Ahad, Jun 20, 2010

Sunday again?

















Sedar tak sedar dah masuk hari Ahad lagi. Cepat sungguh masa berlalu dan rambut aku pun cepat bertukar kaler. Heh3...Baru chat dan tadi aku pergi gunting dan chat rambut lagi. All in dalam RM40. Gunting, chat dan cuci sekali. Kalau kat KL tak dapat harga macam ni...jadi aku syorkan pada sapa-sapa yang nak chat rambut, datanglah ke Langkawi....

2-3 minggu lepas, pada hari Ahad, aku macam biasa, awal pagi dah keluar memandu. Pergi jumpa Joe Labu dan keluar breakfast besar! Joe tanya samada aku pernah ke Ladang Kerbau yang depa buat cheese ke belum. Bila aku jawab belum, Joe terus suruh aku memandu ikut cakap dia. Kami masuk kampung dan ikut lorong sempit yang boleh muat-muat 1 kereta saja. Tempat agak sunyi sebab awal lagi. Malangnya aku tak nampak kerbau, cuma yang ada hanyalah 6 ekor kambing yang tengah berdengkur!

Ada 2 orang wanita yang menjaga tempat tu sekarang ni. Aku kaget sebab depa berdua sebenarnya datang dari KL dan bila aku tanya macamana depa boleh duduk kat Langkawi, depa pun tergelak besar sebab depa pun takada jawapan yang bernas nak bagitahu kat aku. Tapi aku tahu, they love what they are doing. Banyak hotel besar disini yang memesan cheese daripada tempat ni. Jadi kesimpulannya, kalau dah ada hotel besar yang beli, pasti tempat ni dan product dia memang yang baik kalau tak yang terbaik!

Selepas terbabas jauh sampai ke tengah hutan nak tengok ladang kerbau dan cheese, aku tengok jam dan waktu masih muda. Aku tanya kat Joe kot-kot ada tempat lagi yang aku dah miss...dia tanya aku samada dah sampai ke Gunung Raya dan aku cuma geleng-geleng kepala. Dia suruh aku bawak lagi ikut sign board gunung raya. Bila cakap pasal Gunung Raya, aku teringat kat kawan yang sama kerja dengan aku dulu kat Renaissance KL. Nama dia Mat Raya....mungkin gunung ni diambil sempena nama dia.....ataupun nama dia diambil sempena Gunung Raya....aku tak pasti. Tapi yang pasti, Mat Raya lahir pada hari Raya. Tapi Gunung Raya? Heh3...

Bila sampai kat atas GR aku terkejut. Memang cantik dan diselaputi awan. Hari pulak nak hujan. Cuaca jadi tambah sejuk. Aku park kereta dan terus mencari lobby. Aku jumpa receptionist dan bertanya facilities yang ada dan harga bilik. Tempat sangat menarik untuk pasangan yang baru kahwin untuk berbulan madu. Memang sunyi dan bilik penginapan semuanya menghala kearah hutan. Sekali-sekala terdengar bunyi burung dan bunyi monyet. Sangat tenang dan sunyi sekali tempat tu.

Aku dan Joe terus mencari restaurant untuk kami berehat dan minum kopi. Kami naik ke tingkat atas dan sampai ke restaurant. Tak ada orang langsung kecuali kami dan 2 orang staff perempuan yang duduk kat dalam bar. Kami duduk kat balcony. Cuaca sangat sejuk dan terasa macam di Matterhorn! Kami pesan cappucino sorang satu dan fruit cocktail. Sambil minum sambil baca paper yang memang aku dah usung 3-4 sekali. Aku seronok duduk kat situ. Aku nampak banyak serangga yang selama ni aku tak pernah hirau ataupun aku selalu dok spray dengan Ridsect. Semut-semut yang dok berjalan buat lintas hormat kat aku pun nampak cantik. Semuanya nampak cantik kalau lat tempat orang! Macam tu lah anak-anak aku bila pergi rumah orang pun. Makan nasi dengan telur goreng pun boleh habis sampai 3 pinggan! Kadang-kadang aku malu bila pergi rumah orang sebab kalau kat rumah sendiri, semua makan cuma 2-3 suap saja...Isyh3...

Lepas minum-minum kat restaurant, kami mintak permission untuk tengok bilik penginapan pulak. Alamak, bestnya duduk sini. Kalau aku datang dengan aunty mesti best ni. Dah lah atas bukit yang sejuk, dalam hutan pulak tu....tapi mesti mendapat tentangan keras dari abang dan yuya....marina tak cakap banyak, dia cuma cakap, "Marina nak hotel....." jadi bagi Marina, kat mana pun ok asalkan hotel...heh3....anak papa!!!

