Sabtu, September 25, 2010

Tetamu-tetamu aku...

(Hassan dan isteri)

(ni Medoc budak jeddah yang gila bola...kepala dia pun gila...heh3...)

(aku rasa Hassan ni sepupu Zidane kot...)

(sebelum aku hantar ke airport petang tadi)

(dia suka dengan hotel ni, staff kat sini dan service yang kami bagi...thanks Hassan...)

Dari Australia.

Macam-macam jenis manusia (tetamu hotel) aku dah jumpa selama aku bekerja ni. Ramai jugak yang masih berhubung dengan aku. Punyalah rapat, sampai dah jadi macam adik-beradik pun ada..2-3 hari lepas aku ada dapat e-mail daripada Perth, Australia. Mr. and Mrs. Manly. Seronok bersembang dengan depa ni masa depa bercuti disini dulu. Topik perbualan dengan depa berkisar kepada hal-ehwal apa yang berlaku didunia ni....agak berat topik perbincangan kami. Tapi kami seronok berbincang didalam keadaan santai dan tanpa prasangka. Manly menghantar e-mail yang agak panjang menceritakan betapa dia seronok duduk disini dan rasa tersangat relax tanpa gangguan. Lagipun lokasi kami agak jauh daripada hiruk-pikuk PC yang agak happening...(aik, happening ka?) heh3...Manly tak lupa mengucapkan terimakasih kepada aku dan mintak disampaikan kepada beberapa orang yang dia rasa dah banyak membantu secara langsung ataupun tidak langsung bermula daripada mula dia masuk (bellman) dan sampailah kepada staff yang mengemas bilik (housekeeping). Ok, thanks Manly....aku dah pun sampaikan ucapan dia kepada staff-staff yang terlibat...

Dari Saudi Arabia.

Minggu lepas jugak aku berjumpa dengan sorang budak jeddah. Memang budak sungguh rupa dia tapi bila tahu tarikh lahir dia, aku terkejut! Aku panggil dia Medoc sebab dia pakai nama Medoc untuk e-mail dia. Medoc ni memang lain daripada lain. Sakan kami bersembang di lounge. Lepas satu gelas, Medoc tambah lagi satu gelas...kami banyak bersembang pasal sukan. Aku cakap kat Medoc yang aku suka Al Shabab (pasukan bolasepak professional KSA). Medoc tak setuju dengan aku dan dia sokong Al Ahli...(kalau tak silap aku). Dalam pada dok bersembang, aku tanya dia berapa percentage gila bola dia? Medoc sengeh-sengeh dan tunjukkan tiket bola yang dia masih lagi simpan dalam dompet dia. Medoc kata 1-2 tahun lepas dia dah pergi ke Tokyo untuk tengok final Piala Asia antara Al Ahli dengan satu team Jepun yang aku dah lupa nama...

Aku dalam percaya dan tak percaya. Biar betul budak jeddah ni....Aku rasa Medoc tahu yang aku nampak was-was dengan cerita dia. Sebelum masukkan dompet dalam poket, dia keluarkan pulak "key card" hotel tempat dia duduk masa di tokyo dulu dan bil bilik yang nyata terpampang nama dia dengan jelas...kertas tu pun dah kaler kuning sebab lama sangat dia dok simpan! Kali ni aku mula percaya. Aku saja bertanya beberapa soalan lagi untuk pastikan yang Medoc ni betul-betul pernah pergi ke Tokyo. Dia bagitahu aku yang dia selalu melepak kat Roppongi! Heh3.....aku dah mula percaya cakap Medoc! Memang gila bola betul Medoc ni...dengan cerita dia yang beriya-iya, dengan ekspresi muka, kaki dan pergerakan tangan dia, memang sah si Medoc ni gila sungguh...berpeluk kami kat lobi masa dia nak bertolak balik ke airport....er...by the way, Medoc tu actually nama wine production yang sangat besar di France....aku pernah sampai kat sana dulu masa pergi Champagne selama seminggu dengan sorang lagi budak gila yang bernama fracheboud! To Medoc, insyAllah we'll meet again in jeddah...

