Rabu, Julai 07, 2010

Terkejut















Hari sabtu lepas ada program gotong-royong. Habis semua orang turun dengan semangat yang jitu. Termasuklah aku! Aku terpacak kat tengah pantai tepat pukul 9 pagi. Berkobar-kobar bukan pasal nak buat kerja tapi pasal Char Kway Teow yang kami nak makan lepas bersihkan kawasan...heh3...mula-mula aku pegang cangkul. Teringat pulak yang belakang aku ni ada masalah sikit. Kemudian aku pegang scrapper (betul ke depa panggil scrapper?). Pun risau takut belakang aku jem! Last-last aku pegang plastik sampah dan kutip botol kat tepi pantai...habis cerita. Yang buat aku risau sangat tu bukannya pasal apa, last friday entah pasal apa, belakang aku dah menangkap! Dari leher sampailah ke pinggang aku rasa memang sakit. Aku tahu pasal apa belakang aku sakit tapi kalau nak jalan pun payah, alamak, gelap masa depan aku! Jumpa doktor, ambil ubat, telan ubat, baring dan rehat sekejap, belakang aku lega dan dah boleh main bola macam TULIO (japanese defender!)

Petang tu aku dah jadi tenggelam punca. Mana-mana aku toleh semuanya nampak muka anak-anak aku. Muka abang lah, muka yuya lah dan muka marina....errr last but not least, muka aunty! Heh3...

Bila dah senja, pelan-pelan aku bagitahu kat staff aku suruh tolong hantar pi airport sekejap. Depa tanya nak buat apa kat airport? Aku kata teringin nak minum kat starbucks....sampai kat airport, staff aku tanya satgi nak balik pukul berapa? Aku kata nanti aku balik sendiri...jalan pun sampai....toleh kiri toleh kanan, aku jalan laju kat counter airasia. Tanya seat ada ka tak for the next flight, budak tu senyum kata ada lagi...aku tahu sangatlah, memang seat ada banyak! Kena RM450! Padan muka...beli lagi tiket last minute!

Pelan-pelan aku atur langkah masuk ke dalam. Duduk sat, depa announce arrival of AK apatah (bukan 47 ok!) dah sampai dan penumpang yang beli tiket last minute boleh masuk sekarang. Aku sms aunty yang aku nak balik. Aunty terkejut. Aku naik dan duduk. Baru dok tengok nasi beriani airasia, captain dah bagitahu kapalterbang dah nak sampai. Aku ucap terimakasih kat captain sebab hantar aku balik rumah! Aku turun dan jalan. Keluar dari departure hall, aku nampak marina dok berlari...alamak, baby Papa....dah dekat sebulan tak jumpa....cium sana-cium sini....aunty tanya mana beg aku? Aku tak dapat nak jawab. Aku kata, actually aku nak minum kopi kat starbucks di airport langkawi....tapi instead of ke starbucks, aku jalan ke kaunter airasia dan beli tiket! Anak-anak aku mengekek-ngekek gelak...aunty terkejut sebab aku cuma pakai selipar dan sehelai sepinggang. Dia kata, "la...ni nak pi ampang point ka?". Aku pun sengeh sama!

Next morning lepas pergi pasar dan breakfast dan main badminton dengan anak-anak aku, aku kesian pulak kat anak-anak aku yang tak kemana-mana masa cuti sekolah hari tu sebab aku tak balik. Aku kata, "cepat siap kita ke genting!" Horey....depa lompat. Aku tengok depa lompat, aku pun lompat sekali.....heh3...

Lama jugak tak naik genting. Kami naik pukul 10 pagi dan turun pukul 2 petang sebab abang dan yuya ada training pukul 3 petang. Habis pukul 5. Lepas pick up abang, kami terus ke lcct. Hantar aku balik ke langkawi sebab flight aku pukul 7.45 malam. Sampai kat airport, kami makan lagi dan lagi dan lagi....pergh...naik 2 kilo! Sama berat dengan Gula Prai!

Sampai kat airport langkawi, aku sms staff aku mintak tolong datang ambik kat airport. Bila sampai dia terkejut tengok muka aku sebab baju, seluar dan selipar aku sama macam semalam masa dia hantar aku ke airport nak ke starbucks.....muka dia heran bila tengok aku. Dia tanya, "amboi lamanya minum kopi kat starbucks...". Aku gelak sorang-sorang....heh3...

28 ulasan:

My Life berkata...

salam

kerana rindu yg amat.. kadangkala apa yg terjadi di luar rancangan kita.. hehehhee

Unknown berkata...

pengorbanan sorang abah :)
takpe, duit boleh cari. dapat gelak-gelak dengan anak-anak, yang tu mesti priceless :)

Uncle berkata...

memang macam tulah kalau dah terlampau rindu kat keluarga!

Uncle berkata...

Dear akmal.
memang priceless...berbaloi walaupun kena bayar RM450! err...priceless ke tu?

