Sabtu, September 18, 2010

Keluarga baru aku!

(dapur rumah..)

(anak2 angkat aku, Wan dan Shimah yang kehilangan kasih sayang mak bapak sejak kecik lagi...)

(keluarga baru aku. Din berbaju biru, isterinya Norah dan aku pulak terlebih tembam dengan kelebihan 3 kilo, lepas raya...heh3...)

(pandangan tepi rumah)

(depan rumah Wan)

Aku cuba mencari kesempatan dalam kesibukan hari ni untuk menunaikan sedikit niat kecil aku untuk membantu. Niat aku ni dah lama dok ada dalam kepala otak aku dan juga dalam jiwa ganas aku. Niat aku ni mula memberontak bila aku tersedar yang aku dah hampir-hampir setahun dah balik ke sini dari Tanah Suci. Keinginan untuk membantu ni dah lama wujud tapi aku perlukan masa untuk berfikir, menilai dan berbincang dengan keluarga terutamanya aunty dan of course dengan rakan-rakan pembaca yang lain..Response yang aku dapat sangat memberansangkan. Ada yang meluahkan melalui response di blog dan tak kurang juga yang menghubungi aku melalui e-mail dan menyatakan pendapat depa. Aku ucapkan jutaan terimakasih. Lama aku berbincang dengan aunty pasal hal ni dan kata sepakat dah dimeterai. Aku akan membantu....la ni ahli dan bilangan keluarga aku dah bertambah....

Petang tadi aku dan sorang kawan aku pergi membeli-belah kat kedai disini. Memang puaka sungguh pulau ni....masuk saja, ada....saja orang yang aku kenal! Depa tanya awat aku beli barang banyak sangat? Macam nak meniaga pun ada jugak...aku sengeh kerisin tengok depa manakal tokay kedai pulak dok renyeh kerisin tengok muka aku....tak sabar nak ambik duit aku, heh3...takpalah...rezeki dia...

Lepas beli, kami terus menuju ke rumah Ridhuan. Aku dah bagitahu kat Wan melalui kawan aku yang aku akan sampai petang nanti sebelum maghrib. Wan talipon balik dan bagitahu, "Saya tunggu Pakcik...". Sesampai kami kat rumah Wan, semua 7 orang adik beradik dah dok menunggu aku. Sayu aku tengok depa. Tak ada apa yang berubah dalam rumah depa. Sama dengan lawatan aku tempohari sebelum raya. Apa nilai raya kat depa? Aku termangu! Aku duduk bersembang dengan abang ipar Wan yang bernama Din. Sorang lelaki berusia 35 tahun. Din bagitahu aku yang dia la ni sedang menyara isteri, 3 orang anak, Wan dan Shimah. Shimah pulak merupakan kakak Wan yang berusia 25 tahun. Shimah tak bekerja sebab Shimah adalah sorang anak yang agak istimewa. Wan tak bagi kakak dia kerja sebab pertuturan dan pergerakan Shimah agak terbatas. Aku sayu lagi....aku cuba bandingkan antara aku dan Shimah...dalam diam aku bersyukur...

Din bagitahu kat aku dengan pekerjaan yang tak menentu, Din terpaksa "pekin" @ berjimat-cermat untuk belanja sekolah anak-anak sendiri dan juga Wan yang masih bersekolah di tingkatan 4 serta isteri, shimah dan sorang lagi anak yang masih belum bersekolah. Aku tabik kat Din sebab dalam umur yang sangat muda belia, Din adalah sorang abang, suami dan abang ipar yang sangat bertanggungjawab. Din terpaksa bersusah-payah mencari rezeki yang tak menentu tadi untuk semata-mata memastikan keluarga dia ada makanan untuk dijamah...masyAllah, apa dah jadi dengan aku ni? Awat baru la ni baru aku terniat nak membantu? Awat bukan dari dulu? Awat aku tak teringat akan kesusahan orang lain? Selama ni aku dok makan kat hotel, di restaurant-restaurant yang berhawa dingin, menggunakan pinggan-mangkuk yang berjenama, kadang-kadang ada pulak orang yang tolong hidangkan....terkadang pulak sampai beratus-ratus harga dia....kalau tak ribu sekali makan....masyallah....selalunya aku ingatkan yang aku ni susah...tapi mata aku buta...hati aku buta...dan fikiran aku pun buta lagi tuli! Aku tak tengok sekeliling aku....aku tak menjengok sedara sesama aku yang sewaktu aku makan waffle untuk breakfast, depa mungkin tak makan apa untuk pergi kesekolah....sewaktu aku makan tengahari di Japanese Restaurant, depa mungkin cuma meneguk air paip untuk mengenyangkan perut supaya tak perlu makan nasi sebab tak cukup duit dan bila aku makan malam di Restaurant Arab, mungkin adik-adik aku yang lain terpaksa berkongsi sekor ikan temenung dengan 7 orang adik-beradik depa yang lain!! Allahuakbar!

