Jumaat, Oktober 22, 2010

SDAR 815 Reunion Part 2

(singh)

(badang)

(lan)

(kudo)

(apam)

Singh

Ni lah orang yang aku dok bercerita dulu. Nilah satu-satunya Singh yang hidup dalam "zaman batu" sama-sama dengan aku dan penyamun-penyamun lain dulu. Singh ni lah dulu yang dok buat maggi mee pakai air sejuk dari toilet yang memanjang tersumbat. Kalau tak dapat gayung, baldi rendam baju pun kami rembat untuk rendam maggi. Oleh kerana "alat pemanas" kami dah kena rampas dengan warden, jadi kami cuma rendam maggi tadi dalam air sejuk....."krup-krap...krup-krap"...masa kami tokak!" Sebab tu lah aku ada cerita dulu yang maggi kami kadangkala ada tambahan perisa FAB ataupun BREEZE! Satu yang aku respect sangat kat Singh ni pasal dia tak lokek pengetahuan. Memanjang mengajar aku ataupun at least nasihatkan aku untuk belajar, yang mana kedua-duanya aku tak ambik pot! Rumah budak Paroi Jaya ni lah tempat kami melepak kalau tak ada aktiviti-aktiviti yang tak berfaedah lain yang kami nak buat. Sekarang ni Singh dah jadi doktor gigi kat segambut. Jadi kalau siapa-siapa nak cabut atau nak bagi cantik gigi, carilah Singh ni kat Segambut. Harga dia memang best in the world....mahal sikit dari gleneagle! Heh3...

Badang

Jangan tanya aku pasal apa kami panggil dia badang. Yang ni memang buleh masuk "misteri nusantara". Dah banyak bomoh dan tok cha kami jumpa tapi jawapan yang diterima masih menghampakan....Depa pun tak tahu mana datangnya nama Badang tu. Payah-payah aku kena tanya kat Edry Halim! Badang ni memang menghairankan penyamun-penyamun lain...masa kat sekolah, pegang batang penyapu pun terbalik....la ni kami dengar dia merupakan salah sorang pemain music underground negara yang tersangatlah popular. Pernah keluar dalam magazine dan pernah membuat persembahan di luar negara. Nama band dia aku dah lupa. Pernah jugak aku dijemput untuk pi tengok show dia tapi pasal aku sibuk, aku tak sempat nak pergi. Badang ni mendapat ilmu main gitar masa dia belajar kat US dulu. Yang tambah menghairankan kami ialah pasal budak ni sangat pendiam masa kat sekolah......sorang pelajar yang sungguh bijak bistari!

Lan

Ni geng yang sama-sama gila sukan dengan aku. Yang membezakan kami cuma sikit saja....dia gila sukan dan gila belajar tapi aku pulak gila sukan dan cakap orang yang rajin belajar tu gila! Amacam, tak banyak beza kan? Budak ni aku heran sungguh. Mana dia curi masa belajar pun aku tak tahu. Masuk kelas sama time dengan aku, balik kelas pun sama....main takraw, bola semuanya sama time dengan aku.....pergi prep malam dan balik pun sama waktu dengan aku....tapi bila sampai result, dia A1 aku pulak F9! Ada yang tak kena ni....Lan ni prefect tapi kami cukup sayang kat dia. Masa kami lawan bola atau takraw kat Tunku Durah dulu, dia la yang tolong sorokkan "benda" tu kat dalam kasut boot dia.....kasut boot aku kena check....kasut boot dia tak kena....tok moh mana dia jumpa, aku sampai kesudah tak tahu! Apalah budak ni dok jampi kat pak guard-pak guard tu semua!

Kudo

Ni pulak Presiden seumur hidup kami. Dia lah satu-satunya yang masih pakai slogan sekolah kat pintu opis dia..."ILMU UNTUK BERJASA". Nak cakap apa pun tak boleh sebab dia ni presiden den! Karang kalau dia report yang kami ni jahat mahu kena public caning nanti...Pun budak negori. Maklumlah...sekolah kat tempat dia....taiko besar ni walaupun dulu badan tak lah besar! Very happy go lucky person. Tak pernahnya serious. Kalau aku duduk sembang dengan dia kat kedai kopi, memang sah dia tak masuk opis......boleh habis 3-4 gelas teyy sekali mengadap. Tokay teyy kalau tengok dia mesti senyum memanjang...Ni pun kepala otak geliga ni. Kuat belajar, pergh.....mengalahkan orang lain. Kalau sapa-sapa tak paham selalunya Kudo ni lah tempat yang orang selalu buat rujukan....termasuklah "yours truly". Tulah sebabnya aku sampai la ni masih tak paham-paham! Heh3...

