Selasa, Julai 27, 2010

Jumpa lagi...

(masa abang bertolak ke Trengganu)





Malam tadi masa aku tengah dok check email, aku dapat satu message dari kawan-kawan lama aku. Penyamun-penyamun yang dah lama tak menyamun diseluruh Nusantara! Aku mengekek sorang-sorang bila tengok gambar tu. Aku tak pasti samada gambar tu dah masuk dalam salah satu entry aku yang terdahulu ataupun belum, tapi aku tak kisah sebab gambar tu aku nak masukkan sekali lagi jugak! Kelakar tengok gambar aku yang lebih kurang budak yang terlebih umur! Ramai cakap yang aku salah masuk kelas....tak kurang jugak yang kata budak-budak sebelah aku tu semuanya budak-budak sekolah rendah! Tu lah dia cikgu Azizi Sihab yang aku cerita dulu lari tegak bagai tiang talipon tu....walaupun dia lari tegak, aku sangat hormat kat dia sebab dia pernah bagi pelempang kat aku dulu sebab aku hisap rokok...tapi aku tak pernah complain kat sapa-sapa....cuma aku bagitahu kat penyamun-penyamun lain macam si Apam, IQ, Judd, Singh dll yang seangkatan dengannya! Budak yang berdiri belakang sekali sebelah kanan tu namanya Manimaran. Satu-satunya pelajar berbangsa India. Pandai dia bergaul dengan kami dan kami dah rasa sampai macam adik-beradik. Tak ada perbezaan agama dan bangsa. Maklumlah makan nasi kawah sama-sama dan ponteng kelas sama-sama...heh3....Manimaran sekarang ni dah jadi lawyer!Gambar paling depan nombor 2 dari kanan pulak kami panggil BADANG! Pasal apa Badang, aku pun tak tahu. Mungkin pasal badan dia macam Arnold kot! Heh3...Korang tengoklah gambar belakang sekali paling kiri. Tu lah IQ....heh3...kalau nak cerita pasal budak-budak ni semua mahu sampai 2 keturunan tak habis-habis....aku cerita pasal lain pulak.

Satu lagi gambar pulak, aku terlupa tahun berapa kami ambik gambar ni. Entah pasal apa kami ambik pun aku tak tahu. Mungkin farewell untuk salah sorang dari staff RKL kot kalau tak salah aku. Ada 2 mat salleh kat dalam gambar tu. Yang rambut putih tu nama dia Brown. Aku rasa kalau rambut dia BROWN mungkin nama dia jadi WHITE! Dia ni F&B Director aku dulu dan la ni dah jadi GM kat Pattaya. Wife dia baik hati sungguh. Yang mat salleh sorang lagi tu nama dia Charles Eric Merchie. Orang Perancis. Punyalah fussy gila! Banyak kami belajar dari depa 2 orang ni. Pompuan yang kat depan putih melepak tu nama dia Mika Hori. Japanese Restaurant Manager. La ni dah balik Jepun dan kami dah unfortunately, lost contact! Dengan yang lain-lain aku masih lagi berhubung rapat. Sekali-sekala ada jugak aku talipon depa bertanya khabar. Nampak tak sorang yang pakai baju macam doktor tu? Dia ni kerja kat Langkawi jugak tapi baru saja berhenti dan la ni dok berkerja kat salah satu hotel yang baru dibukak kat Kelang. Yang kat tengah senyum kontrol tu Hamidi. La ni dok bukak 7 bijik hotel kat Saudi! Gila sungguh budak sorang ni...orang lain bukak 1 tapi dia bukak sampai 7! Seronok kami kerja masa ni. Masalah tetap ada tapi berjaya diselesaikan bersama-sama. Orang kata TEAMWORK.

