Isnin, Oktober 11, 2010

Mama dah pesan dulu!

(bersih berkilat! Maklumlah mahal...)

(Abang tak jadi pose sebab ada 2 penyamun baru masuk toilet...Abang malu nak pose!)

(Concourse area of LYP)

(2 orang pakcik tu baru lepas buat taichi...nasib baik depa tak taichi aku!)

(Pokok yang sama species dengan kat Pulau J!)

Dulu arwah mama selalu dok berpesan kat aku kalau nak kencing balik rumah....tapi macam budak-budak baik yang lain, aku tak pernah dengar cakap mama....tu yang mama sayang sangat kat aku tu! Heh3...masa aku duduk kat brown garden dulu, tempat aku selalu buat hal, dah tentulah kat longkang depan rumah....bukannya aku malas nak balik rumah, tapi aku tak mahu mainan aku dengan anuar cikgu rawi, nasir, yasir arab, rizal parpu dan baji terganggu....kalau terganggu permainan aku, concentration aku dah lari, maka team aku akan kalah dan tak sempatlah aku nak dengar lagu kebangsaan dimainkan dan aku pulak terlepas untuk berdiri kat atas podium! Kami main galah panjang, kami main perang-perang dan main guli selain daripada baling selipar! Mana ada nak balik rumah kalau nak ke toilet!

Masa aku kat Pulau J pulak, aku selalu saja "buat hal" kat bawah pokok janggut. Walaupun mama selalu dok kata pokok janggut tu ada magic....aku tak kisah! Masa kat Pulau J pun aku macam tu jugak. Sibuk memanjang. Kalau tak sibuk nak mandi laut, aku jadi tambah sibuk dekat "kelab pegawai" dok melangut tengok depa lawan main dart! Mana ada masa nak balik rumah pergi toilet....bawah pokok pun bawah pokok lah!

Hari tu masa aku dok berjalan kaki ke marrket ampang (dalam usaha nak bakar lemak lemang, ketupat dan rendang) aku lalu kat tepi stesyen lrt ampang. Kat belah belakang. Aku ternampak pokok janggut tu. Ada 2 batang! Besar dan rendang...aku stop kat tepi pokok tu. Aku tanya aunty samada dia usung kamera aku ke tidak? Dia heran pasal apa aku tanya pasal kamera kat bawah pokok tu? Dia angguk dan cakap ada bawak. Aku happy dan mintak dia keluarkan dari dalam beg galas. Aku snapped gambar pokok janggut. Dia tanya aku pasal apa? Aku cakap RAHSIA....baca sajalah nanti entry aku! Jadi di pagi tu, aku dapat jugak tangkap gambar pokok magic tu walaupun tak sama dengan pokok kat Pulau J tapi aku rasa depa dari species yang serupa. Aku senyum tengok pokok tu sebab kenangan aku masa kecik kembali penuh kat kepala otak aku...

A few days lepas tu, aku usung anak-beranak jalan-jalan kat bukit bintang pulak. Habis satu BB aku ronda cari parking tapi tak jumpa. Nak tak nak aku kena parking kat LYP. Sampai kat ground floor, aku rasa macam nak pergi ke toilet. Aku bagitahu aunty yang aku nak pergi sekejap. Anak-anak aku semuanya nak ikut. Jumpa toilet premium kat ground floor. Aku terus jalan laju. Sampai kat counter aku terkejut tengok harga nak masuk toilet! Mak aii....mahalnya! Since aku dah tak sempat nak cari toilet murah dan tak sempat jugak nak cari pokok janggut, aku pun bayar untuk semua orang...pergh...harga dah sama dengan tiket wayang! Kelas sungguh toilet depa!

