Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Ahad, April 27, 2008
Dah 11 tahun?
Dah 11 tahun aku kahwin rupanya? La...tak sangka pulak lama tu! Wakana ada menghantar sms kepada aku yang mengatakan bahawa 11 tahun dulu dia selalu mencabut rambut ubanku yang agak jarang-jarang tapi sekarang dah tak boleh sebab 70% dah putih, beruban! Kalau dia cabut jugak alahai....apalah yang akan tinggal nanti?
Aku bercadang untuk berkahwin sewaktu ditahun terakhir aku di Switzerland lagi. Pada waktu itu aku dah pun berumur 27 tahun. Sekembalinya aku ke Malaysia, aku terus mula bekerja di Renaissance Hotel KL. Setelah setahun bekerja dan berjaya menyimpan sedikit wang, aku terus melamar Wakana di rumah kedua ibubapanya di Tokyo. Aku ingat lagi, aku memakai suit kesana. Mereka menerima aku dengan tangan terbuka walaupun kami berlainan agama (Wakana convert di masjid besar Tokyo). Aku bejanji kepada kedua orang tuanya yang aku akan menjaga Wakana sebaik mungkin dan tidak ada apa-apa yang akan berjaya memisahkan kami.
Ibu mertuaku menangis gembira manakala bapa mertuaku pulak mengesat airmata yang bergenang. Adik lelakinya hanya tersenyum. Tiba-tiba bapa mertuaku membuat satu panggilan telefon ke salah sebuah restoran disana dan kami terus keluar untuk makan malam bagi meraikan saat yang sungguh menggembirakan itu. Banyak cerita yang kami kongsi bersama sewaktu makan malam dan aku mula mengetahui sedikit-sebanyak latar belakang mereka.
Aku berkahwin pada tanggal 27hb April 1997. Ibu mertua memakai baju kurung berwarna hijau (hijau lagi!) jahitan tangan Wakana manakala bapa mertua dan Masato memakai baju batik yang kami beli di..........aku dah lupa!
Masa berlalu begitu pantas dan setahun kemudian kami dikurniakan dengan seorang anak lelaki yang kami namakan Arman Azumi. Beberapa tahun kemudian lahirlah Kamal Ariffin Yuya dan yang terakhir sekali Marina Ayumi. Kehidupan aku bolehlah dikatakan baik. Taklah banyak duit tapi cukuplah untuk kami sekeluarga hidup dengan ala kadar.
Kasih-sayang aku pada Wakana tidak pernah berkurang selama ini malah telah berlipat kali ganda jumlahnya memandangkan kini kami tinggal berjauhan. Begitu juga dengan kasih-sayang aku terhadap anak-anak aku. Mereka menangis ketika menghantar aku ke KLIA minggu lepas.
Kepada Wakana, ingin aku mengucapkan "Happy 11th Wedding Anniversary"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
1 ulasan:
Assallamualaikum,
Tahniah
semoga kehidupan di rahmati Allah
Catat Ulasan