Apam

Budak ni memang ada meninggalkan "legacy" yang tak dapat diikuti oleh semua budak-budak yang tertinggal. Boleh dikatakan sebagai salah sorang yang sangat femess masa kat sekolah dulu. Ni pun gila rugby jugak. Pasal dia gila rugby tapi rugby tak gila kat dia, dia bersumpah nak ikut hair style yang ala-ala bola rugby jugak...bak kata Haris Iskandar, "Halus.....". Dulu selalu jugak aku boleh minum dengan dia kat kedai kopi tapi la ni mak aiiii...punyalah susah nak dapat si Apam ni....mengalahkan TF, tokay kapalterbang tu! Duduk kat Paroi Jaya jugak. Satu lorong dengan Singh dan merupakan "partner in crime" kami dulu. Weekend activity kalau kami tak ziarah rumah Singh, rumah si Apam ni lah yang kami pergi dengan muka tak malu semata-mata nak lari daripada nasi kawah kat dewan makan sekolah...heh3....

Pada semua kawan-kawan aku yang kat atas tu, dikesempatan yang singkat ni aku nak mintak maaf banyak-banyak kalau selama ni banyak benda yang aku buat menyusahkan anda semua. Tapi memang itulah tujuan aku......itulah kawan namanya......kawan kalau tak menyusahkan kawan, sapa lagi...yea tak.....larik..................

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

best bila lh kumpul2 blik kn ankel..

Ibu n Abah berkata...

salam uncle...
reunion setelah berpuluh tahun terpisah memang seronok...
akan ada lagi.. dan lagi dan lagi....
bak kata cikgu akak... selagi mulut boleh berkata-kata..badan tengah sihat..carilah kenkawan kamu dan mantapkan silaturahim... kawan memang penting dalam hidup kita...

Uncle berkata...

Salam UP.
Memang kami berseronok malam tu bercerita pasal kehidupan masing2....pasal anak2 yang dah mula membesar dan perancangan masa hadapan masing2...

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
Memang kami merancang nak buat lagi selepas ni...dan lagi...dan lagi...

aRoL berkata...

kenangan bersama kawan2 pasti tak dapat dilupakan..betul tak uncle?

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

sungguh unik nickname rakan2 uncle tu...

Uncle berkata...

Salam Arol. Memang betul. Dengan depalah Uncle membesar dulu dan banyak Uncle belajar dari depa. Sampailah sekarang ni kami masih lagi berhubung...

Uncle berkata...

Salam KN.
Kami semua memang ada nickname sendiri bermula dari tingkatan 1 dan kadang2 akan berlarutan ataupun turun pulak kepada juniors...

rezeki berkata...

salam uncle

saya pun masih ramai juga kenalan rapat mcm uncle, masih berhubungan walaupun masing2 dah bawa haluan masinng2

dapat jumpa time balik raya kat kg je

kalau jumpa, sah cite lama keluar semula hehehe

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Memang seronok bila dapat duduk ramai2 dan bersembang....bukannya senang nak dapat berkumpul macam ni!

Lee berkata...

Hi Uncle, its always great to sit down with close friends over dinner ke teh tarek lambong tinggi and shoot the breeze, or buka cherita.
Well taken pics you have here.
Have a nice day, Lee.

Uncle berkata...

Dear Uncle Lee.
So syiok one to meet old friends and talk till your wife start calling and asking when are you coming back! Heh3...

Tanpa Nama berkata...

salam

hahaha,,,memang best gilar punya kalau jumpa kawan2 lama...tambah2 ada tok dalang macam pakcik,,,jenuh duk genyehhhh
hahaha

tq :nal

Uncle berkata...

Salam Nal.
Lama tak dengar cerita. Apa khabar anak-anak dan adik-beradik semua? Malam tu memang kami tak berapa ingatkan dunia. Macam2 kami sembang...tapi Uncle lari balik awal sikit malam tu...heh3...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...