Aku tengok barang-barang kat dalam rumah tu menurut kata Din, adalah hasil daripada pemberian orang yang bersimpati. Bumbung, bocor sana-sini kalau hujan....peralatan rumah, ala kadar.....ish....pasal apa aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada la ni? Aku tanya samada Wan dan Shimah ada mendapat sumbangan ataupun bantuan daripada jabatan kebajikan masyarakat dan katanya bantuan cuma selama 6 bulan tapi kemudian dihentikan. Pasal apa aku tak siasat lagi. Din ada jugak bagitahu yang tuan tanah dah pun berura-ura nak ambik balik tanah tu...dan depa tak tahu nak pergi kemana lepas ni...aku jadi blurr!

Wan berminat nak belajar perihal electronic dan kami berbincang tadi dan mengesyorkan pada Wan supaya dia habiskan belajar sampai ke tingkatan 5 dan kemudian kalau masih berminat, nanti boleh diusahakan ke Pusat Giat Mara. Kalau tidak pun aku harap dapat diserapkan kat mana-mana hotel yang ada disini....aku rasa untuk Wan tak ada masalah...tapi la ni yang jadi masalah cumalah Shimah...aku masih buntu tak tahu macamana nak bantu Shimah...

26 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

salam uncle...
beginilah kehidupan sebenarnya...
masih ramai yg hidup susah dan kita jauh lebih beruntung dari mereka... dan menjadi tanggungjawap kita membantu mereka...
Alhamdulillah.. mudah-mudahan bila di paparkan kisah mereka di sini.. bolehlah kita sama-sama membantu...
Nanti uncle berikan nombor akaun jika ada pembaca2 uncle yg berminta hendak membantu Wan dan shima...

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

tahniah ankel kerana telah mengambil jalan terbaik! saya menyokong penuh tindakan ankel! semoga Allah akan membalas jasa baik ankel dan menambahkan rzeki lagi.

Ayat pak abu, whut u give, u will get back! hahah..

do likes pak abu pages kat facebook. search jer pak abu. kekekeke

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
Saya selalu lupa yang rezeki ni datangnya daripada Allah. Saya selalu lupa yang kesusahan saya ni adalah sekelumit cuma kalau nak dibandingkan dengan adik2 saya yang lain. Saya berdoa sentiasa agar saya tak buta hati, fikiran dan perasaan lagi lepas ni...

Berkenaan dengan nombor akaun tu, saya nak mintak tolong pada pembaca blog yang didalam NGO ataupun bankers atau sapa2 yang berpengalaman agar dapat membantu saya dari segi idea bernas untuk "dana" kebajikan. Saya takut nanti disalah ertikan....Allahuakbar!

Uncle berkata...