Ibu n Abah berkata...

salam uncle...
bila dah digamit rindu pada keluarga... inilah contoh ABAH/SUAMI Mithali...

nadz berkata...

Assallamualaikum Uncle,

Hebatnya rindu..
yang mengalami saja yang dapat merasai erti waktu-waktu bertemu.
Seronok tengok wajah ceria Marina....mana boleh sama senyum comel tu dengan RM450.00

Uncle berkata...

Dear Mama Nadz;
I made this entry because you asked for it...heh3...kelam-kabut balik bilik tadi! Memang bila jumpa depa, 450 is nothing...

Uncle berkata...

Dear ibu n abah.
cuba menjadi suami dan abah yang terbaik untuk keluarga...ikut lagu, "Better Man!"

azieazah berkata...

Perhhhh UNCLE ni pandai ler buat kejutan. Macam best jer kan?

Rasa macam makin jer Ampang dgn Langkawi tu. Itulah namanya rindu dendam.

*Saya sendiri pernah buat gitu. Dengan baju kerja, kuar ofis cari bas express, pi asrama anak. Sampai petang ronda2 supermarket. Tengah malam amik tiket balik KL, sampai pagi teruih masuk ofis balik. heheheheh seronokkkkk!

rezeki berkata...

salam uncle

hehehe
sib baik masa uncle pegang plastik hitam tu sambil kutip botol ,la la terus naik air asia balik hehe
lagi haru hehehe

ms.legolas berkata...

Uncle,
cham ni uncle kena syorkan pd Dato' Tony F utk jual tiket pass tahunan mcm ketapi ada buat tu..but for plane may b dia blh kenakan yuran tahunan base on 1 kali pergi balik bg setiap bulan..n then kalau ada tempat kosong dia akan offer to this kind of member..camne ok tak idea ni? silap2 uncle leh dpt free seumur hidup bila dia dengar idea ni..hehehe

taj berkata...

Salam uncle...

yelorr...famili comes first for everything meh...

sekalisekala buat kerja gila mmg best...jd kenangan mengusik jiwa...

ok gak sekali kena starbucks kat airport eks ngan herga RM450

hehehe

PINATBATE berkata...

fuh!
macam dekat jer ..:D

Abang tu dah menang.. pegang piala kiri kanan,tapi muka seriousnya..senyum sikit abang!

DadaIQ berkata...

Uncle
Best baca entry Uncle...memang seronok buat kerja giler macam Uncle tu. Bila terkenang, mulalah senyum sendiri.

Uncle berkata...

Dear Azieazah.
Heh3...kadang2 Uncle pun terkejut dengan tindakan spontan Uncle!

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Kalau la la balik KL dengan plastik sampah, memang depa sangka tukang kutip sampah untuk airasia la gamaknya!!!

Uncle berkata...

Dear Ms Legolas.
Uncle dah recommend dah pun.....hai letih lah jugak kalau every week dok bayar macam tu! Lepas 10 kali dah boleh beli Panasonic LCD!!!

Uncle berkata...

Dear Taj.
Kelas sungguh kalau kena kopi sampai RM450...heh3...memang kerja gila....tu lah pengorbanan gila Uncle untuk family!

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Uncle pun tak tahu pasal apa muka abang memanjang tak senyum. Tapi bila dia senyum aunty dengan uncle suka sangat2...very sweet...masih senyuman budak lagi!

Uncle berkata...

Dear DadaIQ.
Kerja gila ni memang dari dulu lagi...kalau tak percaya, cuba tanya IQ!

Hazlan Zakaria berkata...

salam,,,uncle,,,,

kacau,,,kalau cam tu,,,,rindu tuuuuuu,,,,ni pasai budak2 duk lari kut atas bilik uncle tu,,,ni yg rindu sangat,,,,hhehehe

Uncle berkata...

Dear Lan.
depa bukan setakat berlari...tapi dok hindek2....tu yang mata julin tak buleh tidoq tuh!

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam uncle,

lama kak nab tak baca ceriter menarik uncle nih...very the lucu men...hahaha...

tengok abang semakin tinggi...wah, pegang dua trofi tuh...tahniah untuk abang, and you too.

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

wow!! nanti saya pun nak buat surprise macam tu jugaklah kat emak. tiba2 balik umah 2,3 hari.wakakak

hebat uncle!!

Uncle berkata...

Dear KN.
Thanks for reading walaupun KN sibuk kat sana dok buat chekodok kat kuey san.....heh3...

Uncle berkata...

Dear Lutfi.
Eh...jangan buat kat mak lagu tu...pengsan dia nanti. Tapi kalau buat kat makkwe ok....dia happy!

catz berkata...

moga anak2 uncle berjaya menjadi football player terbaik di masa depan.
:).
marina tetap comel.
:).

Uncle berkata...

insyallah itu lah yang uncle harap dan doakan!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...