Sabtu, Julai 24, 2010

Salam Kembali!












Adoi...aku betul-betul nak mintak maaf pada sesiapa saja yang ikut blog aku. Bukannya aku tak nak sambung tapi memandangkan kerja dah jadi bertambah banyak, maka dari sehari ke sehari, sambungan cerita aku jadi terbantut. Ada saja yang aku kena buat. Kemudian aunty ada bagitahu yang abang ada masuk final bola. Aku jadi sedih sebab masa aku kecik dulu arwah mama dengan bapak jarang tengok aku main bola. Jadi, nak tak nak aku lari jugak balik KL walaupun cuma sehari sahaja tapi sokongan aku untuk anak-anak aku tak pernahnya berbelah bagi!

Tak pernah-pernah aku tak masukkan entry aku selama berminggu-minggu ni. First time ni...sungguh, aku tak tipu! Dalam celah-celah tu banyak jugak cerita yang aku nak cerita. Dalam tempoh ni aku sempat balik ke KL sekejap. Macam aku cakap, balik sehari cuma nak menjengok anak-anak. Abang lawan bola macam biasa. Main kat padang somewhere close to Templer Park. Selama ni aunty yang dok usung. Aku kesian jugak kat aunty dan aunty ada bagitahu kat aku, kalaulah aku ada sama, abang mesti bersemangat main. Memang aku tak pernah tengok abang main lepas dia pergi ke peringkat kebangsaan tempohari. Aku terkejut bila tengok abang main. Banyak sungguh improvementnya. Bukan aku nak puji anak sendiri tapi mak-bapak orang lain yang cakap. Tackling, clearing, reading the game dan banyak lagi. Aku rasa dulu aku tak macam ni. Memang patut abang gila bola. Lepas tengok abang main tempohari, aku ada dok bercakap dengan aunty kat dalam kereta masa Marina tengah tidur dan masa Yuya tengah baca majalah katun jepun yang aku nak aunty tolong carikan team di jepun untuk abang. Marinos ka, fc tokyo ka, memang aku serious....aku rasa lepas upsr nanti aku nak buat video dan cuba jual abang kat mana-mana team yang berkenan...preferably kat jepun. Aku cakap kat abang lagi, kalau betul nak main bola, aku bagi chance sampai umur dia 16 tahun untuk sign-up dengan mana-mana professional club. Kalau dalam tempoh tu tak dapat jugak, abang kena balik belajar kat sekolah sampai pass....kalau tak tak payah nak berangan! Tadi aunty ada talipon aku yang abang dapat selection untuk pergi main kat Bangkok pulak.....alamak! 2 bulan lagi upsr tu!

Aku ada bercakap dengan joe labu pasal ni, dia pusing dan cakap kat aku...like father like son! Habeh cerita!! Cakap pasal joe ni pulak, 2-3 hari dia cakap kat aku yang dia jumpa kawan blog aku yang namanya vimmy yasmin kat kl tu. Pergh...memang dunia ni dah tambah kecik!

Sabtu depan genaplah mama pulang ke rahmatullah 100 hari. Sekejap sungguh masa berlalu dan bagi aku mama masih lagi ada kat depan mata...last few days aku ke bukit merah dan dalam perjalanan aku teringat kat mama. Mama akan duduk kat kerusi dia ditepi tingkap dan bila aku balik, entah macamana naluri dia sentiasa betul. Dari balik cermin tingkap, dia akan tanya, "Tu Shah ka...?" masa tu aku baru nak bukak pagar depan rumah...aku kaget! Rumah tu dah kosong sekarang ni. InsyAllah aku balik nanti dan cuci rumah tu satu hari nanti. Selain pada tu, dah lama aku tak menjenguk kubur arwah bapak pulak di Alor Setar...tapi dalam sembahyang, aku tak pernah lupa doakan untuk arwah mama dan bapak...sayu pulak rasa bila dah dekat pukul 1 pagi ni...

17 ulasan:

catz berkata...

hi uncle,
welcome back..
good to see write again.
wah,.ur son dah makin bagus..
hope he'll become a good football player.
congrats to them.
:).

Uncle berkata...

Dear Catz...memang lama sungguh tak menulis! Thanks for the words...insyallah abang akan dijual nanti!

uncle pet.. berkata...

wahhhh.. abg dh makin mantap.. nnt mesti ea fofuler mcm abah ea kn.. ahiksss..

PINATBATE berkata...

bunyi macam nak jual lelong! lelong! satu dirhamm! dua dirhamm!
gurau jer..tp kalau memang ada talent yg bagus,mengapa harus disia-siakan.

dilaOHdila berkata...

salam uncle....
uncle sehat ke. moga bahagia selalu disamping family.
dah 100 ari dah aruahnya pergi. Alfatihah.

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam uncle,

haiya...long time no see !! manyak lindu jika uncle tatak tulis.. :))

congrats to abang..a star in the making.

nadz berkata...

Assallamualaikum uncle,
Bila tengok uncle lama tak upload
N3 baru, mama dah tak berani tanya..satgi depa kata..'u asked for it'
bagus buat abang, he got talent. tapi mama suka tengok senyuman Marina bermain air..happy..happy face and senyum luas..

Uncle berkata...

Dear UP.

Uncle rasa kalau dia nak main bola biarlah dia main betul2...dapat wakil Kota Sarang Semut pun Uncle dah happy!

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Tu lah yang Uncle pikirkan...kalau nak main, biar main betul2!

Uncle berkata...

Dear Dila.
Memang cepat masa berlalu dan Uncle tetiba jadi sayu teringatkan arwah mama!

Uncle berkata...

Dear KN.
Memang teringat nak tulis tapi selalunya dah dekat pukul 12 malam! Jadinya, tak tulis2 jugak...ni pun paksa tulis...heh3...

Uncle berkata...

Dear Mama Nadz.
This time "you never ask for it!" Heh3...

rezeki berkata...

salam uncle

hope cita2 uncle utk abg menjadi kenyataan dan berjaya

cuma perlu polish n polish je bakat abg tu

segi fizikal, saya rasa bdn abg ok

ms.legolas berkata...

Dear Uncle,
Termenung nampak dlm gambar tu.. tentu byk fikir..

Ms.L doakan semoga Abang berjaya menjadi Pemain bola yang hebat dan disegani ramai..

dan uncle pula diberikan kelapangan utk update blog ni..demi kita org peminat2 yg setia ni..hihihi

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Abang memang mempunyai bentuk fizikal yang besar dan tegap. Uncle pun doakan dia berjaya dalam mengejar cita2 dia. Sebagai ibubapa apalah lagi yang mampu kita buat selain dari membimbing dan memberi nasihat!

Uncle berkata...

Dear Ms. L.
Memang asyil bila tengok anak-anak dok bermain sama sendiri. Tenang rasa jiwa Uncle dan Uncle pun berharap sangat agar anak-anak kita semua dapat mencapai cita2 depa!

taj berkata...

Salam Uncle...

lama betul tak bersiaran...tak duk intai n jeling2 kat tingkap tuh...pun tak nampak bayang...

wahhh bagus dah anak bujang uncle ni...tak lama lg leh jadi star ek...insyaAllah

aik..awat duk menung manjang kat sungai tuh...ada plan nak terjun ka..tapi duk tgk ayaq cetek maka amat tak sesuai ah...heheh

caiyok...

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...