Banyak program boleh dibuat kat situ. Banyak package honeymoon yang boleh diaturkan kat atas gunung tu tapi nampak gaya, marketing belum berjalan lagi. Menggeletar jugak aku kat atas tu dengan tiupan angin yang sejuk. Aku rasa nbanyak duit depa dah belanja untuk membaikpulih tempat tu. Memamng cantik dan aku syorkan pada sapa-sapa yang nak ke Langkawi especially honeymooners, experience the difference kat atas tu. Satu malam cukuplah...memang menarik.

Aku berjalan turun dengan Joe dan bila lalu kat reception, aku bagitahu kat pompuan tu yang tempat ni akan menjadi favourite spot aku untuk duduk melepak minum kopi dan baca paper! Aku janji kat budak-budak restaurant kat atas tu yang aku akan datang lagi untuk baca paper ataupun novel tak lama lagi.....

18 ulasan:

dilaOHdila berkata...

salam uncle..
lawo hotel ni. uncle dah dok langkawi ka? nampak kabus tu alamak hai....shuntek utk di view nih uncle

nadz berkata...

Assallamualaikum Uncle,
Nampak sungguh damai dan selesa,Mama pun teringin nak pergi berehat kat tempat tu.. nak honeymoon cara orang-orang tua pula.
w/salam

Uncle berkata...

Dear Dila.
Dah 5 bulan lebih Uncle duduk kat sini....itulah Uncle selalu kata, kalau datang sini jangan lupa bagitahu...

Uncle berkata...

Dear Nadz.
Memang sungguh mendamaikan kat situ. Sekali-sekala memang seronok...honeymoon? Apa salahnya...

PINATBATE berkata...

salam uncle...cantiknya hotel tu...meleleh ayaq liuq cheqqq...

My Life berkata...

salam

dear uncle

romantic view ('_')

aunty W berkata...

Syoknya tempat tu. I miss cool weather. Memang sesuai utk honeymooner. Tapi kalau utk kita, don't forget to check for our Ofuro boy, ada long bath tak?
jerous betul papa je baca paper kat tempat syok macam ni. I spend my weekend only for football. Bukan I main bola, tapi hantar& ambil Abg n Yuya je dah habis weekends. kawaiso ne...
This coming Saturday I have to send abg to Kuala Kubu Baru, but I don't know how to go there!!

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Memang catik sekali. Even dua kali! Kalau ada dslr mesti tambah cantik!!!!

Uncle berkata...

Dear ML.
Very romantic kalau datang dengan abang tapi tak romantik kalau datang sorang...heh3...

Uncle berkata...

Dear Aunty W.
I think Kuala Kubu Baru must be somewhere near Gunung Mat Cincang.....heh3....

rezeki berkata...

salam uncle

mmg seronok dpt duk lepak2 sambil pekena kopi dan baca paper mengadap keindahan alam


mau 2-3 jam leka kat situ hehe

taj berkata...

Salam Uncle,


wah... gi ladang kerbau... last year ada gi sana n dpt makan aiskrim dr susu kerbau...mmg best, sedap..

GR... mmg menarik utk berdating dan menghabiskan novel...gud idea...nanti gi sana nak lepak ngan uncle kat situ...amacam ok?

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Memang betul...2-3 jam duduk situ tak terasa langsung...yang terasa cuma masa nak bayar duit capucino! Heh3..

Uncle berkata...

Dear Taj.
Boleh apa salahnya...nanti uncle bawak pergi IDAMAN SURI sekali!

ona berkata...

salam uncle,

apa kabar...mana nyer gambar keju susu kerbau..dulu Tun Mahathir pernah citer dalam blog dia, tu yang reporter tau...kalau ada gambar proses lagi cun...

Uncle berkata...

Dear Ona.
Apakhabar? Sihat? Kirim salam kat abang yea...masa Uncle pergi tu depa tak proses buat keju...tak tahulah pasal apa...kerbau mogok kot...tak pa, maybe next time Uncle cari kerbau cheese tu lagi!

Pak Zawi berkata...

Uncle,
Seronoknya kat atas Gunung tu. Macam ni apa perlu bercuti ke luar negara sebab segalanya ada disini.

Uncle berkata...

Dear Pak Zawi.
Betul tu Pak Zawi. Tapi saya rasa, melancung ke luar negara tu elok untuk bukak minda kita...bandingkanlah infrastructure dan tempat2 palancungan di Korea yang dijaga rapi...kalaulah kita macam tu...what say you Pak Zawi?

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 10

(dipetik dari posting di fb saya) Alhamdulillah, dah hampir selesai dan kini sedang berada di lapangan terbang antarabangsa di Vientian...