Selasa, Oktober 05, 2010

Sakit belakang dan kenduri kahwin

(mary tukang cucuk aku..)

(khemah pompuan..)

(sarbat dalam tong dram...)

(lepas menyamun, semua lari balik...heh3...)

(aku dengan pengantin....aku pun macam ni 13 tahun sudah! Yob....good luck!)

Ada aku bagitahu dulu yang belakang aku ada masalah sikit. Ni semua gara-gara aku terlampau aktif versukan dulu. Semuanya berlaku dah lebih kurang 25 tahun dulu...rugby punya pasal, aku tak berapa nak kisah masa dulu. Ditackle dan tackle orang, kena balik "high tackle", bagi aku masa tu adalah merupakan perkara biasa. Masa main takraw pun serupa. Since aku ni lebih tinggi daripada net, aku selalu menapak bola takraw yang dok ada betul-betul atas net tu. Nak lipat aku tak berani sebab badan aku besar....jadi sebagai feeder, dan salah satu cara aku nak matikan bola selain daripada tanduk tajam aku, aku angkat sebelah kaki tinggi-tinggi, aku tapakkan aja bola tu...heh3....ada sekali masa tengah dok syok menapak, aku tergelincir....kaki kanan aku tersangkut kat net dan dengan aku dan net-net sekali tersungkur! Masa tu aku jatuh dengan ponggong dulu terduduk. Yang tu incident pertama yang aku ingat. Incident kedua pulak masa kat Trengganu. Training di padang ITM Sura Hujung. Masa aku tengah buat "break" lepas "side stepped" 2 penyamun, aku dah nak berlari ke corner flag tapi tiba-tiba aku rasa ada lengan kat leher aku. Aku kena high tackle dan terus terjatuh dengan ponggong jugak jatuh dulu. Terhentak kat tanah. Lain pada tu aku rasa ada la 2-3 kali aku jatuh motor kat area TV3 dulu tu...masa tu Curve semua tak ada lagi. Jalan under construction masa tu. Lori masuk-keluar punyalah banyak....jalan penuh pasir. Tengah malam masa aku brake motor, aku terbabas dan terhentak lagi kat tengah jalan....jadi aku rasa, all in all dah berpuluh kali jugak aku terjatuh dan belakang aku "terpeleot..."

Jatuh dulu masa muda...sekarang bila umur dah lebih 40 tahun, aku mula terasa. Tolong staff angkat meja ka kerusi ka, tu pun dah tangkap belakang! Kadang-kadang masa duduk kat kerusi dan pen terjatuh ke lantai, aku sengetkan badan nak ambik pen pun, belakang aku terpeleot! Wah...ni kacau ni....Wayne Rooney pun tak macam ni! Entah macamana ada sekali tu aku tegur sorang guest yang dok langut tengok pokok nyoq. Aku tanya dia, apa yang dia dok tengok? Dia kata dah lama dia tak minum ayaq nyoq....alamak, kesian aku kat pompuan ni. Aku bersembang dan bertanya dari mana dia datang. Dia kata dia budak seremban tapi dah 40 tahun duduk kat Perth! Mak aii....lama tu! Aku tanya, dia buat apa? Dia cakap kat aku yang dia mengajar Taichi dengan Chiqong kat sana dan ramai student mat salleh yang minat. Lain pada tu, dia pun ada buat acupuncture. Huh? Acupuncture! Ni dah kira bagus ni.....aku pun sambil dok bersembang, mulalah dengan cerita sedih aku pasal sakit belakang ni....Nak dipendekkan cerita, kami set kan appointment untuk dia cucuk aku! 20 minit dia ambik masa untuk bersoal jawab untuk dapatkan gambaran tepat, cerita macamana aku boleh dapat sakit ni...lepas bersoal jawab, dia suruh aku londeh seluar dan bukak baju dan baring atas katil. Dia pegang belakang aku dan cuba cari point. Ni lah first time aku buat kerja gila ni....aunty tak palah...dia selalu! Dicucuknya aku dari belakang leher sampailah kat last point of tulang belakang aku yang dipanggil "tail bone". Katanya masalah aku terletak pada tail bone. Bukannya tempat lain......mungkin psychological effect, belakang aku baik pulak...beberapa hari...Dan semalam aku berkesempatan ke Hospital Ampang. Peluang tu aku gunakan untuk buat appointment dengan doktor pakar yang ada kat situ. Register pagi pukul 10, nurse cakap datang balik petang nanti untuk ambil appointment date. Dalam kepala otak aku, tak palah kalau dia bagi dalam 1-2 hari lagi.....Petang tu aku sampai dan nurse cakap 9 Disember nanti ambik darah then 14 Disember baru jumpa doktor pakar! Mak aii......lama tu!

Minggu lepas aku dapat jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinan staff aku. Terimakasih pada staf-staff aku yang selalu menjemput. Ramai jugak ahli rombongan yang pergi. Kami sampai tepat masa pengantin pun nak makan. Meja kat depan.... sekali dekat dengan pengantin. Lauk memang power. Lauk kampung. Aku seronok sungguh makan nasi kenduri kat Langkawi ni....rasa macam dok makan kat rumah. Ada kari daging, korma, ikan goreng dengan nasi putih. Tak lupa "sarbat". Dengan muka tak tahu malu, rombongan aku tambah 2 kali sorang! Memang sah tak malu!!