Gambar satu lagi pulak bukannya apa, cuma aku takdak gambar baru nak masuk....gambar tu merupakan gambar abang yang nak bertolak ke trengganu untuk kejohanan bolasepak mssm dan sekarang abang sibuk berlatih bagi pertandingan untuk kelab-kelab Asia pulak....Abang 24 jam dok mimpi nak ke Bangkok. Selection tak habis lagi dan saingan pun sengit sekali ni. Beratus-ratus players nak cuba dapatkan tempat untuk ke Bangkok. Aku doakan kejayaan anak-anak aku. Tak kiralah apa depa buat dan impikan pun....masa aku dah habis.....

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

best kn ankel sekali sekala lh lpk2 pekena tey ngn kngkwn lama.. abih cita depa bukak.. hakhakhak..

ankel pet doa kn abg success.. tp study jgn lupa.. ankel pet umuq dh nk dkt 30 dh tp ngaji xpnh2 jemu.. learnin' process besttttt.. ahiksss..

rezeki berkata...

salam uncle

hehehe

stokin putih panjang sampai lutut , mcm jual klorox pulak hehehe

kalau lihat gmbr dulu2, mesti ketawa sendiri dan terdetik

"mcm ni aku dulu rupenya" hahaha

taj berkata...

Salam uncle...

ye lahhh... bila kita kembalikan ke zaman muda remaja dulu2...hehhe mmg gelak sendiri..

taj, dulu jugak penuh dgn kenakalan dan pelbagai perangai duk buat termasuk menyakat, membuli yg manja je...

baru2 nih ada jumpa kawan lama 20 tahun dulu..lepak n cerita ceriti...gelak sakan kami...
antara kata2 depa..."taj, nakal kau masih cam dulu lagi ek" cuma penampilan sudah berbeza...hahhaha betapa notti diri ini...

alhamdulillah syukur pd Allah...krn masih berkesempatan sehingga kini...

sukran

nadz berkata...

Assallamualaikum uncle,

besarnya dia masa kanak-kanak..!
Nostalgia sungguh bila lihat gambar-gambar lama mcm ni . .terkenang semuaa kawan dan yang sedih bila lihat gambar kawan yang telah kembali kepadaNYA.
mama nadz harap uncle ceria selalu menjadi bapa kepada the star in making,,

Uncle berkata...

Dear Uncle Pet.

That's a good advice to Abang...will monitor his progress closely!

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Clorox? Heh3...memang kelakar. kalau tak salah dulu ada iklan jual klorox tu! Kalau tak salah, pompuan yang jual!!

Uncle berkata...

Dear Taj.
Almaklumlah, zaman remaja....samalah kita rupanya. Tapi kalau boleh masuk "time machine" dan patah balik, Uncle mahu lagi....horey2!

Uncle berkata...

Dear Mama Nadz.
Anak2 saya kecik lagi mama ooiii...masih jauh perjalanan tu!

mama ju berkata...

Salam uncle

Seronokkan tenguk gambar dan kenangan lalu. Tgk gambar kelas tu memang yalah org tu mcm budak dari kelas atas2...tinggi..kenapa kawan2 kirikanan kemetot je..

Tahniah buat abang..mana tau Bangkok menunggu...

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

the good old days...hehehe

semoga abang berjaya dalam lapangan yg diminatinya itu...

Uncle berkata...

Dear Mama Ju.
Kalau tengok sekarang ni pulak, kami dah jadi sebaya. In fact Badang tu dah memang jadi Badang!!! Dia minum muntah!!!! Lagi besar dari saya sekarang ni.
As for abang, saya tengah dok pening kepala sebab abang ada lagi 2 bulan nak exam!!!! Kepala otak dia cuma bola!!!

Uncle berkata...

Dear KN.
InsyAllah...saya doakan macam tu lah!

JHaZKiTaRo berkata...

dear uncle.. mmg seronok kat imbas kembali kenangan2 zaman dulu.. kalau boleh, nak muda je sentiasa.. heh.. anyway, salam ukhwah.. blog hopping.. kalau rajin nak baca pengalaman saya mengembara di 45 BUAH NEGARA, jemput2 singgah blog saye.. :)

Uncle berkata...

insyallah...uncle akan masuk nanti!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...