Salam Lotfi.
Macam yang ankel bagitahu kepada rakan2 didalam fb, ankel takut bantuan ankel terputus....ankel membantu secara ikhlas dan tak mengharapkan apa-apa balasan. Allah maha mengetahui niat ankel. Ankel cuma berharap agar dimurahkan rezeki ankel dan mampu membantu lebih ramai lagi adik-adik kita. Dan kalau perlu ankel melawat ke rumah2 kebajikan bagi memberi penerangan berkenaan dengan peluang bekerja di hotel, akan ankel lakukan didalam kapasiti yang ankel ada dan terhad ni...

rezeki berkata...

salam uncle

terasa sayu dan sedih melihat kesusahan dan kemiskinan mereka yang uncle paparkan di sini

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

semoga Allah sentiasa memudahkan niat uncle untuk membantu mereka dan insyallah besar ganjarannya di sisi Allah kalau tak di dunia, yang pasti di akhirat kelak

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam uncle,

alhamdulillah...semoga Allah melimpahkan lagi rezeki uncle...memberikan uncle kesihatan yang baik dan dapat menabur bakti kepada yang memerlukan.

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Memang dari dulu Uncle teringin nak membantu adik-adik setakat mampu. Uncle harap yang ni adalah permulaan yang akan membuka peluang lebih besar untuk Uncle. I have to give back to the people..selama ni Uncle dah sampai kebanyak tempat berpeluang bekerja dengan ramai orang yang pelbagai ragam....rezeki yang Uncle ada sikit ni, Uncle rasa eloklah dikongsi bersama. Uncle tak harapkan apa-apa balasan. Cukuplah kalau Wan dapat bekerja dan Shimah dapat hidup dengan lebih selesa...insyAllah!

Uncle berkata...

Salam KN. Terimakasih...insyallah saya akan berusaha lebih lagi...

Tanpa Nama berkata...

salam uncle

Membantu sekadar yg mampu,,,moga usaha murni ini diberkati Allah...
Jika betul dlm masa terdekat ini tuan tanah mengarahkan mereka berpindah,maka bertambah la lagi beban yg terpaksa ditanggung oleh Din.


Nal

Uncle berkata...

Salam Nal.
Nampak gayanya macam tu lah...malang bertimpa depa ni...kalau betul bagai yang dikata, Uncle kena usahakan bantuan yang lain pulak....if I have to meet the authority, so be it... at the moment I will just wait and see...

azieazah berkata...

UNCLE, tahniah. Langkah bermula dari kecil untuk mencapai sesuatu yang lebih besar.

Berkongsi pengalaman, JANGAN sekali kali gunakan akaun peribadi utk tujuan mengutip wang wpun tujuan murni. Jika hari ini ok, tak mustahil suatu hari nanti jadi masalah. Percayalah. Dan jika kutipan sampai jumlah tertentu, adalah salah pula mengutip tanpa kebenaran. (dari sapa, ntah)

Jika berhasrat berkerjasama dgn mana2 NGO, elok dirujuk kepada JKM atau persatuan yg hampir dgn tempat yang ingin dibantu. Pasti ada.

Harap2 usaha2 akan berhasil wpun mungkin perlahan dan menempuh cabaran. Tetapkan hati, insyaAllah nikmat membantu akan dirasai dlm jiwa tanpa orang lain mengiktirafnya.

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Thanks for the reminder. Sebab tu lah Uncle sentiasa berhati-hati...takut dari niat nak buat baik, dah jadi ke lain pulak...JKM is a good proposal...Uncle akan cari nanti...

taj berkata...

Salam Uncle...

tahniah dan terharu jugak dgn cerita ini...terasa saya pun buta jugak tidak melihat sekeliling...kita duk selesa dan senang, ada yg sedang menderita...teruskan usaha uncle tuh...war2 pd rakan2 lain, mana tahu mereka juga mahu membantu, walaupun sedikit tapi ada dan istiqamah...insyaAllah usaha uncle akan diberkati dan dipermudahkan oleh Allah...ini juga antara bekalan utk uncle di akhirat nanti...amin

dan saya setuju juga dgn pandangan dr Azieazah

Uncle berkata...

Salam Taj.
Uncle terharu sebab ada pembaca yang terharu. Cuma satu yang Uncle harapkan, apa kata kalau kita berpakat dan setiap keluarga membantu seorang di kawasan masing-masing.....bayangkan adik-adik kita akan kembali ceria, kembali ke sekolah dan kembali mendapat sedikit kasih-sayang daripada orang sekeliling yang prihatin...insyAllah this place will be a better place TO LIVE ...."HEAL THE WORLD!"