Sempat bergambar dengan pengantin dan ucapkan tahniah kat pasangan bertuah tu. Masa aku nak melangkah keluar, aku nampak kerbau berkeliaran kat tepi rumah dan bawah pokok. Kaum pompuan tengah sibuk dok mengemas dan buat kerja kat dalam satu khemah kat tepi rumah dan yang lelaki pulak sibuk dok makan! Sama macam aku jugak...heh3...lepas dapat sorang satu beg, kami berenam dengan perut yang berat dan mata yang kuyu, terus jalan ke kereta untuk balik....

Ada jugak aku dok bersembang dengan staff aku perihal kenduri kahwin. Rata-rata jemputan semua dalam lingkungan 1000 sampailah ke 2000 orang! Pergh...kalah menteri ni....kalau nak bandingkan dengan aku dulu yang cuma 150 orang...heh3...tapi macam tulah keadaannya kalau duduk berjiran di kampung. Semua kerja buat sama-sama. Tak sama macam aku dengan aunty yang kebanyakkannya kami ambik dari luar. Nasib baik jugak adik-beradik banyak membantu. Bulan disember nanti anak menakan aku pulak nak menikah. Mesti meriah bagai nak gila nanti....yak-yak-yeay!

22 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Hi Uncle,

so macam mana after treatment cucuk2 tu?

kak nab pun ada sejarah jatuh2 zaman muda2 dulu :) sekarang baru rasa sakitnya..

anyway, take care!

kakcik berkata...

Memang seronok kalau kenduri kendara kat kampung ni. Satu pengalaman yang kakcik tak boleh lupa, semasa menghadiri majlis perkahwinan di Labu, Negeri Sembilan. Jalan nak masuk ke rumah pengantin, memang MasyaAllah... sempit dan berbelok2 (nasib baik kereta boleh lepas), penuh pulak tahi lembu. Tapi hidangan lauk pauk kampung yang disediakan - memang SUPERB! Hasil gotong royong penduduk kampung. Dah bertahun berlalu, masih tak luput diingatan. :)

rezeki berkata...

salam uncle

chiqong tak pernah tapi air cikong sejuk selalu hehehehehe

saya dah tak sentuh bola takraw lebih 10 tahun rasanya hehehe

Ibu n Abah berkata...

salam uncle...
bila kenduri kendara, berkumpul semua
adik beradik dan sanak saudara memang meriah...

Uncle berkata...

Salam KN.
Cucuk2 tu ok tapi ada satu point kat tai;l bone yang buat saya menjerit...then mary kata, hah! that's the point....lega seminggu. lepas tu dia mai balik! Heh3...

Uncle berkata...

Salam Kakcik.
Saya memang enjoy kalau pergi kenduri kat kampung. Suasana gotong royong dan persaudaraan masih tebal!

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
saya selalu minum lengkong! Heh3...

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
Saya cukup seronok kalau dpat peluang berkumpul macam tu walaupun selalunya masa tak mengizinkan!

Aunty W berkata...

Ala...takcinya.... I pun nak mintak Mary buat acupuncture! anyway, if you have backpain again, I will do acupuncture for you, I have many2 needles in my sawing box! ha3

azieazah berkata...

Wahhh seronok tu makan kenduri di kampung. Ayaq sarbat tu yang best, leh tambah 4,5 kali sampai mengah.

Cerita pasal belakang ni, selain urut betul lah, acupuncture memang boleh membantu.

*My hubby jatuh terduduk jugak masa cuti 2 minggu lepas, merumput di kampung.
Tak leh bangun sampai kena panggey ambulan bawak pi spital. Kena sedas injection (depa bagi morphin) baru bleh jalan. bahaya tu.

Uncle berkata...

Salam to you aunty W.
Jarum kat rumah tu nak jahit baju bolehlah!!! Heh3...

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Saya pun kena macam tu jugak dulu....tapi tak sure samada morphine ka, cannabis ka ataupun cocaine.....pergh...bahaya tu!

Uncle Lee berkata...

Hello Uncle, I love your gambars here. Very nice, but minta ma'af bahasa saya sebelum Merdeka, I only faham sini sana sikit. Unable to comment further.
Anyway you have a pleasant week, best regards, Lee.

Uncle berkata...

Dear Uncle Lee.
To have you visiting my blog is an honour indeed!!! Doesn't matter about the language before merdeka....you have a good day too Uncle Lee!!!

Tanpa Nama berkata...

salam pak cik

sebab terlalu meriah kenduri kat kg,,,tambah 3 pinggan pun uncle tak sedar,,,

tq; nal

Uncle berkata...

Salam Nal.
Lama tak pi makan kenduri...sekali-sekala memang seronok...awat depa tak kahwin hari2?

en_me berkata...

sonoknyerr kawen kann bang.. ehehe

Uncle berkata...

Salam en_me.
memang seronok kalau kahwin...then comes the responsibilities packaged together.....tambah seronok!!!

nadz berkata...

Assallamualaikum uncle,

perkara yang dibuat atau terjadi masa muda...akibatnya dapat dirasa masa tua..itu sebabnya kita ni ada banyak pantang2..lebih2 lagi ibu yang dalam pantang..kesannya bila dah tua..

bercerita bab kenduri kat kampung..manalah boleh lawan kenduri catering kat bandar-bandar..
lebih-lebih lagi gulai umbut pisang dengan tulang..sedap..

dilaOHdila berkata...

selamat penganten baru buat staff uncle tu...
sonok dia tengok boss mai (hehehe)
unty tk mai sekali ke uncle?

Uncle berkata...

Salam mama nadz.
alamak, terasa tua pulak saya ni...heh3...pergh mama, mana nak cari gulai umbut? pakat2 mai habaq sat.....

Uncle berkata...

Salam Dila.
Aunty kerja la.....macamana nak mai? Anyway, Dila sihat?

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...