JW..

Keesokannya saya menaiki keretapi ke Jogja selama 8 jam dan menginap di "losmen" yang berharga rm60. Makan digerai celah-celah lorong di Malioboro dan minum kopi di warkop yang banyak dipinggir jalan. Selang beberapa hari di Jogja dan setelah melawat Borobudur dan Prambanan saya kembali menaiki keretapi selama 5 jam ke Surabaya. Oleh kerana saya telah ber backpack selama beberapa hari, saya manjakan diri selama satu hari dan menginap di JW Marriott Hotel di Surabaya. Enjoy facilitiesnya seperti gym, sauna dan steam bath, pulang ke bilik, makan cup noodle dan tidur ditilam yang paling empuk dalam dunia. Breakfast esoknya saya makan American Buffet Breakfast. Hahahahahahaha....Ok, penginapan ini mahal sikit tapi, ia berbaloi pada pendapat saya. Check out dari situ saya menginap pula dihotel murah yakni POP Hotel. Harganya juga sekitar rm60 semalam. Jadi, all in all, saya hanya berbelanja minimal. Duit ini saya kumpul selama 6 bulan sejak mula merancang.

Saya dan keluarga jarang makan diluar. Mungkin 2-3 bulan sekali baru kami makan diluar jika ada acara seperti birthday anak-anak dan sebagainya. Jika tidak, setiap hari kami makan dirumah dan kami sekeluarga membawa bekal ketempat kerja.

Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah, berbelanjalah dengan berhemah. Oh ya, setiap kali sebelum saya kemana-mana, keperluan rumah telahpun dilengkapkan dan segala bayaran yang perlu dilakukan telah langsai. Jadi, jika kita berbelanja dengan berhemah, insyAllah kita akan mampu melakukan apa yang kita impikan walaupun dengan skala yang amat sederhana.  

Cubalah....anda juga mampu melakukannya!

#livebalancedlifetothefullest

3 ulasan:

meintheswim berkata...

Walaupun umur semakin meningkat hobi dan aktiviti yang dekat di hati perlu di teruskan.

Melancong secara solo bagi mereka yang berani.

liza berkata...

setuju....perancangan perlu...bajet kena susun cantik2...
kdg2 kita rasa iri dgn org yg selalu travel...
padahal kita tak tahu mcm mana dia menjalani hari2 lain..

Azian Elias berkata...

seumur kita rupa2nya ye.

semoga ALLAH panjangkan umur uncle, diberkahi dunia akhirat. kesihatan yang baik diberinya.

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...