Jumaat, Januari 10, 2020

J - Sebuah Hotel Butik


Ramai yang tersalah anggap dengan istilah ini. Ramai juga pengusaha yang tersalah guna perkataan ini. Penggunaan perkataan 'boutique hotel' sewenang-wenangnya amat saya kesali. Deretan kedai 2-3 tingkat yang diconvert menjadi tempat penginapan, dijenamakan sebagai 'boutique hotel'. Ini amat 'tak kena'.

Boutique Hotel ialah sebuah hotel unik. Tidak banyak bilik-bilik inapnya. Ia juga menyediakan 'personalised service'. Personalised service yang merangkumi banyak perkara sedari guest arrival hinggalah ke guest departure. Mereka kenal tetamu-tetamu mereka. Mereka membuat 'homework' tentang kedatangan tetamu-tetamu mereka. Mereka merekod 'likes' dan 'dislikes'. Mereka juga diibaratkan sebagai 'one stop centre' kepada para tetamu. Para petugasnya berpengetahuan luas tentang tempat-tempat menarik. Mereka knowledgeable.

Mereka tidak ramai tetapi cukup untuk menjadikan operasi hotel itu 'nyaman'. Para petugasnya amat 'attentive' tetapi tidak sampai mengganggu 'privacy' para tetamu.

Boutique Hotel ini amat istimewa kerana mereka tiada duanya.  Tidak terdapat boutique hotel yang 'duplicate' ditempat-tempat lain. Kebiasaannya ia dipunyai oleh orang persendirian yang ada 'sense' tentang hospitality. Memasuki hotel-hotel sebegini merupakan suatu pengalaman. Pengalaman yang payah nak diceritakan tetapi amat indah tatkala sedang dinikmati.

Rekaan dalamannya lebih kepada konsep yang ingin diketengahkan oleh pemilik-pemilik persendirian ini. Pemilik-pemilik ini biasanya akan mencetuskan garapan-garapan hiasan bertitik-tolak dari pengalaman mereka. Dimana mereka pernah menginap, apa yang mereka gemari, tona warna apa yang mereka sukai. Apakah mereka minimalis atau apakah mereka ingin ketengahkan idea-idea berat didalam hasil boutique hotel mereka. Ada yang mengenengahkan ruangan mini library kerana mereka gemar membaca. Ada yang menonjolkan lukisan-lukisan abstrak kerana mereka suka melukis. Ada yang menonjolkan senibina kayu kerana itu hobi mereka. Nah..itulah kelebihan 'boutique hotel'. Bukan sewenang-wenangnya menzahirkan sebuah hotel ala-kadar tetapi dijenamakan sedemikian....

- orang baru dunia perhotelan

10 ulasan:

Awanama berkata...

Semoga Uncle berjaya dalam bidang perhotelan uncle. Dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.

Kakcik Seroja berkata...

Mudah-mudahan suatu hari nanti dapat menginap walau untuk semalam di hotel Tn Haji. :)

Ghazali berkata...

Salam Uncle ...

Di mana Uncle nak buat hotel butik nih?

Iya betul ... ramai yg salah quote or guna jenama butik hotel ...

Awanama berkata...

Assalam Uncle...

Launching soon, JdR?
Keep blogging, sir..

Charlie

Mummy Eda berkata...

Salam Uncle. Lama tidak menjengah ke sini. Sudah mula beroperasikah boutique hotel ini? All the best!

Uncle berkata...

Tanpa Nama.

Terimakasih banyak-banyak.

Uncle berkata...

Kakcik Seroja.

InsyAllah Kakcik...

Uncle berkata...

Ghazali.

Dilokasi yang sama dengan yang dulu. Along Jalan Maarof. Same row as Jovian Mandagie. Quite opposite Petronas Station yang ada pasemborr tu. Next to Jalan Bangkong.
Bangunan lama dirobohkan dan dibangunkan semula...

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Abang Charlie.

Terimakaih kerana masih membaca walaupun 'masukan' saya amat jarang-jarang sekali.

Kami kini sedang membetulkan beberapa perkar lagi...doakan ia dibuka segera.

Uncle berkata...

Mummy Eda.

Terimakasih kerana masih membaca. Butik Hotel ini difasa terakhir pembinaan. Foto diatas ialah foto koridornya sahaja.

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...