DadaIQ berkata...

Salam Uncle
Sesungguhnya rezeki yang Allah swt kurniakan pada kita, sebahagiannya kepunyaan orang lain. Maka wajarlah diinfakkan terutama pada ahli keluarga yang di dalam kesusahan dan kemudian kepada mereka yang amat memerlukan.

Syabas Uncle, semoga menjadi contoh pada yang lain.

kakcik berkata...

Salam Shah...

kakcik baru terbaca catatan ini hari ini - dan tanpa sedar mata ini berkaca! Syabas dan tahniah atas usaha Shah yang murni ini. Kakcik akan tunggu catatan selanjutnya dan bagaimana kita boleh sama-sama menghulurkan sumbangan (yang tidak sebanyak mana)..

Uncle berkata...

Salam DadaIQ.
Uncle sepatutnya dah lama melaksanakan tanggungjawab yang kecil ini. Tapi memandangkan mata hati Uncle masih buta-tuli, jadi Uncle tak terbuka untuk membantu. Cuma diwaktu ini Uncle teringat dan alhamdulillah semoga niat kecil ni dapat diperkembangkan lagi untuk membantu adik-adik yang lain pulak..insyAllah!

onna berkata...

salam uncle,

sungguh murni usaha itu...untuk adik yang nak sambung belajar teknikal itu IKRAM ada offer untuk budak2 yang drop out school asal ada PMR boleh sambung belajar baiki keta or tv or elektronik.kene check dalam web bila intake..

Insyallah depa boleh harungi kehidupan dengan lebih baik...mesti uncle rasa seronok n lega dapat tolong depa kan...perasaan yang tak boleh terungkap dengan kata2 kan...itulah hikmah membantu orang lain...mudah2an kita semua pun ada peluang berbuat demikian...

Uncle berkata...

Salam kakcik.
tolong doakan yang usaha saya ini tak akan terputus dan seterusnya berkembang kepada adik-adik yang lain pulak! InsyAllah...terimakasih kakcik diatas sokongan moral tersebut!

Uncle berkata...

Salam Onna. Thanks for the info on IKRAM. Uncle tak pernah tahu...hey Onna, masa raya hari tu, Uncle beli bunga kat kedai pames belakang office you.....meriah kedai tu!

onna berkata...

uncle,

awat tak call ..saya keje sampai hari terakhir Ramadan dan start balik keje raya keempat...sayang benor dengan opis tak boleh berpisah..hehe...next time mai arae bangsar tekan jer tepon tuh nama saya ek..IKRAM tu pun saya baru tau ada anak orang kampung masuk masa umur 16 tahun...mudah2an adik2 itu ada jalan penyelesaian..

Uncle berkata...

Salam Onna.
I'll give you a call next time! That's a promise!!

aRoL berkata...

salam Uncle,
terharu bila baca kisah ni, tu lah bila kita rasa susah ada lagi yang lebih susah dari kita. Apapun tahniah atas usaha uncle membantu mereka.

Uncle berkata...

Salam Arol.
Thanks for the words....Uncle memang appreciate semua bantuan yang ada....

Kakzakie berkata...

Salam uncle,

Ingin menitip kata selepas sekian lama mengikuti tanpa kata. Membaca N3 uncle kali ini nyata amat syahdu.

Percayalah kebaikan itu akan ada ganjarannya. Betapa sukarnya meniti hidup dengan keadaan ekonomi yang terhad. Kesudahannya pasti daily routine akan terjejas jua. Allah.....sedihnya....

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
macam saya dok bercerita selalu, saya masih kelabu mata dan tak menyedari yang orang sekeliling memerlukan bantuan...saya tak sedar apabila saya menjamah makanan ada ramai lagi yang tak berkesempatan...saya ingin membantu adik-adik saya untuk berjaya...niat saya ikhlas dan tujuan saya membuat entry ni pun adalah tulus. Supaya daripada penulisan ini akan ada yang terbuka mata dan minda untuk sama-sama membantu adik-adik di kawasan masing-masing...."Heal the World!"

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...