Ahad, Jun 27, 2010

Hujan

(ni masa aku pergi mangrove tour dulu...)

(seronok kayuh ni, the next day baru aku rasa sakit badan....maklumlah baru 24!)

(dj ray. Senior aku tahun 82!)

(joe labu dan sayur labu...bagai irama dan lagu!)

(ketard datang dengan 2 beg tapi balik dengan berbeg-beg...kaya-raya idaman suri!)

Tajuk ni tak ada kena mengena dengan kumpulan Hujan ataupun lagu Sudirman Haji Arsyad. Tapi hari ni memang hujan lebat! Itu saja aku nak cakap...Pagi tadi aku ronda cari nasi dalcha yang katanya "out of this world!". Sampai kedai tu dalam pukul 10.30 pagi dan tokay kedai sambut aku dengan senyum yang sungguh menawan sambil cakap, "nasi dalcha dah habis...". Hangin satu badan....dah seminggu aku ketap-ketap gigi nak makan nasi dalcha dan pagi ni dengan senyum 20 sen dia boleh cakap macam tu kat aku. Last-last aku mengarah ke satu kedai mamak kat tepi haji ismail, makan roti telur. Aku janji nak jumpa Joe. Joe talipon kat abang Amran (sdar 76) dan kami sama-sama breakfast pukul 11 pagi. Aku ada usung 2 lagi kawan aku. Sorang tokay duit dan satu tokay saman! Heh...sembang punya sembang sampai lah ke pukul 1. Aku rembat lunch sekali manakala yang lain tak cakap apa...takpalah depa tu ada orang tolong masak kat depa bila balik rumah...aku ni sebatang kara!

On the way back aku sempat berhenti kat satu kedai dvd dan beli 2 untuk layanan aku selama seminggu. Satu cerita jepun dan satu lagi cerita harrison ford dengan brendan fraser. Satgi malam aku nak tengok. Apa lagi aku nak buat kalau free macam ni...eh, free ka? Semalam aku tengok satu cerita jepun. Actress ni memang aku minat dulu tapi bila aku tengok semalam ada scene yang close-up, aku nampak kedut-kedut kat mata dia. Alamak, dah tua rupanya. Aku terlupa yang aku dok tengok cerita dia dulu dah berbelas-belas tahun sudah!

Sebenarnya, kadang-kadang kalau aku jumpa kawan-kawan aku pun serupalah macam tu. Sekali-sekala tu aku terkejut tengok depa. Dahi dah berkerut, pelupok mata dah ada bag dan rambut samada dah kurang ataupun dah putih macam aku....cepat sungguh masa berlalu. Dulu kami sama-sama pakai seluar hijau, stokin tinggi dan kasut hitam pergi ke kelas....sama-sama beratur nak mandi kat toilet yang selama 5 tahun aku kat seremban dulu tak pernahnya ada pintu, sama-sama berebut kat dewan makan, sama-sama kena kejar dengan warden sebab tak pergi "prep malam" dan sama-sama menangis masa last day kat sekolah walaupun kami konon-kononnya rugby players yang macho dan tak boleh nangis.....

Aku betul-betul cherish masa "summer camp" aku kat sana. La ni bila aku jumpa balik penyamun yang macam si Joe Labu, aku jadi seronok sangat. Bukannya senang nak jumpa balik kawan lama especially pulak kat pulau yang macam ni. Tadi JL ada bagitahu kat aku yang ada lagi 2 orang penyamun akan bukan saja bertandang kat sini tapi mungkin bermastautin kat sini for a big project! Guys...you are all welcome!

Last cuti sekolah ada sorang kawan satu batch aku datang menjenguk aku kat sini. Dia usung the whole family. Masa aku jadi kepala scout dulu, dia ni lah yang jadi assistant aku. Tukang kutip yuran sama-sama dengan aku. Pak dia dulu ketua pibg sekolah...ustad syahran tapi la ni katanya agak uzur dan masa Ketard kat sini, ayah dia masih lagi kat hospital di seremban. Aku doakan semoha ustad syahran kembali sihat macam aku kenal dari tahun 81 sampailah ke tahun 85 dulu!

Beberapa malam kami dok bersembang kat beach sambil dok tengok bola dan bercerita masa kami sama-sama nakal dulu. Ketard la ni is into "biofuel" and is doing really-really well. Aku kagum dengan ketard ni. Ni sorang lagi penyamun bijak yang tak sama dengan aku. Ketard cabut pergi ke Canada lepas SPM meninggalkan Troop Leader dia terkontang-kanting tanpa hala tujuan lagi.....kalau aku tahu dia nak cabut pergi Canada tinggalkan aku, memang sah aku tak elect dia jadi assistant aku! Anak Ketard ada 4 orang dan isteri sorang. Kat situ aku bersyukur sebab angka tu tak jadi terbalik!

Yang satu lagi gambar tu, heh3...yang tulah dj ray....dulu dj radio ni budak ni tapi sekarang tokay language school kat langkawi. Tu pun geng makan tak ingat dunia! Tapi kalau tengok dia makan, alahai....aku rasa marina makan lagi banyak kot...patut kau kecik ray oooiiiii! Aku letih bila duduk makan dengan ray sebab almost semua orang kat sini kenal dia. Ada saja yang dok bersalam ataupun bertegur sapa dengan dia sampaikan tok imam masjid lah, tokay kedai makan la, tokay perabot lah...semuanya berhenti dok bertegur dengan dia....memang kelas si dj ray ni dan dah tahap celebrity! Aku rasa kalau dia charge RM1 sorang, mahu dah kaya-raya dj ray ni...