Dari Algeria.

Yang sorang lagi ni aku suka sangat. Bukan pasal apa, dia merupakan repeat guest aku dalam tempuh cuma 2 bulan! Bayangkan dalam tempuh 2 bulan dah 2 kali dia datang menginap kat hotel ni....sekali datang pulak dia akan stay selama 10 hari...datang pulak bukannya dari Penang ataupun naik feri dari Kuala Kedah...tapi dia datang dari Algeria! Naik kapalterbang dari Algiers ke Doha. Dari Doha ke KL dan dari KL ke Langkawi....pergh...keras ponggong tu!

Nama dia Hassan. Seorang pengusaha fesyen yang selalu berulang alik daripada Paris ke Algiers. Kebetulan pulak isteri dia dari sana. Hassan berbahasa Arab, memang mother tongue dia pun, French....(sama macam tunisia dan morocco) dan jugak Spanish dengan sangat lancar sebab Spain cuma lintas laut....dekat sangat! Hassan berumur sama dengan aku. Jadi fikiran kami agak sama. Topik perbincangan kami pun sama. Sekali imbas aku tengok muka si Hassan ni macam Zidane pun ada jugak....isteri dia kata memang ada iras-iras...lagipun Zidane pun memang datang dari Algeria pun....begitu jugaklah dengan penyanyi "world music" yang sangat famous iaitu Khaled! Pun berasal dari Algeria. Aunty minat sangat lah dengan si Khaled ni...ooppsss, bukan Khaled Saleh yang berlakon tu sebab kalau yang tu memang aunty tak kenal pun! Aku ja yang kenal Khaled Saleh!

Aku ajak Hassan pergi makan di Kuah. Depa setuju. Hassan suka makan makanan pedas dan 2 bowl cili padi dia telan.....aku malas nak tanya apa jadi esok pagi tu....heh3 tapi dia nampak ok so aku rasa cili padi tu tak mengganggu usus dia....Malam tadi dia pulak ajak aku pergi makan. Kami berkereta ke Telaga Harbour. Makan di Spanish Restaurant. Aku makan specialty depa, Seafood Paella. Bersembang punya bersembang, staff kat situ pun dah pelan-pelan tutup lampu dan duduk diam-diam di meja belakang kami! Heh3...macam aku jugak dulu masa kerja kat kedai aiskrim di DJ! Pagi ni Hassan dengan kelam-kabut datang mencari aku pukul 10 pagi. Dia kata dia kena cut short the stay yang sepatutnya ada beberapa hari lagi tu. Dia kena rush balik ke Algiers sebab awal pagi tadi dia dapat panggilan kecemasan mengatakan adik dia koma sebab accident. Aku cuba uruskan tiket penerbangan dia. Talipon Qatar Aiyways dan tukarkan tarikh. Lepas settle yang tu, kalut pulak ke airport untuk tukar tiket. Nak buat online tak boleh sebab less than 48 hours. Lepas airasia, kami talipon mayflower pulak untuk "pick-up service" dia. Settle yang tu aku talipon ke RKL pulak dan bercakap dengan Lilian untuk tukar date stay dia kat sana. Pergh...lega.....Hassan pun lega. Petang tadi aku hantar Hassan ke airport dan tunggu dia sampai dia masuk ke dalam. Security kat airport yang kenal aku pun tanya, amboi....penting ka guest ni sampai you sendiri yang hantar? Aku berhenti, senyum kat abang tu dan bagitahu, "Semua guests saya VIP......tapi yang ni VVIP..." sambil berjalan terus menghala ke kereta yang menunggu!

22 ulasan:

Fida berkata...

best!

Uncle berkata...

tq.......

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

saya tahu. mesti ankel bersembang dalam bahasa arab bersama2 medoc kan? hehehe.. kami sedang fikirkan utk shoot bolasepak pulak di stadium jeddah under pmcrew video and photography.. heheh. insya allah.. doakan kejayaan kami!

kakcik berkata...

