![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiONZk6TNakJjv134eHa9t9uMv5iPR9jX-hxcqPx8sGI2JMz0drsBArlmUF-o01_-hO10BKXr1KKUWVX5nV4wjbQUSOwJELvL3VKGOfC_sYqO5RT27ax2K7gXbMM9neZAIp3XiW4HDeaS1H/s400/sel+7.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMdVwshVeSexn1hf8_y4FuYaLN7vJAWZ1RNLiDRFoxRPzOJpFpgYpuHXmbSL_PvwvdMo_sHY4V-_8XrofFkJYTr8xhWdvmuCWaKocDfDgkRGR4BdSzzh8o6fe1OADZzgMVpOzP-YKoaYjB/s400/rkl.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgtxIPHL1rAgYQ2EOH70ifAKWo2HCO2F3aDHVvDtbTniLYCtk1kPsmLa_KmQUE2uXI3-ab5Pz9VH7aynPqCsQy-1tGbQev2wD90yem7d7StVNnI8q-W63MMMDtTOquDCYzLJfBGCy6IvC6W/s400/satu+putih.jpg)
Malam tadi masa aku tengah dok check email, aku dapat satu message dari kawan-kawan lama aku. Penyamun-penyamun yang dah lama tak menyamun diseluruh Nusantara! Aku mengekek sorang-sorang bila tengok gambar tu. Aku tak pasti samada gambar tu dah masuk dalam salah satu entry aku yang terdahulu ataupun belum, tapi aku tak kisah sebab gambar tu aku nak masukkan sekali lagi jugak! Kelakar tengok gambar aku yang lebih kurang budak yang terlebih umur! Ramai cakap yang aku salah masuk kelas....tak kurang jugak yang kata budak-budak sebelah aku tu semuanya budak-budak sekolah rendah! Tu lah dia cikgu Azizi Sihab yang aku cerita dulu lari tegak bagai tiang talipon tu....walaupun dia lari tegak, aku sangat hormat kat dia sebab dia pernah bagi pelempang kat aku dulu sebab aku hisap rokok...tapi aku tak pernah complain kat sapa-sapa....cuma aku bagitahu kat penyamun-penyamun lain macam si Apam, IQ, Judd, Singh dll yang seangkatan dengannya! Budak yang berdiri belakang sekali sebelah kanan tu namanya Manimaran. Satu-satunya pelajar berbangsa India. Pandai dia bergaul dengan kami dan kami dah rasa sampai macam adik-beradik. Tak ada perbezaan agama dan bangsa. Maklumlah makan nasi kawah sama-sama dan ponteng kelas sama-sama...heh3....Manimaran sekarang ni dah jadi lawyer!Gambar paling depan nombor 2 dari kanan pulak kami panggil BADANG! Pasal apa Badang, aku pun tak tahu. Mungkin pasal badan dia macam Arnold kot! Heh3...Korang tengoklah gambar belakang sekali paling kiri. Tu lah IQ....heh3...kalau nak cerita pasal budak-budak ni semua mahu sampai 2 keturunan tak habis-habis....aku cerita pasal lain pulak.
Satu lagi gambar pulak, aku terlupa tahun berapa kami ambik gambar ni. Entah pasal apa kami ambik pun aku tak tahu. Mungkin farewell untuk salah sorang dari staff RKL kot kalau tak salah aku. Ada 2 mat salleh kat dalam gambar tu. Yang rambut putih tu nama dia Brown. Aku rasa kalau rambut dia BROWN mungkin nama dia jadi WHITE! Dia ni F&B Director aku dulu dan la ni dah jadi GM kat Pattaya. Wife dia baik hati sungguh. Yang mat salleh sorang lagi tu nama dia Charles Eric Merchie. Orang Perancis. Punyalah fussy gila! Banyak kami belajar dari depa 2 orang ni. Pompuan yang kat depan putih melepak tu nama dia Mika Hori. Japanese Restaurant Manager. La ni dah balik Jepun dan kami dah unfortunately, lost contact! Dengan yang lain-lain aku masih lagi berhubung rapat. Sekali-sekala ada jugak aku talipon depa bertanya khabar. Nampak tak sorang yang pakai baju macam doktor tu? Dia ni kerja kat Langkawi jugak tapi baru saja berhenti dan la ni dok berkerja kat salah satu hotel yang baru dibukak kat Kelang. Yang kat tengah senyum kontrol tu Hamidi. La ni dok bukak 7 bijik hotel kat Saudi! Gila sungguh budak sorang ni...orang lain bukak 1 tapi dia bukak sampai 7! Seronok kami kerja masa ni. Masalah tetap ada tapi berjaya diselesaikan bersama-sama. Orang kata TEAMWORK.
Gambar satu lagi pulak bukannya apa, cuma aku takdak gambar baru nak masuk....gambar tu merupakan gambar abang yang nak bertolak ke trengganu untuk kejohanan bolasepak mssm dan sekarang abang sibuk berlatih bagi pertandingan untuk kelab-kelab Asia pulak....Abang 24 jam dok mimpi nak ke Bangkok. Selection tak habis lagi dan saingan pun sengit sekali ni. Beratus-ratus players nak cuba dapatkan tempat untuk ke Bangkok. Aku doakan kejayaan anak-anak aku. Tak kiralah apa depa buat dan impikan pun....masa aku dah habis.....