Dulu aku ada jugak berangan nak jadi dj. Aku ada cerita dulu yang kawan aku kat sekolah chung ling kat penang (form 6)dulu minat sangat nak jadi dj. Nama dia Cat...budak butterworth. Baik budak sorang ni. Sama-sama tak belajar dengan aku tapi kami sama-sama dok nasihat sama sendiri suruh rajin-rajin belajar...heh3...Pantang ada class mate yang buat party, kami 2 lah yang dok jadi dj merapu...aku pasang lagu, Cat cakap. Cat pasang lagu, aku pulak cakap....last sekali aku dengar cerita, Cat ni dah berjaya mencapai cita-cita dia nak jadi dj. Last aku dapat tahu yang Cat dah jadi Resident DJ kat salah satu Supermarket kat Butterworth....aku tumpang bangga dengan Cat. Suara dia memang dalam dan sedap. Ala-ala Patrick Teoh ataupun Raymond Goh....To my long lost friend, whereever you are....enjoy what you are doing!

22 ulasan:

PINATBATE berkata...

Salam uncle..

gambar-gambar uncle ni membawa sejuta cerita..ewah!
nampak seronok sungguh Joe Labu makan...beza dengan dj ray..penuh tawadhuk dan penghayatan..haha!

apa lauk depa makan tu?

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Uncle suka menceritakan perihal kawan2 uncle. Seronok rasanya kalau dapat berjumpa dan bercerita dan makan2 dengan depa. Joe dan labu-labunya...biarkan...biarkan...dj ray pulak pulak dengan ikan temenung nya....biarkan jugaklah!

rezeki berkata...

salam uncle

seronok kalau dpt jumpa rakan2 lama masa sekolah dulu

saya pun kalau balik kg, mesti cari kekawan lama duk bersembang

Tanpa Nama berkata...

salam uncle..

saya akn ke langkawi khamis-ahad ni..huhuhu musim hujan ker skrg?

Hajat dihati nk jupe uncle..tp malu2 tapi mau..eheks

fido dido

dilaOHdila berkata...

salam uncle...
memang shuntek gambar2 uncle
boleh diframe nih
scenery sungguh jelita...
gambar sampan tu...MAHAL:-)

taj berkata...

Salam Uncle...


nice pic...tqvm...
seronok baca cite2 kawan lama...
mesti best kan..

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Sebenarnya Uncle tak sangka dapat jumpa kawan yang duduk kat Langkawi. So bila jumpa, rasa macam dah lama tak jumpa. Tu yang almost every weekend we will meet for sunday morning breakfast!

Uncle berkata...

Dear Fido Dido.

Kindly call me so that we can meet somewhere. My hotel is somewhere close to airport. Call me at 016-2417321!

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Kalau gambar sampan yang jelita is fine...jangan gambar Uncle yang jelita sudah!

Uncle berkata...

Dear Taj. Memang seronok jumpa kawan lama dan Uncle memang suka bercerita pasal kejayaan depa dan semoga kejayaan kawan2 Uncle tu dapat membantu adik2 kita!

Nek Rock berkata...

Yooo Uncle dear, cak cak cak:))

Apa habaq? Hope you are in good health and be happy as always

Take care!

Salam from AZ
NR

Uncle berkata...

Dear NR.
Amboi......lama tak dengar cerita ni.....NR apakhabar?

azieazah berkata...

Salam UNCLE...

macam biasa, saya ternganga, terkedu, terdiam, terkesima baca kisah Uncle dgn kengkawan lama..

last-last mesti saya sengih sensorang..hehehehe

Uncle berkata...

Dear Azieazah.
Nasib baik last2 sengih sensorang...kalau meraung?

lan berkata...

salam, uncle

tapiiiiii, uncle juga dj kat tempat kerja uncle,,,, kalau balik kl jgn lupa bawa bola rugby,akan bertambahlah lagi nostalgia yg akan timbul dari pengalaman uncle,,,jd boleh lah sapa yg baca duk sengehhhhh sorang2...hahaha

shami2 berkata...

Salam uncle..

Salam ukhwah...seronok baca citer beborak ttg kawan2....lama pasti nostalgia lama jadi bahan ketawa...apabila dikenang

Uncle berkata...

Dear Lan.
Memang tujuan Uncle buat blog ni nak bagi orang sengah....dan juga untuk anak2 Uncle baca pengorbanan bapak depa duduk jauh cari rezeki yang halal...

Uncle berkata...

Dear Shami2.
Thanks for reading my entries yang carca marba ni...heh3...

nadz berkata...

Assallamualaikum Uncle,

Seronoknya dapat jumpa kawan-kawan lama. Kerja macam uncle berkesempatan berjumpa ramai kenalan dan disuatu kesempatan lain kawan-kawan lama datang menjengah..bestnya

Jadi cikgu.pula.setiap tahun bersilih ganti pelajar..
mama suka sangat cara uncle bercerita.

Uncle berkata...

Dear Mama Nadz.
Waalaikumsalam...memang seronok dapat jumpa depa semua. Tambah seronok kalau pembaca seronok baca cerita2 Uncle yang selalu merepek ni...dulu Cikgu Bibah dengan Cikgu Mashurah selalu marah dengan cerita2 Uncle yang Uncle tulis untuk karangan....heh3...

nadz berkata...

Salam,
Lamanya uncle tak update. Mama nadz menunggu cerita-cerita baru uncle.

Uncle berkata...

Dear Mama Nadz.
Penantian itu satu siksaan yang tidak tertanggung........(harmoni...)

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...