Yang dok ulang dua kali gambaq Hassan tu, pasai apa???? Nak tengok Hassan ka nak tengok mem dia???? Hahaha....

Uncle berkata...

apa kata kalau Pi shoot gambar asker arab yang kat luar epot jeddah tu...ala...yang duduk dengan machine gun kat atas truck tu....pergi dekat2...bagi salam elok2...shoot dan lari! Amacam?

Uncle berkata...

Dah agak dah kakcik ooiii...mesti ada yang perasan....tapi caption dia saya buat lain...heh3...eh, bukan pasal isteri dia....sumpah aih.....aunty marah!

Al-Manar berkata...

Uncle

Bukan semua dapat kerja cari makan dan berseronok pula. Berapa lama di Langkawi ni?

Pakcik

Uncle berkata...

salam pakcik. saya masih lagi di langkawi. kalau ada rezeki kat tempat lain, saya ikut saja...rezeki dimana2....

en_me berkata...

meriahnyerr uoolss.. ehehe

Uncle berkata...

tersangatlah meriahnya....uncle memang suka melayan tetamu luar negara. banyak jugak yang kita boleh belajar dari depa...

rezeki berkata...

salam uncle

meriah kerja uncle , dapat jumpa dgn pelbagai guest all over the world

psss name tag tu tulis shahrir ke uncle hehehe

Uncle berkata...

seronok berjumpa dengan guests dari serata dunia. Uncle sukakan culture, language dan lifestyle yang baru. Jadi bila dok bersembang dengan depa, banyak yang dapat Uncle belajar selain daripada terus berhubungan untuk mengeratkan silatulrahim...jadi memang betul, Uncle dah kumpul kawan dari serata dunia! Err...nametag tu masih Shahrir!!! heh3...

kucingorengemok berkata...

sekali pandang isteri hassan ingatkan drew barrymore tadi! heheh

Uncle berkata...

oh ya...betul jugak...baru perasan yang isteri hassan pun ada iras2 bintang pelem jugak!

Ana Ali berkata...

bertukar fikiran dan megumpul pengalaman bagus untuk mengembangkan minda jugak kan uncle... dah lupa bila last ke langkawi pun.. a few years back kot.. looking for a new visit soon..

Uncle berkata...

Salam AA.
If that's the case, then it's about time to revisit pulau puaka ni....for an adventure stay, Uncle reccommend duduk kat "the cabin" di pantai chenang. you can google at www.thecabin.com

mokjadeandell berkata...

lama rasa tak jejak kaki kat Langkawi.Kalau masa kerja dulu,asyiiiiik Langkawi.
nak ajak family pi la macamni.Bukan jauh,seberang saja.
you have great PR.
Salam

Uncle berkata...

Salam makcik...
Saya memang suka bersembang dengan guests saya. Setakat ni macam2 dah saya belajar dari depa. Sampai ada yang ajak kerja dengan depa...heh3...

Tanpa Nama berkata...

salam,,,,pakcik

capap umur sebaya dgn hasan tu nak bagi tahu kata muda lagi keeeeee,,,,,,
umur sebaya tak mengapa jgn perangai sebaya sudahhhh ,,hehehe nanti pening kepala aunty,,,,,

tq:)

penyamun tarbussss

Uncle berkata...

salam penyamun tarbus....
saya tetap rasa yang saya masih muda...kalau tak percaya tengoklah rambut saya hari ni...(semalam dah pi chat kat kuah...). takpa...aunty tetap dihatiku!

kepala segala penyamun!

Ibu n Abah berkata...

salam uncle...
pantun ini memang sesuai dengan uncle..
pulau pandan jauh ketengah
gunung daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi yang baik dikenang jua....

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
terimakasih diatas kiriman pantun tu. Saya rasa pantun tu sangat besar untuk saya. Apa yang saya buat cumalah sedikit bantuan moral untuk adik-adik saya maju dan terbuka minda. Apa yang saya buat untuk tetamu-tetamu saya pulak adalah merupakan satu tanggungjawab saya untuk menjaga tetamu-tetamu...dan saya seronok membantu!

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...