Aku masuk dan tengok keliling toilet. Memang menarik dan cantik. Interior yang tak sama dengan keadaan di brown garden ataupun di Pulau J walaupun ada pokok dalam pasu depa letak kat setiap sudut bilik air. Lantai kering....kelengkapan semuanya yang berjenama luar negeri. Tone warna yang sangat earthy sangat menarik perhatian aku. Lama aku dok perati satu persatu. Dari cubicle sampailah kat tempat cuci tangan. Dari lantai sampailah ke ceiling. Semuanya aku belek. Lampu toilet pun aku tengok....selak pintu toilet pun aku belek...wow...kelassssss! Aku cuba nak ambik gambar anak-anak aku dok basuh tangan kat toilet tapi depa lari mengelak...mungkin depa ingat aku ni gila! Dalam aku dok asyik aim nak ambik gambar depa, ada 2 orang lelaki masuk toilet. Aku tak perasan...lepas ambik gambar kat dalam toilet, aku toleh dan ternampak 2 orang penyamun tadi dok tengok aku atas-bawah dengan muka heran dan sikit takut....aku senyum kat depa, depa tak senyum tapi kalut masuk dalam tandas dan kunci pintu!!!!! Aku blurr!!!

18 ulasan:

kakcik berkata...

Depa tu masuk satu tandas berdua ke??? hahaha....

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Hi Uncle,

Depa ingat uncle paparazi kot...hehehe

Uncle berkata...

Salam Kakcik.
Part tu saya tak tunggu sebab yuya dah tarik tangan ajak keluar....heh3...

Uncle berkata...

Salam KN.
Bukan paparazzi lagi dah...lepas keluar toilet tu dah jadi "PAPAKEDANA!"

kucingorengemok berkata...

haha, takut dia naa... uncle jangan sampai masuk metro "lelaki umur 40-an ditangkap mengambil gambar di tandas awam"

chek pi langkawi bukan takmo habaq, tapi uncle dok balik ampang pi makan kuih ghaya time tuuu :)

Uncle berkata...

Salam KOG.
Memang risau pun...nasib baik anak-anak ada jadi model...kalau tak...

Ibu n Abah berkata...

uncle...
kalau dah ada darah blogger.. kat memana pun akan ambil gambar...
orang yg takder darah blogger, takkan faham... pasai tu depa dok pandang serong....

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah. Memang benar telahan tu. Sebab saya akan usung kamera saya kemana-mana saja saya pergi...

nadz berkata...

salam uncle,

Dengan kamera yang uncle usung tu..uncle akan merakam peristiwa..satu cabang seni tu..
kata tak faham!rhotan baghu tau!

uncle pet.. berkata...

seb bek ada abg & yuya ada.. klu dk lg haru.. hikhikhik..

rezeki berkata...

salam uncle

sib baik uncle nak masuk toilet tu tak kena beli tiket dulu secara online, kalau tak naya nak cari cyberfafe lagi heheheheheh

Uncle berkata...

Salama mama nadz.
La...tu pun cabang seni ka? Cikgu tak habaq pun dulu...ingatkan lukeh dengan nyanyi saja seni....macam ni kalu memang saya ni "buta seni!" Heh3...

Uncle berkata...

Salam UP.
Tu la pasai...nasib baik depa ada...kalau tidak jenoh dok menjawab kat security!

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Tak mustahil tak lama lagi jadi lagu tu.. saya ada cerita dulu yang "convenient store" di Jepun dah pun jual domestic flight ticket hampir2 10 tahun dulu! Bayangkan kalau 7-11 kita pon macam tu!!!

Uncle Lee berkata...

Hello Uncle, bahasa saya sebelum Merdeka, so only faham 23%, ha ha.
Is that bathroom haunted?
I like your well taken pics. You a good photographer.
Others take pictures, but you create pictures....
Ha ha, no need belanjar teh tarek lambong tinggi, I mean it.

You have a nice day, stay young, Lee.

dilaOHdila berkata...

uncle...pokok tu shuntek
kalau ceq shot pakai kain putih kat situh agak2 ada orhang lari dak? hehehe....nice!

Uncle berkata...

Dear Uncle Lee.
Thanks again for visiting! Understand only 23% is already good enough...some people only gone for 23 days but pretend not to understand the language anymore
...heh3...

Uncle Lee...I enjoy reading your entries...keep on writing!

Uncle berkata...

Salam Dila.
Eh jangan la pakai kain putih duduk kat pokok janggut tu...nanti tak ada orang naik LRT!

Jam tangan

Sejak kecil saya dah mula memakai jam. Jam tangan merupakan 'hadiah' bersunat kami..haha..waktu itu jam saya ada lampu. Bila tekan...